Bab 8


Suatu hari, apabila Rafiq masuk sahaja ke dalam kelas dia begitu terkejut bila mana rakan-rakan kelasnya sibuk meletakkan sampah, menconteng meja Adira. Ini bukan perangai budak sudah berusia 18 tahun. Ini macam budak-budak masih tak matang.

"Woi korang buat apa?" tengking Rafiq. Mereka semua terkejut. Salah seorang dari mereka berjalan mendekati Rafiq. Mamat yang tak perlu tahu namanya ini, mengenakan rambut belah tepi.

"Hang tok sah sibuk sangat Rafiq, aku tau hang suka kat dia. Tapi hang kena tau jugak dia tu gila! Takkan hang tak dengaq citer dia belasah budak sampai masuk wad?" ujar mamat belah tepi.

"Hang pasti ke tu Adira yang buat?"

"Hang fikir la sendiri, bila dia hilang. Ada plak kes kena pukul. Semuanya sebut nama Marsha, sebut orang gila. Siapa lagi kalau bukan dia? So kalau hang tak suka apa yang kami buat hang boleh duduk diam-diam kat meja hang. Kitorang buat ni supaya dia takut sikit. Ingat diri dah kuat sangat ke? Lagi elok kalau dia jangan datang sekolah langsung. Orang gila macam dia mana patut pergi sekolah." dengan berlagaknya mamat belah tepi ini bercakap membuatkan Rafiq rasa macam nak sepak je mulut tu bagi terburai gigi.

"Ntah apa yang hang suka sangat dekat Adira tu pun tak tau la. Hang dah kena guna-guna dengan dia ke?" ujar sorang lagi mulut capul. Perempuan mulut capul ni Rafiq kenal dengan perwatakan kaki becok.

"Aku nasihat hang stop jela dengan Adira tu, silap-silap esok hang pulak jadi mangsa dia. " ujar Syakirin. Budak bajet bagus. Rafiq mengengam tangan serapatnya. Dia rasa marah sangat. Satu kelas berkompromi untuk menghukum Adira. Bukan sahih lagi berita ini. Kenapa terlalu cepat percaya khabar angin.

Rafiq dah bersedia untuk memarahi mereka. Apa yang diorang buat ini adalah salah. Rafiq sudah mengelegak.

"Hampa diamm lah!!!!!!"

Rafiq terkejut. Bukan dia yang menjerit. Dia toleh kebelakang. Melati dan Adira berdiri dibelakangnya. Adira lihat mejanya yang sudah teruk dikerjakan. Dia menitiskan air mata lalu dia terus berlari keluar. Mereka satu kelas tersenyum-senyum puas melihat Adira sedih.

"Hampa tengok! Apa hampa tak rasa ke perasaan Adira macam mana?" marah Melati.

"Awat hang dok bela sangat orang gila tu?"

"Aku pernah belajaq sini dulu, aku tahu perangai dia camna. Kalau pun Adira punya personaliti yang lagi satu tu buat macam tu.. mesti ada sebab.. Mesti depa kacau dia dulu."

"Eleh, hang toksah cakap banyak sangat. Kitorang pun tau jugak hang macam mana time dulu-dulu." ujar seorang lagi perempuan tudung singkat.

"Diam lah!" terus Melati berlari keluar. Rafiq lihat budak-budak kelasnya. Mereka sedikit pun tak ada rasa bersalah. Ini kah sikap manusia terpelajar? Rafiq mendengus. Rafiq turut keluar dari kelasnya.

<><><><><><><>

Rafiq lepak di kawasan padang, dia baring di sebuah kerusi batu yang panjang. Matanya menghala ke langit. Dia memikirkan apa yang telah berlaku tadi. "Bodoh Adira, kalau kau sentiasa kena buli macam ni kenapa kau tetap jugak amik tingkatan 6?" Bukan ke sepanjang tempoh dia ada kat sekolah merupakan tempoh-tempoh yang sukar baginya. Dia tak ada kawan, semua orang bencikan dia. Rafiq benar-benar tak mengerti dengan Adira.

"Kau tahu sebab apa?"

