02

"Ha?"

Haikal masih tersentak. Tidak,bahkan terhantuk dan tersembam dengan apa yang baru sahaja memasuki lubang telinganya itu.

"Jadi teman lelaki saya untuk 3 bulan seterusnya" ulang nana sekali lagi. Suaranya yang masih kedengaran separa tegas membuatkan haikal dihadapanya masih mempersoalkan keadaan tersebut.

Haikal menggetap bibirnya berfikir. Dia  buntu apa yang ingin dibalasnya ketika itu.

Namun dia berbohong jika seandainya hatinya tidak berhenti berdegup buat seketika. Entah kegilaan apa yang sedang berlaku ketika itu, tetapi bait kata tersebut membuatkan angin dingin disekitarnya terasa hangat menghelus pipi.

Adakah ini hadiah dari tuhan buatnya?

"Cik haikal"

Teguran nana memberhentikan haikal dari lamunanya.haikal berdehem seketika sebelum kembali memandang sepasang bebola mata coklat dihadapanya.

" saya masih kurang faham dengan situasi sekarang ni tapi apa kata kita borak tempat lain? " balas haikal masih lagi tenang.

"Kenapa? Awak risau org lain pula smackdown kita berdua?" Perli nana mencekak pinggangnya

Haikal tertawa kecil.

Jika difikirkan semula, mmg dia betul betul menolak kasar nana sebentar tadi.

"Bukan tu maksud saya" haikal memberhentikan bicara sebelum tanganya sorok sorok menunjuk ke arah sekeliling jambatan tersebut.kelihatan beberapa orang awam di situ memerhatikan mereka janggal. Ada juga yang cuba mrnghampiri mereka mungkin untuk bertanya tentang mengapa 2 orang pasangan sedang bergaduh di atas jambatan yang mempunyai kisah gelapnya tersendiri tentang "bunuh diri"

Nana yang mula memahami situasi tersebut kembali menatap haikal yang dari tadi memandangnya. Nana berkelip malu.

Betul juga, bahkan ini tempat awam.

" ada tempat nak suggest ke? " soal nana pantas

" ada, cafe saya "

"Jauh ke?"

Haikal tidak menjawab malah helmetnya dibuka dan dihulurkan kepada nana. Kini,giliran nana pula memandangnya jengkel.

" saya bawa awak pergi sana. " balas haikal sopan

Nana membisu buat beberapa detik. Mungkin kerana sifat lelaki bernama haikal yang lebih "straight foward" itu membuatkanya sedikit terdetik. Sementara nana masih bermonolog dengan hatinya itu, haikal sudah membawa motosikalnya yang terletak beberapa meter jauh itu di sisi nana.

Nana yang masih memegang helmet hitam yang dihulur haikal tadi masih diam tanpa suara. Haikal yang melihat eksperesi nana itu sekali lagi tersenyum nipis.

" stesen bas jauh lagi, awak pakai tumit. Teksi pula dah malam, jangan risau saya hormat wanita" terang haikal lembut. Haikal seakan membaca apa yang sedang dirisaukan gadis tersebut.

Nana menatap pandangan lembut haikal di atas motor itu. Adakah sekarang ini dia..

Tersentuh?

Nana menarik nafasnya dalam sebelum helmet tersebut dipakai tanda persetejuan.

Nak buat apa? Skripnya pun sudah ditelan sungai, telefonya juga sudah mati dan kata kata haikal pula kedengaran tulus ditelinganya. Apa pun cara, dia masih lagi perlu meminta lelaki tersebut untuk "bayar balik" skripnya itu.

Nana perlahan memanjat belakang motor tersebut dengan memastikan dia tidak terlalu rapat dengan belakang badan haikal yang tegap itu.sementara helmetnya masih cuba diketatkan, nana berasa tanganya disiku haikal dihadapan.

"Pakai lah, sekarang musim sejuk,boleh jatuh sakit" lawa haikal sambil tanganya menghulurkan jaket yang tadi dipakainya itu.

Nana  yang mula mulanya masih teragak agak sekali lagi akur dan mrnyarungkan jaket tersebut.

Hangat, mungkin dari hangat badan haikal sebentar tadi juga

Dirinya yang baru beberapa minit lepas  melepaskan amarah terhadap lelaki tetsebut mula memohon bahawa peristiwa memalukan itu tidak seharusnya berlaku. Bahu lelaki yang kedengaran kaku dengan bahasanya yang sedikit baku itu ditatapnya lembut.

Tanpa disedari, dia semakin selesa dengan lelaki yang bernametagkan haikal itu

****

"어서오세요~ (selamat datang)" sapaan ramah oleh pekerja sambilan berambut pendek itu mneyambut nana dan haikal yang baru sahaja sampai di cafe di tengah bandaraya seoul itu.

nana mengerling cafe tersebut. cantik,mirip cafe kegemaran berhampiran kawasan perumahanya kemarin. aroma pastri dan roti yang sedang dibakar juga menusuk tepat hidungnya.

