BAB 10(✔️done edit)
DI KLCC PARK.
"SAYANG... why you jadi macam ni? Dua tiga hari kita tak jumpa keadaan you dah teruk begini?" Jelas terpancar riak kerisauan Tengku Diya terpamer setelah melihat keadaan kekasihnya sebegitu.
“Sikit je ni. Tak de apalah. Jangan risau okey. Now I dengan you. So, just enjoy with it.” Hafiy menghadiahkan senyuman terindah buat sang kekasih yang tersangat dirinduinya.
“Sikit apanya kalau muka lebam calar balar macam ni. Bila kena ni? Kenapa you langsung tak bagitahu i?" sungut Tengku Diya geram lelaki itu boleh merahsiakan perkara sebegitu darinya.
Wajah Hafiy yang bercalar itu dibelek lalu, ditiup lembut berharap ia cepat sembuh. Hafiy tersenyum bahagia melihat keprihatinan Tengku Diya. Gadis yang bertahan dengannya sejak di bangku sekolah lagi dan berjanji untuk setia dengannya hingga ke hujung nyawa mereka berdua.
“Yang you tenung i macam tu kenapa? Siap boleh senyum lagi. Kita risaukan dia. Dia boleh buat tak kisah pulak dengan kerisauan kita ni. Benci tau!" Tengku Diya sudah memuncung sebal dengan sikap Hafiy membuatkan lelaki itu tersengih.
Lantas pipi gebu milik Tengku Diya itu dicubit geram. “Alah, jangan merajuk. Sayang jugak you dekat i ya, baby?" Hafiy menyelak rambut Tengku Diya yang berjuntai di dahi itu ke tepi telinga.
"Of course-lah I sayangkan you. You kan my beloved. You tu je tak sayang i, hm..." Tengku Diya kembungkan pipinya konon merajuk lagi.
“Sorry-lah... bukan niat i nak fikir buruk pasal you. Tapi you tu... cari I masa I ada duit aje. Masa I tengah pokai, you hilang entah ke mana. Sebab tulah I terfikir yang sebenarnya you nak duit I aje, bukan hati I. Maaf kalau I tersalah anggap. I sayangkan you sangat-sangat. I tak naklah you lupakan janji kita dulu yang you sanggup hidup susah senang dengan I. I terima you dulu pun sebab you boleh terima ibu I yang buta tu dan you sanggup terima keadaan kehidupan I. Thank you my lovely girl Tengku Diya Dizya." Hafiy menatap Tengku Diya tidak lepas.
Lama mereka berpandangan dan akhir Tengku Diya merangkul lengan Hafiy manja.
Hafiy mengelus kepala Tengku Diya lembut. Bahagia terasa di jiwa.
“Hafiy... i masih pegang janji kita. I terima you seadanya. Bukannya sebab nak kikis duit you. I cintakan you. diri you, faham? Please, jangan ragui cinta I pada you lagi. Kalau you still fikir buruk pasal i, kita putus!" ugut Tengku Diya serius sebaik meluahkan rasa hati.
Menyengkang mata Hafiy mendengar ugutan itu. “Wah wah wah... main ugut macam ni pulak. Jangan nak mengada-ngada mintak putus bagai. Kalau nak i mati cepat you buatlah!" Hafiy turut mengugut Tengku Diya.
“Tak adil macam ni tau! Main ugut mati pulak. Tak sukalah.” Tengku Diya menampar lengan Hafiy geram.
“Ha... tau pun takut. Ka...” Tiba-tiba ayat Hafiy termati di situ apabila matanya tertancap ke arah satu sudut.
Wajahnya berubah riak terkejut. Tengku Diya masih tidak perasan akan perubahan pada air muka Hafiy tika itu.
Kelihatan beberapa orang mafia sedang perhatikannya dengan beberapa orang lagi kuncu.
“Darn it! Sampai sini korang cari aku. Bangsat!” rengus Hafiy, panas hati.
