BAB 43

5 bulan kemudian...

"Ezar..aku keluar sekejap tau! kau tolong jaga butik boleh kan?"tanya Hanna.

"Hmm..kau nak pergi mana?"

"Aku nak jumpa Kak Husna sekejap..tadi dia call aku suruh jumpa katanya hal penting.Kau tolong jagakan tau!"pesan Hanna sekali lagi.

"Hmm..drive elok-elok ehh!"kata Ezar.

"Okey..kau tu lagi la kena jaga diri elok-elok..Aku pergi dulu ya!"

"Pergilah..bye!"ujar Ezar.

Farish sudah penat menemani Datin Ziera membeli belah."Mummy..berapa banyak lagi Mummy nak beli ni?"soal Farish.

"Eii..Mummy belum lagi puas nak shopping..Nampak baru berapa beg yang Farish pegang."

"Mummy..takkan Mummy nak beli barang sampai selori kot.Kita datang sini pun sebab Papa ada hal dengan Datuk Fahrill ni pun terpaksa Farish kena teman Mummy."omel Farish.

"Mummy minta tolong je..lagi pun kalau Mummy tinggalkan Farish kat sana.Farish nak buat apa? lagi pun kat sini memang Farish ada kerja kan?"

"Memang la tapi kerja Farish dah habis lama la Mummy."

"Shh...Mummy tak nak dengar okey nak tak nak kena teman Mummy jugak.."gumam Datin Ziera.

"Mummy ni la..Mummy macam tak faham pulak Farish dah la sensitif dengan tempat ni."

"Sensitif sebab apa?"tanya Datin Ziera.

"Macam la Mummy tak tahu..kat sini la tempat Farish bulan madu dulu kan.."ujar Farish.

"Okey..pasal tu Mummy minta maaf..Mummy tak ada niat pun tapi pasal Zara tu..mana kita nak cari dia? dah hampir lima bulan kita tak jumpa dia.."

"Dah la Mummy..entah-entah dia pun dah lupakan Farish..Mummy jomlah tadi Mummy kata nak beli apa?"Farish segera menukar topik.

"Kita pergi butik sana nak Mummy tengok macam cantik je baju kat sana!"hati Datin Ziera sayu mendengar kata-kata Farish.

Hanna berjalan tergesa-gesa sehingga tidak menyedari telah melanggar seseorang."Maaf..saya tak sengaja"Hanna segera memohon maaf.

"Tak apa sikit je ni!"balas Datin Ziera.

"Mata awak letak dimana?"Farish mencelah dengan riak wajah marah.

"Muka je handsome tapi perangai hmm..aku dah mintak maaf kot!"gumam Hanna dalam hati.

"Saya minta maaf..saya tak sengaja lagi pun saya ada hal penting ni!"ujar Hanna.

"Tak apa Mak Cik okey je.."tokok Datin Ziera tidak mahu memanjangkan cerita.

"Saya minta maaf lagi sekali ya..Assalamulaikum saya pergi dulu!"kata Hanna dan terus berlalu pergi menyampah rasanya melihat lelaki yang bersebelahan Mak Cik tadi.

"Farish ni..tak payah la serius sangat Mummy okey je la!"kata Datin Ziera.

"Okey!"balas Farish geram.

"Halina.."panggil Ezar."Iya Kak..kenapa?"balas Halina yang sedang menyangkut baju kurung berwarna kuning.

"Halina boleh tolong tak? tolong jagakan kaunter kejap..Kak nak kira stok baju yang baru sampai."ujar Ezar.

"Okey.."balas Halina tanpa banyak kata.Ezar terus berlalu pergi.

Datin Ziera melangkah masuk kedalam butik itu dan membelek baju kurung moden dan pakaian yang lain.Memang benar semuanya cantik harganya pun berpatutan.

"Puan..nak cari apa?"soal Halina.

"Saya nak tengok dulu boleh..cantiknya baju disini rambang mata tengok."puji Datin Ziera sambil membelek-belek.

