BAB 39
Aizrill tergesa-gesa berjalan menuju ke Farish sampai sahaja dihadapan Farish riak wajahnya tak ubah seperti marah."Kau ada apa hal nak jumpa aku?"soal Aizrill kepada Farish dari semalam lagi memaksanya untuk berjumpa.
"Kau memang tak guna!"Farish melepaskan tumbukan pada pipi Aizrill.
Aizrill memegang pipinya sakit."Kau dah kenapa Farish? gila ke!"
"Iya memang aku gila!! kau memang lelaki tak guna kan! dalam banyak perempuan kenapa Ezarra jugak yang kau nak!"baran Farish mula membara dadanya mula turun naik kerana terlampau marah.Nasib baik tiada orang ditaman rekreasi itu jika tidak buat malu saja melihat pergaduhan mereka berdua.
"Apa maksud kau gila!"tempelak Aizrill pula.
"Selama ni aku percayakan kau sebagai kawan baik aku tapi kau, sanggup kau ada hubungan dengan isteri aku!"
"Hubungan apa!"
"Tak payah nak berlakon la Aizrill.."Farish mengepal tangannya menahan marah.
"Kau bagi tau aku apa hubungan aku dengan isteri kau!"ujar Aizrill yang masih memegang pipinya.
"Kau memang kawan tak guna! okey kau nak tau sangat kan nah!!! kau ambil dan tengok apa yang ada dalam tu!"Farish menghulur sampul itu kepada Aizrill.
Aizrill menurut sahaja dan melihat semua gambar-gambarnya dengan Ezar dahulu.Terkejut Aizrill dibuatnya mana Farish dapat semua gambar ni? takkan Ezar pulak yang bagi?
"Farish mana kau dapat gambar ni?"soal Aizrill.
"Ouh..maknanya memang betul la kau ada hubungan dengan Zara kan!"
"Sekarang dia dimana?"
"Siapa?"
"Isteri kau!!"jerkah Aizrill.
"Aku dah suruh dia pergi buat apa aku nak simpan lagi pompuan macam tu!!"lancang mulut Farish sehingga menimbulkan kemarahan Aizrill.
Kini Aizrill pula melepaskan tumbukan pada Farish hingga dia rebah dan sempat menarik kolar baju Farish."Kau tu sebenarnya lelaki tak guna! sanggup kau hukum isteri kau sedangkan isteri kau langsung tak salah!"
Farish menepis tangan Aizrill."Memang gambar ni betul! tapi pasal isteri kau curang tu tak betul.Aku dengan isteri kau pernah bertunang dan untuk pengetahuan kau..kalau mak aku tak batalkan perkahwinan kami berdua mungkin kami berdua dah kahwin! entah-entah mungkin sekarang ni kami dah ada anak pun! tapi kau dah dapat dia kau buat macam ni! kau menghukum orang tanpa usul periksa! kalau hati aku ni jahatlah Farish, dah lama aku cuba untuk pisahkan kau dengan dia tapi disebabkan aku hargai persahabatan kita..aku biarkan dia hidup bahagia dengan orang yang dia sayang.Aku tak sangka macam ni kau buat dekat dia!"tempelak Aizrill menjegilkan matanya menahan marah.
"Kau penipu kan!"Farish masih mahu menafi.
"Rish..sepanjang kita berkawan ada aku pernah tipu kau! kalau kau sendiri tak percaya..kau boleh tanya adik aku Airisya"
"Ya Allah apa aku dah buat ni"Farish meraut wajahnya.
"Kau kan dah suruh dia pergi"ujar Aizrill
"Tapi aku tak ceraikan dia!"
"Kau cari dan pujuklah dia ,sebelum terlambat"
"Maksud kau!"
"Sebelum dia lupakan kau! macam dia lupakan aku dulu"kata Aizrill.
"Aku kena cari dia! Zrill aku minta maaf sebab.."belum sempat Farish menghabiskan ayatnya
"Kau tak perlu minta maaf dengan aku...yang penting kau kena minta maaf pada Ezar itu lebih penting!"balas Aizrill.Farish menghela nafas panjang.
××××××
"Cantiknya anak Mak!"pujian itu tak henti-henti keluar dari mulut Mak Imah.
"Mak..masuk ni dah 15 kali tau mak cakap"kata Ezar.