Tanpa berlengah, dia bingkas berdiri dan menarik tangan Tengku Diya pergi dari situ.
Tengku Diya yang tidak tahu menahu apa yang berlaku, terkulat-kulat diperlakukan sebegitu.
Manakala, sekumpulan mafia terus mengejar Hafiy dan Tengku Diya.
“You nak pergi mana ni? Kenapa tergesa-gesa ni? Jalan elok-elok tak boleh ke?” Tengku Diya tertanya-tanya.
“Ikut jelah. Tak payah banyak tanya,” jawab Hafiy yang kelam-kabut melarikan diri.
Hafiy paksa Tengku Diya menaiki motor superbike dan dipandu laju membelah jalan raya. Sekumpulan mafia mengejar dari belakang menaiki New Mitsubishi Lancer hitam.
Bermulakah aksi kejar mengejar seperti dalam filem aksi. Saat itu si Botak mafia sudah menghalakan pistol dan menembak ke arah Hafiy dan Tengku Diya di hadapan.
Bang! Bang! Bang!
Berdas tembakan dilepaskan namun, Hafiy berjaya mengelak dengan melarikan motor superbike ke kiri dan kanan dalam bentuk zigzag.
“Argh! Hafiy! Apa ni? I takutlah!” jerit Tengku Diya yang terasa seakan diri melayang tinggi di langit ke tujuh akibat kelajuan superbike yang di pandu Hafiy.
“You diam je! Peluk I kuat-kuat kalau tak nak mati di tengah jalan!" tegas Hafiy.
Tengku Diya dengan menggigil ketakutan, memeluk kuat pinggang lelaki itu. Takut ditembak mati itu yang pasti. Saat itu dia hanya pasrah sahajalah. Matanya sudah berair. Dia membenamkan wajah ke belakang badan Hafiy. Perasaan takut menyelubungi diri. Kali pertama dia mengalami situasi seperti itu. Sebelum ini hanya menyaksikan di televisyen. Mahu tak terkejung jadinya.
“Let’s go bebeh! Kejarlah kalau boleh! Yehoo enjoy! Bodoh punya mafia. Aku bawak kelajuan yang macam ni pun lu tak boleh dapat ke? Bangang betul!” Hafiy ketawa mengejek seakan enjoy dengan keadaan yang gamat seperti itu membuatkan si Botak mafia bengang.
“Lu langsi lu mati! Lu main-main dengan gua ha? Lu tunggu. Zhui nei ju shi ti! Kasi hantam itu budak sampai mampos! Jangan lepas itu budak sama itu amoy! Hoi Apoy! Itu amoy yang tewaskan lu orang ka?" Maksud,‘Kejar itu bangkai!’
“Gaya bukan dia. Orang lain tu!” jawab Apoy.
“Ah! Wa tak peduli. Yang penting tangkap dua ekor anjing tu! Tak dapat itu anjing ha... itu dia punya mak, kita kasi potong!” perintah si Botak pada kuncu-kuncunya dengan riak bengis.
New Mitsubishi Lancer itu menghimpit superbike yang dinaiki Hafiy dan Tengku Diya.
Si Botak keluarkan kepala dan menghalakan pistol ke arah Hafiy. Tengku Diya sudah memekik kegerunan.
Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!
Tembakan berdas-das dilepaskan. Nyaris terkena mereka berdua. Sempat Hafiy menendang pistol yang berada di tangan si Botak sehingga tercampak jauh entah ke mana. Hafiy menayang senyuman jengkel, sengaja mahu menambahkan lagi bara si Botak.
“Argh! Laju-laju Hafiy! Dorang dah dekat sangat. Saya takut!” Tengku Diya menampar belakang Hafiy berkali-kali.
Hafiy segera memecut lagi hingga ke sebuah lorong-lorong kecil, dia belok masuk ke dalam sebuah gudang. Dia berjaya selamatkan diri dari mafia.
Si Botak mafia menendang dashboard kereta bengang, mengejutkan kuncu-kuncunya.
