Bab 16
Lelaki itu semakin bingung. Bulan Ramadan tiba dengan sikap mamanya yang semakin tidak mampu untuk dia urus.
Satu-satunya yang dia mahu elakkan dalam hidupnya adalah pergi ke Bazar Ramadan. Tempat itu dipenuhi kerumunan orang hingga mampu buat nafasnya sesak.
"Ala mama ni, lecehlah. Nak kena pergi Bazar Ramadan bagai. Beli kuih tepung pelita pulak tu. Macamlah kat tempat lain tak ada jual. Fiq tak sukalah pergi Bazar Ramadan. Orang ramai dekat situ. Leceh, rimas." SHAFIQ
Namun, demi membuat mamanya gembira, dia terpaksa menurut segala permintaan Puan Aini. Terjerat Shafiq di Bazar Ramadan, berlanjutan ke hari-hari berikutnya kerana dia gagal mendapatkan apa yang diminta Puan Aini hingga wanita itu merajuk dengannya.
Namun di sebalik pencarian kuih tepung pelita, satu cerita lain pula yang mengusik jiwa. Pertemuan Shafik dengan gadis penjual biskut raya membuahkan bibit-bibit rasa antara keduanya.
“Saya andaikan kehadiran kamu sebagai hadiah untuk hari raya tahun ni. Kamu jodoh Shafiq. Saya mahu hari raya kali ni ada orang yang menggantikan suami saya yang dah pergi.” PUAN AINI.
“Saya harap awak tak jemu dengan saya. Lebih-lebih lagi dengan biskut semperit saya.” AMEENA.
Itu harapan si gadis semperit. Tanpa dia tahu, Shafiq sendiri sudah menanam janji, persamaan Ameena dengan mamanya telah membuat pintu hatinya terbuka untuk menerima jodoh di hari raya.
Berminat dgn ebook ni blh pm no wasap 0175816031
arenayidin
13 Julai 2021
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top