Teaser 7👏🏼
“Kau mengadu apa dekat suami kau?” Dahi Kamilia ditunjal geram.
Menggigil tubuh Kamilia.
“Berani betul kau sekarang. Kau sengaja nak buat keluarga mentua kau tu bencikan aku. Kau sedar sikit. Kalau bukan sebab aku, kau dah lama hidup merempat dekat rumah anak yatim. Dasar budak tak tahu bersyukur. Kalau aku tahu macam ni perangai kau, masa laki aku bawa kau balik, aku dah buang kau dalam semak. Hidup nak menyusahkan aku aje!”
“Lia… Lia minta maaf.” Air matanya menitis ke pipi. Sedih apabila dikatakan menjadi beban kepada orang tua itu.
“Semalam peguam ada call aku. Dia nak selesaikan urusan wasiat arwah bapak kau. Aku nak kau buat apa yang aku pesan.”
“Tapi abang…”
“Tapi apa? Jangan kau nak berani mungkir janji. Ikut sangat cakap laki tak guna tu. Aku yang besarkan kau dari kecil. Dia tu baru aje hidup dengan kau sebulan dua.” Sampai terkeluar urat leher Puan Suria dibuatnya gara-gara menahan marah.
“Lia… Lia tak tahu pasal harta tu.”
“Memanglah kau tak tahu. Sebab selama ni, aku yang uruskan. Ingat, kau jangan nak beritahu apa-apa pasal suami kau. Cakap aje duit tu kau serahkan dekat aku sebagai tanda penghargaan. Dengar tak?”
“De… dengar.”
“Bagus. Ni lagi satu aku nak pesan. Kau jangan nak gembira sangatlah dengan kehidupan kau sekarang. Ghib tu kahwin dengan kau pun sebab terpaksa. Dalam hati dia tu dah ada nama orang lain. Kau aje yang menyibuk dalam hidup dia.”
Pucat wajah Kamilia. Mendengar amaran mak su, membuatkan jantungnya berdegup laju.
Puas hati Puan Suria sekarang. Memang sengaja dia mahu menghuru-harakan perasaan Kamilia. Dia terus meninggalkan Kamilia dalam keadaan bingung.
Lama Kamilia berdiri kaku di situ. Kepalanya digeleng perlahan. Dia perlukan percayakan Ghibran. Mungkin mak su hanya ingin menakutkan dia tadi. Air mata di pipi, di seka perlahan. Dia segera mencari suaminya di halaman rumah.
Dari jauh dia ternampak kelibat suaminya sedang berbual bersama Uyaina. Tiba-tiba dia teringatkan gambar di skrin telefon Uyaina. Malah kata-kata Uyaina masih terngiang-ngiang di telinganya. Mulutnya ditekup laju.
“Sebab kau dah rampas sesuatu yang berharga dalam hidup aku.”
Dup!
Kini barulah dia faham punca Uyaina tiba-tiba bersikap dingin dengannya.
🔥
Sudahhh.... Rupanya org yg Ghib suka tak jauh pun dari Kamilia🥲
Tinggal 4 hari lagi✌️skrg dh masuk layout. Bila2 masa bos akan hantar ke kilang untuk printing
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top