Bab 5


Hari ini Rafiq kelihatan lebih bersemangat dari hari-hari yang lain. Rambutnya dirapikan disikat kebelakang. Ketiak disapu deodorant, agar bau ketiak tidak melingkar keluar. Minyak wangi di spray di merata badan. Tidak cukup dengan itu, bedak juga diletak sama. Barulah wangi kata Rafiq. Lepas ni Adira pasti terpikat dengan lelaki wangi macam aku. Fergh.

"BAHAHHAHAHAHA, KAu ni dah bertukar jadi botol minyak wangi ke?" perli Marsha. Malang sungguh Rafiq bila pagi ini bukan dia berjumpa dengan Adira terlebih dahulu. "Dah la, aduh..lawak betul. Wangi-wangi sangat buat apa, bukan kau nak pergi interview pun. Pergi kelas je pun aduh..ahahaha." masih lagi Marsha ketawakan Rafiq.

"Blah la kau Marsha, sila bagi Adira balik badan dia."

Marsha mengesat air mata yang keluar kerana terlebih gelak. "Awak maaf." ujar Adira. Kali ini Adira kembali menguasai badannya. Rafiq senyum.

"Ala, nak maaf sebab apa. Bukan awak yang perli saya."

Adira senyum sambil menunduk. "Sebenarnya saya pun pikir macam Marsha fikir."

Rafiq menahan malu. Alahai memang wangi sangat ke? Sambil-sambil dia bersembang dengan Adira mata dia menjeling terhadap satu susuk tubuh yang berada di pintu kelas. Susuk tubuh itu dari tadi kelihatan seperti memerhati dirinya. Rafiq buat tidak endah. Mungkin sebenarnya orang itu memerhatikan orang lain.

<><><><><>

Semua pelajar kembali ke kelas selepas sahaja tamat subjek Bahasa Melayu di perpustakaan. Rafiq kembali ke tempat duduknya. Dia melihat satu kertas yang berlipat kemas diatas mejanya. Segera dia membuka. Sebuah teks yang panjang. Matanya terus kusyuk membaca apa yang tertulis pada kertas tersebut.

"Assalamualaikum Rafiq,

Sbnrnya tujuan kita tulis surat ni dekat awak sbb kita dah jatuh hati dekat awak..tapi kita malu nak ckp depan2 kat awak.. >.< eish~ *tiba2 muka kita jadi merah plak, tngok! tulis surat aja dah malu...belum jumpa lagi tehehe..

Selama ini kita bynk perhati awak tau..mungkin awak tak perasan kot, sbb awakkan selalu brsma Adira. Awak ngan Adira ada apa-apa ke? Eh, eh...maaf...tak sepatutnya kita tnya2 awak pasal ni...~

Erm, awak, kalau awak rasa nak balas surat ni..awak tinggalkan je surat awak kat bawah meja awak...~

nnti saya sendiri akn mnyelinap amik, hehe..~ Kalau awak rasa tak mahu layan, awak jgn tulis apa2..biarkan meja awak kosong..saya akan tahu.. >.<

Okey itu sjalah...saya takde idea nak tulis apa lgi...maaf kerana habiskan masa awak baca surat saya yng ntah apa-apa ni..."

Ini..ini..macam surat cinta je. Rafiq agak terkejut. Buat pertama kali dalam hidupnya dia dapat surat cinta. Tengok bertapa malangnya tak ada orang berkenan selama hidupnya. Dia cuba mencari nama pada surat itu. Tak ditulis.

Adira mendekati Rafiq. Sap! Surat dirampas dari tangan Rafiq. Rafiq menoleh. Diamati air muka. Ini Marsha.

""Surat apa ni wei!?" tanya Marsha."

Rafiq cuba mengambil kembali surat cintanya. BAP!! Perutnya ditumbuk. Senak rasanya. "Sakitlah!!" ujar Rafiq sambil pegang perutnya. Marsha senyum, dia membuka lipatan surat tersebut. Dia membacanya dengan tekun lalu setelah dia habis baca dia hentak surat tersebut diatas meja Rafiq dengan kuat.

