Bab 13 + Bab 14
Setiap kali Adlina rasa rindu akan ayahnya, setiap kali itu dia membuka music box pemberian ayahnya itu. Dia membaringkan kepala. Dipejamkan mata erat-erat. Segala kenangan dan memori diingatkan kembali. Lagu yang dimainkan oleh music box tersebut menambahkan kesyahduan. Dia terus mengalirkan air mata.
"Ayah, Lina rindu ayah. Ayah balik lah.."
Pang! Pintu bilik dikuak dengan kuat. Adlina tersentak. Ibunya yang berwajah bengis melihat mukanya seperti singa lapar. Adlina sudah boleh jangka lepas ni dia akan jadi mangsa.
"Woi anak bangang, apa kau buat malas-malas atas katil? Aku besarkan kau bukan nak suruh kau jadi majikan aku." kasar ibunya cakap kepadanya. Berlainan betul waktu dahulu, ibunya itulah ibunya yang paling terbaik. Tapi kenapa setelah kematian ayah sikap ibunya berubah terus?
"Lina tau la. Lina baru je bangun kan." ujar Adlina cuba melawan. Sap! Batang paip melibas tubuhnya. Mengeletik badan Adlina kesakitan akibat dilibas. Adlina mengetap giginya. Rasa marah timbul dalam hati.
"Sekali lagi aku dengar kau cakap kurang ajar dengan aku, aku libas kau dengan batang besi plak. Bangun lah celaka!"
Adlina terus bangun. Perasaan marah terus dipendamkan dalam hati. Nasib baik ibu aku kalau tak memang dah lama kau aku kerat.
<><><><><><><>
"Adira sayang, baca buku apa lagi. Jom la rehat." ajak Adlina. Adira meletakkan buku sejarah keatas meja. Subjek sejarah adalah subjek menakutkan kerana cikgunya yang psiko. Cikgu Lee merupakan salah seorang cikgu yang paling ditakuti oleh murid-murid sekolah. Sentiasa memegang rotan. Setiap kali kelas, pasti ditanya soalan. Jika tak mampu menjawab 2 das sebatan dikenakan pada telapak tangan. Itu untuk satu soalan. Jika dia tanya lima? Biru la jawapannya.
"Lepas rehatkan subjek Cikgu Lee. Ish Lina tak takut ke?" tanya Adira. Mukanya jelas rasa cuak.
"Eleh, setakat rotan cikgu Lee apa lah sangat dibandingkan dengan rotan ibu." sarkastik Adlina menjawab. Adira tunduk. Entah kenapa dia pula rasa bersalah.
"Kenapa ibu jadi benci sangat dengan Lina ye?" tanya Adira sambil tunduk. Dia rasa sedih bila memikirkan bahawa hanya Adlina sahaja yang diperlakukan begitu. Malah paling menyedihkan dia langsung tak mampu nak buat apa-apa bila melihat Adlina teruk dibelasah ibunya.
"Kau tak usah pikir la pasal tu. Asalkan kau ada pun cukup buat aku. Setakat kasih sayang ibu tu apalah sangat." ujar Adira sambil sengih. "Kau tak nak keluar rehat ke? Kalau tak aku kuar sorang ni..aku lapar gila siot." ujar Adlina lagi.
"Okey lah, jom makan."
"Macam tu la adik aku hehe." tersenyum Adlina.
<><><><><>
Pinggan Adira jatuh. Dijatuhkan sekumpulan samseng perempuan yang memang selalu sahaja suka cari pasal dengan Adira. Adira diam. Masing-masing mengerumuni Adira. Mereka memprovok Adira. Adlina yang sedang berada di meja bila lihat Adira dikelilingi laju sahaja dia mendekati.
"Kenapa ni?" tanya Adlina.
"Adik kau langgar aku." jawab Husna, ketua samseng pailang.
"Oh yeke? Adira kau pergi makan nasi aku atas meja tu. Jom." ujar Adlina menarik keluar Adira daripada bulatan kepungan.
"Woi. Kau buat buta ke apa? Ni baju aku kena sambal ni takkan kau buat lupa je. Banyak kau punya cantik." marah Husna sambil menunjukkan bajunya yang kena sambal secoit. Adlina ketawa kecil. Mata Husna bertambah merah.
