BAB 3(done edit✔️)
AISYAH buntu. Mundar mandir dia berjalan di ruang tamu memikirkan cara untuk pulihkan adiknya yang semakin parah gayanya sampai tak boleh buat apa. Dia sudah mengikuti apa yang dikatakan Ustaz Junid tempohari. Tetap tak jalan.
Dalam tengah runsing kepala, tiba-tiba dia teringatkan sepupunya Azran, abang kepada Icha yang masih belajar di Korea. Apa lagi, tanpa menunggu lama dia terus menghubungi Icha meminta dia hadir ke rumahnya untuk berbincang tentang sesuatu.
🥰🥰🥰
“Kenapa kak long panggil Icha datang ke sini dengan tiba-tiba je ni?" soal Icha setibanya dia di situ seusai melaga-laga pipi dengan Aisyah.
Kemudian, mereka berdua melabuh duduk di sofa dalam ruang tamu rumah itu sambil menghadap TV.
Aisyah mengubah posisi dengan duduk bersila di atas sofa menghadap Icha di sebelah.
Icha pula merenung Aisyah pelik dengan kelakuan tika itu.
"Kak long dah tahu cara untuk pulihkan Aina kembali." Aisyah terus ke topik utama tanpa berkias-kias lagi.
Bersinar mata Icha mendengarnya. Bibirnya terukir senyum. "Macam mana tu?" soalnya tak sabar ingin tahu.
Aisyah mula menerangkan satu persatu apa yang mereka perlu lakukan.
Icha termenung seketika. Senyuman termati di situ. Wajahnya berubah riak serius. Berkerut dahinya memikirkan sesuatu sambil menjemput-jemputkan dagu si bujur sireh itu seolah-olah seperti sedang bermain dengan janggut pula lagaknya. Sedangkan tiada janggut pun yang terlihat di mata kasar mahupun mata halus.
"Boleh tak Icha tolong kak long?" soal Aisyah inginkan kepastian setelah mendapati Icha masih lagi berfikir.
"Susahlah, kak long. Jauh tu nak cari. Bukan Icha tak boleh tolong. Tetapi, di mana Icha nak mencari Park Ji Hoon? Ingat senang ke nak jumpa artis terkenal macam dia tu? Tak de cara lain ke?" Icha tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal memikirkan permintaan kakak saudaranya itu. Aduh, parah sungguh penyakit obsesi Aina itu.
"Tak de. Kak long dah buat macam-macam dah tetap tak jalan. Semalam pun kak long sampai buat bacaan yasin. Dia pulih masa tu ajelah. Lepas tu, jadi balik murung dia tu. Dia hanya menangis dan asyik sebut-sebut nama si bihun dia tu! Stress~lah kalau berhari-hari dia masih macam tu. Lama-lama kak long naik fed up jugak. Tolonglah kak long, Icha. Kak long tak sanggup nak tengok dia terus macam tu. Icha pun pasti tak sanggup jugak, kan? Takkan nak biar dia terus begitu. Please!" Aisyah merayu Icha dengan mata dikerdip-kerdipkan berharap Icha sudi membantunya.
Icha terus berdiri dan berjalan ke hulu ke hilir memikirkan sesuatu cara untuk hubungi pengurus Park Ji Hoon. Dia akan cuba membantu kakak saudaranya itu demi Aina.
Aisyah masih menanti keputusan Icha dengan anak matanya mengekori setiap gerak-geri adik saudaranya itu.
Tidak lama kemudian, Icha menghentikan langkah dan menggaru kepala. "Icha pun serabutlah fikirkan cara untuk hubungi Park Ji hoon atau manager dia. Kalau hubungi melalui Ig atau fb bukannya boleh percaya. Sebab banyak fake dari real."
Aisyah yang menjadi pemerhati Icha di hadapannya itu tib-tiba mendapat satu idea. Inilah masanya dia keluarkan ideanya untuk petik nama Azran, abang kepada Icha. Bibirnya melorek senyum.
