Bab 3
"Woi buaya darat. Meh ikut aku jom." ajak Marsha sambil menarik-narik lengan Rafiq. Rafiq bangun dari mejanya dan menuruti sahaja kehendak Marsha. Gila kau tak ikut? Sekali dia debik memang kau akan nampak bayangan hospital je la.
"Kita nak ke mana?" tanya Rafiq.
"Hang ikut je la aku. Tok sah nak banyak tanya sangat."
"Tapi kelas..."
"Kau ni skema lah, ponteng je lah kelas tu. Macam tak biasa buat plak. Kata macho?" ujar Marsha sambil itu dia membawa Rafiq ke tepi padang sekolah. Rafiq pandang kiri kanan. Tak ada orang pun, ini kalau buat projek ni. Eh tak tak. Dia lihat wajah Marsha. Apa yang dia nak tunjuk ni?
"Okey kita tunggu dekat sini."
"Jap kita kena tunggu apa?"
"Aku tak bagitau kau lagi ye?" tanya Marsha.
"Tak."
"Wokey macam ni, sebenarnya kita tunggu pakcik jual aiskrim. Biasanya time-time macam ni dia ada berhenti kat luar pagar ni." terang Marsha. Rafiq pandang muka Marsha. Kerut.
"Kalau Adira tu aku percaya la makan aiskrim, ini kau? Macam tak kena je." perli Rafiq.
"Kau nak mana satu? Buku lima ke tapak kasut? Kau nasib baiklah Adira baik dengan kau. Kalau tak, bila-bila masa je kau makan kasut cap ayam aku ni." marah Marsha. Pantang betul bila orang cuba-cuba mengata dia. Rafiq sengih je.
"Tunggu jela lepas habis sekolah." cadang Rafiq.
"Kau rasa orang makan popcorn lepas habis wayang ke masa tengok wayang? Tula bongok tak reti pikir, bayangkan time kelas goyang-goyang kaki sambil makan ais-krim syok dia lain macam." ujar Marsha. Rafiq geleng je kepala. Apalah bodohnya dia rasa ponteng kelas sebabkan teman si raksasa ni beli aiskrim.
"Okey la tapi mana dia? Aku tak larat nak tunggu."
"Hek eleh budak ni, dengan Adira bukan main wa sanggup tunggu lu till jannah bagai. Dengan aku seminit dua pun dah tak larat. Kau.. kalau nak tackle Adira, kau kena jugak hadap aku. So maknanya kat sini kalau aku tak approve kau, kau selamanya tak boleh dengan Adira. Faham tak situasi dia camne?"
"So maknanya aku kena tackle kau sekali la kan?"
Marsha ketawa. "Kau ni dah la kering. Muka macam buaya. Kau expect aku boleh cair dengan kau? In your dream la."
"Marsha aku nak tanya kau dengan jujurla, kau penah jatuh cinta?" tanya Rafiq. Dia rasa curious dengan Marsha. Dia sebenarnya curious dengan kehidupan Adira. Kalau Adira dan Marsha jatuh cinta dekat orang yang berbeza bagaimana? Pernah tak itu berlaku?
"Tak pernah. Kau tahu satu perkara? This body belong to Adira. Sesiapa pun dia suka, aku kena terima but orang yang Adira suka kena tahu satu benda. Dia kena tahu kewujudan aku. Kalau dia tak dapat terima yang Adira ni mental, maknanya mana dia tak layak untuk bersama Adira." jelas Marsha.
"So you admit Adira mental?"
Marsha ketawa lagi. "So who am I? Aku ni di projected by Adira punya mind sendiri."
"Aku tak faham."
"Boy, kau takyah cuba nak faham dengan benda yang kau tak tahu lagi."
Rafiq hanya diam. Kewujudan Marsha, rasional pemikiran Marsha, tindakan Marsha, sama seperti ada orang lain menumpang dalam diri Adira bukan ianya Adira sendiri.