"Kau yang langgar dia, kau punya pasal la." jawab Adlina.
"Kau memang babi kan?" kata salah seorang geng Husna, Ani. Dia pegang lengan Adlina. Adlina merentap keras.
"Kalau aku babi, abih kau apa? Taik babi? Lagi hina kot" ketawa Adlina berdekah-dekah. Satu tumbukan cuba landing ke pipi Adlina, namun tindakan refleks yang pantas Adlina berjaya mengelak. Adlina mengangkat kakinya lalu mengenai perut Anis. Anis terus tertunduk. Senak. Anis pegang perutnya. Memang sakit.
"Ops." Adlina mengangkat kedua bahunya sambil berwajah sinikal, lalu dia menarik Adira keluar dari kawasan kantin.
<><><><><><>
"Lina, kenapa Lina tendang dia?" tanya Adira. Dia menyoal kerana dia tak suka dengan perbuatan akaknya. Adlina mencebik. Sah Adira ni sebenarnya karekter sinetron indonesia. Baik memanjang walau dah kena buli kaw-kaw.
"Abih tu kalau tangan diorang dah angkat, takkan la aku nak biar kan je la plak. Kau dengar sini, mulai hari ini no more mr nice guy. Aku buat cara aku. Kau tak hak nak suruh aku buat gitu gini." jelas Adlina.
"Tapi..tak baik buat macam tu."
"Ah, kau fikir kalau jadi pasif macam kau selalu buat ni orang akan terikut sama jadi baik? Bullshit tau tak. Polis pun buat kerja kotor dalam tugasan dia. Dalam dunia ni, baik sangat bukan boleh bawa kemana. Sejarah dah pun buktikan. Seja..eh jap..wei sejarah!." muka Adlina yang asalnya muka marah bertukar menjadi muka cuak. Adira lagi lah cuak mukanya.
Terus sahaja mereka berlari menuju ke kelas.
<><><><><><>
ZAP! ZAP!
Dua sebatan mengenai telapak tangan Adlina. Adlina sengih kerang. Cikgu Lee mengeleng kepala. Dalam banyak-banyak budak yang diajarnya Adlina seorang ini sahaja yang paling berani sekali. Langsung tidak takut dengannya.
"You balik baca. You ingat I sengaja ke pukul anak murid. Kalau You baca, hafal, dan dapat jawab, You boleh terlepas dari kena rotan.Tapi tidak, You malas." nasihat Cikgu Lee sambil mengutuk.
"Sori Mr Lee, saya ni memang slow skit dengan sejarah." ujar Adlina sambil menipu. Sebenarnya tanpa sesiapa pun mengetahui sejarah adalah subjek paling dia gemari. Sejarah dunia sendiri pun dia sudah mastaa inikan pula sejarah form 1 yang tak berapa nak betul ni. Tapi jika dia sentiasa terlepas dari dirotan maka Adira akan berasa cemburu dengannya. Mungkin sakit hati dengannya. Dia tak mahu itu berlaku.
"Terpulang la dekat you. You sendiri yang tentukan apa yang you nak corakkan pada hidup you."
Adlina diam. Aku tentukan sendiri apa yang aku nak corakkan pada hidup aku? Kalau dapat tentukan hidup aku, tak adalah aku berada di tempat aku yang sekarang.
<><><><><><><>
"Lina!! Kau meh sini sekejap!" panggil ibunya dari arah dapur. Adlina apabila terdengar suara puaka ni mula lah dia rasakan sesuatu yang tak best akan jadi dekat dirinya. Dengan perasaan malas dia berjalan perlahan menuju ke dapur. Sebelum masuk ke ruang dapur dia bertembung dengan kakaknya.
"Tu la kau, selalu buat pasal dengan ibu." ujar Syasya menambahkan panas dalam hati Adlina. Kakaknya ini entah kenapa sama terikut dengan perangai ibunya. Kalau tak sakitkan hatinya memang tak boleh ke? Adlina buat muka jelik kemudian dia terus masuk dapur.
"Ye bu? Kenapa panggil Lina?" tanya Lina.
"Kau rasa kenapa hah!? Kau tengok baju-baju aku ni? Kau guna sabun tak?" tanya Fatimah sambil mengangkat kain-kain dari bakul.
