Bab 7
"Aargh!." seorang budak lelaki berusia 16 tahun memegang pipinya yang baru dilibas batang kayu. Dia tertunduk sambil dalam ketakutan. Darah yang mengalir keluar dari mulutnya segera dikesat dengan kain baju bahagian butang kolar. Dia lihat lama wajah orang yang baru sahaja memukulnya. Perempuan. Lagi tua darinya. Sudah pangkat akak. Baru sahaja pindah sekolah ke sini sudah timpa nasib yang malang.
"Kau buat hal la.. Aku dengar banyak dah kes kau peras ugut budak-budak junior. Kau kan budak baru kenapa kau buat camtu hah?" ujar perempuan tu lagi.
"Apahal kau nak keco.."
BAPP!! Libasan kayu mengenai kepalanya lagi. Berdarah habis kepalanya. Kepalanya menjadi sangat pening. Pandangannya kian mahu kabur. Dia macam orang mabuk sudah. "Aa..ampun saya kak...saya tak buat dah sa..saya janji.." tiba-tiba keluar sahaja rayuan dari mulut budak lelaki ini. Dia takut dirinya dikerjakan dengan lebih parah.
"...."
"Tolong lepas kan saya...tolong laa.."
"Marsha, tolong la...biar kan je.."
"Kepala hotak ko nak biarkan! Aku benci pembuli! Pembuli memang patut mampus je dari awal!!" jerit perempuan tu lagi. Perempuan itu bercakap dengan diri sendiri. Kecut perut budak lelaki tersebut. Dia menangis.
"Kau dengar sini! Selagi Marsha ada dekat sekolah ni, pembuli macam kau takkan hidup lama!"
BAP!!! Libasan kuat terus dihayunkan mengenai kepala budak lelaki tersebut. Darah memercik. Budak tersebut memitam.
"Marshaa!!"
<><><><><><><>
"Rafiq kenapa menung je tu. Awak tak nak makan ke nasi lemak tu. Nanti sejuk tak sedap plak." ujar Adira melihat Rafiq banyak termenung. Rafiq tersedar, dia sengih. Dia menyuap satu dua nasi ke dalam mulut. Kemudian tersedak. Terus mencari-cari air untuk diminum. Adira hulur kan air. Pantas sahaja Rafiq minum. Dia menumbuk-numbuk dadanya.
"Tenkiu. Fuh ingat dah nak mati tadi."
"Ish jangan la cakap macam tu. Awak menung apa? Sampai lupa nak makan."
"Saya masih teringat kisah kelmarin la Dira, saya ni kan hati lembut, mana boleh tengok orang perempuan menangis. Tambah-tambah dengan muka baby face macam Qasdina tu. Aduh termimpi-mimpi saya tau." jelas Rafiq. Sesekali dia mengeluh dengan tindakannya tempoh hari. Mungkin kalau dia tak jumpa dengan Adira, hubungan dia dengan Qasdina mungkin terjadi. Mana la tau kan. Qasdina pun boleh dikira gadis hot juga. Tak sebenarnya dia jatuh hati pada Adira bukan setakat pada rupa. Apalah sangat dengan rupa. Yang penting ialah sifat yang ada pada Adira. Dan keistimewaan dia seperti dia memiliki Marsha. Dapat double tuh.
"Eleh, saya dengar awak tolak cinta dia sebab awak suka dekat orang lain?" tanya Adira. Rafiq meneguk air liurnya. Rafiq sengih-sengih.
"Awak jangan la fikir banyak. Tu alasan untuk melarikan diri je."
"Betul nih??" tanya Adira serius. Rafiq garu-garu pipi. La dia cemburu ke ni?
"Betul..hehe"
"Adiraaa!!!!! Adiraaaa!!" berlari-lari Rusdi mendekati meja makan Rafiq dan Adira. Keadaan mukanya penuh pucat. Dia menarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu. Kemudian dia lepaskan nafasnya. Rafiq dan Adira saling memandang sesama sendiri. Apahal plak dengan mamat ni.
"Kau ada something yang kau rahsiakan dari aku ke hah Dira??" tanya Rusdi dengan penuh suspen.
Adira berkerut. "Tak..kalau ada apa-apa semua Dira ceritakan pada awak. Kenapa?"
"Se..sebenar..ntah la..aku dengar rumor baru-baru ni, Marsha belasah budak tingkatan 4 sampai budak tu masuk wad." jawab Rusdi. Adira terkejut. Rafiq pun sama. Belasah sampai masuk wad? Ganasnya.