"duduklah, saya pergi pesan air panas " ujar haikal sopan sebelum berlalu pergi ke kaunter cafe tersebut.nana hanya megangguk perlahan sebelum menapak ke arah satu satunya meja kosong di cafe tersebut.

aduh,meja berdua pula. ini bukan drama!

nana mengusap wajahnya menahan monolog dalamanya itu dari kedengaran. entah mengapa tuhan seperti memberinya takdir yang cukup tidak diduga harini. nana menggelengkan kepalanya sebelum dia akhirnya melabuhkan punggung di kerusi empuk cafe yang lengang itu. nana melihat masa yang terpapar di jam tanganya yang menunjukkan 11.50 pm itu. habislah, kalau papa tau apa yang  berlaku sebentar tadi pasti malam itu juga, dia diminta pulang ke malaysia.

dituduh membunuh diri,dismackdown, naik motor lelaki entah mana mana-

" nama?" soalan haikal yang tiba tiba sahaja muncul di sisinya dengan marker dan sebuah cawan polistrin di tanganya memberhentikan lamunan gadis tersebut.

"na-nana" jawab nana terkedu.

haikal tersenyum manis sambil tanganya mula menulis silibus nana dalam hangul (나나) di atas cawan polistrin tersebut sebelum meletakkanya di atas meja. haikal melabuhkan punggungnya berdepan dengan gadis yang baru sahaja dikenalinya sebagai nana itu. 

"saya minta maaf"

nana yang sedang meneguk perlahan air chocolate panas itu tebungkam sebelum matanya terpasak tepat dengan pandangan haikal sebentar tadi.

"saya betul betul ingat awak-"

"shushh jangan ingatkan lagi"

"maaf"

"sekali je"

"oh baik, maa-"

"cik haikal"

tawa kecil pecah di meja bulat yang terletak di penjuru cafe itu. tidak tahu mengapa rasa sejuk musim dingin itu semakin hilang dalam kehangatan perbualan tersebut

"oh na, jangan panggil saya cik haikal. saya lebih selesa dengan haikal" ujar haikal dengan baki tawanya

"baik haikal. awak memang cakap macamtu ke? rasa macam tengah tengok movie 90 an."usik nana.

"papa saya professor bahasa kat korea. mungkin faktor persekitaran " balas haikal jujur.nana mengangguk faham 

"awak, penulis?" wajah ingin tahu haikal disahut kepala nana yang sekali lagi mengangguk

" dah dekat 5 tahun dah. pernah tengok "dear my firstlove?" i wrote that"balas nana semula. Haikal tersenyum teruja sambil mengukir "wah" di bibir nya

"jadi disebalik drama sedih setiap minggu tu, awak?" sambung haikal tidak percaya. bukan sahaja rakan perempuanya bahkan ibunya juga sentiasa setia di hadapan kaca television ditemani sebuah kotak tisu disisi.

"nak tau tak apa yang kelakar? orang start panggil saya dengan gelaran penuls tersakiti"omel nana sambil membuat rolling eyes. jika diingatkan semula bagaimana karya yang popular itu membuatnya dikecam teruk, ingin sahaja dia menumbuk meja kayu tersebut.

" awak dah buat satu negara menangis,mungkin awak patut terima" gurau haikal membuatkan nana mengukir double jerk di dahinya

Suasana kembali senyap dan tegang untuk beberapa saat. Hanya latar belakang lagu "its beginning to look a lot like chrismast" yang masih berputar dalam kesunyian cafe tersebut.

"Cerita tu.. kisah sebenar arwah mama dan papa"

Sedikit rasa bersalah menjentik hati haikal.dia cuba bertemu mata dengan nana dihadapanya namun gadis itu hanya tertunduk sayu.

"Papa betul betul cintakan mama. Bahkan ketika tuhan meletakkan maut diantara mereka berdua,papa masih setia denhan janji dia yang dia takkan tinggalkan mama. Papa bekas penghidap kanser. Alhamdulillah dia dah fully recovered. Papa kata tuhan akhirnya beri dia peluang untuk rasa apa tu kebahgian sebenar lepas bertahun mama bantu dan tunggu dia dan pulih tu tapi"

Nana tersenyum plastik. Walaupun telah berkali kisah tersebut didengarinya,dia masih lagi sebak memikirkan tulusnya cinta 2 insan tersebut.

"Arwah mama meninggal lepas lahirkan saya" sambung nana dengan nafas yang berat.

Haikal masih lagi diam,tekun mendengar nana yang kelihatan mengigil memegang cawan merahnya itu.