"Icha... bukan ke abang Icha tu belajar kat Korea sekarang? What if we just ask him for help? Please!" saran Aisyah dengan kening diangkat- angkat membuatkan Icha menggeleng laju.
"Memanglah dia study di Korea. Tapi, mahu ke dia tolong Icha nanti? Tambahan pula, bab mencari artis K-pop ni. Dia bukannya suka K-pop. Tak silap hari bulan, Icha yang kena sembur dengan dia. Suruh belajar dululah apalah. Tak payah nak sibuk pasal K-pop bagailah. Dia tu dahlah kuat bebel kalau sebut aje pasal K-pop. Pendek kata, anti K-pop agaknya dia tu. But, even in anti-k-pop, he still continued to study in Korean as well. I don't really understand!” omel Icha dengan bibirnya dimuncung-muncungkan bila teringatkan sikap abangnya yang seorang itu.
"Alah, Icha cakap aje yang kak long yang suruh. Dia mesti setuju untuk tolong kita punya.” Aisyah beria-ia mendesak Icha dan seakan yakin benar yang Azran akan membantu mereka hanya dengan menyebut namanya sahaja. Biar betul? Icha sudah merenungnya pelik.
"Yeke? Kenapa sebut nama kak long Abang An terus nak tolong pulak?" Soalan cepumas Icha itu membuatkan Aisyah terdiam.
"Ha... ni mesti kak long dengan Abang An ada apa-apa, kan?" Icha mula main serkap jarang.
Aisyah cuak. Dia tercari-cari alasan yang munasabah untuk selamatkan diri dari diragui anak remaja itu. Pipinya saat itu sudah merona kemerahan menahan malu kerana dia hampir sahaja terpecahkan rahsianya sendiri.
"Er... alah, kak long cuma nak suruh Icha mintak tolong Abang An je. That's all. No more than that." Aisyah mengawal gugupnya sehabis mungkin.
Icha menjuih bibir dalam diam.
'Macamlah aku tak perasan yang selama ni Abang An tu selalu berwebcam atau video call dengan kak long bila balik ke Malaysia. Tak de apa-apa konon. Pandai dorang rahsiakan hubungan dorang, ya? Tengoklah, satu hari nanti aku akan cari tahu jugak hubungan sebenar dorang berdua ni, huh!' desis Icha.
Wajah Aisyah dipandang sejenak.
"Tak pelah. Nanti Icha hubungi Abang An. Icha cuba mintak tolong dia. Tapi, Icha tak janji kalau Abang An tu boleh tolong kita atau tak. Icha akan cuba." Akhirnya Icha bersetuju untuk meminta bantuan dari abangnya.
Aisyah tersenyum indah. Gembira benar lagaknya. "Terima kasih, Icha. Kak long berharap Abang Azran boleh tolong kita nanti." Harapan Aisyah terlalu tinggi.
"Inn Shaa Allah, kak long. Kita usaha sama-sama. Semoga Aina cepat pulih."
Icha kembali melabuhkan punggungnya sebelah Aisyah. Bahu gadis itu dipaut kemas, berharap kakak saudaranya terus tabah harungi dugaan hidup.
Icha juga berharap sepupunya Aina cepat sembuh seperti sedia kala.
💖💖💖💖💖💖💖💖💖
"Yehhu! Gotcha! Habuan lumayan. Bodoh punya orang. Handbag tinggal atas bumbung kereta. Memang tak dapek eden nak nolong eh.” Gembiranya si peragut licik selamatkan diri lesap di sebalik lorong-lorong.
Kemudian, mangsa lain pula diragutnya sehingga bergelut dengan wanita tua itu terseret atas jalan dan dia berjaya melarikan diri. Lesap seperti kepulan asap tak dapat dikesan. Mana taknya, bukan satu motor sahaja yang dia guna. Malah, banyak strategi yang diguna pakai hingga orang tidak mampu untuk mengecam akan siapa dirinya yang sebenar.