"Mana ada Marsha buat benda jahat macam tu." ujar Adira pertahankan personalitinya yang lagi satu. Rusdi diam lama. Bukan dia mahu tuduh-tuduh juga. Malah kalau serkap jarang sahaja percaya bulat-bulat memang tidak adil. Dah nama khabar angin pasti ada yang tak betul.
"Mungkin jugak ada yang cuba nak buruk-burukkan nama Marsha ni." ujar Rafiq.
"Yela kot, ala takyah pikir sangat la. Macam lah ada sorang je nama Marsha dalam sekolah ni. Itu ari ada budak form 1 nama Marsha jugak. Oh ye sebelum aku terlupa, hehe..kau tahu tak, jeng jeng..aku dah berkenan dekat sorang budak 6A3. Melati nama dia. " kata Rusdi. Dia duduk sebelah Rafiq. Gelas Rafiq diambilnya lalu minum. "Tak puas minum..habis dah. Kenapa sikit sangat?"
"Kau pergi beli sendiri la."
"Eceh Melati tu cantik tak?" tanya Adira.
"Boleh la.." sengih Rusdi. "Dia ada kata nak jumpa dengan kau Dira."
"Eh, nak jumpa kita kenapa pulak?"
"Entah, nak tambah kawan kot..ala lagipun kita satu form 6 kan, mesti la nak kenal-kenal. "
"Oke la macam tu. Nanti suruh la dia jumpa Dira. Cuma.."
"Kalau tentang Marsha jangan risau la. Dia tahu."
"Dia tahu?"
"Sebab dia pernah sekolah sini masa form 2 dulu lepas tu masa form 3 dia pindah"
"oh.."
<><><><><><><><>
Rafiq tidak dapat pejamkan matanya. Dia masih lagi memikirkan sesuatu, cukup menganggu fikirannya. Siang tadi, dia memulakan siasatannya. Dia menuju ke kelas-kelas budak tingkatan 4 untuk mendapatkan cerita sebenar mengenai Marsha memukul budak form 4. Memang kes itu benar berlaku. Rakan-rakan budak yang dipukul itu sibuk menceritakan hal itu.
"Ye la bang, masa kitorang lawat dia kat hospital, dia sibuk cakap yang pukul dia tu namanya Marsha." ujar Man, kawan yang kena pukul tu.
"Itu je dia bagitau?" tanya Rafiq lagi.
"Ada lagi.." jawab Man tapi dia rasa seperti serba salah pula hendak bagitahu.
"Apa dia?"
"Entah la bang, saya rasa dia meracau-racau je kot...itu yang dia cakap pelik-pelik. "
"Bagitahu jela aku apa dia yang dia cakap? Apa yang pelik?" desak Rafiq.
"Kawan saya tu kata Marsha ni gila. Masa dia sibuk pukul kawan saya boleh pulak dia bercakap-cakap dengan diri dia sendiri. Kadang-kadang akak tu jadi lembut, kadang-kadang bila jadi Marsha balik dia kasar. Ish, seram plak saya."
Rafiq terkejut sedikit. Betul ke apa yang dia dengar ni? Memang kalau namanya Marsha mungkin ada orang lain yang mempunyai nama yang serupa, tapi kalau dah ada dua personaliti? Siapa lagi dalam sekolah ni yang ada masalah mental macam tu? Rafiq mengetap gigi. Dia tak tahu hendak percayakan yang mana, sama ada percayakan cerita yang ini atau pun Adira dan Marsha. Adakah sebenarnya Adira memang menyimpan suatu rahsia yang tak mahu dia tahu? Andaian mengenai personaliti lagi satu Adira semakin kuat. Tapi apa yang didengarinya ialah Marsha sendiri yang melakukan, takde nama lain.
<><><><><><><><>
"Adira, hehe...saya suka tengok awak tau. Dalam banyak-banyak budak dalam sekolah ni paling saya teringin nak kawan ialah awak. Awak cantik, nampak baik." puji Melati bila pertama kali bersua dengan Adira. Dia berjabat tangan Adira. Adira rasa kekok. Tak pernah lagi dia disapa dengan orang seceria ini.
