BAB 4(done edit✔️)
Bab 4
Pemuda itu cuba merentap tangan Aisyah namun, cengkamannya lebih kemas dan ketat hingga tidak mampu untuk dia melepaskannya.
"Sakitlah oi! Tak payah heret aku macam bebudak! Boleh bawak aku elok-elok, kan? Tak payah tarik akulah, oi!" Pemuda itu meminta dia dilepaskan dalam nada berapi-api.
Malangnya, pekikannya langsung tidak diendahkan Aisyah. Malah, wanita itu terus memecut kereta laju menuju ke balai polis sebaik menyumbat peragut itu ke dalam perut keretanya.
“Oh mak aih kau ni bawak kereta macam pelesit! Kalah jantan woi. Berhentilah oi! Kau nak mati cepat ke? Hoi!”
“Oh hoi hoi hotak kau kau hotak aku. Aku tengah pandu kereta kau bawak eh aku bawak kereta ke kau!” Jerkahan peragut itu sekali lagi mengenjatkan Aisyah hingga terluah latah lagi dengan tangan terlepas dari stereng tanpa sedar membuatkan pemuda berkenaan kecut perut dan segera mengawal stereng tersebut.
"Hoi mengucap mengucap mak cik singa hoi! Kau nak mati ke?” Pemuda itu menampar muka si latah itu dengan niat mahu sedarkannya dari latah.
Eh lain pula jadinya. Dengan tidak semena-mena wanita itu memegang stereng dan kaki laju menekal pedal minyak. Automatik kereta berubah kelajuan menjadi lebih pantas dari awalnya hingga terjerit pemuda itu hampir termuntah hijau.
Pemuda itu mulai kecut perut apabila kereta yang dipandu sudah gaya pelumba Sepang. Dia cuba berusaha membuka pintu itu. Malangnya tidak terbuka. Akhirnya pasrah sahajalah.
🥰🥰🥰
10 minit berlalu kereta yang dipandu Aisyah masuk ke dalam pekarangan balai tersebut. Tercungap nafas kedua-duanya di situ.
“Hei gila! Kau nak kita mati sama sama ke? Kenapa jerit jerit tadi? Kau buat aku terkejut tahu tak?” marah Aisyah, melampiaskan bengangnya angkara pekikan si peragut itu hingga mereka nyaris kemalangan tadi.
Pemuda itu masih mengecut fobia dengan aksi yang ditonjolkan 'si mak cik latah' akibat latahnya.
Aisyah yang mula merasa bunga-bunga ketenangan yang mengembang di hati sekaligus mengusir perasaan terperanjatnya tadi, terus turun dari kereta setelah tiada jawapan dari pemuda berkenaan.
Lalu, langkahnya dihala ke sebelah penumpang. Siap tolong bukakan pintu untuk pemuda itu lagi. Dilihatnya pemuda itu sudah membatukan diri. Diam tak berkutik. Mungkin sedang sembunyikan perasaan resah.
"Keluar! Ikut aku buat report. Sekarang!” tegas Aisyah dalam nada keras ditambah dengan wajah seriusnya.
Berubah air muka pemuda itu. Wajah tegang si latah ditenung mohon simpati. "Ha? Report? A... aku tak nak! To... tolonglah jangan buat report. Aku terpaksa buat senua ni. Tolonglah...”
"Ada aku kisah? Kau dah buat salah. Inilah tempat yang sesuai untuk kau. Keluar sekarang!" Aisyah masih tetap dengan keputusannya dan dibalas gelengan oleh pemuda itu.
"Okey, aku mintak maaf. Aku tahu aku salah. Tapi, ibu aku sakit. Aku perlukan duit untuk rawat ibu aku. Dan bayar hutang mafia. Aku tak de pilihan lain. Aku terpaksa ragut kau. Lagipun, aku baru berhenti kerja. Tolonglah jangan buat report! Kalau ibu aku tahu, tentu dia sedih. A... aku janji tak buat lagi!" Bersungguh pemuda itu merayu agar dirinya dibebaskan.