"Guna je." jawab Adlina pendek.
"Kepala hotak kau! Tak bersih! Kau nampak ni sabun ni." kali ini Fatimah mengambil plastik serbuk sabun. "Kau datang sini sekejap." panggil Fatimah. Adlina mendekati ibunya. Fatimah menyeluk masuk tangan nya ke dalam plastik lalu mengeluarkan segenggam serbuk sabun. Adlina dah berkerut. Pantas, tangan yang lagi satu menarik rambut Adlina mendekati nya. Adlina pejam mata perit. Badannya berbongkok tunduk.
"Lain kali guna sabun sial!!! Meh aku cuci hati kau bagi bersih sikit lagi! Bagi kau tak jadi bodoh sangat! Makan!!!" ditonyohnya sabun masuk kedalam mulut Adlina. Adlina mengalir kan air matanya. Perit sungguh tekaknya terpaksa menelan sabun yang disuap ibunya.
Adlina menangis. Dia memegang tekaknya. Fatimah hanya melihat lalu keluar dari dapur. Dengan keadaan menahan perit tekak, Adlina menuju ke arah singki. Dia menjolok anak tekaknya supaya keluar sisa sabun dari perutnya. Dia muntah. Dia lakukan sedemikian supaya dia tidak mengalami keracunan akibat menelan serbuk sabun yang banyak.
Setelah habis muntah dia duduk menyandar. Dia menangis semahu-mahunya.
<><><><><><><><>
Adlina dalam kesakitan memegang perutnya sambil terbaring diatas lantai rumput. Tidak cukup dirumah sekarang dia menerima padah di luar rumah. Geng-geng Husna meminta bantuan daripada geng pembuli senior untuk mengerjakan Adira. Namun mereka tersilap orang.
"Kau Adira kan?" tanya seorang senior bernama Leja. Adlina lihat muka si Leja ini. Dia angguk. Dia tak tahu kenapa Adira sering sahaja jadi mangsa buli kepada geng Husna. Adira tidak mahu cerita.
"Oh ni bitch tu Leja? Kau tau tak, kau tu tak payah la nak bajet angel sangat kat sekolah. Satu sekolah benci kan kau tau tak." ujar seorang lagi rakannya.
"Kenapa?" tanya Adlina.
"Sebab kau cuba mengorat Farouk sial!" luah Leja.
Adlina tahan ketawanya. Farouk? Really? Apa bangangnya cemburu macam tu sekali. Farouk memang la lelaki paling dipuja-puja sekolah ni. Tapi macam tak ada jantan lain. Itu juga dikejarnya. Si Adira ni pulak pehal lak kena kait ngan Farouk? Mungkin sebab aktiviti bahas ala parlimen tempoh hari rasanya.
Adlina tak mahu bercakap banyak. Dia terus memalingkan badannya untuk berlalu. Tapi bukan mudah hendak lari. Dia ditangkap lalu dibelasah semahu-mahunya. Dan sekarang ini lah dia terbaring di atas lantai sambil mulut berdarah. Badan penuh luka.
"Sakit?" tanya seseorang. Adlina cuba mengamati wajah orang tersebut. Namun yang kelihatan hanyalah silhoutte tubuh kerana cahaya matahari dibelakang orang tersebut menyilaukan.
"Sakit la, takkan lah kena belasah tak sakit." jawab Adlina. Orang tersebut menghulurkan tangannya untuk membantu Adlina bangun. Adlina menyambut dan berusaha untuk bangkit. Adlina melihat orang yang membantunya, seorang lelaki kacak yang dianggarkan berusia 28 tahun. Berbaju kemeja lengkap bertali leher. Kemas.
"Luka-luka tu nak kena rawat. Mari ke rumah saya, saya rawatkan."
Adlina lihat lama-lama wajah lelaki tersebut. Memang la muka kacak tapi masalahnya boleh percaya ke? Buatnya kena kidnap. Jadah kalau kena kidnap bukan ibu peduli pun.
"Tak apa jela bang, saya okey je ni." tolak Adlina. Dia fikir kalau-kalau tak kena kidnap, kena rogol pun bahaya jugak.