“Macam mana ni bos? Itu hanjing sudah lesap oh!” soal Muthu salah seorang mafia.
“Cari dia punya mak kasi potong itu orang! Dia punya daging campak kasi hanjing makan! La shi!” perintah Si botak Mafia dengan muka bengisnya. Maksud,‘dasar sial!’
“Tapi, bos... itu shiti berpindah-pindah. Macam mana mahu cari dia punya rumah?” Apoy mencelah. Maksud shiti,‘bangkai.’
“Otak ada pakailah! Gua tak kira, lu orang mesti cari mak dia sampai dapat! Kalau tak, gua tembak lu orang punya kepala satu-satu kasi pecah macam tembikai yang berkecai hingga bersembur otak-otak lu orang yang memang tak boleh pakai tu. Lu mau ka? Mau? Mau?” ugut si Botak mafia mengecutkan mereka yang mendengar.
Semua geleng kepala tanda tidak mahu.
“Hafiy ah... lu punya bapak hutang dengan bapak gua. Belum sempat bayar dia sudah mati! Jadi, lu kena bayar. Tapi lu pun nak jadi macam bapak lu. Tak mahu bayar ha? Lu tunggu nanti balik lu tengok lu punya emak sudah mati!” Si Botak melampiaskan amarahnya.
“Habis tu, amacam bos? Kita nak buat apa ni?" soal Loy pula kelihatan bermuka lalai membuatkan Botak bengang.
“Buat bodoh! Lu lagi mau tanya hah?” tempik Botak.
“Hoi, bos nak kita balik rumah rehat. Penat mengejar si hanjing tu, faham!” Chincau menyela.
Dush!
Satu tumbukan hinggap ke muka Chincau. Terpinga-pinga si mafia itu dibuatnya.
“Lu sama bongok dengan dia orang. Gua mahu lu orang bawak gua pergi itu rumah hanjing. Mahu kasi potong dia punya mak. Yu chun(chuan) de(da)! Zou!” tengking Botak.
Mereka yang terkejut terus memecut kereta laju menghala ke rumah Hafiy.
***
HAFIY menoleh kepala memandang Tengku Diya di belakangnya yang sedang menggigil ketakutan. Lelaki itu terus turun dari motor superbike. Dia menyuruh Tengku Diya turun berehat di tepi.
Tengku Diya hanya menurut tanpa membantah. Hafiy cuba tenangkan gadis itu. “Maafkan I sayang sebab dah buat you takut. Maafkan I.” Hafiy merangkul bahu Tengku Diya, berharap gadis itu bisa tenang.
Tengku Diya memandang Hafiy lama sebelum menolak kasar tangan lelaki itu yang bersangkut di bahunya. Dia menjeling lelaki itu tidak puas hati. Marah semua bercampur-baur.
Nafasnya turun naik. “Se... sejak bi... bila you terlibat de... dengan mafia tu?”
Hafiy tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu bagaimana untuk menerangkan pada gadis itu. Risau gadis tersebut akan pergi meninggalkannya nanti setelah mengetahui kebenaran.
“Kenapa you diam? You tau tak, you bukan saja dah melibatkan nyawa you sorang tapi nyawa I jugak. Kalau I mati kena tembak tadi macam mana? Itu yang you mahu?” marah Tengku Diya masih dalam nada terketar-ketar. Air matanya yang mengalir sejak tadi, kini makin lebat.
Hafiy serba salah melihat keadaannya. “Bukan macam tu, sayang. You tahu kan you ibarat nyawa I. Selagi jantung ini masih berdegup I akan terus lindungi you. I takkan benarkan sesiapa pun berani sentuh you. Tapi tadi, you tengok sendiri betapa I berusaha lindungi you sampai I sendiri pun nyaris mati kena tembak tadi tahu tak." Hafiy cuba memujuk Tengku Diya.