"Mana Zara tau?"
"Zara tau la Mak..Zara kira"Mak Imah hanya menjeling tajam.
"Mak bersyukur sangat tau bila Zara nak berubah macam ni.Akhirnya doa mak termakbul jugak Alhamdullilah"
"Mak long tengok la siapa yang make-up.Nana kalau bab make-up ni memang petik jari je!"Nana mencelah sambil memetik jarinya.
"Dua-dua cantik Mak tengok..tapi yang kaki make-up ni bila nak kahwin?"soal Mak Imah memandang kearah Nana.
"Alaa..Mak Long ni belum jumpa jodoh lagi la.."balas Nana malu.
"Ni dah pakai cantik-cantik tak keluar ke?"tanya Mak Imah.
"Ha'ah...terima kasih Mak long sebab ingatkan Nana.Nana memang nak bawak Zara jalan-jalan satu kampung!"
"Hah eloklah jugak..bawak dia pergi jalan-jalan makan angin tenangkan fikiran tu"ujar Mak Imah.
Ezar yang tampak manis bertudung dan simple make-up hasil tangan Nana memang mampu membuat hati menjadi cair sesiapa melihatnya."Ezar jom lahh..termenung apa lagi!"
"Aku bawak kereta ke kau yang bawak !"tanya Ezar.
"Ehhh..sumpah aku tak nak bagi kau bawak! dah la bawak kereta gila-gila..cukuplah aku takut naik dengan kau!"
"Amboi..macam la aku bawak laju macam pelumba F1"Ezar mencebik bibir.
"Hehehe..tak apa bagi je aku bawa kereta tau"pujuk Nana.
"Suka hati kau la Cik Nur Aisyah Diana a.k.a Nana kembung!"
"Woi kau ingat lagi nama panggilan aku masa kecik dulu!"
"Mesti la ingat Nana kembung..kau kan masa kecik perut suka kembung! jadi sampai ke tua la nama tu kekal"
"Amboi kau pulak apa?"
"Aku mana ada nama panggilan pelik-pelik berani la ejek nama aku pelik-pelik! aku tumbuk jugak la kang"
"Hekeleh..dia ejek nama orang boleh..orang nak ejek nama dia tak boleh"
"Mesti la tak boleh..jom la pergi jalan-jalan tadi kau yang ajak!"Ezar segera menukar topik.
"Ha ye la..!!"Nana mengetap bibir.
Nana memandu begitu perlahan sekali sehingga Ezar naik bosan.Nana memang begitu.Seorang yang terlalu berhati-hati sehingga bawa kereta jadi lambat."Weh..Nana bagi je la aku pandu! kau bawak macam kura-kura!"
"Ezar kau pernah nampak ke kura-kura pandu kereta?"balas Nana.
"Ada..kartun Ninja Turtle diorang bawak lagi laju dari kau!"
"Turtle bukan ke maksudnya penyu kan?"
"Ha'ah lupa..okey kau menang!! cepatlah bawa..sampai aku pun naik bosan tau tak!"bebel Ezar.
"Okey..okey...aku bawak cepatlah ni"balas Nana sakit telinganya apabila mendengar sepupunya itu membebel.
"Kita nak pergi mana?"soal Ezar tiba-tiba setelah mendiamkan diri sebentar.
"Kita pergi Cafe Nisha nak tak!"
"Seriously Cafe Nisha!"
"Kau ada nampak muka aku bagi fake hope pada kau ke Ezar? iya aku serius la nak bawa kau pergi sana.Mestilah kau rindu nak pergi situ kan?"
"Memang! ni yang buat aku sayang sangat kat kau!"
"Eii dah..dah jangan nak mengada ye!"
"Iye la...iye la.."
"Ezar..kau pergi Pulau Tioman tu bila?"dari tadi Nana ingin bertanyakan soalan itu namun lidahnya kelu.
"Esok insyallah...mungkin subuh aku bertolak"
"Kereta kau tu boleh ke sampai sana?"
"Mestilah boleh sampai..aku nak tinggalkan semua ni..buat sementara siapa yang tak sakit hati kena tuduh macam tu!"
