BAB 45 (END)

"Sayang penat ke??"soal Farish sambil melihat isterinya yang duduk bersandar pada katil dengan mata yang terpejam.

"Tak penat pun.."balas Ezar.

"Mak ada masak tu tak nak makan ke?"

"Cakap kat Mak..saya tak larat nak pergi makan..kepala pening.."

"Zara pening ke??"

"Sikit je..awak pergilah makan.."ujar Ezar dengan matanya yang masih terpejam.

"Okeylah kalau macam tu.."Farish terus mengambil tempat bersebelahan Ezar dan memicit kepala Ezar.

Ezar yang terkejut terus membulatkan matanya dan menepis tangan Farish."Janganlah..pergilah makan..nanti Mak kata apa pulak.."

"Tak payah..makan esok pun boleh yang penting kepala pening ni hilang dulu."

"Tak naklah..pergilah makan awakkan belum makan lagi!."marah Ezar namun Farish membuat tak endah dan meneruskan kerjanya.

"Farish..kenapa awak ni degil sangat!"ujar Ezar perlahan.

"Abang degil pun sebab Zara.."

"Janganlah..nanti kalau awak tak makan awak pulak sakit!"geram Ezar kerana Farish membuat tak endah dengan kata-katanya.

"Ambil berat jugak Sayang pasal Abang.."kata Farish.

"Bukan ambil berat..awak tak kesian ke dekat diri awak? awak sanggup tahan lapar demi nak picitkan kepala saya ni.Bukan dapat apa pun.."

"Sebab Abang sayangkan Zara..sebab tu la Abang sanggup tahan lapar..kalau puasa pun Abang boleh tahan inikan baru tak makan dari pagi tadi je.."

"Pagi tadi? better awak pergi makan ye! saya tak nak awak sakit disebabkan saya."

"Sayang jugak Zara dekat Abang.."

"Bila masa saya sayangkan awak?"

"Tak perlulah nak nafikan lagi..Abang dengar semuanya masa Zara sembang dengan Aizrill kat hotel pagi tadi..Abang tahu Zara masih sayang Abang..tapi kerana ego Zara..Zara tak mahu mengaku."

"Maknanya dia dengarlah yang aku cakap dengan Aizrill tu!"gumam hatinya.

Farish segera memeluk Ezar dan sengaja meletakkan kepala Ezar pada dadanya bidang itu."Zara..izinkan Abang membuka cerita baru..kita tutup cerita lama sepanjang apa yang berlaku enam bulan ni.Abang tahu dalam perkara ni Abang yang salah..Abang dah minta maaf dan Zara pun dah maafkan Abang..kita boleh mulakan hidup baru kita dengan dua nyawa yang berharga dalam ni.."ujar Farish memegang perut Ezar.

"Tapi..kalau Dhia buat hal macam dulu..Abang masih percayakan dia lagi ke?"

"Dhia..dia kemalangan sampai koma selepas dia sedar koma..dia terus bawa diri ke luar negara ikut Mama dia ke sana.Dia bersumpah depan Abang yang dia akan berubah..dia kata dia memang betul menyesal sebab dah buat Zara macam tu."

"Maknanya dia betul-betul dah berubah la?"tanya Ezar.

"Itu Abang tak pasti..Zara pada mulanya Abang betul-betul tak percaya yang hubungan kita boleh sampai tahap ni..tapi yakinlah anak ini yang membuatkan hubungan kita makin kuat Sayang.."

"Zara pun tak percaya pada mulanya..tapi ini semua takdir Allah..Allah adalah perancang sebaik-baiknya.."

"Kita mulakan hidup baru ya Sayang.Buang ego tu jauh-jauh Abang pun tengah berusaha untuk menjadi Papa yang terbaik untuk anak Abang ni!"

"Insyallah Zara cuba.."

Farish mengucup dahi Ezar penuh kasih sayang.Mulai hari ini episod dukanya kerana Dhia telah tamat.Farish juga perlu bersedia kerana lepas ini mungkin ada badai melanda lebih dasyat.Betul kata Mummy kepercayaan kunci kebahagiaan sesebuah pasangan.