"Okey kalau macam tu kalau ada apa-apa panggil saya ya!"kata Halina.

"Baiklah.."

"Mummy nak yang mana?"tanya Farish dengan riak wajah bosan.

"Nanti la Mummy nak pilih dulu..cantik sangat baju kat sini..kalau boleh Mummy nak beli semua."

"Mummy ni mula la..habislah kaki Farish lenguh jugak la kang..patut la Papa nak temankan Mummy shopping rupanya inilah sebabnya."

"Ala..Farish sabarlah.."

"Tengah sabar la Mummy."

"Jap..Mummy tengok jubah kat situ cantik la..Mummy nak tengok kejap tau!"Datin Ziera terus pergi.

"Mummy pergi mana pun Farish akan setia ikut Mummy ku sayang."balas Farish.

Datin Ziera mencapai sehelai baju jubah berwarna biru muda segera melihat saiznya."Ala saiz dia kecik la pulak..Mummy suka yang ni cantik!"

"Hmm..pergi la tanya perempuan yang berdiri kat situ tu Mummy."Farish memaksudkan perempuan yang berdiri dihadapan mereka dan sedang membelakangi mereka.

"Betul jugak.."Datin Ziera melangkah kearah wanita itu.

"Adik..baju ni ada saiz besar sikit tak?"tanya Datin Ziera lembut.Ezar yang sibuk dengan kerjanya terus menoleh kepada pemilik suara.

"Baju ni?"Ezar mencapai dari tangan Datin Ziera."Tak silap saya ada kot..Puan nak saiz apa?"tanya Ezar sambil memandang kedua-dua orang yang berada dihadapan.

"Kenapa? mesti dia ada kat sini!"bentak hati Ezar yang masih separa terkejut.

"Ni Zara kan?"mata Datin Ziera menakungkan air mata akhirnya seorang menantu yang sentiasa dirindukan ada dihadapannya.

"Hmm.."balas Ezar sebolehnya tidak mahu memandang Farish.Sakit hatinya masih belum sembuh selepas kejadian itu.

"Ya Allah..Zara mana Zara pergi selama ni? Mummy rindukan Zara sangat-sangat"Datin Ziera terus merangkul erat tubuh badan Ezar.

"Rindunya pada Zara.."Datin Ziera melepaskan pelukan dia terasa pelik semasa memeluk Ezar.Matanya memandang Ezar dari atas hingga bawah penampilannya juga sudah banyak berubah Zara yang dia kenal sudah berhijab dan satu perkara yang mengejutkan Datin Ziera adalah.."Zara..bila mengandung? kenapa Mummy tak tau?"soal Datin Ziera terkejut melihat menantunya yang sudah memboyot itu.

Ezar tidak mempedulikan soalan Datin Ziera."Mummy..nak saiz berapa tadi? kejap ya Zara nak tanya Halina."Ezar terus pergi meninggalkan Datin Ziera dan Farish.Farish masih dalam keadaan tercengang setelah berjumpa Ezar.

"Farish..jomlah ikut Zara!"ujar Datin Ziera.

"Halina..awak boleh carikan baju ni mengikut saiz Puan tadi?"soal Ezar.

"Boleh.."Halina mengambil baju itu."Kak..tadi Abang Aizrill ada call Akak."beritahu Halina.

"Iya? dah berapa kali dia call Akak..?"

"Ada masuk dalam tiga kali jugaklah..okey Halina pergi dulu ye."

"Okey.."Ezar mencapai telefonnya dan duduk pada kerusi disitu.Penat pula berdiri lama-lama.

"Zara.."panggil Farish.Ezar hanya membuat tidak endah dengan panggilan Farish tadi."Zara..Aizrill call tu ada apa?"soal Datin Ziera mencelah.

"Mummy duduklah dulu..Aizrill call ada hal la kot!"teka Ezar.Datin Ziera dan Farish terus duduk dikerusi.