"Its not okay kalau kamu berdiri pun macam nenek kebayan. Luka-luka yang lain tu kalau tak dirawat dengan proper boleh bawa kepada jangkitan lain pula." nampaknya lelaki itu masih lagi bertegas untuk merawat Adlina. "Dont worry I'm doctor. Nama saya Dr. Razif." sambungnya lagi memperkenalkan diri.
Adlina fikir dahulu sebelum membuat pilihan. Mengikut lelaki tak dikenali pun boleh mendatangkan risiko. Banyak budak jadi mangsa gara-gara semberono sahaja mengikut orang yang mereka baru kenal. Penilaian mereka berdasar kan rupa. Rupa baik, baik la jugak kot perangai. Shit! Bidaah semua tu.
"Tapi saya tak percaya kan encik." ujar Adlina berterus terang. Dr. Razif yang mendengar ayat itu dari mulut Adlina ketawa. Adlina kerut dahi.
"Baiklah-baiklah. Kalau macam tu kamu tunggu sini. Saya ambil ubat-ubat saya di rumah saya bawakan kesini dan kemudian kita rawat. Boleh?" cadang Dr Razif. "Tapi kamu jangan kemana-mana pulak."
Adlina ikut sahaja cadangan doktor ini. Doktor tersebut balik rumah, tidak lama kemudian dia kembali. Dia merawat luka-luka Adlina. Dan pada hari itu, Adlina merasai sesuatu keikhlasan. Sudah lama dia tak rasa kebaikan orang. Orang yang terakhir yang sentiasa membantu, melindungi, menjaga dirinya adalah ayahnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia maka tak ada sesiapa lagi yang boleh dia bergantung. Dia sendiri perlu bergantung pada diri sendiri.
Adlina menitiskan air mata. Dr Razif menjadi kaget sementara. "Kenapa ni?" tanyanya.
"Maaf, dah lama orang tak layan saya begini." ujar Adlina. Kemudian dia terus menceritakan kehidupannya setelah ayahnya meninggal dunia. Dia benar-benar hidup dalam keadaan sunyi, memerlukan seseorang untuk mengadu segala peritnya kehidupannya kini. Dia perlu seseorang untuk melindunginya, menjaga dirinya. Demi adiknya juga dia perlu kuat tapi hakikatnya di dalam diri dia adalah rapuh.
Doktor tersenyum.
"Jika macam tu izinkan dr isikan ruang dalam hati kamu. I will be your protector. I will make you as princess. I fulfill all your desire."
BAB 14
"Adlina, tengah buat apa tu?" tanya Adira melihat Adlina sedang melibas dahan-dahan pokok.
"Tak ada buat apa, sekadar libas pokok ni."
"Tak baik tau libas pokok. Itu pun benda bernyawa juga. Sakitlah dia."
"Yeke sakit? Tak dengar dia menangis pun?" terus melibas. "Tak jerit pun? Tak mintak tolong pun? Dira tipu ni.." gelak Adlina.
"Dira kata jangan, janganlah.." kata Adira sambil bergenang air mata.
Adlina berhenti melibas. Segera dia mendekati Adira. "Alahai, janganlah manja sangat. Sebab tu lah Dira selalu kena buli dekat sekolah. Dira kena kuat."
Adira tunduk. "Dira tak sekuat Lina." Adlina menyentuh kepala Adira. "Lina akan buat Dira kuat okey? Kita sama-sama akan jadi kuat dan kemudian tak ada siapa akan buli kita lagi. Aku janji itu."
<><><><><><>
"Aku dah kata jangan cuba buli Dira!!!!" satu penumbuk mengenai pipi Husna. Terpancut darah keluar dari mulut Husna. Husna menangis. Rakan-rakan mengerumuni Adlina dan Adira.
"Perempuan sial!" kata salah seorang dari kawan Husna yang mengerumuni mereka berdua.
Adira mengigil ketakutan. Adlina senyum. "Hei! Korang ingat korang cakap camtuh aku gentarlah!? Nak muntah adalah." gelak Adlina. Yang lain-lain rasa tercabar lalu mereka ramai-ramai menyerbu Adlina dan Adira. Adlina cuba sedaya upaya untuk mempertahankan Adira. Namun bilangan yang menyerang terlalu ramai. Tudung mereka dicabutkan, rambut mereka ditarik-tarik. Mereka ditumbuk dan ditendang. Setelah kumpulan perempuan itu berasa puas hati mereka berlalu dari situ.
