SPECIAL PART (END)

"Farish..mana Zara? puas Mummy cari tapi tak ada pun.."tanya Datin Ziera yang baru tiba.

"Zara bukan ada ke dekat dapur?"balas Farish.

"Tak ada..kalau ada Mummy tak tanya Farish la.."

"Dalam bilik?.."

"Langsung tak ada!"

"Aik..mana pulak dia pergi ni? Mummy dah call dia?"

"Dah..tapi tak jawab..Mummy rasa dia silent phone."

"Aduhai..dah tanya Mak Zara?"

"Dah..Mak Zara kata dia tak ada keluar pergi mana..Faaeq dan Zahra pulak ada dengan Mak Zara.."

"Macam mana ni??"

"Farish gaduh dengan dia ehh?"

"Err..tak ada.."

"Habis tu kenapa Zara hilang tanpa dijejak!!"Datin Ziera bercekak pinggang.

"Entah.."Farish benar-benar tidak tahu.


××××××

"Macam mana? best tak tengok sembelih lembu tadi?"tanya Aliq.

"Okey je kenapa?"

"Ouh lupa..kau kan minah brutal mana la tau takut.."

"Aik kau ni..okeylah aku nak balik nanti Mak aku bising pulak..ehh jomlah singgah rumah aku sekejap.."

"Tak naklah..nanti suami kau kata apa pulak.."

"Ehh..suami aku tak kesah lagi pun kita ni kawan baik dah lama kot, sejak dari kecil lagi..okey je la .."kata Ezar sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Betul ni?"

"Betul la tenuk..jomlah aku ajak kau ni kira okey tau..kesian kat kau dah la mengharap cinta yang tak pasti.."

"Tenuk kau panggil aku! dan pasal pulak kau kaitkan aku dengan mengharapkan cinta tak pasti?"

"Iyalah kau kan sentiasa berharap kat Cik Indah tu..tapi sayang Cik Indah buat tak tau je..kesian kat kau."tawa Ezar.

"Kuang hajo punya kawan, gelakkan aku"gumam Aliq.

"Hekeleh..sabarlah jomlah singgah rumah aku..aku ada buat air sejuk sebalang boleh la kau minum sejukkan hati tu.."

"Okey..."Aliq mencebikkan bibirnya.

"Huduh kau buat muka macam tu.."usik Ezar lagi namun Aliq masih dengan riak wajah yang sama

××××××

"Ehh..Farish banyaknya makanan dah macam raya puasa pulak.."tegur Aiman.

"Saja..waktu inilah kita nak eratkan silaturrahim...bukan nak tunggu raya puasa je tau."

"Betul jugak kata kau..ehh Zara mana?"

"Dia keluar sekejap.."

"Keluar pergi mana?"

"Tak tahulah..kau dengan Nisha makanlah dulu.."ajak Farish hatinya mulai gelisah mencari isterinya.

Kelihatan dari jauh Ezar dan Aliq berdua berjalan kaki menuju kerumah.Insan yang pertama melihat mereka adalah Farish sendiri.Serta merta mood Farish terus berubah.

"Hah! bila masa dia dengan lelaki tu!"bentak hati Farish sambil bercekak pinggang.Farish buat tak endah dia terus masuk kerumah sakit hatinya bila melihat isterinya keluar dengan orang lain.

"Assalamulaikum.."Ezar memberi salam.

"Walaikumussalam.."balas Datin Ziera kemudian berdiri dihadapan pintu untuk melihat siapa yang datang.

"Mummy! bila sampai?"soal Ezar segera mendekati dan menyalam tangan Datin Ziera.

"Baru je..siapa tu?"Datin Ziera memuncung bibirnya pada Aliq.

"Ouh..lupa nak kenalkan..ni Aliq kawan baik Zara sejak dari kecil lagi..tadi dia ajak Zara pergi tengok orang buat korban.."cerita Ezar.

"Dah kahwin ke belum.."

"Belum lagi Mummy..ehh Aliq marilah masuk.."jemput Ezar.

Aliq terus masuk tanpa banyak kata.Farish hanya mampu jadi pemerhati.Mesranya Ezar dengan lelaki itu."Ehh..kau tak nak ambil lemang ke? kau kan hantu lemang"seloroh Ezar.