Benarkah begitu? Atau sekadar gimiknya sahaja? Aisyah masih meraguinya.
"Boleh pakai ke dengan janji kau tu? Betul ke cerita kau tu? Atau rekaan semata-mata untuk meraih simpati dari aku?"
"Ya, betul! Aku akan buat apa saja yang kau suruh asalkan jangan sumbat aku ke dalam lokap. Nanti kasihan dekat ibu aku tinggal sorang sorang. Siapa yang nak jaga dia kalau aku tak de nanti? Tolong percaya aku... ” rayu pemuda itu tanpa berputus asa.
"Really?" duga Aisyah inginkan kepastian.
Pemuda itu mengangguk kepala, berharap Aisyah percayakannya.
Manik mata Aisyah mencerna anak mata pemuda itu lama mencari kebenaran kata-kata janji pemuda itu. Dalam ligat mencari kebenaran, terlintas satu idea dalam benaknya membuatkan bibir itu menarik senyum menyeringai.
"Baik, aku takkan bawa kau ke lokap. Tapi, kau kena ikut aku!"
"Ke mana?" Pemuda itu tergaru kepala yang tidak gatal.
Aisyah tidak menjawab. Malah, dia terus kembali memboloskan diri ke dalam perut keretanya. Kemudian, memandu keluar dari pekarangan balai itu dan menyusur masuk ke laluan lebuh raya yang dibanjiri kereta yang lalu-lalang dan sesak. Kerana waktu itu adalah waktu orang pulang dari kerja mereka. Memang sibuk keadaan jalan.
Pemuda tadi hanya mematungkan diri di tempat duduk sebelah. Terpaksa akur dengan arahan gadis singa di sebelahnya itu. Sesekali dia mengerling Aisyah di sebelah yang asyik tersenyum sendiri membuatkan dia tidak tertelan air liurnya.
‘Harap muka je cantik. Tapi, mental rupanya. Eh eh, tengok tu... tersengih sorang-sorang pulak dia. Ish, apalah nasib aku hari ni. Dah tersalah ragut mak cik latah cap singa ni. Dah tu mental pulak tu dok tersengih sendiri. Memang orang cantik kebanyakannya gila eh? Ish, seriau aku tengok.’ Dia membuat spekulasi sendiri ditambah dengan kutukan lagi buat si latah itu seraya membelek sikunya yang tercedera. Menyeringai bibirnya menahan sakit.
Tanpa sedar Aisyah juga sedang mengerling ke arahnya sekilas. Tertumpah pula rasa kasihan melihat siku pemuda itu tercedera kerana terkena tendangan maut dari dia tadi. Kemudian, dia kembali tumpu pada pemanduannya. Ke mana agaknya Aisyah mahu membawa pemuda itu pergi ya?
😍😍🥰
Butterfly Park, Kuala Lumpur.
“TERIMA KASIH sebab sudi bawa aku pergi ke klinik walaupun aku dah ragut beg tangan kau tadi. Maafkan aku?” ucap pemuda si peragut tadi terhadap Aisyah.
Malu-malu lagak gayanya. Aisyah yang duduk bersebelahan melorot mata ke arah siku pemuda itu yang sudahpun berbalut dengan kain bandage. Lututnya turut berbalut. Tahu pula pemuda itu berterima kasih selepas dia bawa ke klinik tadi dan siap pakej dibelanja burger lagi untuk pemuda itu. Aisyah kembali memandang ke hadapan menyaksikan orang lalu-lalang menyaksikan panorama malam.
“It's okay. Lepas makan burger tu nanti kau telanlah ubat-ubat ni. Nanti melarat pulak luka kau tu kalau tak disapu ubat. Hilang habis kecomelan kau nanti.” Sempat Aisyah memuji pemuda itu sebaik menyuruh menelan ubat-ubatan membuatkan pemuda itu tersenyum bangga.