Adlina dan Adira terbaring di atas lantai tanah. Adira menangis, mengadu kesakitan, mengadu nasibnya.
"Lina, apa salah Dira? Kenapa diorang asyik buli Dira? Kenapa" tanya Adira sambil teresak-esak. Sungguh dia tidak mengerti mengapa dia diperlakukan sebegitu oleh rakan-rakannya. Mengapa sering sahaja dia menjadi mangsa buli.
Adlina mencapai sebelah tangah Adira. "Dira tak buat salah.. " pujuk Adlina. Adlina melihat wajah adiknya.
"Kalau tak salah kenapa diorang buat Dira?" tanya Adira lagi.
"Sebab Dira berada di hierarki yang paling bawah.."
"Lina cakap apa? Hierarki tu apa?"
"Dira tahu tak kenapa hamba tak boleh lawan raja?"
Adira pelik dengan soalan Adlina. "Sebab hamba tu tak ada kuasa."
"Pandai Dira..dalam dunia ni, siapa yang tak ada kuasa, dia akan jadi orang yang ditindas."
"Macam mana nak dapat kuasa?" tanya Adira.
"Melalui pengaruh." jawab Adlina.
<><><><><><>
"Hidup kita ini punyai hierarki. Yang mana paling kuat pasti berada paling atas dan yang paling lemah berada di paling bawah. Ala macam raja dan hamba. Tuhan dan ciptaanNya. Dan hierarki ni kalau Adlina tengok secara kelompok kecil, keluarga kita pun ada hierarkinya. Adlina rasa dalam keluarga Adlina, Adlina berada di tahap mana?" tanya Dr Razif.
Adlina diam. Sudah pasti ibunya paling atas, kemudian diikuti abangnya dan kemudian kak Syasya lalu...
"Saya paling bawah." jawab Adlina lemah. Ya, itu lah hierarki rumahnya. Adira disayangi manakala dia dibuat macam hamba.
"Jangan sedih. Okey kita sambung, Adlina tahu kenapa seorang hamba tak boleh lawan raja? Sebabnya hamba tak ada kuasa. Hamba diberi kelebihan terhad. Malah untuk bersuara sekalipun hamba itu tak layak. Ikut logik hamba tak boleh merampas tempat raja."
"Jadi hamba selamanya berada di bawah?"
"Yup boleh jadi, but kisahnya semua ini adalah mengenai kuasa. Siapa memiliki kuasa yang banyak pasti dia la paling tinggi darjatnya. Macam yang berlaku pada keluarga Adlina. Pasti Adira punya banyak kuasa kan? Dia diangkat ibu Lina. Dia lah paling disayangi. Manakala Adlina tak diberi kebebasan seperti Adira. Adlina dianggap macam sampah kan?"
Adlina tunduk. Dia tak boleh menyanggah. Betul, semuanya betul.
"Ada cara untuk sebenarnya untuk seorang hamba naik ke tahap seterusnya."
Adlina pandang wajah Dr. Razif. "Bagaimana?"
"Melalui pengaruh! Macam ahli politik dapatkan kuasa. Sesiapa yang paling berpengaruh dia la paling kuat dan berkuasa. Dia boleh pijak kepala orang! dia boleh memanipulasi orang! "
"T..tapi.. macam mana saya nak dapatkan pengaruh? Saya tak yakin boleh mendesak orang untuk sokong saya. Tambah-tambah dalam keluarga saya. Apa yang patut saya buat untuk dapatkan pengaruh?" tanya Adlina umpama mendesak. Dia perlu tahu caranya sebab dia rasakan inilah dia, inilah dia faktor yang akan mengubah hidupnya kearah yang lebih baik. Malah cara ini juga dapat melindungi Adira daripada terus-terusan menjadi mangsa buli. Dia sayangkan adiknya.
"Tak semestinya pengaruh ini melibatkan orang. Kita tak perlu orang yang ramai menyokong kita pun still kita boleh dapatkan pengaruh."
Adlina sudah berkerut. "Jadinya macam mana?"
