BAB 1

"Awak siapa?" Hana bercekak pinggang di belakang seorang lelaki yang sedang membongkok di taman bunga ros mamanya.

Lelaki itu tidak menjawab. Hana menjengketkan kaki untuk melihat apa yang lelaki itu lakukan. Sedang menggembur tanah. Eh ye ke? Tangan lelaki itu memegang penggembur tangan. Tapi...

"Awak siapa ha?" Setahu Hana mereka tidak pernah ada pekerja lelaki. Mungkinkah lelaki itu pencuri. Tapi kalau pencuri apa yang lelaki itu buat di situ. Pencuri biasanya akan masuk ke dalam rumah untuk mencuri barang-barang berharga.

Hanya ternampak belakang lelaki itu yang memaki singlet. Dari belakang nampak otot lengan lelaki itu. Apa yang menarik perhatian matanya adalah jenama seluar dalam yang dipakai lelaki itu. Jelas kelihatan perkataan Hugo Boss. Jenama orang kaya-kaya.

"Awak siapa?" Hana jadi kurang sabar.

"Saya alien." Akhirnya lelaki itu membuka mulut. Tapi jawapan yang muncul sangat menyakitkan hati.

"Awak siapa?" Hana bertukar berang.

"Kan dah cakap tadi saya alien." Jawab lelaki itu yang masih tekun dengan kerjanya. Tidak menghiraukan kehadiran gadis itu.

"Hey... mana ada alien dalam dunia ni."

"Kalau bukan alien anggaplah saya hantu."

"Orang tanya baik-baik dia jawab main-main pulak. Kalau awak tak bagitau saya awak siapa, saya akan telefon polis. Report yang awak ni pencuri." Hana sakit hati. Dari mencekak pinggang dia silang tangan di dada. Tidak puas hati dengan jawapan lelaki itu. Tak reti hormat tuan rumah ke?

"Cik Puan..." lelaki itu tegakkan badan dan berpusing menghadap Hana. Berdiri betul-betul di hadapan Hana.

Hana sedikit goyah. Matanya bersabung dengan mata lelaki itu. Ada getaran yang muncul. Bagaikan renjatan elektrik mengejutkan hatinya yang selama ini tidak terusik. Lemas jiwanya tatkala bersabung mata dengan lelaki itu. Lelaki itu bagaikan mempergunakan pesona kacaknya untuk membuat dia lemah.

Tetapi dia tunjuk berani. Tidak berundur ke belakang walau satu tapak pun. Betulkah apa yang dia lihat saat ini. Bread butter puding yang lazat. Malah lebih lazat. Dan bau bread butter puding itu sangat wangi. Maskulin sangat. Sampai terpejam-pejam matanya menikmati haruman itu.

"Ha buat apa tu." Sergah lelaki itu.

"Tak ada buat apa-apa? Kenapa awak yang tanya saya? Soalan saya awak tak jawab lagi." Hampir dia terkantoi. Kali ini dia menjarakkan kedudukannya. Bau haruman lelaki itu membuat dia khayal. Tetapi juga membuat kepalanya berdenyut.

"Cik Puan nampak saya tengah buat apa tadi?"

"Gem... bur... tan... ah." Jawab Hana gugup. Bukan dia tidak nampak apa yang lelaki itu lakukan pada pasu bunga ros mama.

"Gembur tanah kat rumah orang-orang kaya biasanya kerja siapa?" Lelaki itu mendekati Hana. Memaksa gadis itu berundur ke belakang satu langkah.

"Tukang kebun..." Hana terkesima. Sepatutnya dia lari kerana lelaki itu seperti ada niat jahat. Namun kakinya bagaikan digam.

"Dah tau tukang kebun buat apa tanya lagi... Takkanlah posmen pulak yang gembur tanah kat rumah orang kaya." Lelaki itu terus mendekat.

Hana terdiam. Kali ini dia langsung tidak berganjak. Mata nakalnya menilik wajah lelaki itu dari dekat. Boleh tahan kacak. Sangat kacak sebenarnya. Wajah maskulin Asia. Kulit sawo matang. Hidung yang sangat seksi. Terasa hendak gigit hidung itu.