<><><><><><>
Hari ini Adira tidak hadir ke sekolah. Rafiq tidak pasti kenapa, mungkin kerana demam fikirnya. Ketiadaan Adira didalam kelas membuatkan Rafiq rasa macam sesuatu yang kurang. Macam teh tanpa gula. Dia rasa bosan sungguh. Sebenarnya dia tak tahu sama ada Marsha ada Adira yang membuatkan dirinya sentiasa ingin ke sekolah. Tapi mereka kira penyebablah supaya dia tak malas-malas ke sekolah. Jika difikirkan sudah seminggu lebih dia rapat dengan Adira Marsha. Dan bila mereka tak datang ni life dia di sekolah macam tak de makna.
Sempat juga Rafiq curi-curi masa untuk tidur bila time tak ada cikgu, cikgu ada apatah lagi. 4 kali sudah dia tidur bangun. Memang bosan sangatlah jawabnya, kawan takde, nak harap Nani? Terjerumus dalam dunia novelnya.
Dam! Seseorang mengetuk meja Rafiq dengan kuat. Dia terkejut. Dia melihat dalam-dalam wajah gerangan yang begitu kurang ajar mengetuk mejanya itu.
"Kalau rasa-rasa nak jadi bangang, tidur la selalu dalam kelas ye." perli Syakirin. Hati sudah rasa panas je. Sedap sungguh membangangkan orang. Tapi disebabkan Rafiq adalah seorang penyabar, dia hanya meluahkan segala kata caci dan makian dalam hatinya sahaja. Syakirin ni kalau tengok perwatakan memang jenis budak bajet perfect. Rambut sikat kebelakang, ade remos jatuh kedepan. Ala-ala romeo. Tapi perangai separa lembut. Ada lah skit-skit gaya macam Aznil kot. Ke bobo?
"Jadi? Eh...yelah sekarang ni hang pun tengah study hard kan? Berjalan hempuk meja orang." ujar Rafiq pula cuba menyindir.
Syakirin mengukir senyuman sinis. "Aku datang nak kasi kau buku latihan ni. Sorry kacau eh, sambunglah mimpi tu balik." lantas Syakirin meletak buku latihan Bahasa Melayu diatas meja Rafiq dan kemudian dia berlalu pergi. Rafiq mencebik. Celaka.
Rafiq membelek buku yang diletakkan di atas mejanya. "Eh, ini bukan buku aku..ini buku.." desis Rafiq dalam hati. Rupanya ditangannya adalah buku Adira. Gaya tulis dia Ya Allah, teruk benar. Macam budak sekolah rendah menulis. Rafiq agak yang menulis ini adalah Marsha. Sebab tarikh latihan, merupakan tarikh Marsha ambil alih tubuh Adira.
Tapi susah juga hendak buat perbandingan tulisan, sebab Rafiq tak tahu tulisan Adira bagaimana. Buku ini pun masih baru, hanya satu latihan sahaja yang ditulis didalamnya. Dia harap tulisan Adira lawa. Sebabnya dia tak suka dengan orang yang buruk tulisannya. Rafiq anggap tulisan buruk, orangnya pun pasti buruk. Macam Marsha.
Rafiq meletakkan buku Adira disudut mejanya. Malas untuk dia pulangkan semula kepada Syakirin. Biar dia datang dan ambil sendiri. Dia kena rajin sebab dia pemimpin kelas. Rafiq gelak dalam hati. Sejurus selepas itu Syakirin kembali ke meja Rafiq. Dia memberi jelingan sinis. Rafiq ketawa.
"Orang malas selalunya memang berjaya." seketul keluar ayat dari mulut dia lalu dia berlalu dari meja Rafiq. Asyik nak sarkas je budak ni. Seketika kemudian bahu Rafiq dicuit dari belakang. dia toleh. Rusdi senyum. Bila pulak Rusdi datang kelas ni?
"Nak lawat Adira di rumah tak? Dia demam hari ini. Aku rasa kehadiran kau mungkin menceriakan harinya." ujar Rusdi sambil ketawa kecil. Rafiq tak tahu apa yang dirancang Rusdi sebenarnya. Tapi kelihatan ini bagai peluang yang besar. Entah bagaimanalah suasana dalam rumah Adira kelak.
"Betul ke Rusdi? Kalau macam tu aku On je.." teruja betul Rafiq dibuatnya.