××××××

Kandungannya yang hanya menunggu hari itu benar-benar membuatkan tubuh badan Ezar kurang bermaya."Zara penat ke?"soal Mummy memandang Ezar.

"Sikit la.."balas Ezar.

"Kalau macam tu pergilah duduk dulu lagi pun Zara sarat sangat ni.."arah Datin.

"Tak apa Zara boleh tolong Mak dengan Mummy masak la.."

"Jangan degil Zara..Mak kata pergi duduk je la."kata Mak Imah pula mencelah.

"Farish!!!!"jerit Datin Ziera.

"Iya..!"Farish segera datang tergesa masuk ke dapur.

"Bawak Zara duduk depan...kesian Mummy tengok Zara ni..Ni Papa kamu mana?!"

"Papa dengan Farish tadi buat kerja Mummy.."

"Kerja apa!"

"Adalah Mummy ni benda rahsia.."kata Farish tersenyum lebar.

"Mak!!!!"jerit Ezar tiba-tiba mengejutkan mereka.

"Kenapa Zara? Ya Allah anak aku!"Mak Imah kelam kabut.

"Mak!! Perut Zara sakit Mak..."rintih Ezar.

"Farish..cepat panggil Papa bawak Zara pergi hospital..Mummy rasa Zara dah nak bersalin ni!!"

"Hah? okey..okey kejap Farish pergi panggil.."

"Alamak..menantu aku nak bersalin ni apa aku nak buat ni!!"Datin Ziera pula menjadi kelam kabut kerana terikutkan Mak Imah tadi.

"Zara tahan ya sayang.."kata Mak Imah.

"Sakit Mak..."rintih Ezar sambil menitiskan airmatanya.

"Mak tau..sabar sekejap lagi je."Mak Imah memeluk pinggang Ezar.

Sudah lama Ezar berada didalam wad bersalin.Farish tak henti berdoa kepada Allah supaya Isterinya selamat melahirkan dua buah cahaya mata itu begitu juga Mummy,Mak dan Papa yang tidak berhenti mendoakan supaya selamat dan berjalan lancar.

Tidak lama kemudian..seorang doktor wanita telah keluar dari situ dengan riak wajah yang sukar digambarkan.Hati Farish mulai terasa berdebar..

"Encik Farish..Isteri Encik selamat melahirkan tapi..."Doktor Dania sengaja mendebarkan lagi hati Farish.

"Tapi apa?"Farish mulai gusar.

"Tapi kedua bayi Encik sihat dan selamat.Tahniah kerana mendapat sepasang bayi kembar..memang comel anak-anak Encik..."

"Betul..Alhamdullilah..Terima kasih Dania sebab tolong isteri aku bersalin."

"Sama-sama..jangan lupa nanti jenguk baby dengan Mama dia sekali!"usik Doktor Dania.

"Mestilah aku jenguk.."

"Okeylah Farish..aku pergi dulu."ujar Doktor Dania.

"Alhamdullilah..Ya Allah..terima kasih kerana KAU telah mempermudahkan segalanya.."Farish menadah tangan bersyukur.

"Tahniah..Farish sebab dah jadi Papa..jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak ya.."pesan Mak Imah.

"Farish janji Mak!"

"Dah jadi Bapak orang dah..anak Papa ni! jangan lupa nanti Papa nak main dengan cucu Papa."Datuk Shahril tersenyum sambil menepuk bahu Farish.

"Terima kasih Papa.."ucap Farish.

" Sama-sama."

××××××

"Comelnya cucu Mak ni..geram Mak tengok."

"Kan..Mummy pun geram tengok pipi gebu baby berdua ni."kata Datin Ziera pula.

"Tengoklah Papa dia handsome sebab tu anak pun terikut!"Farish mencelah.

"Perasan tahap dewa.."gelak Ezar.

"Habis tu baby ni comel ikut siapa?"

"Ikut Mama dia la.."