“Well, kau baru tahu ke?" Pemuda itu menepuk dadanya dengan bangga mematikan air muka tenang Aisyah kepada riak menyampah.
"Ceh! Nyesal pulak aku puji kau. Patutnya aku panggil kau jebon je tadi. Dasar budak hingusan poyo. Uh! by the way, apa nama kau?" cemuh Aisyah dan sempat pula menyelit soalan nama pada lelaki tersebut.
"Apa? Jebon? Suka hati kau je panggil aku jebon. Lu bikin gua panas jer!" Pemuda itu sudah pun bingkas berdiri sambil mengorek telinganya laju-laju kerana kepanasan hati.
"Aik, marah? Yang kau gelar aku mak cik latah cap lion tu boleh pulak? Kira adillah tu, kan? Tapi, kira okey lagilah aku panggil kau jebon sama macam dalam filem tu. Sepatutnya kau berbangga sebab masih ada orang yang sudi menggelarkan kau superhero jebon. Kalau orang lain, dah gelar kau peragut tegar plus menjengkelkan tau tak?" tutur Aisyah santai.
"Banyaklah kau superhero jebon. Itu James bone~lah, ngok!" bidas pemuda itu berang.
Berubah air muka Aisyah lagi sekali.
“Ek? Bukan jebon? Ah, sama ajelah. Asalkan bunyi bon bon kat belakang." Aisyah pura-pura tertawa kerana menutup malu bila teringat yang dia tersalah gelaran. Aisyah mereguk liur.
Lagi malu kalau Azran tahu. Lagipun, alang-alang pemuda itu telah menggelarkan dia ' mak cik latah cap lion' tadi jadi, peluang dia memulang buah paku keras terhadap pemuda tersebut.
Pemuda itu bengang tatkala dirinya menjadi bahang ejekan si latah dengan gelaran jebon si beruk babun itu. Rahangnya bergerak-gerak dan menegang. Tiba-tiba sahaja terlintas di fikirannya untuk kenakan gadis di hadapannya itu.
Dia merapati wanita itu bersama sengihan jahat bergayutan di bibir dan...
"Hargh!"
"Oh mak hargh kau jebon!"
Dush!
Tak pasal-pasal hinggap satu tumbukan padu di tulang pipi pemuda itu hingga terherot mulut.
"Adeh! " Jatuh pengsan pemuda itu akibat terkena tumbukan yang kuat dan terasa berpendar mata.
Aisyah yang baru tersedar dari latah, terkedu. Terperohong mulutnya melihat pemuda tadi sudah terbaring kaku di hadapannya. Dia menggigit jari.
"Alamak! Pengsanlah pulak. Itulah, siapa suruh kau sergah aku? Aku tak boleh terkejut. Kan dah terkeluar latah aku. Habis tangan aku naik sekali. Tsk, saja nak cari nahas budak ni." Tergaru-garu kepala Aisyah kebingungan.
“Kalau mati budak ni, naya aku!” Tanpa menunggu, Aisyah duduk bertinggung dan meletak dua jari ke pangkal leher peragut itu. Sejenak dia menghela nafas lega kerana urat nadi masih berdenyut.
“Fuh! Hidup lagi rupanya.” Aisyah terduduk atas tanah.
Tanpa berlengah-lengah, dia terus meminta beberapa orang yang ada di situ untuk membantunya membawa pemuda itu masuk ke dalam perut kereta yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berehat tadi.
Semenetara itu, Aina kegelisahan di rumah mak sunya menantikan sang kakak yang masih belum pulang.
“Mana kak long ni? Ish... lambatnya dia datang ambil aku hari ni.” Gadis itu memuncung bibir, merajuk.
Icha yang menyertai kedua ibu bapanya menonton TV mendekati Aina yang menunggu di hadapan pagar rumah. Mahu menemani sepupunya itu.
Update semula 4 may 2021
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top