BAB 14(✔️done edit)

BAB 14

Merchant Lane, Petaling Street.

LAMA Hafiy dan Aina menunggu Aisyah di situ. Sempatlah mereka berbual panjang hingga Hafiy tertidur atas kerusi. Aisyah yang pada mulanya menyertai mereka tiba-tiba menghubungi mereka beritahu dia tak dapat menyertai mereka. Ada hal lebih penting untuk dia uruskan.

Aina yang tengah asyik mengemaskini dan memuat naik foto-foto dia bersama idolanya di sosial media, memanggil lelaki itu untuk menunjukkan komen-komen positif dari peminat-peminat Park Ji Hoon.

"Oppa! Igeot jombwa!" Aina menyigung siku idolanya yang berada di sisi. Bermaksud,' abang! Tengok ni!'

Tiada balasan dari lelaki itu membuatkan Aina berpaling menghadap idolanya. Menyengkang pelupuk matanya sebaik menyaksikan keadaan lelaki tersebut. "La... tertidur rupanya dia. Mak aih! Mulut ternganga. Letih sangat agaknya. Kasihannya dia. Meh kita tolong tutupkan mulut oppa ek." Aina tolong menutup mulut idolanya yang sudah terperohong tanpa lelaki itu menyedarinya.

Aina sempat mengamati seraut idolanya dari setiap sudut. Dengan perlahan bibirnya menguntum senyum leka. Inilah wajah idolanya yang dia puja selama ini. Dia menanggalkan topi dan sunglass pada wajah dan kepala lelaki tersebut.

"Comel dia tidur. Nak snap gambar sikit boleh tak? Bolehlah ek. Kira halallah. Nak buat simpanan peribadi jer." Tanpa menunggu, Aina telah pun mengambil gambar idolanya yang sedang nyenyak tidur.

Aina baru terpasang niat nakalnya untuk bergambar acah-acah konon dia kuncup pipi idolanya.

"Aina! Behave yourself! Jangan lakukan perkara yang memalukan macam tu!" Belum sempat Aina mencium pipi lelaki itu, ada suara menegah menginjatkan bahunya. Niatnya juga lenyap begitu sahaja.

Lantas, figura si penegah dipandang. Kelihatan Aisyah sudah mencerlung mata ke arahnya. Aina memuncung bibirnya. Hajatnya tidak kesampaian.

Aisyah langsung melabuh duduk di hadapan Aina bersama Azran.

Azran pula menatap Hafiy dengan tatapan penuh tanda tanya. 'Macam mana dia boleh datang ke Malaysia ni pulak? Sedangkan baru beberapa hari lepas aku sent WhatsApp video Park Ji Hoon yang dia tak dapat datang sebab jadual padat dekat Icha hari tu. Ish... pelik ni. Ah! Tak hairanlah. Mungkin dia nak surprise~kan Aina agaknya.'

"Aina, kejutkan dia. Beritahu dia kita nak balik dah. Dah lewat sangat ni," suruh Aisyah kepada adiknya yang sejak tadi memuncung merajuk dibebel sang kakak tadi.

"Alah, nak balik dah ke? Tak puas tahu nak berkepit dengan Ji Hoon Oppa." Aina merungut dengan lenggok menggediknya.

Aisyah mengancing gigi, geram. "Tak payah nak menggedik sangat. Cukup untuk hari ni. Jom balik!"

Kalau dibiarkan mahu sampai ke esok pagi Aina mahu berdua dengan si jebon. Aisyah memang tidak boleh membiarkan adiknya terus begitu.

Bunyi bising pertengkaran kecil itu telah membangunkan Hafiy dari tidurnya. Dia memisat matanya saat terpandangkan tiga manusia yang sudah mengelilinginya. Pantas dia terus terbangun, tegakkan posisi.

"Eh, Aisyah? Bi..." Ayatnya tergantung apabila terlihat seorang lelaki di sisi Aisyah.

"Since you woke up too, so come home," kata Aisyah.

Kemudian, Aisyah bangkit dari duduknya. Tangan Aina ditarik mahu dibawa pulang dan diikuti Azran.