"Best! So hang nak balas surat ni balik tak?" tanya Marsha.

"Ish aku tak tahu la, first time aku dapat surat macam ni. Lagipun apa yang aku nak balas? Orangnya pun aku tak kenal." jawab Rafiq. Dia pasti pemilik surat ini pastinya orang yang dia lihat tadi. Dari kelibat-kelibat dia rasa orangnya cantik. Budak kelas sebelah kalau tak silap.

"Hang balas je, aku nak jugak tahu sapa lah pompuan kurang bertuah yang dah jatuh cinta dekat buaya lembik cam hang ni" gelak Marsha. Dia menepuk belakang Rafiq. Tanda bagus ditunjukkan.

"Kepala hotak hang!" ujar Rafiq.

Rusdi masuk kedalam kelas mereka. "Marsha, Rafiq jom keluar rehat." ajak Rusdi dari jauh.

"Rusdi! Meh sini sekejap!" panggil Marsha. "Eh, pasal panggil dia..?" tanya Rafiq. Rafiq rasa malu kalau Marsha cuba bercerita perkara ini pada Rusdi. Cis celaka betul Marsha ni. Suka-suka dia je.

"Rileklah, Rusdi ni selalunya ada idea yang bernas.." ujar Marsha. Rusdi menghampiri mereka.

"Ye, kenapa?" tanya Rusdi. Marsha menghulurkan surat tersebut kepada Rusdi. Rusdi membaca kemudian dia gelak. "Really?"

"Aku cadangkan hang tak payah balas.." cadang Rusdi

"Eh kenapa pulak? Kesian lah dia kalau tak balas."

"Rileklah dengar dulu plan aku. Kau nak jumpa dengan dia teruskan? Lepas balik sekolah ni mesti dia datang ke meja kau nak tengok sama ada kau balas surat dia ke tidak. Kita mengendaplah.." ujar Rusdi. Wah tak sangka bijak sungguh idea yang dikeluarkan Rusdi fikir Rafiq.

"Okey set!" ujar Marsha. Ceh, suka-suka dia je nak set sana sini.

"Erm nak tanya....hampa nak menyorok dekat mana?" ujar Nani. Kami bertiga pandang dia. "Ehehe, sorilah aku terdengar..." tersengih-sengih Nani sambil mengaru-garu pipinya yang tak gatal tu.

"Agak-agak orang yang tulis surat di ada dalam kalangan budak kelas korang ke?" tanya Rusdi. Rusdi melihat keseluruhan kelas.

"Boleh jadi." ujar Marsha.

"Tak sama sekali..." ujar Nani pula. "Pasal hang kata camtuh?" tanya Marsha.

"Budak kelas kita semuanya sudah berpunya. Maklumat ini tak boleh diragui. Sebabnya aku dah double check. Hebat tak aku?" ujar Nani sambil ketawa bangga. Satu benda yang Rafiq tabik dekat Nani ialah dalam kepala dia ada banyak maklumat. Sama ada maklumat tahap rubbish hinggalah tahap ultra berguna. Memang hebat Nani nih. Apapun sebenarnya memang dia dah tahu dah pun bukan kalangan budak kelas ni.

<><><><><><><>

"Buaya, boleh aku tanya sesuatu?" tanya Marsha. Ketika ini Rafiq sedang menyuapkan sesudu nasi lemak kantin masuk kedalam mulutnya. Rehat-rehat begini nasi lemak memang menjadi keutamaannya. Selain murah ia mengenyangkan. Malah entah apa magisnya, nasi lemak kantin ini merupakan nasi lemak yang paling terbaik pernah dia rasa.

"Hang nak tanya apa Marsha? Pelik pulak aku bila hang ada soalan tuk aku." tanya Rafiq kembali. Dia menjadi pelik sebab jarang-jarang jugak Marsha tanya dia sesuatu. Selalunya dia yang tanya Marsha.

"Ish budak ni, debik karang. Orang nak tanya pun jadi perkara pelik." ujar Marsha sambil mencebik.