"Ha ye la..yang comel ikut dia..yang tak elok ikut kita.."Farish mencebikkan bibir.

"Memain je la janganlah serius sangat.!"terang Ezar.

"Hanna bila nak sampai?"soal Datin Ziera.

"Rasanya sekejap lagi sampai la tu.."balas Ezar.

Sejak lepas pantang Ezar kini lebih aktif membuat kerja seperti biasa.Kalau dulu badannya gemuk kini badannya kian kurus semula..nak badan maintain macam dulu balik.Alhamdullilah kedua anaknya pun membesar dengan sihat tanpa ada sebarang masalah.Imani Zahra dan Iman Faaeq nama diberi kepada kedua anaknya.

Imani Zahra suka apabila dipanggil dengan nama Zahra manakala Iman Faaeq juga pula dipanggil Faaeq.Paling lasak dan nakal adalah Zahra.Mungkin terikutkan perangai Mamanya dahulu.Faaeq pula lebih suka mendekati dengan Nenek iaitu Mak Imah.

Sesungguhnya bahagia yang Ezar rasa kini tiada nilai.Siapa sangka dia dikurniakan dua permata berharga iaitu Zahra dan Faaeq.Aku berharap sangat agar kebahagiaan ini berkekalan selamanya.

"Sayang..Faaeq mana?"soal Farish tiba-tiba mengejutkannya.

"Faaeq? Faaeq macam biasalah dengan Mak tak pun dengan Papa.."balas Ezar.

"Zahra pulak mana?"

"Zahra dengan Mummy..."

"Zahra ni kalau dengan Mummy punyalah baik tapi kalau dengan Abang punyalah nakal.."

"Zahra menyampah dengan Abang kot.."usik Ezar.

"Nur Ezarra..Ni mesti Zara yang menyampah dengan Abang kan? sebab tu Zahra pun menyampah dengan Abang kan?"

"Boleh la sikit je.."

"Abang dengar Aiman dah bahagia.."ujar Farish sambil mengangkat kening.

"Ouh..Aiman..dia dengan siapa? dah lama tak dengar tentang dia.."

"Aik..takkan Zara tak tau..Aiman dengan Nisha.."

"Apa? dengan Nisha tu ke??"

"Iya.."

"Nisha tu dah la lebih kurang macam Zara je..memang betul la dia suka perempuan macam Zara ni.."

"Aip..Zara milik Abang seorang je."

"Tau la..Siapa kata perempuan macam Zara ni tak laku? ada je orang nak kat Zara tapi Zara yang jual mahal.."

"Nak tau sebab apa orang suka Zara?"

"Sebab apa?"

"Sebab Zara ni comel sangat..sebab tu anak kita comel.."Farish mencubit kedua belah pipi Ezar.

"Comel ni takkan kekal nanti dah tua berkedut jugak."Ezar menolak tangan Farish.

"Zara ni yang paling istimewa adalah mata tu.Mata Zara yang bundar tu dengan spek yang tak pernah tanggal tu memang buat Abang jatuh hati.."

"Iya la tu.."

"Sebenarnya..masa pertama kali Abang kenal Zara adalah masa dikenduri anak Mak ngah Zara tu tak silap Abang nama dia Farra kan?.Memang Zara nampak manis sangat..pakai baju kurung tu..memang buat Abang jatuh hati..tapi bila kali kedua Abang nampak Zara diCafe Nisha.Rasa macam tak percaya sebab tu la Abang bersikap sombong sikit dengan Zara.."

"Iya ke?? nak tau tak sebab perangai Abang yang sombong dan poyo tu..Zara gelarkan Abang..Mamat Poyo!"

"Mamat Poyo..Zara gelarkan Abang?? amboi seronoknya gelarkan orang kan?"

"Siapa suruh sombong dan poyo sangat.."tawa Ezar.

"Zara ingat tak lagi kata-kata Abang masa kecil dulu?"

"Yang mana?? bagi tau balik?"

"Belum tua dah nyanyuk..ni.."

"Weh..Ezar..kau jangan nak sombong sangat dengan aku!"Farish menjeling tajam.