"Who is this guy?" soal Hafiy ingin tahu siapakah gerangan lelaki kacak kemas bergaya yang berada di samping mak cik latah itu.

Langkah Azran terbantut apabila mendapati dia disoal oleh seseorang. Dia berpaling menghadap lelaki yang disangkanya Park Ji Hoon itu dengan senyuman. "I am her lover."

Apa yang diberitahu lelaki itu membuatkan Hafiy tergagu sejenak. Entah apa yang bermain di benaknya tika itu.

Aisyah turut menoleh memandang Hafiy. Kelihatan lelaki itu seperti sedang melamun memikirkan sesuatu. Aina pula masih mencuri pandang idolanya sambil tersengih suka.

"Thanks for spending time with Aina for half a day. I appreciate it. Because of you, Aina is recovering from an obsessive illness. Thank you," ucap Aisyah, tulus dari hati.

"It's okay, it's just a small thing. After all, I also enjoyed today to spend time with Aina. Thank you for supporting me," balas Hafiy, siap pakej dengan senyuman manis dihadiahkan untuk Aina dan Aisyah.

Aisyah hanya membalas dengan anggukan. Aina pula mendekati Hafiy. Aisyah baru hendak menghalang, namun Azran menahan mematikan niatnya. Aisyah mengancing gigi geram. "Kenapa B halang sayang?"

Azran tersengih melihat mimik muka kesayangannya itu yang sudah berubah cemberut. "Biarlah dia. Lagipun, inikan pertemuan terakhir dia dengan pak cik bihun dia tu. Bagilah chance. Lepas ni, belum tentu dia orang boleh berjumpa lagi. Jadual Park Ji Hoon padat tau. Memang susah nak jumpa. Biarkanlah dia orang bercakap kejap."

Aisyah akhirnya mengambil keputusan untuk berdiam diri. Azran turut mengunci mulut pabila dilihatnya Aisyah tiada tanda-tanda untuk bersuara.

"Thanks for spending time with me. I am so happy today," ungkap Aina, dalam nada ceria.

"It's okay. For your information, I will never disappoint my fans to spend time with me," ujar Hafiy.

"I'm sorry I misunderstood you. It's all about your concert that day. I fell and couldn't take a picture with you. I called you but you didn't answer. I think you're arrogant that's why I'm depressed. But ... when I'm with you today, I'm wrong. You are a famous star who is kind and cute.

Yong seohaejuseyo, oppa!" Aina menyusun sepuluh jari memohon maaf dari lelaki itu kerana tersalah anggap tentang idolanya selama ini.

Hafiy rasa bersimpati dengan apa yang terjadi terhadap Aina. Demi memujuk hati gundah gadis tersebut, dia mengeluarkan sesuatu sebagai tanda ingatan seorang idola kepada peminatnya.

Sebentuk keychain berbentuk hati yang dibelinya di bandar siang tadi dikeluarkan dari poket seluarnya.

Dia menarik tangan Aina lembut dan lalu meletakkan keychain tersebut ke atas tapak tangan gadis itu.

"I'm sorry I didn't have time to serve you that day. because my fans are too many. I may not hear your voice calling my name, forgive me. As a token of apology, I present the key of this heart -shaped chain to you. That is a sign of affection to my fans. Including you, my sweet girl!"

Aina merenyeh suka mendapat hadiah pemberian dari idolanya. "Because today you made up for your mistake, by spending half a day with me, so... joseong haeyo, oppa. Seonmul gomapseumnida." Bermaksud,'Kerana hari ini awak telah menebus kesalahan awak, dengan meluangkan masa dengan saya setengah hari, jadi... saya maafkan oppa. Terima kasih untuk hadiah ini.'

Dengan senang hati Aina memaafkan idolanya dan berterima kasih atas pemberian hadiah yang cukup bermakna baginya.

Ketika itu Hafiy sudah tergaru kepala tidak mengerti maksud kata-kata Aina ayat hujung.

Aisyah yang melihat tingkah Hafiy waktu itu, segera mengalih perhatian Aina dari terus menanti balasan dari lelaki itu. "Aina, Park Ji Hoon. I think it's time to go home. let's say goodbye and disperse?"