"Ouh..Zara tak jawab pun soalan Mummy tadi."

"Soalan yang mana?"

"Bila Zara mengandung? Mummy tak tau pun? bila Zara due?"

"Ouh..Zara baru je enam bulan Mummy.."balas Ezar sambil mengusap perut.

"Enam bulan? besarnya perut Zara!"kata Datin Ziera.

"Kembar Mummy.."Ezar mengukirkan senyumannya.

"Iya ke? Alhamdullilah maknanya Mummy akan dapat cucu kembar la kan?"

"Macam tu la kot."balas Ezar tiba-tiba telefon ditangan Ezar berbunyi.

"Assalamulaikum..Zara!"kata Aizrill.

"Walaikumussalam..Zrill kau nak apa call aku ni?"

"Aku nak tanya kau..Hanna ada tak?"

"Hanna? dia tak ada dia dah keluar pergi jumpa bakal kakak ipar kau!"usik Ezar.

"Betul ke? ala baru nak ajak dia makan."

"Habis tu kau tak nak ajak aku makan ke?"Ezar memuncungkan bibirnya.

"Boleh jugak..Kau kan suka mengidam benda pelik-pelik."seloroh Aizrill.

"Bila masa aku mengidam benda pelik-pelik?"

"Aku tahu la kau kan suka minta kat Hanna belikan macam-macam tapi Hanna minta kat aku.!"

"Ouh..alaa kau ni macam la tak faham kan.Kau time Hanna nanti tau la.."

"Tu yang aku kena tahu semua benda tu..hehehe.."tawa Aizrill.

"Tau tak pe.."

"Kau nak makan apa Zara?"

"Tengoklah..ikut selera aku.Tapiiii..kedai makan macam biasa erkk!"

"Okey..lagi selera kau pun lain macam kan Zara.."usik Aizrill lagi.

"Salah ke..nanti aku kuruslah balik masa ni biarlah gemuk dulu."

"Ha ye la..kau gemuk pun masih comel kan?"

"Ya..aku comel dulu kini dan selamanya..okey la bye..nanti Hanna kekasih hati kau nampak aku cakap dengan kau lama-lama mesti dia cemburu."

"cemburu tandanya cinta."

"Cemburu apanya? haih pening aku dengan bakal isteri kau tu!"

"Biarkan dia..okey nanti tepat waktu makan aku datang jumpa kau.Assalamulaikum..."

"Walaikumussalam.."Ezar mematikan panggilan.

"Aizrill dah bertunang ke?"

"Dah..Mummy! Mummy datang sini ada hal apa?"tanya Ezar.

"Mummy cuma ikut Papa dia ada urusan dengan Ayah Aizrill disini."

"Ouh..pasal projek tu ehh..patut la Aizrill ada bagitahu.Mummy sihat?"

"Sihat..Zara macam mana? baby okey tak?"

"Okey..sihat alhamdulillah tapi tu la lasak sikit suka tendang macam Mama dia jugak."

"Tak sangka Mummy akan timang cucu kembar pulak tu."

"Hehe..lagi memang ikut macam Mak..Mak ada pasangan kembar tapi tu la umur tak panjang."

"Iye ke..aduh ni yang Mummy teruja nak timang cucu ni!"Datin Ziera sudah tersenyum lebar.

"Mak tau Zara ada disini?"

"Tau..Mak tau semuanya tapi Zara yang mintak rahsiakan..sebab Zara pun masa tu belum bersedia.Iya la kan awal bulan badan pun tak berapa sihat."

"Zara..Mummy minta maaf atas perbuatan Farish.Kalau boleh bersama la balik...Mummy tau ni semua punca Dhia sebab fitnah benda bukan-bukan."

"Buat masa ni Zara betul-betul tak ada jawapan untuk itu.Walaupun dah hampir lima bulan Zara tinggalkan tapi luka tu tak sembuh.Hati Zara masih sakit..Zara betul-betul tak sangka dimalukan dihadapan staf Farish sedangkan Zara tak tahu apa langsung..tuptup Zara kena tengking macam tu.Orang mana tak sakit hati kalau kena macam tu?"luah hati Ezar.