"er..hehe..ala ish cantik apa pulak." ungkap Adira merendah diri. Tak biasa dia dipuji. Tiba-tiba dia teringat pula pujian-pujian dari Rafiq. "Dalam skolah ni yg pling cun Dira sorang je." Muka Dira menjadi merah apabila teringatkan ucapan tu.
"Merah dah muka. Awak, jadi ceritalah dekat saya pasal Marsha."
Adira diam. Lagi lah dia tak selesa. Tiba-tiba disuruh bercerita mengenai Marsha. Sepatutnya Marsha merupakan taboo dalam sekolah ini. Tiada siapa mahu bertemu Marsha, mereka semua takut. Tapi hari ini di hadapannya terdapat seorang gadis yang cukup happy go lucky memintanya bercakap mengenai taboo sekolah ini.
"Awak nak saya cerita pasal Marsha? Er.."
"Hei, apa kata bagi aku incharge perkara ni. Sure menyesal dia tanya pasal aku." ujar Marsha.
"No.."
"Eh?" Melati sangka Adira bercakap tidak padanya. " Em..takpela kalau benda tu sensitif ye." ujar Melati dengan nada kecewa kerana tidak dapat bersembang mengenai Marsha. Dia sejak dahulu lagi sangat admire dengan Adira kerana keistimewaan yang dimiliki Adira. Baginya mempunyai personaliti yang kedua bukanlah masalah mental, ia adalah satu gift.
"Jadi apa hal kau nak tahu pasal aku hah Jerawat?" Marsha mula menguasai Adira, suka hati sahaja dia menggelarkan Melati jerawat kerana muka Melati yang kelihatan banyak jerawat-jerawat kecil.
"Marsha ke ni?" tanya Melati.
Marsha ketawa. "So? Kau takut?" Marsha berubah air muka. Dia lihat lama wajah Melati. Sengaja ingin menimbulkan keresahan pada Melati. Namun Melati masih mengekalkan wajah yang ceria.
"Kenapa nak takut? Saya memang nak berkenalan dengan awak." Melati senyum.
"Bukan kau nak berkenalan dengan Adira?"
"Dua-dua. Saya pun admire dengan awak Marsha. Walaupun banyak orang cakap yang awak ni ganas, tapi bagi saya awak ada hati yang baik." puji Melati.
Marsha rasa tak senang. "Just cut the crap out. Apa kau nak sebenarnya? Berlagak macam peramah ceria. Kau mesti ada benda tersirat kan?" marah Marsha. Sebenarnya dia tak biasa berdepan dengan situasi macam ini, selalunya orang kalau berdepan dengan dia pasti akan larikan diri. Berbeza dengan Melati.
Melati ketawa kecil. "Laa, kenapa cakap macam tu? Awak fikir saya sama macam orang lain? Saya hanya nak berkawan. Saya tahu pasti awak tak pernah terpikir ada orang sanggup berkawan dengan awak dan Adira. Izinkan saya jadi macam Rafiq. Bagi saya peluang tu okey?" pinta Melati.
Marsha diam lama. Kemudian dia tunduk. "Marsha cakap dia tak senang tengok awak. Maaf." Adira angkat kembali kepalanya. "Saya rasa mungkin dia terkejut..haha." Adira ketawa. Melati turut ketawa.
<><><><><><><>
"Bi, sini okey kot. Sini bukan ada siapa-siapa." ujar Rapeah, seorang gadis tingkatan 5 kepada teman lelakinya Sahab. Keduanya berada di kawasan stor lama, yang mana terletak agak berjauhan dari blok-blok sekolah yang lain. Mereka memerhati sekeliling. Memang tak ada orang.
"Jom masuk dalam stor tuh, emm ish tengok awak ni geram la saya." ujar Sahab sambil itu matanya gatal melihat bahagian belakang gelprennya yang berjalan lenggang masuk ke dalam ruang stor. Rapeah pula dengan gedik-gedik buat seakan malu-malu.
Apabila Rapeah masuk sahaja kedalam stor, Bap! Hayunan kayu keras terus menghentam tengkorak kepala Rapeah. Dia terus terlentang. Darah mengalir. Matanya cuma mengamati siapa yang memukulnya. Memandangkan dalam stor itu gelap, sukar dia melihat dalangnya. Sahab berlari mendapatkan Rapeah.
"Sayang tak apa-apa?"
Rapeah menangis kesakitan, dia melekapkan kepalanya ke dada Sahab. Sahab melihat kedalam stor. "Siapa tu!?" jerit Sahab. Berlagak hero.
