Bab 8- teaser 1
“Mama rasa papa balik tak ramadan nanti?” soal Syafiq ringkas.
“Entahlah Fiq. Mama tak tahu. Papa tak bincang apa-apa pun dengan mama. Mama jatuh pun sebab mama banyak fikir apa kesalahan mama hingga papa sanggup buat mama macam ni.” Sayu Puan Aini membalas.
Syafiq berasa bersalah. Tak sepatutnya dia bertanya seperti itu.
“Mama fikir papa tu nak jaga mama sampai bila-bila. Tapi sekarang tengoklah. Memang dah tak ada sesiapa pun yang mama boleh harapkan untuk jaga mama. Lainlah kalau Fiq dah kahwin. Boleh menantu mama yang jaga. Tak adalah mama rasa sedih bila papa tak ada macam ni.”
Sayu hati Shafiq mendengar luahan Puan Aini. Dia tahu itu luahan tulus ikhlas dari hati mamanya. Sebelum ini memang Puan Aini selalu mengharapkan dia bertemu jodoh dalam masa terdekat. Namun hingga kini dia tidak mahu terburu-buru soal jodoh.
Lagi pula saat melihat keluarganya sendiri terlibat dalam hubungan tiga segi antara papa, mama dan ibu tirinya, dia menjadi takut untuk melayari bahtera perkahwinan.
Dia takut jika tidak dapat melakukan yang terbaik pada insan yang bergelar isteri walaupun pada hakikatnya dia berpegang pada prinsip untuk menyintai orang yang disayang sepenuh hati.
Order 0175816031
arenayidin
14 April 2021
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top