05
nana masih memandang haikal tepat tanpa berganjak.yang sedang menjadi peran utama di dalam fikiranya ketika itu adalah babak haikal yang sedang menyarungkan cincin dijari manisnya dan rasa sebak yang entah dari mana muncul menyapa.
hangat
itu yang dapat dirasakan tanganya seketika haikal menggengam erat tangan gadis yang mula kedinginan itu.
"maaf na,saya tak sanggup ditolak jadi saya anggap awak terima ya na"gurau haikal seakan membaca raut wajah nana yang mula menegang. nana masih lagi cuba mencerna situasi dan bait haikal sebenatar tadi.
menerimanya sebagai apa?
nana yanh masih berintrograsi dengan dirinya masih diam seribu bahasa,menatap sayu haikal yang sedang tersenyum lembut dihadapanya.
dia tidak tahu mengapa setelah sekian lama bernafas di muka bumi sebagai seorang gadis yang baginya cukup malang,kini berasa cukup istemewa
entah haikal sedang mentertawakan wajahnya yang mula merah atau tidak, nana tau bahawa tiada kata lain yang mampu diungkapnya selain dia sedang sangat bahagia dengan sosok lelaki dihadapanya itu
namun nana juga sedar, dia terlalu terbuai dengan kehadiran lelaki itu sehingga dia lupa,
tentang anatagonist utama hidupnya.
nana mula merasakan sesuatu yang agak pelik dalam helaan nafasnya.
dia memang agak merasa sesak sebaik sahaja sampai di tempat itu tadi
tetapi nana cuba mengendahkanya. mungkin kerana lelah seperti kebiasaanya.
namun rasa sakit yang semakin lama semakin perit terasa perlahan lahan menyesakkan nafasnya
nana mula melepaskan genggaman tangan haikal kasar.
kakinya berundur beberapa langkah kebelakang cemas sebelum akhirnya dia jatuh terduduk sambil meraut pantas dadanya yang seakan dihempap beban yang terlalu berat sehingga menjadikanya terlalu sulit untuk bernafas itu
rasa sakit yang entah datang dari mana semakin mencengkam kuat dadanya
nafasnya yang sedang turun naik dengan laju itu semakin sukar untuk stabil apabila tekaknya kini memaksanya untuk batuk seakan ingin mengeluarkan sesuatu secara paksa.
nana cuba menekup mulutnya lemah membiarkan cecair merah yang baru sahaja mengalir keluar dari mulutnya
jantungnya memang terlalu lemah saat ini.
haikal yang tadinya cukup tersentak dengan tindakan nana yang menepis kasar tanganya terdiam membeku untuk beberapa saat sebelum wajah nana yang semakin lemah menghentam kuat dirinya.
haikal mendapatkan nana dan merangkul erat tubuh nana yang semakin tidak berdaya itu. tanganya juga ikut menggigil cemas menatap tidak berkata nana yang tergeletak separuh mati dihadapanya. haikal meraih telefonya sebelum mendail pantas nombor kecemasan untuk segera mendapatkan bantuan.
haikal yang masih panik dengan telefon bimbitnya,kembali menatap nana sebaik sahaja dia merasakan tanganya digenggam lemah nana yanh masih dalam rangkulanya itu.
"h-haikal, s-sakit haikal" gumam nana yang masih memcuba untuk bersuara
haikal memejamkan matanya perih.
jujur,
hanya sahaja dia mampu menggambarkan seberapa takut tuhan bakal menagambil semula bahagia yang baru sekejap dipinjamkan untuknya itu
genggaman tangan nana dibalas erat.
dia tidak mampu untuk menatap nana ketika itu.
"bertahan , saya merayu na " balas haikal membiarkan air matanya menjadi saksi pada tuhan bahawa dia sangat membenci takdirnya yang tidak mampu berbuat apa apa saat gadis dihadapanya itu bahkan sedang sesakit apa.
bukan sekarang tuhan, bukan dihadapan dia ku mohon
hanya itu yang mampu diungkapkan nana lemah sebelum segalanya seakan menggelap dengan sendiri.
****
bunyi pintu kecemasan yang kembali terbuka sekali lagi mengejutkan haikal dari lamunanya. sudah beberapa kali dia memandang cemas siapa sahaja yang keluar dari ruang kecemasan itu dari 2 jam yang lalu.
haikal masih lagi setia menunggu sosok itu keluar dengan harapan gadis itu akan baik baik sahaja dengan senyum pucat manisnya
haikal meraut rambutnya frustuasi.
yang keluar sebaentar tadi adalah pesakit kecemasan lain.
siapa sangka lelaki setenang haikal kini bahkan tidak mampu untuk berfikir dengan waras.
segala senario buruk mula bermain dalam benak fikirnya.
jika benar salah satunya menjadi kenyataan
haikal tidak akan pernah memaafkan dirinya sendiri kerana hanya mampu menangis dihadapan seorang yang bahkan bertahan untuk hidup.
suara menyayat hati nana ketika menggengam tanganya tadi masih berputar jelas dalam pita ingatanya
haikal menyandarkan badanya di diniding konkrit hospital itu lemah.