"Nanti aku ambilah..boleh tak sabar!"gumam Aliq

"Itupun nak marah..patut Indah tak nak kat kau.."

Dengan serta merta Aliq menjeling Ezar."Okey..okey gurau.."balas Ezar.

Ezar berjalan menuju ke dapur Farish mengikuti secara diam.Ezar membasuh tangannya disingki.

Tangan Farish segera memaut lengan Ezar."Abang ni dah kenapa?!"Ezar menutup air yang mengalir.

"Zara pergi mana tadi? kenapa tak beritahu Abang nak keluar!"

"Ermm...tadi keluar jalan-jalan sekejap je la..Aliq sendiri yang ajak.."balas Ezar.

"Aliq tu siapa pulak!"

"Aliq tu kawan baik Zara la sejak dari kecil lagi.."

"Kalau kawan sekali pun tak boleh ke nak minta izin dulu?"

"Zara tahu la salah Zara..tapi tak payahlah marah.."

"Mestilah Abang marah..dah la keluar dengan lelaki lain tak minta izin pulak tu! boleh pulak gurau senda macam tu ingat Abang suka?"

"Habistu Abang dengan Zahirah tu? ingat Zara suka ke? tak habis-habis Zahirah..semua orang sayang Zahirah mentang-mentang Zahirah tu cantik..tip top.."

"Abang tak kata pun Abang sayangkan dia..Okey Abang minta maaf ya.."

"Itulah sikit-sikit maaf..maaf..Zara pun dah naik muak dah!"

"Okey sayang..Abang minta maaf ehh pasal semalam tu pun Abang minta maaf..Sayang masak tak pernah tak sedap..semua sedap sangat-sangat!!"

"Iya la tu..saja nak ambil hati kan."

"Betul la sayang..Abang janji Abang takkan cakap macam tu dan takkan puji masakan orang lain jugak kecuali dua orang perempuan ni.."

"Siapa dua orang perempuan tu?"

"Mummy dan Mak.."

Ezar tersenyum."Okey ini last peluang okey? kalau buat macam tu lagi! Zara akan pastikan Abang masuk ICU nak tak? Zara betul-betul dah lama tak mengamuk.."seloroh Ezar.

"Okey Abang janji...."Farish mengangkat tangan berjanji.

"Baby mana?"

"Baru nak ingat Baby..okeylah Baby ada dengan Nana dan Nisha.."

"Nana dah sampai erk?"

"Iya..dari tadi cari Zara tak jumpa-jumpa.."

"Abang pulak buat apa tadi? borak dengan Zahirah la tu!"

"Abang borak dengan Zahirah biasa-biasa je pun..pasal Zahirah suruh Abang tidur bilik dia tu bukan Abang nak tidur sebilik dengan dia.Abang pun masih sayangkan family kita takkan Abang nak buat macam tu.!"

"Zahirah tidur dimana?"

"Dalam bilik Mak Zara la.."

"Mak..memang la anak saudara kesayangan tu..sebab tu Mak tak habis-habis memuji."

"Tak apa..lepas ni Abang pulak puji Zara je.."

"Buat apa puji kalau tak ikhlas.."

"Abang ikhlas la sayang..Abang ikhlas ambil Zara jadi isteri Abang..Abang ikhlas sayang Zara dan baby kita..."Farish mencuit pipi Ezar.

"Eii..tepilah Zara nak kedepan."Ezar menepis tangan Farish.

"Zara marahkan Abang lagi ke?"

"Tak!!"balas Ezar.

Farish bersorak namun dengan segera dia menekup mulutnya tidak mahu sesiapa mendengar.Zahirah pula sudah awal lagi pulang kerumahnya.

××××××

Hanna,Ezar,Nana dan Nisha mereka berempat beristirehat dipangkin dibawah pokok. Menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup.

"Nisha happy betul kau ehh, kalau aku nak tanya kau boleh? macam mana kau boleh berkenan dengan Aiman ehh" soal Ezar memulakan bicara.