Rafiq dikejutkan suara. Hari ini termasuk ini sudah dua kali dia dikejutkan dengan suara tiba-tiba. Dia bangun, dia lihat Nani duduk di meja batu itu jugak. Dia duduk bahagian tepi-tepi memandangkan tadi dia tak ada ruang sangat untuk dia duduk.

"Sebab apa?" Tanya Rafiq.

"Macam budak-budak lain, Adira sentiasa ingin menjadikan zaman persekolahan dia merupakan satu memori yang indah dan best. Tahun demi tahun dia berharapkan perkara seperti itu terjadi, namun kerana masalah mental dia, tak ada siapa yang mahu berkawan dengan dia. Malah lebih teruk dia sering dikeji."

"Aih teruknya.."

"Tapi dia kuat, dia terus berharap dan sehinggalah dia tamat sekolah tingkatan 5. Impian dia tak terlaksana. Zaman sekolah dia berakhir dengan hambar. Tapi sebabkan dia percaya bahawa semua itu masih belum berakhir terus dia apply untuk masuk tingkatan 6 pulak, masih dengan hajat yang sama. Rafiq, aku tak tahu la sama ada kau sedih atau tak.." suara Nani kian sangkut. Dia cuba menahan rasa sebak. "...tapi bagi aku bila dengar dia cerita macam ni dekat aku, aku menangis." Air mata Nani terus menitis jatuh. "Sebab ini sahaja peluang dia yang tinggal. Kau tengok la sendiri apa yang berlaku dekat dalam kelas. Kau fikir dia tetap akan dapat best memori dia semasa sekolah? Tak Rafiq. Dia akan lebih terseksa. Tapi dia tu bodoh, orang dah lukakan hati dia, dia tetap juga menyimpan hajat yang sama. Dia tetap juga percaya dia akan ada ramai kawan, bergosip dalam kelas sama-sama...dan habis sekolah dengan gembira...aku..aku tak sampai hati Rafiq..aku tak sampai hati tengok diorang musnahkan peluang dia yang terakhir ni..Diorang tak tahu ke Adira hanya nak berkawan??" ujar Nani sambil menangis.

Rafiq juga mula rasa sebak. Dia sanggup lalui fasa neraka lagi selepas melaluinya dahulu hanya semata-mata mendapatkan memori yang indah di zaman sekolah? Adira, kenapa kau kena bersusah payah macam ni? Kau sendiri patut tahu ianya susah dicapai untuk orang macam kau. Mereka semua tak mengerti kau. Walaupun kau berharap mereka akan jadi kawan kau dan akhirkan zaman sekolah bersama diorang, tapi hakikatnya mereka mahu kau berhenti sekolah terus.

<><><><><><><><>

Sudah lama juga Rafiq tidak dapat bercakap dengan Adira. Ada juga dia pergi ke rumah Adira namun terus sahaja dimarahi oleh abang Adira. Dan apa yang menghairankan Rafiq, Adira pergi ke sekolah namun kemudian dia akan terus hilang tanpa masuk kelas. Lepas itu ada timbul kes budak kena pukul. Setakat ni dah lima kes. Ini menguatkan lagi hujah-hujah dan cakap-cakap semua orang bahawa Adira pergi buat masalah. Rafiq sebolehnya tidak mahu percaya, tapi Adira hilang begini, kemana agaknya dia pergi? Kenapa datang sekolah kalau tak masuk kelas?

Hari itu Rafiq tidak mahu masuk ke kelas langsung, sebab dia rasa macam tak lalu pulak tengok muka-muka hipokrit budak kelasnya. Dia terus merayau. Dilihat sekumpulan budak lain yang menyorok-nyorok menyembunyikan diri daripada terlihat merokok. Rafiq segera mendekati.

"Sebatang." pinta Rafiq.

Salah seorang menghulurkan sebatang. Rafiq ambil lalu minta lighter pulak. Budak tu bagi lagi. Rafiq ambil lalu menyalakan lighter dan terus bakar habis satu badan rokok tu. Budak-budak yang lihat perbuatan Rafiq semua jadi terkejut dan bengang. Sudah kasi free, pergi bakar macam tu plak.

"Apa korang tengok? Suka hati aku la nak merokok macam mana. Ini dah jadi hak aku."

" Nak haram btul! Membazir gila! "

" Pundek hampa! Tau bazir. Yang hampa bakaq ari-ari tu tak bazir?" ujar Rafiq.