"Na,"

Suara bernada rendah dan sedikit serak itu kedengaran lembut ditelinga gadis itu. Dia perlahan lahan menaikkan wajahnya memandang lelaki tersebut.

"Saya terima, jadi teman lelaki awak untuk 3 bulan "

Nana terkedu.

Terbungkam

Terdiam seribu bahasa.

Dia hampir sahaja lupa, niat sebenarnya ke cafe ketika itu.

Nafasnya seakan terhenti seketika.jantungnya masih lagi berdegup laju sejak kalimah tersebut diutara haikal dihadapanya itu.

Pandangan ikhlas lelaki bernametagkan haikal itu seakan merobek isi jantungnya buat beberapa saat. Entah memang sifatnya yang brgitu mudah dengan tindakanya seperti ini

Tapi ini sangat baharu untuk nana.

Belum sempat jantungnya untuk kembali berdetak normal, secara tiba tiba sentuhan hangat terasa lembut di rambutnya.

Nana bungkam,berkelip malu memandang tangan haikal yang sedang mengusik sopan rambut hitamnya.

"Ada salji" ujar haikal tertawa manis sebelum beredar keluar dari cafe tersebut

bukan kerana salji tersebut tetapi reaksi nana yang sedang kaku,bahkan lebih kaku dari snowman yang dilihatnya diluar.

Bohonglah jika saat itu hanya nana yang sedang cair dibakar kehangatan perbualan ringkas tersebut, haikal sendiri tidak tahu mengapa dia boleh bertingkah seperti itu dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya.

Bahkan menyetujui tawaran gila penulis muda tersebut.

Haikal yang tadi meniupkan tanganya dingin di luar cafe tersebut pantas menoleh apabila dia merasakan seseorang menonjol bahunya perlahan.

" awak scammer ke? Atau mungkin cult? Awak nak saya beli barang awak? Atau saham? Atau-"

Haikal melepaskan tawa tidak percaya.

Comel,

Dia kemudianya menggelengkan kepalanya

" kenapa awak tanya macamtu? "

" sebab awak setuju tanpa tanya saya apa apa. "

Nana memeluk tubuh memgeluh kesal. Sejak dari tadi,dia hanya mampu mempersoalkan segala tanggapan negatif mengapa haikal bertindak terlalu baik denganya.

Habislah nanti jadi, "boyfriendku scammer di korea"

Oh tidak.

"Kalau itu yang awak risau, baik.saya dengar "

Nana membulatkan matanya teruja

"Betul ni?"soalnya sekali lagi. Haikal mengangguk dengan senyunan.

" skrip tu, penulisan terakhir saya sebelum saya berhenti"

Haikal mengangkat keningnya sebelah mengantikan soalan "apa?" Yang bermain di mindanya

"Berhenti dari menulis. Sepenuhnya." Jawab nana lagi memahami raut wajah haikal yang persis rakanya dhiya pada awal pagi tadi.

" selama ni saya hanya putar belit kisah arwah mama dan papa unyuk hasilkan sebuah karya.mungkin kadang kadang minat pekerja sambilan kedai cafe pun saya buat sendiri atas imaginasi.tapi kali ni lain, untuk penulisan terakhir ni, saya harap saya dapat tulis cerita saya sendiri."

Nana mengukir senyuman nipis di bibir mungilnya memandang haikal yang masih cuba menalan apa yang diperkatakanya

"Kisah Saya dan awak. 3 bulan je,tak lebih"ujar nana lagi.

Haikal membalas dengan anggukan. Ns
Namun kerutan di dahinya masih tidak hilang. Pandangan lembut lelaki tersebut cuba dibaca nana.

" na,"

Panggilan tu.

Panggilan lembut itu sekali lagi menghangatkan seluruh badanya.

Bahkan meruntuhkan egonya yang tidak lagi utuh itu.

Entah mengapa ingin sahaja dia melepaskan lemah semua beban yang disorok disebalik diamnya seharian,kepada lelaki itu.

" kenapa karya terakhir?"

Soalan haikal tidak berbalas buat beberapa detik.
Haikal masih lagi tidak melepaskan pandanganya dari gadis yang berukuran lebih rendah dari bahunya itu dari tadi.

Air mata nana yang tiba tiba sahaja mengalir membasahi pipi mungilnya itu membuatkan haikal terhenyak dengan soalanya sendiri.
Walaupun nana masih lagi tegap berdiri memandangnya teguh,
Dia dapat membaca betapa hancurnya dalaman gadis itu ketika itu.

"Saya sakit haikal."

Hanya allah sahaja tahu,

betapa dia mahu memutarkan waktu untuk tidak mendengar jawapan rapuh gadis itu




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top