"Ezar...sabar la aku yakin nanti bila dia tahu perkara sebenar dia akan menyesal percayalah dan aku yakin jugak masa tu dia akan melutut merayu pada kau"
"Tak payah confident sangatlah dia tu takkan percaya aku kalau tak ada bukti,dah la malas nak fikir buat sakit hati buang air mata je! aku dah move on okey!"
"Baguslah kalau kau dah move on..aku dan lain-lain hanya mampu doakan yang terbaik untuk kau!"
"Terima kasih Nana.."
"Okey dah nak sampai! kita nak parking kat mana?"soal Nana menukar topik.
"Kat mana-mana je la..janji jangan jauh-jauh tak larat la nak berjalan"
"Alaa...tak jauh pun kalau kau jatuh pun aku dengan kawan kau Nisha tu boleh je dukung kau..bukannya berat sangat pun lagi pun kau kan pendek"
"Amboi..amboi sempat lagi kau kata aku pendek!"
"dah memang kenyataan la Ezar..kau memang pendek"Nana segera memarkir keretanya pada lot yang kosong.Mujurlah bilangan kereta kurang kalau tidak semestinya susah untuk mengambil tempat.
Sesudah memarkir kereta.Nana dan Ezar segera memasuki Kafe Nisha kemudian mengambil tempat didalamnya.Mia menghampiri ke meja yang baharu saja pelanggan datang "Nampak macam kenal orang pakai tudung warna kuning tu tapi hmm entahlah!"bisik hati Nisha setelah diamati wajah Ezar tapi dia masih ragu-ragu untuk memastikan.
"Cik berdua nak makan apa?"soal Mia dengan lembut.
"Saya nak teh ais limau..kau Ezar nak minum apa?"tanya Nana menepuk meja dengan lembut untuk mengejut Ezar yang sedang fokus pada telefonnya itu.
"Aku nak minum milo ais je la!"balas Ezar sambil memandang skrin telefonnya.Setelah mendengar perempuan itu memanggil 'Ezar' barulah dia mengetahui bahawa itulah Ezar "patutlah macam kenal."bisik hati Mia.
"Ezar..kau ke tu?"soal Mia.Ezar menoleh kearah Mia."Iya"balas Ezar.
"Betul ke ni kau? Cantiknya kau bila bertudung macam ni! lama dah tak jumpa kau..kau macam mana sekarang okey tak?"
"Okey je Alhamdulillah sihat..kau macam mana okey?"tanya Ezar pula.
"Aku macam biasa je la..ehh kau nak tau satu benda tak?"
"Apa benda Mia?"
"Aku dah kahwin...!"kata Mia tersengih sambil menunjukkan cincin dijari manisnya.
"Dengan siapa?"
"Pilihan keluarga..Alhamdullilah semua berjalan lancar aku dan suami aku hidup bahagia sangat..! Terima kasih Ezar sebab kau selalu doakan aku dapat jodoh yang terbaik..kau dengan Farish macam mana sekarang? ehh Ezar makin gemuk je aku tengok..dah ada isi ke?"
"Hah!! ehh tak de la belum ada rezeki lagi Mia..Aku dengan Farish okey je..Alhamdullilah bahagia la sampai sekarang..Dia pun pandai ambil hati aku cuma gaduh tu biasa je la kan"ujar Ezar seolah-olah bahagia tetapi gelora dihatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
"Ouh..ehh lupa pulak,tunggu kejap tau aku nak ambil minuman yang korang order tadi!"kata Mia dan berlalu pergi.
"Siapa perempuan tu?"tanya Nana.
"Bekas kawan sekerja aku dulu"jawab Ezar.
"Ouh...patutlah mesra macam dah kenal lama"
Secara kebetulan Nisha baru sahaja masuk kedalam cafenya tapi matanya terpadang gadis cantik yang berhijab itu."Tu bukan kawan aku ke?"detik hati Nisha tanpa berfikir panjang Nisha terus mendekati Ezar dan menegurnya.
"Kau Ezar kan?"tanya Nisha.
"Iye..kenapa Nisha? ada yang tak kena ke?"
"Tak..weh..kenapa kau cantik sangat bila berhijab macam ni! aku hampir-hampir tak percaya!"kata Nisha.
"Alhamdullilah..Allah dah bukakan pintu hati aku supaya berubah..sampai bila aku nak jadi macam tu umur kan makin meningkat"balas Ezar tersenyum.