<><><><><><><>
Petang itu, sampai sahaja dirumah Adira, Rafiq memberi salam. Rusdi yang sudah pun berada di rumah Adira menjemput Rafiq masuk. Dia tersipu-sipu masuk ke perkarangan rumah. Sudah tentu ini merupakan pertama kalinya ke rumah rakan perempuan. Kekekokan itu memang terasa wujud di hati.
Apabila dia melangkah ke ruang tamu. Dia melihat seorang wanita berusia 50an berkerusi roda berlalu menuju ke bahagian dapur. Mungkin itu adalah ibu Adira, teka Rafiq.
Dia dipelawa duduk di atas sofa empuk berwarna koko gelap. Sementara itu Rusdi menuju ke tingkat atas untuk memanggil Adira. Walaupun ia merupakan rumah teres dua tingkat namun keadaan dalamnya agak kecil. Dari ruang tamu jelas boleh melihat dapur. Tingkat bawah ini juga tiada bilik kerana semua bilik berada di tingkat atas.
Rafiq menjenguk dapur dari tempat duduknya. Dia ingin melihat makcik tadi. Dia terkejut. Makcik tadi juga memerhati dirinya dari sudut dapur dengan sepasang mata yang tajam. Bila Rafiq melihat wajah makcik itu, dia kalih pandangannya ke tempat lain, pura-pura membuat kerja. Rafiq hairan. Adakah dia tak suka dengan kehadirannya disini?
"Awak." suara Adira menangkap kedua cuping telinga Rafiq. Adira menuruni tangga. Dia membungkuskan dirinya dengan toto. Sudah macam kepompong rama-rama pulak.
"Awak okay ke Adira? Lain macam je saya tengok?" soal Rafiq. Kalau ikutkan ingin jugak dia ketawa terbahak-bahak dengan penampilan Adira ini.
Adira mengambil tempat duduk di sofa yang lagi satu. Adira bersin. "Tak sihat sikit." Adira sengih.
"Dah pergi klinik dah?" tanya Rafiq lagi.
Adira mengangguk. "Dah pagi tadi. Er, awak datang sebab apa ya?"
"Nak lawat awak lah. Abih tu esok boleh ke datang sekolah?"
Adira bersin lagi.
"Boleh le bai!" jawab Adira kasar.
Rafiq terkedu sebentar. Lain macam dah nada dia. Adira meleraikan toto yang membaluti dirinya. Kaki kanannya dinaikkan diatas meja kopi. "Aku tak paham kenapalah minah sorang ni suka sangat selubung dengan kain tebal2...Panas!" Adira mengomel seorang diri.
Sah, ini Marsha! Fikir Rafiq. Adira melihat muka Rafiq tajam.
"Pahal hang sibuk sangat nak lawat aku? Takde kerja lain nak buat?" marah Marsha. Rafiq buat muka masam.
"Aku bukan nak lawat hang, aku nak lawat Adira." jawab aku. Marsha mendengus.
"So sekarang ni Adira dah takda, kau boleh berambus sekarang." ujar Marsha garang.
Belum sempat Rafiq membuka mulut lagi, Rusdi hadir membawa air sirap bandung. Dia menyusun cawan-cawan diatas meja. Lalu dia duduk disebelah Rafiq. "Marsha, bukan camni caranya nak layan tetamu. Cuba chill sikit." ujar Rusdi dengan nada memujuk.
Marsha merenung wajah Rafiq. "Sepanjang aku tak datang sekolah apa yang terjadi kat kelas hah?" tanya Marsha.
Rafiq buat muka. Sepanjang? Oi, oi.. baru hari ini kau tak datang sekolah. Janganlah bajet macam kau tak datang sekolah sebulan. "Dunia aman seketika." jawab aku dengan nada sarkastik. Saja aku nak bagi si Marsha sakit hati. Haha, padan muka.
"Hang tahu tak Marsha, tadi Rafiq kena buli lagi dengan orang yang hang meluat tu, Syakirin." tiba-tiba Rusdi mencelah. Eh? Bila masa lak aku kena buli? Rafiq tanya diri sendiri. Marsha ketawa.
"Kenapa hang ketawa?"
"Nampak sangat hang lembik!"
"Siot bila masa aku kena buli? Rusdi tipu hang ja."
"Kau tau, mangsa yang paling teruk ialah mangsa yang tak pandai nak defend diri dia sendiri." sengih Marsha memerhati reaksi aku.