"Kau nak tau tak macam mana? kisahnya bermula aku dulu betul-betul tak suka dengan Aiman tu ,sebab asyik datang kafe aku lepas tu mengadu kat aku pasal kau..tapi tup..tup dia dah jadi suami aku..huish bestnya..!"

"Ouh..patutlah senyap-senyap dah berjodoh dengan dia.." balas Ezar.

"Hanna..pulak memang dah suka sama sukakan "sampuk Nana.

"Nama aku juga yang naik.."ujar Hanna.

"Aku rasa Hanna memang sesuai dengan Aizrill korang tengoklah mereka lah antara pasangan yang kelakar dan pernah aku jumpa setakat ni" kata Ezar.

"Aku rasa kau dengan Farish pasangan paling masuk air...tak habis-habis gaduh lepas tu baik lepas tu perang lagi.."Nana mencelah.

"Aku jugak..Farish yang buat hal aku yang kena.."

"Korang bertiga dah jadi Mak orang pun masih perangai macam budak-budak lagi."kata Nana.

"Ehh..Aku dengan Nisha bakal Mak orang..Zara ni ha dah jadi Mak orang pun.."celah Hanna tak mahu mengalah.

"Sama je kan."Ezar mencebik bibir.

"Hehehe..kita beruntung tau sebab pengakhiran cinta kita ni dengan orang yang kita sayang.."ujar Nisha.

"Iya la tu..korang rasakan kalau cerita kita ni buat novel ada orang nak baca tak ataupun nak beli?"tanya Ezar

"Aku rasa tak ada..tapi aku tetap nak baca hehe.."balas Nana.

"Sebab?"

"Entahlah..tapi aku suka.."

"Kalau tak ada orang nak beli novel cerita kita ni biarlah Abang yang beli semuanya.."sampuk Farish tiba-tiba datang daripada belakang.

"Ya Allah..Zara laki kau pakai ilmu apa tiba-tiba muncul terkejut aku!"Hanna mengurut dadanya.

"Nasib baik Hanna tak bersalin kalau naya je.."usik Ezar.

"Abang mana yang lain?"soal Ezar.

"Ada tu ha..tak nampak ke?"Farish menunjukkan kearah Aizrill,Aiman dan Hakimi berada disitu.Hakimi adalah suami kepada Nana.

"Ouh..."

"Woi marilah sini!"panggil Farish.

Aizrill,Aiman dan Hakimi mendekati mereka.Aizrill sedang memegang monopod."Jomlah welfie."ajak Aizrill.

"Tak naklah malas.."balas Hanna.

"Weh jomlah saja nak buat kenangan!"Ezar memaksa Hanna.

"Okeylah!"Hanna menurut.

"Semua pakat-pakat peluk bini nampak!"tegur Aizrill.

"Ehh..aku tak peluk bini aku!"balas Farish.

"Suka hati lah nak peluk ke tak? kan sayangkan.."kata Hakimi.

"Abang ni kenapa? malulah!"merah padam wajah Nana.

"Peluk je la halal kot..kalau kau peluk bini aku memang nak kenalah jawabnya..."sakat Farish.

"Okey semua..buat muka acah comel!"kata Aizrill.

Klik..

"Mummy dan Mak pun nak jugak!"celah Datin Ziera.

"Masuklah sekali..ni Uncle tak nak masuk sekali ke?"soal Aizrill pada Datuk Shahrill.

"Tak naklah.."tolak Datuk Shahrill.

"Ala..Uncle jomlah sekali je.."pujuk Aizrill.

"Okeylah.."

"Semua senyummm.."arah Aizrill.

Klik..

"Nak tengok gambar!!"Ezar mencelah.

Aizrill menunjukkan gambar tadi."Muka baby Zahra monyok!"komen Hanna.

"Dia rimas kot bau ketiak Papa dia masam.."sakat Ezar.kebetulan Mak Imah bersebelahan Farish sambil mendukung Zahra.Farish menarik muka namun akhirnya ketawa.

Kebahagiaan dan tawa riang kini milik mereka.Syukur pada Ilahi atas segalanya.Selamat Hari Raya Aidiladha!

-Tamat-

*okey ni betul-betul tamat support story baru saya ya..Cinta Encik Pendiam terima kasih😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top