"Apahal pulak! suka hati aku la..kau tu dah la sotong..sikit-sikit nangis macam perempuan..aku yang perempuan pun tak ada perangai macam kau!"ejek Ezar.

"Mummy aku pesan jangan benci orang nanti lama-lama jadi sayang.Mana lah tau nanti kau yang jadi bini aku.!"ujar Farish.

"Banyaklah kau punya bini..tak hingin aku dengan kau..pergilah sana kalau tak aku letak katak dalam baju kau nak!"ugut Ezar.

"Mummy!! Ezar nak baling katak dekat Farish!!"jerit Farish sekuatnya.

"Woo..penakut..werk dasar sotong!"ejek Ezar geram.

Farish mengingatkan semula."Tak sangka kata-kata Abang jadi kenyataan.."

"Abang still takut katak erk??"Ezar mengejek.

"Boleh la..tapi tengoklah masa tu Abang baru darjah tiga memanglah Abang takut."

"Iya la tu..kita tak berjumpa sejak darjah lima kan?"

"Ha'ah..tapi sekarang tengoklah..itulah dikatakan jodoh..jodoh kita kuat Sayang.."Farish merenung kedua mata Ezar.

"Wuuu...Farish nak sweet nanti malam la.."Aizrill tiba-tiba mencelah Hanna yang berada disebelah turut tersenyum melihat Ezar dan Farish.

"Kau ni Aizrill kacau je la..aku nak sweet dengan bini aku! dah la tak bagi salam"dengus Farish.

"Jangan nak buat hal erk..Hanna kau macam mana? sihat?"soal Ezar melihat wajah Hanna yang makin berseri maklumlah seri pengantin.

"Sihat..Ezar kau pulak macam mana? Zahra dan Faaeq sihat tak?"

"Dua-dua sihat..jemputlah masuk dalam rumah.."ujar Ezar.

"Hah..baiklah..korang berdua ni takkan nak romantik depan pintu agak-agak la."usik Aizrill lagi.

"Kau diam Zrill..kau nak sweet dengan Hanna pun boleh korang kan baru kahwin..inai dijari pun masih merah.."balas Ezar.

"Banyak la kau punya cengkadak..aku nak jumpa baby Zahra jap..!"kata Hanna.

"Pergilah..jemput makan sekali ya maklumlah hari ini hari lahir Atok dia.."celah Farish.

"Jomlah Hanna yang semanis honey kita masuk dalam biarlah dua pasangan bahagia ni sweet depan pintu."

"Alah..kau ni Zrill kacau daun la.."bebel Farish.

"Okey sayang..kita sampai mana tadi..?"tanya Farish mengangkat kening nakal.

"Dah la tak payah merepek..buat malu je orang nampak!"kata Ezar mengelak dan terus mengikuti Aizrill dan Hanna.

Sesi pemotongan kek sudah bermula untuk kali ke-62 Papa menyambut ulang tahun kelahirannya."Atok kena suapkan kek dekat Faaeq dengan Zahra."kata Datin Ziera.

"Lepas Atok suap Faaeq dan Zahra giliran Tok Mummy dia.."usik Datuk Shahril.

"Ala..Abang ni ada-ada je la.."Datin Ziera malu.

Datuk Shahril menyuapkan secuit kek kepada kedua cucu kembarnya itu.Kemudian kepada Datin Ziera pula.Farish menjadi tukang mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan manis antara mereka.

"Farish tak nak suapkan Zara ke?"tanya Datin Ziera

"Nak..!"

"Mari sini Mummy pulak yang tangkap gambar.."Mummy mengambil kamera milik Farish.

"Okey mula sekarang.."

"Kejap nak ambil kek dulu.."kata Farish kemudian dia ingin menyuapkan kepada Ezar.

"Sayang dongaklah..Sayang ni dah la pendek.."

Ezar hanya akur dengan kata-kata Farish.

KLIK..

Terhasillah sebuah gambar yang menyimpan seribu kenangan.