Rafiq diam. Malas nak bercakap lagi. "Cakaplah apapun..tapi esok jangan lupa datang sekolah. Tengok macam dah sihat je."
Marsha ketawa kecil. "Hang rilek je, esok aku datang! Tahulah aku ajar Syakirin tu. Aku nak cakap hanya aku je yang boleh buli kayu cam hang ni."
Rafiq lihat wajah Rusdi. Rusdi senyum. Celaka sungguh kau.
"Ehem, untunglah Marsha mula ambil berat tentang kau." bisik Rusdi yang berada di sebelah Rafiq.
<><><><><><><><><><>
Esoknya Rafiq datang sekolah lewat sedikit. Dia terasa sangatlah taik sebab masih lagi berjalan kaki ke sekolah. Tak cukup dengan itu kaki pula buat hal, boleh pula kejang di tengah jalan. Bila dia masuk ke kelas saja, dia tengok Adira bercakap sesuatu dengan Syakirin. Syakirin mula pucat-pucat.
Rafiq tak mahu ambil peduli. Terus dia duduk di meja. Dia lihat Syakirin datang menuju ke sini. Aih?
"Maaflah Rafiq, aku janji aku tak akan kutuk-kutuk hang lagi." ujar Syakirin dengan wajah sunggul. Magik apakah yang digunakan Marsha untuk menundukkan Syakirin ni. Dan apa yang diorang bualkan sebentar tadi.
Sepanjang persekolahan, Rafiq tak dapat berbual dengan Adira, gara-gara Adira tidur. Demam Adira masih lagi belum kebah. Risau juga timbul dalam hati Rafiq melihatkan keadaan Adira yang begitu. Pulang sahaja dari sekolah, Adira laju sahaja berjalan. Rafiq segera mengejar.
"Marsha." panggil Rafiq. Rafiq fikir Adira masih lagi dalam mood Marsha. Dia mengerling.
"Marsha ke Adira ni?" tanya Rafiq. Dia takut tersilap orang pula nak bertanya.
"Adiralah." jawab Adira. Mukanya merah-merah. Matanya lesu sahaja. "Awak nak tanya apa yang Marsha cakap dengan Syakirin tadi kan?" sambung Adira.
"Eh?" Rafiq terkejut sedikit.
"Awak janganlah terkejut. Sebenarnya kadang-kadang kalau Marsha ambil alih tubuh saya, saya masih boleh mendengar dan melihat apa yang dilakukan dan dibual oleh Marsha." terang Adira.
Rafiq menggaru-garu kepala sambil senyum. "Jadi apa yang dia cakap sampai Syakirin berubah camtu sekali?"
"Dia kata awak ada masalah mental depression dan suicidal tendency." Adira ketawa kecil sambil meng-coverkan mulutnya dengan tangannya. Rafiq mencebik. Kepala otak ko Marsha!!!
"Awak janganlah fikir bukan-bukan pasal Marsha, macam saya cakap tempoh hari mungkin dia kelihatan kasar dan jahat tapi sebenarnya dia baik tau." ujar Adira yang jelas ingin mempertahankan dirinya yang lagi satu itu. Rafiq menggangguk.
Sedang mereka berjalan. Adira terduduk. Nafasnya tercungap. Mukanya semakin merah.
"Adira..." Rafiq meletakkan tangannya didahi Adira. Panas! Dia segera mencangkung dihadapan Adira.
"Saya dukung awak. Cepat." mulanya Adira seperti menolak tapi akhirnya dia bersetuju. Rafiq mula mendukungnya. Adui, berat sungguh badan Adira tak padan dengan tubuhnya yang kecil. Urat besi tulang dawai orang kata.
"Kita nak sampai rumah dah, bertahan ye." Rafiq katakan pada Adira. Adira ketawa.
"Boleh tahan hang ni ye buaya." kata Adira kecil. Buaya? Cis Marsha! Dia melentokkan kepalanya dibahu Rafiq tanpa bercakap apa-apa lagi. Ini yang membuatkan Rafiq sedikit terkejut. Dia cuba untuk melihat wajah Adira. Nampaknya Adira Marsha sudah pun tertidur.
Rafiq tersenyum.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top