"Takkan tak ada langsung kemaafan tu Zara?"

"Belum masanya lagi..okey la kalau tak ada apa-apa Zara pergi dulu.Nanti ambil baju dekat Halina ya Mummy..bye Assalamulaikum.!"Ezar mengambil beg tangannya dan menyalam tangan Datin Ziera seterusnya pergi meninggalkan tanpa menghiraukan Farish.

Farish duduk termenung dibahagian balkoni kemudian Datin Ziera menghampiri dan menegur sambil memegang bahu anaknya."Farish...sabarlah Mummy akan cuba sedaya upaya untuk pujuk dia.Perempuan mengandung ni lain sikit dia ni mudah sensitif.."pujuk Datin Ziera sejak dari tadi melihat anaknya lidah kelu seribu bahasa.

"Mummy..Farish boleh terima ke kalau isteri Farish layan lelaki lain dengan baik tapi kalau dengan suami sendiri? dia buat macam tak wujud je!"balas Farish geram.

"Farish..selama dia tinggal disini dengan siapa dan siapa yang selalu ada dengan dia? mestilah dengan Aizrill dan kawan dia Hanna tu.Farish dengar kan sendiri perbualan Zara dengan Aizrill tadi? Aizrill dah pun bertunang..itu bermakna Zara dengan Zrill memang tak ada apa-apa.."

"Farish tau..semua ni memang salah Farish..terlampau ikutkan perasaan dan cemburu buta..sekarang inilah yang Farish dapat."keluh Farish.

"Pujuklah dia dengan cara baik kalau boleh biarlah sampai dia muak..Mummy yakin dia akan maafkan lagipun dia kan tengah hamilkan anak Farish..inikan anak kembar pertama Farish..takkan Farish sebagai ayah kepada anak Zara tu nak biarkan dia?"

"Insyallah..Farish akan cuba.."

"Mummy kan..sejak dapat tahu kan yang Zara mengandung.Mumny jadi teruja sangat dah la cucu pertama Mummy pulak tu dan yang paling Mummy happy adalah kembar..huish meriah la rumah Mummy nanti!"senyum Datin Ziera sendirian.

"Kan..Farish pun tak sangka...ingatkan dia pening,muntah-muntah tu sakit biasa rupanya.."

"Sakit buatan Farish sendiri kan?"sambung Datin Ziera mengusik.Farish hanya tersenyum malu.

"Dah la jangan sedih-sedih.Jangan rosakkan mood Mummy dengan riak wajah Farish okey?"

"Nak buat macam mana Mummy? orang pun dah suka kita takkan nak paksa pulak?"

"Tak perlu paksa..kita cuma perlu uji tahap sayang dia pada Farish tu je!"

"Maksudnya?"

"Ada la Mummy buat nanti! Mummy dah aturkan semuanya!"

"Terima kasih Mummy sebab selalu sangat ada dengan Farish dari Farish lahir sampai la dah nak jadi bapak orang ni!"

"Tau tak pe..Mummy buat ni sebab Mummy sayangkan anak Mummy.Mummy cuma ada sorang je anak lelaki tunggal dan sorang menantu perempuan yang baik,cantik dan pandai ambil hati Mummy.Sejak dari korang kecil lagi Mummy teringin nak tengok korang berdua bersama.Alhamdullilah semuanya baik je.Mummy sayangkan korang berdua sangat-sangat..."

"Farish pun sayangkan Mummy..siapa tak sayang Mummy woo..orang gila je tak sayangkan Mummy!"

"Dah pergi mandi lepastu jangan lupa makan!"

"Okey Mummy..jap Papa mana? takkan balik lagi?"

"Papa Farish tu? kalau dah jumpa kawan lama dia mula la bersembang sampai malam nanti."