"Maksiat je keje korang. Sorang bodoh bagi badan percuma, sorang lagi bangang tau nak rosakkan orang perempuan." ujar seseorang. Sahab mengamati satu silhoutte di hadapan mereka. Silhoutte itu mendekati mereka. Cahaya yang samar-samar jatuh pada sebahagian muka dan tubuh orang itu. Perempuan. Sahab berasa lega sedikit sebab dia tak perlu lawan lelaki.
"Biarla kitorang suka sama suka. Tak kacau pun kau. Lagipun aku cinta sampai mati. " marah Sahab.
"Ye..Sahab ni imam kita, senget kita, kita ok je sebab kita tahu dia setia.." kali ini Rapeah yang dalam kesakitan itu pula cuba pertahankan Sahab dan cinta mereka yang tak seberapa itu. Cinta monyet yang dikabui dengan keseronokan palsu.
Perempuan silhoutte itu ketawa berdekah-dekah. "Kau percaya dekat mamat jongos nih? Tak lain tak bukan mamat ni cari bukan cinta kau, tapi badan kau. Kau tak caya? Terus la bagi kau punya maruah tu, bila dia rasa dah tak sedap, dia tinggalkan kau. All men is the same, they are all slave of lust."
"Kau ingat kau sapa hah? Tiba-tiba pukul sayang aku, lepas tu ceramah-ceramah. Kau ni memang nak cari pasal kan?" Sahab terus berdiri. Dia cuba memukul perempuan dihadapannya, namun perempuan dihadapannya jauh lebih pantas. Pukulan demi pukulan, libasan demi libasan mengenai tubuh Sahab. Sahab mengerang sakit, dia merayu untuk berhenti. Perempuan itu tidak peduli. Sahab terus dipukul sehingga Sahab terbaring lemah di atas lantai.
"Marsha...kenapa awak.." perempuan silhoutte tersebut berperwatakan lembut, baik. Dia terus menyentuh tubuh Sahab. Dia menangis. "A..awak...maaf..Marsha dah keterlaluan.." Kemudian tiba-tiba dia lihat ke tepi nya yang kosong.. Rapeah memerhati juga. Rapeah berkerut.
"MArsha! Awak memang nak bunuh orang ke?" marahnya pada diri sendiri.
"Orang buat maksiat, mana boleh kesian-kesian.." ujar perempuan itu lagi. Rapeah terkejut melihat perwatakan perempuan ini. Memang sah orang gila. Perempuan ni memang gila!
<><><><><><><><>
"Kau nak tahu kenapa Dira jadi macam tu?" Rusdi tanya kembali soalan yang dikemukan oleh Rafiq. Rafiq angguk. Dia teringin sangat hendak tahu mengapa Adira boleh mengalami masalah mental. Setahu dia, kebanyakan orang yang punyai masalah mental pasti punya masa lampau yang buruk.
"Dengar sini, ada benda yang kau boleh tahu ada benda yang kau tak perlu tahu, Yang kau tak perlu tahu ialah sebab-sebab Adira jadi macam tu. Ini benda sensitif untuk Adira. Kalau dia tahu yang kau tahu pasal masa lampau dia, pasti dia serta merta akan tinggalkan kau. Yang tu aku tak kisah sangat, tapi kalau dia depress sampai nak bunuh diri macam mana? Kau nak tanggung tu?"
"Jadi memang ada peristiwa yang menyebabkan Adira jadi macam tu?" tanya Rafiq.
"Yup, satu memori hitam yang Adira sendiri tak dapat lupuskan dari ingatannya." ujar Rusdi.
"Aku ada soalan lagi untuk kau, apa pendapat kau dengan rumor baru-baru ni?"
"Pasal Marsha pukul budak form 4?"
"Ya."
"Kalau kau percaya kan Marsha. Jangan persoal apa-apa pun. Kalau betul pun Marsha yang buat, pasti ada sebabnya. Marsha takkan simply-simply pukul orang unless orang kacau dia."
"Adira ada tak personaliti lain selain daripada Marsha?" terus-terus Rafiq tanyakan soalan umpama seorang wartawan. Dia tanya untuk hilangkan kesangsiannya. Rusdi terdiam, air liur diteguk. Boleh nampak melalui buah halkumnya bergerak. Rusdi masih teringat peristiwa lampau. Dia pejamkan mata rapat-rapat. Masih tergiang lagi kenangan masa lalu.