Degupan jantungnya bertambah laju. Lelaki ini buat dia berfikiran nakal. Ya Allah. Dia sudah dewasa. Sudah jatuh cinta. Lebih anehnya jatuh cinta pandang pertama. Matanya turun naik ke seluruh batang tubuh lelaki itu. Ketul-ketul di lengan lelaki itu membuat dia geram. Kalaulah dia dapat picit ketul-ketul itu. Alangkah bahagianya hidup.

"Tilik anak teruna orang. Macam tak pernah jumpa lelaki je."

Hana tersentak. Nakal sungguh sepasang matanya. Kan dah kena tangkap. Tapi dia hanya buat selamba. Sayang kalau dia lepaskan lelaki begini. Lebih baik dia sambar untuk diri sendiri. Bila-bila masa dia boleh picit ketul-ketul milik lelaki itu.

"Saya banyak kali jumpa lelaki tapi tak pernah jumpa tukang kebun macam awak. Saya macam tak percaya je awak ni tukang kebun." Uacap Hana. Dia berjalan perlahan berpusing mengelilingi lelaki itu. Sambil matanya bertindak seperti mesin x-ray.

Pakai singlet dengan jean pun nampak kacak. Kalau lelaki itu memakai sut atau baju orang-orang kaya pasti bertambah kacak. Lelaki kacak begini dia tidak harus lepaskan. Dia punya misi sekarang. Misi untuk memiliki tukang kebun yang hot and spicy ini.

Lelaki bertindak menyentuh bahu Hana untuk menghentikan langkah gadis itu. Rimas rasanya diperhatikan seperti itu. Dia menunduk. Bersabung mata dengan Hana.

"Tolong jaga mata sikit."

Hana terpaku. Dadanya berdebar-debar. Sah dia jatuh cinta pandang pertama. Mama... Hana nak kahwin dengan dia! Jerit Hana dalam hati.

"Saya tahu saya handsome... tapi tolong jaga mata tu, jangan gatal sangat. Tak baik tau punyai fikiran kotor macam tu. Saya ni suci murni lagi. Tak sama macam awak tu. Pandang orang macam mata tu ada x-ray. Tak baik tau..."

Bulat mata Hana.

"Tukang kebun jahat!" Hana menolak dada lelaki itu. Lebih lama mereka bertentang mata dia jadi tidak kuat. Fikiran nakal mula muncul. Tangannya sudah gatal mahu mengoyak baju singlet lelaki itu.

"Sekarang ni siapa yang jahat. Saya jahat atau Cik Puan yang jahat."

"Saya belum kahwinlah. Panggil saya Hana." Hana berlalu menjauhi tukang kebun tadi. Dia labuhkan punggung di kerusi batu.

"Ooh... belum kahwin. Salam kenal Cik Hana. Nama saya Wazif." Selamba sahaja lelaki itu duduk di sebelah Hana.

Hana yang masih lagi berdebar-debar hanya tunduk sambil menggigit kuku jari tangannya. Dia mahu lari tetapi lelaki itu malah medekat pula.

"Wazif. Awak dah kahwin ke?" Tanya Hana tiba-tiba. Dia pusingkan tubuhnya menghadap Wazif. Mata lelaki itu dia renung dalam-dalam.

"Kenapa?"

"Jom kita kahwin." Hana berterus terang. Tidak salah kalau perempuan memulakan langkah.

Wazif terdiam. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Sambil itu sesekali matanya melihat Hana.

"Ini kali ke berapa kita jumpa?" tanya Wazif.

"Kali pertama." Laju Hana menjawab. Memang ini kali pertama dia bertemu lelaki itu.

"Cik Hana melamar lelaki yang baru pertama kali cik jumpa. Kalau saya cakap cik ni tak waras boleh ke? Atau Cik Hana ni demam panas sampai otak tu tak boleh nak berfikir dengan baik." Selamba sahaja Wazif letakkan belakang tangannya di dahi Hana. Hanya seketika sahaja.

"Dalam bercinta tak ada istilah waras. Saya jatuh cinta pandang pertama kat awak. Dan sekarang saya dah punya fikiran nakal pasal awak. So kiranya wajib saya kahwin dengan awak."

"Fikiran nakal?" Wazif pandang Hana. Lama. Perempuan itu menyengih sahaja.

"Awak tau tak?" Jarinya mencucuk dada Wazif dengan penuh selamba. "Saya rasa nak gigit hidung awak sekarang ni. Saya nak picit ketul-ketul awak. Belum cukup nakal ke tu?"