"Tapi kami isap bangang!"

"Itu cara hampa, ini cara aku bakaq terus satu badan rokok ni. Hampa kisah pasal pa? Hampa dah sedekah kat aku."

"Babi betul abang ni. Kalau aku tau memang tak kasi dekat dia ni. Perangai nakharam." marah betul budak tu.

Rafiq ketawa. Dia tak tahu apa tujuan dia cari pasal dengan budak-budak ni. Malah akan jadi sia-sia kalau dia kena belasah. Budak-budak ni bukan kering macam dia. Kalau dah empat orang macam ni belasah dia memang lunyai jugak.

"Sabar kita lupakan pasal rokok ni. Nanti aku ganti. Aku nak tanya hampa, pernah dengar nama Marsha?"

"Oh, yang gila tu? Ada dengar jugak dia belasah orang sampai masuk wad." jawab salah seorang dari mereka.

"Ada maklumat?"

"Yang kena belasah tu kitorang kenal.."

"Yang mana satu?"

"Yang kena dengan awek dia." jawab mereka.

Rafiq angguk. "Jadi dia ada cakap sesuatu?"

"Dia kata orangnya tak tinggi mana, ada jerawat sedikit. Lepas tu dia bercakap dengan diri sendiri. Kadang-kadang jadi lemah lembut kadang-kadang jadi kasar. Memang gila habis la perangai."

Rafiq terdiam. Otak dia menangkap sesuatu. Jadi memang sah. Terus dia berlari meninggalkan sekumpulan budak tersebut. Wajahnya berpeluh dan pucat. Dia harus segera. Dia berlari masuk kelas Melati. Cikgu dan budak-budak kelas semua hairan lihat Rafiq. Rafiq scan keseluruhan kelas, dia mencari Melati. Tiada.

"Cikgu, Melati mana?" tanya Rafiq.

"Awak ni kenapa Rafiq? Tak bagi salam dulu ke apa, terus-terus je meluru." jawab cikgu kelas tersebut.

"Ma..maafkan saya..Tapi urgent ni, saya nak kena jugak jumpa dengan dia."

"Dia memang tak ada masa kelas ni mula-mula start lagi." jawab salah seorang pelajar kelas tersebut.

"Ha'a dia ke mana ya? Saya ni pantang skit dengan orang yang cuba ponteng kelas saya." cikgu tersebut menanyakan budak tadi. Rafiq tiada masa mendengar perbualan, dia terus berlari. Memang mungkin semua kerja Melati! Sampai dia satu kawasan yang agak jauh dari blok, dia mendengar suara orang mengerang. Dia segera pergi melihat. Dia terkejut besar melihat Adira ada disitu, dan seorang tengah terbaring mengerang sakit. Rafiq jadi pusing kepala, takkan lah memang benar ianya Adira??

Dia cuba mendekati namun tak semena-mena dia ditarik oleh seseorang. Dia lihat kebelakang, Cikgu Maisarah dan Cikgu Lim. Mereka membuat isyarat supaya diam sahaja. Rafiq tidak faham apa yang sedang berlaku sekarang. Dia terus menjadi konpius. Pandangannya dihala ke arah Adira kembali. Dia mendengar ada lagi suara yang bercakap-cakap. Suara Melati. Melati juga ada disitu. Orang yang terbaring sakit tadi bangun perlahan-lahan, menguatkan kakinya lalu terus berlari pergi.

"Hahahahhahaahahaha." Melati ketawa besar. Adira atau lebih tepat lagi Marsha sudah mengengam tangannya. "Kau tahu tak betapa kuatnya keinginan aku untuk jadi macam kau. Aku cuba tiru kau, aku nak jadi macam kau. Aku nak ada dua personaliti macam kau. Aku sentiasa teransang bila membayangkan diri kau sahaja." luah Melati.

"Aku tak tahu sama ada Adira yang gila atau kau yang gila. Kau rasa kalau aku tumbuk muka kau ni boleh tak balik kembali ke asal?" marah Marsha

"Yeah, yeah Marsha..kau punya marah tu buatkan aku lagi suka..aaahhh.." ujar Melati lagi. Dia rasa sangat 'high' sehingga dia memeluk tubuhnya dan berkhayal.