"Fuyoh! Kayanya mamat langsi nih. Dompet tebal duit berkepuk. Fuh, kaya aku kalau macam ni hari-hari. Ramai betul orang kaya keluar hari ni. Semua jadi makanan aku hari ni. Hm, sorang aje lagi. Lepas tu, boleh aku balik jenguk ibu. Yes, last mission for today. Gotcha bebeh!" Peragut itu mula menunggu mangsa seterusnya sembari tertawa puas.
🥰🥰🥰
Ketika pulang dari kerja, Aisyah menghayun langkah menuju ke arah kereta Proton X70 SUV RED di tempat letak kereta. Tanpa dia sedari, muncul seseorang menaiki motor EX5 putih meragut tas tangannya dengan mengejut.
"Eh, jebon meletop ragut beg aku! Oi setan kau meletop bom aku!"
Itu dia sekali terkeluar latah si Aisyah siap pakej silat segala serapah merapu terluah sama hingga spontan tertendang motor si peragut tersebut menyebabkan ia terbalik jatuh ke jalan tar sekali dengan si penunggangnya. Punyalah dahsyat penangan latah si Aisyah.
Saat itu tiada orang lagi kerana Aisyah keluar lebih awal berbanding hari lain untuk melihat keadaan Aina yang ditinggalkan di rumah ibu saudaranya iaitu adik kepada ibunya yang telah lama menghilang itu.
"Adeh! Argh...” Si peragut itu mengerang kesakitan yang sudah terbaring ditimpa motor sendiri.
Dia cuba untuk bangun namun, tidak mampu. Kakinya yang sakit akibat ditindih motor itu menghalangnya untuk terus bangun. Lutut dan sikunya juga tercedera agak besar.
Aisyah yang baru tersedar dari latahnya memfokus ke arah si peragut tadi. Melihatkan keadaan si peragut itu, berdekah dia tertawakannya. Siap bercekak pinggang lagi di hadapan lelaki itu.
"Padan muka kau! Nak ragut aku sangat, kan? Hamek kau! Kan dah tak memasal terkena flying kick dari aku! Segala bapak silat taekwando aku dah terkeluar! Bak sini handbag aku balik!"
Aisyah langsung merampas kembali tas tangan dari cengkaman si peragut itu lantas, memeriksa isi kandungannya takut ada yang terkurang atau hilang. Memang nahas si peragut akan di belasahnya nanti.
"Ha! Nasib baik cukup. Kalau tidak, memang nahas kau aku kerjakan. Kau tak kenal siapa aku lagi. Aku kak long kawasan tau tak?" Aisyah menunjukkan lagak gaya ala-ala gengster di hadapan si peragut tadi.
"Tak tanya pun," balas si peragut spontan dengan muka berkerut di sebalik visor helmet apollo birunya yang gelap itu, menahan sakit.
Jawapan si peragut itu membuatkan Aisyah panas hati. Dia berubah riak garang.
"Eh eh budak ni... hei budak! Ikut aku pergi ke balai sekarang!" Aisyah bertegas mahu bawa peragut berkenaan ke balai.
"Tak nak! Kau dah dapat barang kau Kan, mak cik latah? So, tak payahlah pergi ke balai!" jawab si peragut itu senada membuatkan Aisyah melopong mulut.
'Ish budak laki ni... selamba je jawab macam tu. Memang nak kena dia ni!' Aisyah mendengus sendiri.
Si peragut itu cuba untuk bangun dan dia berjaya juga akhirnya. Motornya diangkat dengan sedaya mampu kudrat yang masih tersisa.
“Erh... aduh... tsk!” Kedengaran keluhan sakit dari bibir peragut itu.
Bukan Aisyah tidak ada rasa simpati terhadap keadaan si peragut itu, tetapi marahnya dengan sikap biadap lelaki tersebut menjadikan dia berhati batu.
"Aku nak kau bukak helmet kau tu sekarang! Kenapa kau bercakap dengan aku tak bukak helmet? Aku tak nampak muka kau sebab cermin visor kau tu gelap. Bukak visor tu sekarang! Dengan helmet tu sekali. Now!" perintah Aisyah benar-benar tegas.
Lama si peragut itu merenungnya di sebalik visor gelap itu dengan mulutnya digumam menahan geram.