Farish mendekati Ezar yang berdiri termenung dibalkoni."Sekejapkan masa berlalu..rasa macam tak percaya wanita yang ada dihadapan Abang dulunya keras kepala..dengan imej Tomboy tu.."ujar Farish.

"Setiap manusia boleh berubah la Abang.."

"Sebab tu la isteri Abang nampak cantik.."

"Cantik ke?? cantiklah sangat.."

"Zara ingat tak..masa Zara tinggalkan rumah ni..Zara ada letak sebuah kotak atas katil..dan dalam tu semua ada barang yang pernah Abang bagi ada pada Zara.."

"Baru teringat..mana Abang letak kotak tu?"

"Ada Abang simpan dekat dalam almari Abang..nanti Abang bagi pada Zara semula ya.."

"Betul ni Abang simpan lagi barang Zara tu? entah-entah Abang dah bakar kot.."

"Tak pernah terlintas pun Abang nak bakar semua tu..sebab Abang sayang semua barang tu.."

"Iya la tu.."

"Abang harap sangat perkahwinan kita bahagia selamanya dunia dan akhirat Aminn.."

"Aminn...tak percaya juga hubungan kita sampai tahap ini.Apa-apa pun Zara memang bahagia.Terima kasih sebab bahagiakan Zara.."

"Sama-sama..sayang.."

"Zara..terima kasih juga sebab lahirkan Zahra dan Faaeq.Lepas ni dah tak boleh perangai ganas macam dulu ye.."usik Farish.

"Heheh..mana ada ganas.."

"Walau siapa pun Zara dulu..Abang akan tetap sayangkan dan cintakan Zara dengan sepenuh hati Abang.."Farish merangkul erat tubuh badan Ezar dan mengucup dahi Ezar.Berkumandang pula lagu Seluruh Cinta nyanyian Dato' Siti Nur Haliza dan Cakra Khan dari corong radio menghangatkan lagi pelukan mereka berdua.Terima kasih Ya Allah atas segalanya yang KAU kurniakan padaku.

Kak Husna kini menjadi pereka fesyen yang berjaya.Alhamdullilah berkat hasil kerjanya selama ini dia sudah membuka lebih dua cawangan yang dia ada sekarang.Nana pula dengar cerita dah bertunang dengan sahabat baiknya sejak dari dulu.Aizrill dan Hanna sudah berkahwin dua minggu yang lepas.Mummy..Mak dan Papa pula lebih bahagia dengan kehadiran cucu mereka.Aiman juga tak pernah sangka dia berjodoh dengan Nisha.Apa yang dilalui pasti akan ada pengakhiran yang bahagia..begitu juga kisah cinta antara Ezarra dan Farish yang telah menemui kebahagiannya.

"Siapa sangka wanita yang aku kenal dahulu seorang yang kasar dan berimej Tomboy telah berubah menjadi ibu kepada anak-anakku dan isteri yang terbaik buatku.Penampilannya juga sudah berubah..walaupun sikap kasarnya masih ada tetapi sedikit rasa sayang aku padanya takkan pernah luntur..Sesungguhnya setiap manusia mempunyai kisah silam..dan setiap manusia.juga boleh berubah-ubah.Siapa sangka aku boleh jatuh cinta dengan dia..iaitu dia Miss Tomboy..."

"Tak pernah terbayang untuk jatuh hati pada lelaki yang pernah aku gelarkan Mamat Poyo dan paling aku benci dahulu..Tapi itu dahulu kini dia telah menjadi Papa yang baik untuk Zahra dan Faaeq.Suami yang sentiasa membahagiakan aku..Aku terlalu berharap agar hubungan ini berkekalan..Betul kata Arwah Ayah dahulu setiap orang layak diberi peluang kedua..Dan kerana peluang kedua itulah aku telah bahagia bersama Farish.Terima kasih Ya Allah"

"Janganlah menilai dari paras rupa tetapi kenalilah seseorang itu.Ubah dengan cara yang betul bukan memaksa dan menghina.Kerana hati manusia boleh berubah-ubah.."

-TAMAT-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top