"Sudah! Jangan tanya aku apa-apa lagi." terus Rusdi blah meninggalkan Rafiq yang terpinga-pinga. Itu bukan apa yang dia nak dengar. Dia tak mahu wujud satu lagi persoalan. Kenapa Rusdi bersikap macam tu bila dia tanyakan tentang personaliti lagi satu Adira. Argh.
<><><><><><><><>
Hari ini sampai sahaja disekolah Rafiq mendengar satu lagi peristiwa budak dipukul melibatkan nama Marsha. "Hari tu pun ada budak kena pukul dengan Marsha, Semalam pun sama?" Rafiq semakin resah kerana kedua-kedua cerita yang dia dengar Marsha merupakan si gila yang punya dua personaliti. Lantas dengan itu Rafiq terus mendapatkan Adira.
"Awak.." belum sempat Rafiq menghabiskan kata-kata, Adira terlebih dahulu memotong.
"Maaf awak, nanti kita sembang kay? Saya kena jumpa dengan Cikgu Maisarah dengan Cikgu Lim." sejurus selepas dia meletakkan begnya ke atas kerusi terus dia keluar dari bilik darjah. Sebenarnya sudah seminggu Adira memberi alasan yang sama.
Rafiq mengetuk meja perlahan, tanda kecewa. Cikgu Maisarah setahunya ialah guru kaunseling, manakala Cikgu Lim pula guru disiplin. Jadi adakah mereka juga mengesyaki Adira melakukannya?
"Rafiq.."
Rafiq menoleh, melihat Melati berdiri sambil senyum. Dia kenal Melati memandangkan Rusdi sudah perkenalkan padanya. Mukanya walaupun berjerawat namun masih nampak manisnya. "Eh Melati."
"Saya nak bagi buku ni dekat Adira. Tapi tengok dia tergesa-gesa keluar. Dia pergi mana ye?" Melati menghulurkan novel bertajuk Julang. Karya Intan Permai. Rafiq mengambilnya. Sejak bila Adira suka baca novel? Ke sebenarnya dia memang tak tahu Adira suka baca novel.
"Dia jumpa dengan cikgu. Novel ni nanti saya bagi dekat dia."
"Okey terima kasih ye Rafiq. Oh em..Rafiq, saya ada dengar pasal Marsha. Saya mungkin tak kenal Marsha lebih dari awak kenal dia tapi apa yang saya tahu, orang-orang yang kena pukul semuanya jahat-jahat. Mungkin Marsha buat hanya untuk bagi pengajaran."
"Hah? Awak percaya yang Marsha buat semua tu?"
"Entah la, tapi siapa lagi yang ada dua personaliti?"
Rafiq terkesima. "Apa benda yang jahat sangat diorang buat?"
"Buli dan Maksiat. Itu sebab kena dengan Marsha." jawab Melati.
"Saya tak rasa Marsha akan buat sampai tahap tu, Marsha biasanya tak ambil hal pasal orang lain melainkan.."
"...melainkan kalau dia ada personaliti yang lain?" terus Melati sambung.
Rafiq angguk. Dia pandang kiri dan kanan takut-takut kalau ada orang curi dengar perbualan diorang. Namun masing-masing dengan hal mereka. Dia lihat Nani, budak ni bukan boleh caya sangat. Nampak je macam baca buku padahal semua maklumat dia ada.
"Apa yang buat kan awak suka dekat Dira?" tanya Melati tiba-tiba. Muka Rafiq bertukar merah. Macam mana dia tahu. Ke memang obvious.
"Shh jangan cakap kuat. Semestinya la dia tu baik, innocent, lemah lembut."
"Awak tak kisah dengan masalah mental dia? Awak tak kisah dengan Marsha?"
Rafiq garu-garu pipi. "Mulanya kisah jugak, tapi fikirkan itu lah istimewanya Adira. Somehow fun jugak ada Marsha."
"Jeles la saya, lelaki macam awak sukar nak cari. Okeyla. Saya balik kelas dulu. Saya dah nampak Cikgu Arif lalu tadi." Melati melambai tangan. Rafiq menyambut lambaian. Seketika kemudian Rafiq mengeluh. Sebenarnya terlalu banyak benda yang dia tak tahu dari Adira. Adira dan Rusdi terlalu merahsiakan. Berbaloi kah jatuh cinta pada Adira?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top