Wazif tergelak. Dia menggeleng.

Hana geram. Terlihat ada lubang-lubang pada singlet lelaki itu. Seluar dalam jenama mahal tetapi singlet jenama murah. Malah sudah koyak. Pelik ya amat lelaki itu.

"Tak cukup nakal eh." Hana terus mengoyak singlet lelaki itu.

"Abs! Wah!" Hana mencucuk dada lelaki itu.

"Cik Hana buat apa ni?" Wazif berusaha menutup badannya dengan tapak tangan. Tidak menjangka gadis itu akan bertindak seberani ini.

"Saya dah cabul awak. Jom kita kahwin." Hana menyengih lagi. Mata nakalnya galak melihat tubuh Wazif yang terdedah.

"Psiko." Wazif tarik terus bajunya. Dia campak ke dalam tong sampah.

"Wow. Pemandangan yang indah." Mata Hana menakal lagi.

"Hugo Boss. Apa disebalik Hugo Boss tu."

"Cik Hana psiko." Wazif segera bangun dan tinggalkan perempuan itu. Terus sahaja dia masuk ke dapur.

Peti ais dia buka kasar. Botol air mineral dia capai. Terus dia buka penutup dan minum situ juga.

"Wazif. Kenapa ni? Baju mana?"

"Mak Piah." Wazif merenyukkan botol yang sudah kosong.

"Cik Hana."

"Cik Hana?" Bulat mata Mak Piah.

"Dia koyak baju saya sebab nak tengok abs saya. Dia ajak saya kahwin." Wazif bercerita tanpa berselindung.

"Wazif tau kan apa tujuan Wazif kat sini. Ingat isteri tu. Kena sabar dan tabah. Penting, kena kalis godaan. Jangan sampai benda tak sepatutnya pulak berlaku."

Wazif mengangguk. Memang dia sentiasa ingat isterinya walaupun hubungan mereka tidak pernah baik. Berkahwin atas aturan keluarga memang banyak dugaan. Isteri pula bencikan dia. Sebagai suami dia harus cuba yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangganya.

"Mak Piah. Boleh ke kami jadi suami isteri sebenar-benarnya. Boleh ke dia terima Wazif kalau hati dia cintakan orang lain." Mata Wazif tunduk merenung lantai.

"Kalau ada izin Allah semuanya boleh jadi. Hati yang keras membenci akan mencintai. Banyakkan berdoa. Mohon pada Allah."

Wazif angguk. Faham dengan kata-kata Mak Piah. Dia ukirkan senyuman. Semoga dia boleh keluar dari kemelut ini dengan segera. Penat rasanya berjuang seorang diri.

"Wazif kat sini pun awak. Kenapa awak lari. Saya ni teruk sangat ke. Eh Mak Piah..."

Wazif memberi isyarat kepada Mak Piah untuk beredar dari situ. Mak Piah mengangguk faham.

"Wazif. Awak nak pergi mana?" Hana mahu mengejar Wazif namun tangannya ditarik Mak Piah.

"Tak elok anak dara kejar lelaki macam tu. Tak ada adab sopan."

"Mak Piah. Dia hensem sangat. Kalau Hana tak kejar nanti orang lain kejar." Hana melihat ke arah pintu. Kelibat Wazif sudah hilang.

"Hana dah makan?"

Hana menggeleng. "Hana rasa nak makan Wazif je sekarang."

"Ya Allah. Hana kena jaga mulut tu sikit. Nanti kalau Datin dengar..."

"Sejak bila mama upah tukang kebun. Hana tak tau pun."

Mak Piah tidak menjawab. Sebaliknya dia tarik Hana untuk duduk.

"Hana lapar tak. Mak Piah masak." Soalan Hana dibiarkan tidak berjawab sebaliknya Mak Piah bertanya soalan. Tidak mahu anak majikannya itu terus bertanya tentang Wazif.

"Hana nak makan maggie goreng istimewa Mak Piah. Taruk seafood banyak-banyak tau." Kali ini baru dia terasa lapar. Rasanya sudah lama dia tidak makan makanan kegemarannya itu.

"Mak Piah masak sekarang. Hana duduk sini tau. Jangan pergi mana-mana."

"Baik."

Diam-diam Mak Piah mengeluarkan telefon dan menghantar pesanan WhatsApp kepada Datin Maznah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top