Hafiy berasa lega kerana Aisyah selamatkan dirinya. 'Huh! Nasib baiklah kau selamatkan aku, mak cik latah. Trimas trimas!' ucap Hafiy dalam hati dengan gembiranya.

Aina memuncung muram. Rasa berat hati untuk berpisah dengan idolanya. "Goodbye! Do not forget me. Don't forget to reply to my chat on Instagram. I will definitely miss you, Park Ji Hoon." Sempat Aina menitip pesan.

"All right. I will never forget my adorable fans like you. Later if I have time, I will reply. Study hard! Come to the ivory tower! Fighting!" Hafiy turut memberi semangat terhadap gadis itu agar belajar bersungguh-sungguh.

Sempat dilayangkan jari mini berbentuk hati untuk Aina pakej dengan kenyitan mata comelnya itu.

Aina membalasnya membuat perkara yang sama membuatkan Azran tergeleng kepala melihatnya diiringi sengihan terpamer. Kelihatan manis detik itu.

Mereka berpisah di situ. Hafiy menghantar mereka pulang dengan ekor matanya. Dia menghela nafas seketika. Entah mengapa, saat itu juga ingatannya kembali teringatkan Tengku Diya. "Apa khabar dia sekarang agaknya?"

Sungguh dia rindukan gadis itu. Telefonnya dikeluarkan dari poket seluar. Dia mendail nombor Tengku Diya. Baru sahaja telefon itu ditekapkan ke telinga tiba-tiba, matanya tertancap ke arah sepasang merpati dua sejoli yang baru sahaja masuk ke situ. Pasangan itu tidak perasankan Hafiy yang bertutup kepala dengan topi biru dan sunglass coklat.

"Tengku Diya? Dia dengan siapa? Lelaki mana pulak tu?" Pelbagai persoalan bermain di fikiran lelaki itu.

Hati rasa hendak meletup saat itu. Marah memang marah. Mahu sahaja dia menyerang mereka. Namun, bila difikirkan semula, agak tidak matang jika terus menyerang sebegitu. Lebih baik dia diam. Biar perempuan itu memberitahunya sendiri nanti jika benar dia jujur dengan perhubungan mereka. Hafiy mengeluh kasar sebelum berlalu dari situ.

"Baik aku balik tengok ibu, lagi baik. Selalunya waktu ini aku dah balik kerja. Nanti kalau sampai rumah lewat, banyak pertanyaan pulak ibu menyoal aku. Jenuh pening nak menjawab. Dan kau, Diya. Tunggu. Aku tunggu kau jelaskan segalanya pada aku. Tak kisah bila-bila pun, aku takkan sesekali bertanya selagi kau sendiri tak buka mulut. Biar kau rasa serba salah. Kau tunggu, aku akan tayang kemesraan aku dengan Aisyah pula depan kau lepas ni. Aku nak tengok bagaimana perasaan kau pulak bila aku buat kau, macam mana kau buat pada aku. Kau tunggu! Hari itu akan tiba!" tekad Hafiy dan langsung menghampiri motor superbike miliknya yang berada tidak jauh dari situ.

Dia membawa Aina menaiki superbike itu petang tadi. Malas mahu membawa motor legend EX5 putihnya itu. Takut semput di tengah jalan, malu mendapat nanti. Motor superbike itupun dibelinya ketika dia masih bekerja dengan beberapa buah syarikat terkemuka. Nasib baik beli tunai. Tak payah pening fikir untuk cara membayarnya lagi kini.

Motor superbike meluncur laju membelah jalan raya. Tanpa sedar, ada sebuah kenderaan mengekorinya dari jauh.

•••••••••••

Flat Puchong Permai.

HAFIY memasukkan motor superbike dalam tempat letak kenderaan di lantai bawah. Kemudian, dia berlalu naik lif menuju ke tingkat 5.

Manakala, kenderaan yang mengekorinya tadi berhenti di tepi jalan berdekatan dengan rumah flat tersebut. Dua lelaki berbadan sasa keluar dari perut kereta dan mengawasi Hafiy dari jauh.