Aisyah dapat merasakan dirinya sedang diperhatikan dari sebalik visor itu.
"Apa pandang-pandang? Bukak helmet tu, now!” Sekali lagi Aisyah mendesaknya membuka helmet dan tidak betah dirinya menjadi renungan dalam diam di visor gelap itu.
"Yalah!" balas si peragut dengan nada yang cukup kasar.
'Aduh, macam mana aku boleh kalah dengan mak cik latah garang macam singa ni. Last mission aku gagal. Macam mana nak bayar hutang si botak tu nanti? Aduyai!! Masaklah aku,' gerutu pemuda itu dalam hati.
Mahu tak mahu, dia terpaksa akur. Setelah membuka helmetnya, jelas terpamer wajah si peragut yang sebenar membuatkan Aisyah terjatuh rahang melihatnya.
Terkesima dia seketika apabila terpasak mata pada figura jejaka yang berwajah bayi di hadapannya itu.
Yang si peragut pula menarik muka masam didesak mendedahkan wajah sebenarnya di hadapan wanita itu. Mereka berbalas renungan sejenak.
Sedangkan hati mereka mula berkata-kata.
'Dah kenapa mak cik latah cap lion ni renung aku macam tu? Jangan cakap yang kau dah syok kat aku dahlah. Muka dah macam mak nenek aje. Mulut macam cenonggek ayam. Mulut puaka! Tak hingin aku!' getus Si peragut dalam hati. Dia tidak selesa berlama di situ menjadi tatapan si latah di hadapannya itu.
‘Wah... bi... biar betul apa yang aku tengok ni...’ detik hati Aisyah.
“Hoi, mak cik latah cap lion!”
“Oi mak cik latah kau lion kau lion aku!” Sergahan pemuda itu mengejutkan Aisyah hingga terkeluar latah tanpa sedar dengan tangan sama naik mengetuk kepala lelaki itu spontan.
"Adeh! Woi! Sakitlah!" rengus si peragut itu, bengang kepalanya menjadi mangsa sambil menggosok kepala yang terasa sengal.
Aisyah yang tersedar lantas, mengurut dada. Cuba menenangkan debar yang menghenyak dada gara-gara terperanjat dan malu sama terkeluar latah. Hilang keayuannya.
Pemuda itu hanya merendam wajah jengkel berkira untuk beredar dari situ.
“Park.... Ji... Hoon!” Tergagap-gagap nama itu diserunya membuatkan pemuda tadi berkerut dahi seribu tanda tidak dapat menangkap apa yang gadis itu melalut?
“Apa benda? Bihun ? Apa benda kau merepek ni mak cik latah? Aku tak faham dan tak nak faham pun. Dah, tepi!" Dengan selamba pemuda itu menolak Aisyah ke tepi dan dia membawa motornya berkira untuk berlalu dari situ bertujuan untuk selamatkan diri dari dibawa ke balai.
Sementara gadis itu masih berkhayal, baik dia segera berlalu sebelum gadis singa itu tersedar dan mahu membawanya ke balai semula.
Aisyah yang tersedar dari lamunan mengetap bibir marah. Jemarinya digenggam jadi penumbuk. "Tunggu! Kau nak pergi mana? Kau dah ragut beg aku, lepas tu kau nak blah macam tu je? Banyak cantik muka kau? Dah tu sesedap rasa kau je kau panggil aku apa tadi? Mak cik latah cap lion? Amboi amboi amboi... sedapnya mulut kau mengata aku. Kau tunggu nasib kau! Ni mak cik latah cap lion kau datang!" Tanpa diduga Aisyah melangkah laju dan sempat menarik rambut pemuda itu ke belakang dan diheretnya ke kereta membuatkan pemuda itu tersentak lalu terlolong sakit. Automatik motornya yang dibawa terlepas ke jalan.
Selamat membaca. Komen Dan vote lah sekali sbg pembakar smangat Saya untuk terus menulis., Sokongan anda amat di hargai. 😍😍
Update re-edit 2 may 2021
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top