"Tipu! Kalau you sayang i, you takkan berahsia dari I pasal mafia tu. Sekarang ni I dah tak tahu nak gambarkan perasaan ni bagaimana lagi. I jadi takut untuk dekati you lagi." Tengku Diya tertunduk lemah. Wajah tegangnya berubah mendung.
Hafiy meraup wajahnya cuba tenangkan diri seraya memikirkan jalan untuk meraih kembali keyakinan gadis itu yang semakin pudar untuk terus kekal bersamanya.
"Diya... bukan I tak nak berterus terang dengan you. Tapi, I takut you akan tinggalkan I lepas you tahu I terlibat dengan mafia. Sebenarnya, dah lama kes ni berlaku. Sejak I di zaman sekolah lagi. Semua gara-gara ayah I yang meminjam wang dari mereka. Ayah I tak sempat langsaikan hutang tu, dia telah meninggal akibat jatuh pokok sebab nak ambil madu nak jual. Itulah nasib I dan ibu I. Orang lain mati meninggalkan harta. Tapi, ayah I mati meninggalkan hutang. Dan sampai sekarang mafia-mafia tu mencari I untuk menuntut hutang tu. I hope you faham I. Faham situasi I. I harap you tak tinggalkan I selepas you tahu semuanya pasal I. You dah janji dengan I yang you akan setia dengan I walau apa pun yang terjadi, kan?” Hafiy menarik tangan Tengku Diya berharap gadis itu akan tunaikan janjinya.
“Habis tu, you kan kerja sebagai pegawai perkhidmatan awam. Gaji you tu boleh bayar hutang tu kan?” kata Tengku Diya.
“I dah berhenti kerja. I dah tak de duit untuk bayar hutang mafia tu. Tapi I baru dapat job baru. You percayakan I, kan?" jelas Hafiy perkara sebenar. Jadi selama ini dia berbohong pada gadis itu tentang kerjanya?
Tengku Diya menarik tangannya kembali dari genggaman Hafiy."I tak tahu! I tak boleh fikir apa-apa sekarang ni. I nak balik." Tengku Diya sudah berlalu dari situ meninggalkan Hafiy sendiri. Tanpa memikirkan bahaya mungkin menunggunya di luar.
Hafiy yang melihatnya terus mendapatkan Tengku Diya. Dia menarik tangan Tengku Diya masuk kembali ke dalam gudang lama. Tidak mahu mafia di luar sana ternampak mereka berdua di situ. Bahaya bakal mengundang mereka.
"Nanti I hantar you balik ya. Bahaya dekat luar tu. Tunggu keadaan reda, baru kita keluar dari sini. I janji!"
Tengku Diya merentap lengannya. Wajah Hafiy ditenung dalam-dalam membuatkan lelaki itu terpaku.
“You know Hafiy? Sekarang ni, bersama dengan you lebih menakutkan I. I rasa buat masa ni lebih baik kita tak payah berjumpa lagi. Kalau ada jodoh lepas tu, kita pasti akan bertemu kembali. Lepaskan I pergi.”
Hafiy terkilan mendengarnya. Dia mati kutu. Jika bersamanya telah menakutkan gadis itu, dia sedia melepaskannya hanya untuk sementara. “Tapi you tak bermaksud untuk tinggalkan i terus, kan? You akan kembali pada i, kan? You know you're my angel, Tengku Diya.”
“Tak tahu! I pergi dulu!" Dengan perasaan membungkam sedih semuanya bercampur, Tengku Diya membawa diri pergi dari situ setelah menghubungi abangnya agar mengambilnya di situ.
Yalah, siapa yang tidak takut bila orang yang dia sayang terlibat dengan mafia? Semua orang pun tahu karakter mafia itu bagaimana. Hati kering.
Hafiy merenung sayu belakang batang tubuh milik kesayangannya yang telah pun berlalu keluar dari gudang itu. Dia melepaskan nafas berat. Dengan perlahan tubuhnya jatuh melorot ke jalan. Hatinya benar-benar kecewa.
Edit semula dan update pada 12 june 2021
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top