Tiba di tingkat 5, mereka memerhatikan Hafiy sudah masuk ke salah satu rumah di sebelah hujung. Mereka kemudian berlalu turun semula dan menuju ke kereta.

Salah seorang dari mereka membuat panggilan.

"Hello, boss! Kami dah dapat lokasi tempat tinggal itu hanjing. Amacam bos? Mau kami tibai atau cekup itu hanjing Kasi bos atau macam mana?"

"Bagus! Jangan serbu malam ni. Tunggu esok, gua yang akan berdepan dengan itu hanjing. Gua tahu apa nak buat dengan itu bajingan. Dia belum tahu gua siapa? Esok penentuan hidup atau mati dia di tangan gua. Sudah, zou zou!" Botak memberi arahan sebaik mendapat maklumat terbaru dari kuncunya.

"Kenapa tak kasi tapau ini hari, bos? Apasal tunggu besok?"

"Lu tak tau apa yang gua tengah fikir. Gua ada plan baik punya."

"Plan apa bos?" soal Apoy ingin tahu.

"Tak payah banyak tanya. Balik ke markas sekarang! Ada banyak kerja untuk lu orang meh. Zài(shai) wǒ zhuàng(cuang) dào nǐ tóu zhī qián huí(huwe) lái, nǐ zhè(she') ge(ke') báichī!"

Maksud,' balik sekarang sebelum aku hentak kepala kau, bodoh!

"Hǎo lǎo bǎn," akur Apoy. Bermaksud,' baik, bos!'

Tut! Tut...

Talian dimatikan. Apoy melempar pandangan tidak puas hati pada Chincau gara-gara dirinya dimaki.

Chincau, lelaki berdarah kacukan Cina Thailand itu tersengih. "Lǎo bǎn shuō shén me bèi mà le shì ba?" Bermaksud,'Apa bos cakap? Kau kena maki, kan?"

"Diamlah, Chincau yeos! Sekali aku bancuh kau jadi air chincau campur laici kang baru tahu. Dahlah aku tengah dahaga air ni. Hmph!" rengus Apoy geram dengan apek sebelahnya itu.

"Haiyak! Lu jangan main-main dengan nama gua hah! Wa kasi hantam lu punya muka baru lu tau!" Chincau mengepal penumbuk. Riak bengis ditayangkan.

Apoy menolak muka Chincau dengan kuat hingga menyebabkan lelaki itu terdorong ke belakang dan terus beredar dari situ.

Chincau mendecit marah. "Hoi! Wú lǐ!"

Bermaksud,'Hoi, biadap!'

Chincau mengejar Apoy. Apoy hanya bahankan Chincau dengan menyanyi lagu cincau yeos itu ciptaan sendiri.

Sementara itu, Hafiy pula terjengket-jengket kaki Hafiy masuk rumah menuju bilik tidur, khuatir ibunya terjaga. Ibunya selalu tidur awal. Lepas solat isyak, tilamlah tempatnya. Tetapi, kalau dia tahu Hafiy pulang lewat malam itu, sudah tentu dia dileteri oleh ibunya kerana khuatir terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Dalam langkah berjaga-jaga, tiba-tiba suasana kelam berubah cerah menginjatkan lelaki itu. Dia kematian langkah. Peluh mula berbintik di dahi, bersiap sedia menantikan suara bebelan dari bentara guru terhormat. Ya, di luar dia langsi bagaikan rimau yang tak berapa nak rimau itu. Tetapi, di rumah dia ibarat tikus yang takutkan kucing. Ada betulnya kata-kata mak cik latah tempoh hari.

"Dammaikalab(dammaiklab)majaa?" Kedengaran suara ala-ala Maria Farida berbahasa Thailand. Bermaksud,' Kenapa lewat balik?'

Hafiy diam tak berkutik sambil tertunduk sedikit. Mencari akal mahu memberi alasan.