"Biarlah janji jangan keluar orang sudah.Memang balik nanti kena la Mummy!"

"Berani la Papa nak keluar dengan orang lain..belum sempat Papa keluar dah kena tempeleng dengan Mummy.Mummy kan garang."usik Farish.

"Mula la tu! dah pergi mandi sekarang! mandi pun nak kena suruh.Mengada-ngada! okey Mummy nak balik bilik Mummy tau..makanan Mummy dah letak atas meja tu"bebel Datin Ziera.

"Okey bye..Mummy!"


××××××

"What! mamat poyo yang ada sebelah mak dia tadi tu rupanya suami kau?"Hanna masih dengan riak wajah yang terkejut.

"Memang la..kenapa?"Ezar menjadi hairan melihat Hanna begitu terkejut.

"Kau nak tau tak! tadi masa aku keluar..pupppp...aku terlanggar mak mertua kau pastu mula la suami kau buat muka toya.Padahal aku dah minta maaf kot.Mak mertua kau pun okey je dia maafkan aku! tapi mamat tu boleh pulak marah aku!"Hanna mendengus geram.

"Dah la Hanna..kau tak payah stress sangat dengan dia.Stress aku pun tak hilang lagi ni!"

"Kan..buat apa aku nak fikirkan suami kau baik aku pergi keluar dengan Zrill ye tak?"Hanna tersengih sendirian.

"Woi..kau nak kena bebel dengan kakak kau ke? dah nak maghrib kot.Nak keluar jugak? keluar la nanti kau tadah la telinga sorang-sorang aku tak nakk!"bebel Ezar.

"Ala..kau ni macam tak tau pulak! nanti la dalam pukul lapan aku keluar makan pastu balik la.."Hanna merayu sambil memegang tangan Ezar.

"Suka hati kau la Hanna...aku cuma cakap kat kakak kau yang kau keluar makan dengan tunang kau je!"

"Betul ni!!!! arghhhh terima kasih!! ni yang buat aku makin sayang ni!"Hanna merangkul erat Ezar.

"Woi lepaslah! geli la kena peluk macam ni!"

"Ouh..kalau aku peluk geli? habis tu kalau si Farish peluk kau tak geli ke?"

"Eh..eh..apahal nama dia pulak yang naik?"bengang Ezar dibuat tiba-tiba nama milik suaminya pula yang naik.

"Okey...forget it! ni aku keluar kau ada tak nak pesan apa-apa ke?"Hanna segera menukar topik takut juga apabila melihat Ezar wajahnya berubah masam.

"Tak nak! aku dah kenyang!"rajuk Ezar.

"Ala..jangan la macam ni..aku tau kau sekarang ni mudah sensitif..Ala sorry la aku memain je..erkk nanti aku belikan kau ermm apa ye? ermm nasi goreng kampung nak tak?"

"Tak nak..okey lah aku pergi masuk bilik dulu ye lagi pun maghrib pun dah masuk ni."Ezar bergegas pergi meninggalkan Hanna seorang diruang tamu.

"Aduh! kenapa mulut aku ni.."monolog Hanna sambil memandang Ezar yang pergi.

"Ya Allah..KAU ampunilah dosa ibubapaku,dosaku,dosa isteriku dan dosa orang-orang yang orangku sayang..Ya Allah jika benar dia adalah jodoh yang tercipta buat ku.. permudahkanlah segala urusan untuk kami berdua bersatu semula.Aku masih sayangkan dan mencintai dia."Farish berteleku pada sejadah serta memohon pada yang berkuasa agar permudahkan segala.Dia sedar sebagai hamba Allah S.W.T dia perlu mengingati Allah walau ketika susah mahupun senang.

Usai solat Farish terus bergegas keluar dari biliknya.Sebelum dia solat tadi Mummy telah berpesan padanya supaya datang bertemu dengan Mummy dan Papanya katanya ada perkara yang penting untuk dibincangkan.Tapi Farish sendiri tidak tahu apa yang perlu dibincangkan.