"haikal?" suara yang cukup haikal kenal itu membuatkan haikal kembali tersentak.
tanpa sebarang bait kata, kakinya pantas menapak kearah empunya suara sebelum melepaskan sebuah pelukan erat.
tangis haikal pecah tanpa disuruh
"pa, haikal takut " gumam haikal membiarkan segala rasa cemasnya untuk tumpah pada lelaki berumur yang digelarnya papa itu.
lelaki yang sering digelar mr han oleh pelajarnya di universiti membalas pelukan anak lelakinya itu lembut.
belakang haikal diusap perlahan.
dia cukup tahu setakut apa haikal saat itu walaupun haikal sendiri tidak memberitahunya.
"nana kuat haikal,sekurang kurangnya pegang pada itu"bisik lelaki itu cuba menenangkan haikal yang masih dalam dakapanya
tanpa mereka dua sedari, sepasang bebola mata memandang keduanya sayu dari jauh.
dia menundukkan wajahnya yang mula dibasahi air mata.
mengapa melihat dia hancur seperti ini lebih memyakitkan?
"should i send you to them mya? (perlu saya hantar awak ke mereka mya?) "soal doktor kim yang dari tadi bertanggungjawab mengusungnya keluar menggunakan kerusi roda itu. nana terlalu lemah untuk berjalan maka dia akan bergantung dengan kerusi roda dan iv bag yang masih tersambung di tanganya itu buat seketika.
"no, can you send me to the rooftop isntead?(tidak,boleh tak hantar saya ke rooftop?)"balas nana memalsukan senyum nya kearah doktor pribadinya itu. doktor kim hanya mengeluh perlahan sebelum mengiyakan keinginan nana.dia tahu nana bukan dalam keadaan yang baik untuk dibantah. bahkan dia sendiri cukup bersyukur gadis itu mampu bertahan sejauh ini.
namun doktor kim sempat mengimbas wajah 2 orang lelaki yang mungkin menjadi harapan terakhirnya untuk memujuk nana tentang kondisinya itu.
****
nana memandang ke arah langit yang dihiasi beberapa bintang yang berkelip indah ditemani salju yang tidak kunjung henti. gadis itu mengeluh berat.malam itu terasa panjang baginya.seketika, tawa sinis keluar dari bibrinya tanpa senagaja
bukankah dia baru sahaja dilamar di bawah bulan yang sama?
mengapa bulan itu terasa lebih muram dari sebelumnya?
nana memejam erat matanya seketika,membiarkan segala beban yang dari tadi mengehantam kuat drinya untuk berhenti dalam kegelapan malam itu.
seimbas wajah isyraf,papanya mula bermain di fikiran.
pa,
macam mana papa boleh bertarung sekuat itu untuk mama?
seberapa sayangnya papa pada mama sehingga sampai sesakit ini papa masih mampu berjanji untuk sembuh demi mama?
mya penat pa,
mya tak sekuat papa,
air matanya jatuh untuk sekian kalinya. jika sahaja isyraf mampu mendengar rintihan anak perempuan kesayanganya itu dari jauh,lelaki itu pasti sudah separuh mati memarahinya bahkan berlutut merayu kepadanya untuk kembali sembuh.
nana tak sanggup.
melihat wajah cemas haikal yang dibasahi air mata dan keringat sebentar tadi sahaja sudah cukup membuatkan nana membenci dirinya,
dia tidak mahu takdir malangnya itu bakal menarik sesiapa lagi disekelilingnya untuk turut serapuh itu.
nana mengerling cincin silver yang terletak rapi di jari manisnya. sebut soal haikal, dia bukanya tidak mahu bertemu dengan lelaki itu namun dia belum cukup bersedia untuk berdepan dengan haikal setelah apa yang berlaku. melihat bagaimana hancur dan takutnya lelaki itu dalam dakapan papanya di lobi hospital sebentar tadi, itu terlalu sulit buatnya.
yang bermain di kepalanya saat ini ialah jika satu pihak perlu ditunding pada saat ini, dialah yang perlu dipersalahkan. jika sahaja sahaja haikal tidak pernah bertemu denganya, mungkin lelaki tu tidak akan sebeharap itu.