"Ezar..kau memang cantik rasa macam tak percaya weh..iya la selalunya kalau kau bertudung mesti kau tak pakai make-up kan jadi seri dia kurang..tapi yang ni memang meletop kebabom..!!"puji Nisha.
"Habis tu masa aku kahwin tu? bukan ke aku pakai make-up jugak?"
"Sama je la...!! okey Ezar disebabkan kau datang melawat tempat kau kerja dulu jadi aku nak belanja kau makan..sekarang kau order la apa-apa..kau pun Nana..boleh minta apa sahaja semua free!"tawar Nisha.
"Serius!!! kalau macam tu aku makan makanan yang istimewa kat sini boleh?"kata Nana teruja.Siapa tak gembira bila ada orang nak belanja makan? orang kata rezeki jangan ditolak.
"Siap! kau Ezar?"soal Nisha
"Aku ikut je apa yang Nana Kembung nak!"usik Ezar.
"Weh..nama Nana kembung tu slow sikit! mana tau jodoh aku ada kat sini terdengar nama tu..terus dia tak jadi meminang aku"bisik Nana tertawa kecil.
"Macam-macam la korang ni..tunggu tau!"
"Tengah tunggu la ni..takkan lari pun la sebab orang dah nak belanja!"kata Ezar.
××××××
Malam ini Ezar terpaksa mengemas segala pakaiannya kerana esok subuh dia perlu bertolak."Semua dah siap packing! cuma tunggu nak pergi"bisik hatinya.
Mak Imah mengintai anaknya dari pintu kamar.Berat hatinya ingin melepaskan anaknya pergi.Kalau dahulu dia terpaksa melepaskan anaknya untuk bersama dengan Farish tetapi kini dia terpaksa melepaskan Ezar untuk menenangkan fikirannya dari segala kekusutan yang melanda."Mak buat apa kat situ?"soal Ezar kehairanan apabila terlihat Mak Imah mengintainya dari situ.Mak Imah yang tersedar ditegur Ezar terus memasuki kamar itu dan duduk bersebelahan Ezar.
"Zara..serius ke nak pergi sana?"
"Zara dah ambil keputusan ni Mak..sekejap je Mak..kalau Zara ada kerja disana mungkin Zara akan tinggal terus"balas Ezar.
"Tapi..takkan nak tinggalkan Mak seorang diri.."
"Mak..Zara akan balik jenguk Mak..Zara sayang Mak!!"
"Janji dengan Mak sayang..."Mak Imah memegang kepala Ezar.
"Baik Mak.."mata Ezar mula menakungkan airmata.
"Zara yakin ke nak berpisah dengan Farish?"
"Mak..biarlah dia sendiri yang lafazkan...Zara cuma nak fikirkan kehidupan seterusnya je"
"Mak pun tak tau nak kata apa dengan Zara..cuma Mak nak cakap satu je jangan berdendam dengan orang.."
"Tapi Mak.."belum sempat menghabiskan kata-katanya Mak Imah sudah mencelah."Dah..pergi tidur nanti nak kena bertolak awal.Mak tak nak tengok anak Mak mengantuk nantikan nak memandu."
"Baik Mak..!"Ezar menyalam tangan Maknya dan merebahkan badannya pada katil.Mak Imah terus melangkah untuk menutup lampu bilik kemudian pintu bilik itu juga ditutup.
"Zara tau Mak berat nak lepaskan Zara pergi"bisik hati Ezar yang sudah separuh menangis.
Aku kena pergi bertolak juga kerumah Mak Zara.Aku kena minta maaf pada dia!."Semua ni angkara Dhia! kalau dia tak cuba musnahkan rumah tangga aku mesti takkan jadi macam ni!"Farish mengepal tangannya ikutkan hati mahu saja dia menampar Dhia.
"Mummy dah kata jangan percaya kata orang..tengok la sekarang apa dah jadi? Mummy tak kira esok Farish kena cari Zara esok.Mummy yakin dia ada kat rumah Mak dia"pesan Datin Ziera masih tergiang-giang ditelinga Farish.
"Zara..mana kau.Abang nak minta maaf..Abang yang bersalah sebab tak percayakan Zara!"rintih hati Farish sambil merenung diluar balkoni.
**********
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top