Farish mengetuk pintu bilik milik Mummy dan Papa.Pintu itu telah dikuak oleh Papa."Papa..ada apa nak jumpa Farish?"soal Farish sehingga lupa untuk memberi salam.

"Assalamualaikum..!"kata Datuk Qalid.

"Walaikumussalam pa..sorry lupa nak bagi salam tadi maklumlah dah exsited nak tau apa perkara yang penting sangat ni"Farish menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Jomlah keluar..Mummy tengah bersiap didalam tu.Kita bincang dekat Cafe bawah tu."

"Okey..Pa"balas Farish.

Ezar selesai solat dia terus bersandar pada bahu katil.Terasa penat dan beban yang memenuhi ruang fikirannya.Hari ini dia ditakdirkan bertemu dengan Mak Mertuanya dan suaminya setelah 5 bulan tidak bersua."Mesti dia akan pujuk dan ajak aku balik sana semula."keluh Ezar sambil mengurut kepalanya yang pening.

"Apa aku boleh buat? nak lawan? lagipun dia masih suami aku.Kalau aku lawan cakap dia..tak pasal-pasal jadi isteri derhaka.Tapi dia betul-betul ikhlas ke nak kat aku balik? mungkin dia nampak aku macam ni kot sebab tu dia nak kat aku balik? ataupun Aizrill memang bagitahu perkara yang sebenar? haish..aku kena tanyajugak dengan Aizrill ni!"setelah berpenat melayan fikirannya dia terus melelapkan matanya untuk seketika.

"Zrill awak ada jumpa tak Farish?"tanya Hanna pada Aizrill setelah lama mendiamkan diri."Farish mana ni?"

"Farish..suami Ezar takkan kau tak kenal? kata sahabat baik sampai bila-bila!"

"Iye ke? bila Zrill ada cerita kat Hanna?"soal Aizrill masih blur.

"Sendiri cerita pun boleh lupa ke? okey la kalau lupa sekali pun..Awak ada jumpa dia tak!?"tanya Hanna kali ini nampak lebih serius dari tadi.

"Tak jumpa kenapa? awak kenal ke Farish tu macam mana?"

"Tapi saya jumpa dia..dia dengan Mak dia masa tu datang nak pergi shopping dekat butik kakak saya."terang Hanna.

"Apa? maknanya dia dah berjumpa dengan Ezar la? jadi apa reaksi mereka? terkejut tak?"

"Saya tak ada kat situ..yang ada kat situ cuma Ezar dengan Halina je.Sejak dia berjumpa dengan suami dia tengahari tadi terus jadi murung..suka termenung..Saya kesian tengok dia macam tu.!"keluh Hanna bersimpati dengan sahabat baiknya itu.

"Kan..tapi apa kita boleh buat? dah memang ditakdirkan begitu."ujar Aizrill.

"Okeylah..saya nak makan cepat boleh balik awal..."kata Hanna.

"Awak tak sudi nak makan dengan saya ke?"duga Aizrill.

"Tak..saya cuma risau je kalau Kakak saya tau yang saya balik lambat.Nanti mesti kena bebelan free dari Kak Husna."kata Hanna.

"Betul jugak..nanti mesti Kakak awak pot..pet..pot..pet bebelkan awak.Ermm..cepatlah makan"

"Okey.."

××××××

Farish duduk berhadapan dengan kedua ibubapanya.Makanan yang dipesan tadi sudah juga sampai.Namun sedikit pun belum dijamah lagi."Jadi apa motif Papa..dengan Mummy panggil Aizrill?"Farish bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Papa tahu..yang Farish dah berjumpa dengan Zara..Jadi Mummy dan Papa harap kamu mestilah pandai ambil hatinya semula."Datuk Shahrill mulai berkata.

"Tapi Farish tak tahu nak mulakan dari mana..Farish malu nak berhadapan dia."balas Farish sambil menundukkan kepalanya memandang lantai.