"Okey okey nak tanya apa ni?" Rafiq menjadi curious, apalah yang dia nak tanya ni. Marsha diam, dia menarik nafas lalu dia menghela perlahan.

"Aku nak tanya ni tapi tolong jangan gelak plak." pinta Marsha. "Konfom, tak." janji Rafiq.

"Agaknya, apa tanda-tanda kalau kita jatuh cinta dekat seseorang tu?" tanya Marsha. Tersedak Rafiq dengar. Betulkah Marsha yang tanya ni?

"Erm, aku tak pandai sangat bab-bab begini Marsha. Tapi yang aku pasti kalau aku jatuh hati dekat seseorang pastinya tiap-tiap hari aku mesti nak tengok wajah dia. Biarpun tak dapat bersembang, melihat wajah pun satu kelegaan tau. Lepas tu, kalau tengok wajah dia, kita akan berasa agak malu, bersama dengan dia kita akan rasa segan dan janggal. Hati ni pula akan berdegup lebih pantas berbanding biasa. Bercakap dengan dia kadang-kadang masa bergerak dengan begitu perlahan. Tapi ada masa kita rasa ia macam terlalu pantas." terang Rafiq.

Rafiq lihat air muka Marsha. Dia kelihatan diam sahaja. Entah apalah yang difikirkannya.

"Macam mana kita boleh jatuh cinta dengan orang yang kita tak pernah kenal sekalipun? Maksud aku kalau kita hanya perhati dia dari jauh, bercakap pun tidak, boleh pula kita jatuh cinta? Macam minah yang bagi surat dekat kau tu." tanya Marsha lagi.

"Tulah pelikkan? Aku rasa, semuanya bergantung pada naluri dan cita rasa. Analogi dia macam ni, cuba bayangkan hang pergi ke sebuah butik pakaian. Dalam butik tu ada banyak pakaian yang cantik-cantik. Lepas tu hang lihat ada sehelai baju blouse yang cantik. Hang tertarik dengan rekaan dia. Hang rasa ianya sesuai dikenakan dengan tubuh hang. Warna baju tu match pula dengan kulit hang. Masa tu, apa yang hang fikir, itulah baju yang hang cari. Jatuh cinta lebih kurang camtuh la. Kenapa eh hang tanya pasal-pasal ni? Entah-entah.." ujar Rafiq lagi.

"Jangan salah sangka! Aku bukan jatuh cinta. Aku curious ngan pompuan tu je." ujar Marsha cuba menafikan. Padahal muka sudah merah. Dari sisi lain rafiq lihat Marsha umpama gadis-gadis yang lain, yang ingin mencintai dan dicintai. Baguslah..eh tak tak..tak bagus! Kalau Marsha jatuh hati dekat orang lain maknanya Adira juga akan jatuh kat tangan orang lain...wuaa, melepaslah aku...jerit hati batin Rafiq

<><><><><><>

Setelah tamat waktu sekolah, seperti yang dirancang, Rafiq disuruh supaya berada di kelas lain. Rusdi, Nani dan Marsha berada di koridor menunggu gadis itu masuk ke kelas. Jantung Rafiq berdegup lebih dari biasa. Ini pertama kali orang meluahkan perasaan dia padanya. Ini pertama kali situasi ini berlaku pada dirinya. Macam mana nak bereaksi? Rafiq takut nak menolak. Rafiq takut mengecewakan orang tu. "Apa yang patut aku buat ni?" ujar Rafiq perlahan.

"pstt..Rafiq, cepatlah dia ada dalam kelas tu." bisik Nani melalui tingkap.

Pantas, Rafiq pergi ke kelasnya. Sebelum masuk ke dalam ke kelas, Rusdi sempat membisik. "Good Luck.." ceh..good luck untuk apa?

Semasa Rafiq masuk, Rafiq lihat seorang gadis yang bergalaskan beg menuju ke mejanya. Dia menunduk, membelek bawah meja ku. Selepas itu dia mengeluh. Mungkin kerana kecewa tiada balasan dari Rafiq.