"Hafiy chanathamaguna... gunapaihainama? Dammaigunakalab(klab)ban duk?" Sekali lagi wanita usia 40-an itu menyoal Hafiy setelah tiada jawapan dari sang anak. Maksud,'Hafiy, ibu tanya pada kamu... pergi mana? Kenapa balik ke rumah lewat?'

"Ḥāfīdamnanacandụkleyamæ̀," jawab Hafiy perlahan. Bermaksud,'Hafiy ada kerja sampai malam, ibu.'

Memang benar dia bekerja sampai malam. Tetapi, bukan lagi sebagai seorang yang berjawatan pegawai perkhidmatan awam. Kali ini, kerja yang dilakukan adalah untuk Aisyah. Segalanya untuk si latah itu. Bukan kerana dia takut dengan ugutan gadis berkenaan yang mahu menyumbat dia dalam lokap atas kes ragut tempoh hari. Tetapi, ini demi membalas jasa Aisyah yang sudah pun menyelamatkan nyawanya ketika dia hampir dibunuh oleh sang mafia.

Ya, dia ingat jasa gadis itu dan takkan pernah dilupakan sampai mati. Walau dia melayan gadis itu dengan cukup kasar dan biar pun gadis itu turut melayannya kasar dan selalu menjadi bahan bulinya, dia tak kisah. Jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan Aisyah yang telah menyelamatkan nyawanya hingga diri gadis itu sendiri hampir terkorban dilanyak mafia. Disebabkan ini, dia mengikut sahaja arahan gadis tersebut.

"Betul ni? Tak tipu?" Puan Haliza mahukan kepastian walau dia tidak dapat melihat riak wajah anaknya, namun dia dapat merasakan sesuatu.

"Betul, bu. Hafiy tak tipu." Hafiy berusaha meyakinkan ibunya. Lembut nada suaranya.

"Baguslah. Pergilah mandi dan berehat. Kasihan anak ibu, mesti penat. Nak makan? Tadi, mak kiah jiran sebelah rumah tu datang hantar makanan, ibu rasa macam banyak je lauk pauk tu. Nanti Ibu panaskan. Lepas tu, Hafiy datang makan. Ya, sayang?" ujar Puan Haliza dengan tangan naik mengawang ke hadapan mencari sosok anaknya yang berdiri tidak jauh darinya.

Hafiy yang melihatnya terus mencapai tangan ibunya.

"Maeyadosahai Hafiy didamhaichanakanavala Hafiy sayya wa Hafiy camaidamzaamika(maidamsaamik)," janji Hafiy bersungguh. Tangan ibunya diraih dan dikucup mohon ampun. Bermaksud,' ibu, maafkan Hafiy sebab buatkan ibu risau. Hafiy janji takkan ulanginya lagi.'

Puan Haliza terasa lembut hati. Tidak lagi rasa marah pada anak lelakinya itu.

"Jai chanahai abhayaguna(khun)." Puan Haliza memeluk anaknya tanda dia sudah memaafkannya. Maksud,' ya, ibu maafkan kamu.'

Hafiy membalas pelukan ibunya kemas.

..................

AINA yang baru lepas mandi, berehat dalam ruangan peribadinya sambil menghadap jendela merenung ke luar. Bibirnya tidak lekang dek senyuman manja.

"Haisy, oppa... i miss you oppa! My winkle boy. Bogo sipeo!" Ungkapan rindu itu ditiup berharap angin sampaikan rasa rindunya pada Mr. Winkle Boy kesayangan.

Tidak lama begitu, dia membuat panggilan video dengan Icha dan menceritakan apa yang berlaku siang tadi membuatkan Icha cemburu namun, gembira melihat keceriaan Aina.

"Aku nak pergi tadi ikut korang, tapi Abang An tu tak bagi. Dengki je dia tu, huh! Dia kata mulut aku ni tak boleh simpan rahsia. Nanti aku beritahu kak long yang dia balik sini mengejut."

"La... ye ke? Patutlah. Tak pelah wei. Dia nak surprise~kan kak longlah tu. Kau ni pun... "

Rancak berborak hingga tidak sedar menginjak ke angka 1: 15 pagi.


Edit dan update semula pada16 jun 2021


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top