"Farish..Mummy akan sentiasa sokong anak Mummy.Tapi Farish kenalah usaha jangan lakukan perbuatan yang sama.Mummy yakin dia akan lembut hati.Esok kita pergi rumah dia."kata Datin Ziera.

"Tapi Mummy..kita tak tau dimana rumah dia."

"Mummy dah tau mana rumah dia..senang je cari.Esok kita pergi."

"Mana Mummy dapat alamat rumah tu?"

"Mummy kenal siapa kakak Hanna..jadi Kita hanya datang kerumah dia dan berpura-pura seperti tidak tahu bahawa Zara tinggal disitu."idea Datin Ziera yang begitu licik.

"Okey lepas tu?"

"Farish pergilah pujuk dia...nanti Mummy akan jumpa dengan Kakak Hanna dan plan seterusnya.."

"Tapi Mummy yakin ke ini berhasil? dan mana Mummy tau semua ni?"

"Banyak betul la soalan Farish ni..Mummy yakin benda ni boleh berhasil...Mummy tau la Mummy ada mata-mata yang sentiasa mengawasi!"

"Alhamdulillah..Papa hanya doakan semuanya berjalan lancar..boleh la Papa tengok bakal cucu kembar Papa nanti!"seloroh Datuk Shahrill.

"Aikk..dia pulak yang tak sabar? habis tu kita ni sebagai Tok Mummy takkan tak sabar pulak?"

"Ada-ada je la Mummy dengan Papa ni.Perasaan Farish ni lagilah tak dapat digambarkan lagi tau."

"Macam mana Farish rasa sekarang..macam tu jugalah Papa rasa dulu masa Mummy kamu tengah hamilkan kamu dulu.Mummy ni dah la suka mengidam pelik..nak minta masakan kampung la apalah kadang-kadang Papa pun naik pening.Tapi kalau nak tahu yang rajin masakan makanan masa Mummy mengidam tu Mak Zara la..walaupun masa tu Mak Zara tengah sarat.."

"Ala..macam la Abang tak tau saya rapat dengan Mak Zara tu dah lama kot."Datin Ziera menjeling.

"Memang la..tapi lepas Mak Zara bersalin barulah Ziera pulak.."usik Datuk Shahrill.

"Kan..sebab tu saya sayang sangat-sangat dengan Zara tu.Dulu Zara baik sangat..Mummy selalu puji dia sampai Farish pun cemburu."

"Mana ada Farish cemburu!"Farish cuba menafikan kata-kata Datin Ziera tadi.

"Mummy tau la..Mummy jaga Farish dari kecil lagi..suka cemburu,kuat merajuk dan kalau kena kacau dengan Zara tak sah kalau tak menangis."Datin Ziera hanya tertawa kecil apabila mengingatkan semula.

"Ala..Mummy ni Farish menangis pun sebab Zara suka sakat Farish.Dulu dia selalu baling katak dekat Farish..tu Farish fobia dengan katak ni"Farish cuba selindungkan riak wajahnya yang sudah malu.

"Dah la tu..kalau ingatkan semuanya sampai besok pun tak habis..dah jom makan."Datuk Sharill mencelah.

"Baik Pa.."balas Farish.Mereka terus menjamah makanan yang ada dihadapan mata."Mummy kamu ni banyak bercakap la..tengok air kopi Papa pun dah nak sejuk rasanya."bebel Datuk Shahrill.

"Alah..bukan selalu..Abang pun sekali sekala kena dengar saya membebel tau!"balas Datin Ziera.Farish hanya tersenyum melihat kedua pasangan bahagia yang berada dihadapannya.Bilakah dia dapat bersama bergurau senda dengan Ezarra seperti dahulu.Satu saja harapan yang dia inginkan menjadi kenyataan adalah bersama dengan Ezarra semula dan hidup seperti pasangan suami isteri yang biasa.Bahagia seperti pasangan yang ada dihadapannya itu.

**********

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top