"Awak.." ujar Rafiq. Gadis tu terkejut, dia bangun cepat-cepat dan mengalih perhatian mengadap Rafiq dan berundur sehingga terlanggar meja-meja. Sangat kelakar. Dia senyum. Sangat cantik orangnya, tak silap lagi dia ni adalah gadis yang mengendap-ngendap dia tadi.

"Awak lah yang letak surat bawah meja saya?" tanya Rafiq

"Erm, ye.." ujar dia sambil menunduk. Malu.

"Tak silap saya nama awak Qasdina kan?" tanya Rafiq lagi.

"Eh awak tahu nama saya?" dia mendongak sedikit kepalanya.

"Dekat beg awak ada sulam nama awak." senyum Rafiq. Qasdina ketawa kecil. Selepas itu mereka terdiam. Ish, nak cakap apa ni? Ah, straight to the point jelah...

"Qasdina, mengenai surat tu..." Rafiq lihat muka Qasdina makin merah. "Maaflah, saya tak dapat balas cinta awak.. dan buat masa ini pintu hati saya tertutup untuk mana-mana gadis..sebab...sebab..saya sendiri dah jatuh cinta pada orang lain. Kalau awak nak tahu saya dah lama suka dekat dia. Maaf ye. Tapi kalau sebagai kawan saya sudi je."

"Adira pergi mana tu?" dari jauh kedengaran suara Rusdi. Qasdina dan Rafiq sempat menoleh kearah suara Rusdi. Kelihatan Rusdi mengejar Adira. Dalam fikiran Rafiq dapat mengagak bahawa Marsha sudah menjadi Adira kembali.

"Awak, saya tanya jangan marah ye? Gadis yang awak suka tu Adira kan?" tanya Qasdina. Muka Rafiq pula yang menjadi semakin merah. Rasanya darah-darah bagai nak terpancut keluar je dari liang-liang mukanya ni.

"Ah, eh..urm.." tak terkeluar suara di mulut Rafiq. Qasdina tersenyum. "Okey, saya faham" Qasdina kemudiannya berlari keluar dari kelas.Rafiq terdiam. Aish. Ini yang paling dia tidak suka. Bila melihat orang patah hati. Betul tekaan Qasdina, dirinya sudah terpaut pada Adira. Bukankah sejak dari masuk sekolah lagi hatinya sudah pun berdegup kencang melihat wajah Adira dan dia tahu Adira adalah jodohnya.

<><><><><><>

"Adira kenapa kau lari plak?" tanya Rusdi. Dia termengah-mengah mengejar Adira.

"Takde benda yang Dira nak tengok lagi." ujar Adira. Suaranya seakan kecewa. Mungkin kecewa dengan apa yang didengarinya.

"Kau kecewa ye?" teka Rusdi. Dia tahu Adira kecewa sebab mendengar kata-kata Rafiq tadi. Tapi dia tahu juga yang Rafiq maksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Adira sendiri. Mana taknya sudah boleh nampak dari segi perbuatan Rafiq. Takkanlah Adira ni buta?

"Kecewa sebab apa plak?"

"Kau tak payah dolak dalih ngan aku la Dira, aku kenal kau sejak kita kecik-kecik dulu. Apa yang kau suka, apa yang kau tak suka semua aku tahu. Aku tahu kau dah minat dengan mamat tu kan?"

Muka Adira bertukar merah. "MAna ada!" Adira cuba lagi nafikan.

"Kalau tak ada kenapa nak merah muka?"

Adira kelu. Dia paling muka dari Rusdi. Rusdi ketawa. "Aku rasa orang yang Rafiq maksud tu ialah kau lah Dira. Kau percaya la cakap aku, Rafiq sendiri pun dah jatuh hati dengan kau. Kalau tak masakan dia boleh terima je kehadiran Marsha macam benda tu normal. Orang angau je boleh buat sesuatu yang aneh."

Adira masih lagi diam. Dia terus lari dari Rusdi. Rusdi geleng kepala. Aih sepupu dia ni. Masih lagi cuba taknak mengaku ke?

dira merah. ��r���E

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top