"na," sapaan lembut yang cukup jelas menembusi telinganya itu membuatkan nana perlahan menoleh kepada empunya panggilan yang seperti sedang mendengar bicara hatinya sebentar tadi.
haikal memandang nana dengan senyuman hangat.
entah mengapa nana begitu rindu dengan satu satunya senyuman manis itu
"mari masuk na? sejuk ni. saya belikan awak coklat panas" sambung haikal sambil tanganya menghulur sopan air coklat panas yang dibelinya di vending machine hospital itu. nana mengambil lembut cawan coklat panas tersebut dengan senyuman nipis yang terukir di bibirnya sebelum meletakkan semula di dinding penghadang rooftop. matanya kembali menatap lagit malam yang semakin sepi itu. haikal disisinya juga hanya membisu membiarkan angin disekitar mereka menghelus lembut pipi keduanya.
haikal tahu,
nana belum cukup bersedia untuk bercerita tentang kondisinya padanya
namun jika diberi peluang
dia hanya ingin memeluk gadis disisinya itu dan berterima kasih kepadanya kerana sudah memberi peluang padanya untuk melihat senyuman itu sekali lagi.
"saya minta maaf haikal"
kata kata nana sebentar tadi membuatkan haikal pantas memalingkan wajahnya pada nana yang masih mengamati cahaya bulan pada malam itu.
sungguh,
wajah pucat nana terasa pilu untuknya
"na,"
"perempuan lemah yang seakan diberi hukuman oleh tuhan. kelakar bukan haikal? entah apa salah saya pada semesta sehingga saya diperlakukan seperti ini olehnya. "
sumpah demi apapun
haikal hanya mahu mendakap nana dan menidakkan luahan hatinya sebenatar tadi
"hidup saya bukan segalanya haikal. dan apa yang awak nampak tadi baru permulaan. sejak dari hari dr kim bagitau saya tentang penyakit ni saya rasa hidup saya hancur. mungkin lebih dari itu. saya persalahkan takdir. kadang saya berani bertanya kepada tuhan mengapa sekejam ini pada perempuan yang takde apa apa. lepas dia ambil mama dari papa mungkinkah dia akan ambil saya dari papa? jahat kan saya haikal?"
nana tersenyum pahit sementara haikal masih setia mendengar apa sahaja yang sedang diperkatakan nana.
"saya cuma minta untuk hidup lebih lama dengan papa dengan dhiya dan mungkin suatu hari nanti dengan seseorang yang akan saya pilih sebagai sosok seorang suami.cukup,tak lebih dari itu. "
"but life is a bastard isnt it?"
haikal memandang bahu nana yang mula bergetar perlahan. gadis itu kembali dibasahi air mata. haikal memegang kedua bahu nana memberi isyarat untuk nana memandang tepat ke arahnya.
"na, tuhan tidak akan memberikan ujian sehebat ini kalau seseorang itu tak mampu untuk hadapi. bahkan sekarang awak ada saya untuk hadapi semuanya bersama bukankah begitu na?" ungkap haikal cuba menahan sebak yang mula menguasai dirinya.
nana perlahan lahan menolak kedua dua tangan haikal yang terletak lembut di bahunya membuatkan haikal memandangnya seolah olah bertanya mengapa nana bertindak sedemikian.
nana mengetap bibirnya
dia benci pandangan haikal saat ini
mengapa lelaki ini lagi lagi mahu terus berharap untuknya?
"berhenti haikal. berhenti pura pura bahawa semuanya akan baik baik sahaja. saya mohon"
haikal terbungkam
nada nana yang terasa tajam di telinganya mengingatkanya pada hari tersebut.
hari dimana nana menyuruhnya untuk berundur dari terus jatuh kepadanya
kali ini nana betul betul merayu.
dia tidak sanggup lagi melihat haikal selemah itu hanya kerana penyakit bodohnya ini.
"na, bukankah kita masih boleh berharap? masih ada cara untuk awak hidup seperti orang lain na" balas haikal lagi.
"berharap? saya dah lama lupa apa itu erti harapan haikal jadi sekali lagi saya mohon, tolong berhenti beri saya apa yang awak panggil sebagai harapan.saya penat haikal."
nana menghela nafas berat sambil tanganya menyeka pantas air mata yang masih deras mengalir.
mata mereka bertemu untuk beberapa saat.
nana tahu bukan hanya dia yang sedang hancur bahkan lelaki dihadapanya yang sedang pura pura kuat untuknya itu
"jangan suka saya haikal.ini realiti mencintai seseorang yang bakal mati"
hari ini,
salju terasa jauh lebih dingin dan kosong dari sebelumnya
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top