"Berhenti la buat benda ni, kau burukkan nama Adira. Kau ingat seronok ke jadi Adira? Kau fikir Adira nak sangat ke ada dua personaliti dalam diri dia. Kalau dia ada pilihan nak je dia campak aku jauh-jauh. Nak je dia balik ke kehidupan normal dia."

"Maaf, Aku suka buat macam ni. Apa kata kalau kau je yang stop jadi macam ni Adira? Aku tahu, kau pun penipu sama. Kau pura-pura jadi Marsha sebab kau nak survive kan? Kalau kau guna nama Adira, orang mungkin akan salahkan kau. Tapi kalau kau guna nama Marsha, orang akan blame personaliti kau lagi satu tu je. Oh ye lepas ni mungkin aku nak kan seseorang macam Rafiq. Aku amik Rafiq ye lepas ni. Kau mungkin lepas ni boleh berambus dari sekolah ni, semua orang pun dah bencikan kau. Rafiq pun tak akan sunyi lagi sebab dah ada pengganti kau yang sama penyakit macam kau. Hehehe."

Cikgu Lim dan Cikgu Maisarah pandang wajah Rafiq dengan wajah tak puas hati dan curious. Rafiq sengih je. "Apa ni cikgu, dalam cerita ni saya ni watak minor je." Kedua cikgu mengangguk setuju lalu mereka memerhati lagi.

"Siot, kau!" Marsha terus meluru. Melati sudah bersedia dengan batang kayu. Cikgu Lim dan Cikgu Maisarah juga keluar dari tempat persembunyian. Libasan kayu Melati tidak mengenai Marsha, sebaliknya kaki Marsha yang mengenai rusuk kiri Melati. Melati terus tercampak sedikit. Marsha cuba menyerang lagi.

"Cukup!" jerit Cikgu Lim. Cikgu Maisarah mendakap Marsha. Marsha cuba meronta namun kemudian dia berjaya tenangkan dirinya sendiri. Cikgu Lim mendekati Melati. Dia lihat wajah Melati dengan bengis.

"Betul-betul budak bermasalah." ujar Cikgu Lim dengan loghat cinanya.

<><><><><><><><><>

"Apa? Single white female syndrome?" tanya Rafiq. Cikgu Maisarah mengangguk. "Orang yang ada sindrom macam ni tu yang jadi macam Melati tu ke?" tanya Rafiq lagi.

"Yup nama lain dia mirroring, untuk senang tahu, orang yang ada sindrom macam ni cenderung untuk meniru dengan seseorang yang dia obses. Dari segi pakaian, life style, sifat. Itu yang kalau boleh dia sendiri ingin menggantikan tempat Adira tu sendiri." terang Cikgu Maisarah.

"Ish scarynya. Oooh Cikgu, cikgu Lim dengan Adira dah plan la ye untuk perangkap Melati? Selama ni Adira hilang tu memang betul la ye dia dengan cikgu? Hmm make sense jugak. Tapi kesian dia bila semua orang tuduh dia yang buat."

"Yup, itu pengorbanan yang Adira buat demi nak menangkap penjenayahnya. Dan bila kitorang suspek Melati. Kitorang suruh Adira mendekati dia. Akhirnya terbongkar jugak."

"Ish betul-betul bikin cuak, saya dah fikir macam Adira sendiri yang buat semua ni." ujar Rafiq.

Cikgu Maisarah senyum. "Kalau kamu betul-betul cintakan Adira, kamu kena percayakan dia."

Rafiq diam memikirkan kata-kata Cikgu Maisarah. Cinta dan Percaya. Duanya bergerak seiringan. Hmm dan lagi satu dia tak faham kenapa semua orang dapat agak dia suka dekat Adira?

<><><><><><><><>

Semenjak penangkapan Melati, nama Adira dibersihkan. Semua budak kelas Adira meminta maaf pada Adira dan paling penting, mereka mula sisihkan perasaan memulaukan Adira. Mereka mula menerima Adira dan ini menjadikan Adira bertambah bahagia. Dalam hati Rafiq bila mana dia melihat semua orang mula berbaik dengan Adira, dia tersenyum sendirian. "Mungkin hajatnya untuk menjadikan zaman persekolahannya sebagai memori terindah akan tercapai."


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top