Dr.Razif ketawa. Ketawanya lain macam. "Apa lagi kalau tak lain tak bukan adalah mewujudkan ketakutan! You just need to put that fear ke dalam hati setiap orang. Put!! Put!!! Kamu fikir kenapa tuhan berkuasa? Sebab tuhan wujudkan ketakutan dalam manusia. Tuhan ciptakan neraka untuk buat orang rasa takut. Raja seperti firaun juga orang takut sebab dia zalim. Dia buat undang-undang zalim. Hasilnya semua orang takut dengan dia. Bila semua takut maka secara tak langsung orang tak berani nak lawan. Masa tu kiranya dia dah berjayalah. Dia mempengaruhi otak manusia untuk buat orang terus tunduk dengannya. Kuncinya adalah menjadi kejam!! Jadi kejam Adlina. Dengan jadi kejam semua orang akan takut dan tunduk pada kamu!! Then you will laugh at them. Sekarang kamu tahu bahawa bagaimana rasanya berada hiearki paling rendah!!! HAHAHAHA"
Dr. Razif menanggalkan kaca matanya. Dia ketawa terbahak-bahak. Dia seperti orang yang sedang gembira setelah mengenakan dadah. Dia sangat teruja dengan ayatnya sendiri. Adlina menunjuk reaksi yang pelik apabila melihat Dr.Razif berkelakuan begitu sebaliknya dia memikirkan dalam-dalam ayat Dr. tersebut.
"Lagi satu Adlina." ujar Dr Razif, dia kembali seadanya. "Dr ada cara untuk jadikan kembar untuk kamu jadikan kembar kamu kuat. When she doesnt have anyone to support her, she will evolve. She will become stronger and stronger just like you. But first, eliminated! Hapuskan tali gantungan tuh! HAPUS!! HAPUS! HAHAHAHA"
Dia kembali gila.
<><><><><><>
Husna berlari ketakutan. Dia cuba lari dari sesuatu, tak seseorang. Dia kini di sebuah kawasan yang terpencil Kawasan terpencil itu tidak membantu dirinya untuk meminta bantuan orang. Peluh mengalir dari dahi jatuh meleret mengikut permukaan pipi. Nafasnya berombak.
"Aww, my little rat are so scare. Why dear? Takut?" ujar seorang gadis bayanya. Gadis itu tersenyum. Dia menikmati saat-saat ini. Saat dimana Husna seperti seekor tikus yang terus menikus.
"Kau jangan cari pasal dengan aku! Nahas kau kalau kawan-kawan aku ada!" ugut Husna dengan harapan dia akan terlepas daripada gadis yang berada di depannya.
Gadis tersebut ketawa. "Kawan? Mana? Kau bila ada kawan bukan main kuat kan? Bila tinggal seorang macam ni punyalah penakut." ujar gadis tersebut kemudian dia sambung tawanya.
"Kau!" Husna mengambil batu lalu cuba membaling kearah gadis tersebut. Gadis tersebut elak lalu dengan laju menuju ke arah Husna. Cas! Tangan kanan Husna mengenai pisau yang dipegang gadis tersebut. Darah mengalir keluar. Husna menjerit kesakitan. Dia pegang tangannya yang berdarah. Dia sambung lari.
"Hei, tak habis lagi la awak." ujar gadis psiko tersebut sambil mengejar Husna. Husna berlari sambil mengalirkan air mata. Dia sangat takut. Nyawanya sekarang sudah berada di hujung pangkal. Husna terjatuh. Lututnya sudah tidak kuat untuk berlari, bukan kerana letih tapi kerana terlampau takut.
"Nampaknya badan awak pun dah tak dengar cakap awak. Ee, tula sapa suruh buat jahat. Badan tak suka."
"Tolonglah, aku janji aku tak kacau lagi hidup kau. Aku bagitau kawan-kawan aku untuk tinggalkan kau dengan adik kau."
"Jap aku fikir dulu ye.Hmm." gadis tersebut berpura-pura fikir. Matanya lihat keatas seketika kemudian dia melihat kembali Husna. "Okey, apapun jom ikut aku. Kalau kau cuba-cuba lari, aku tahu mana nak cari kau. Please ye be nice girl." ujar gadis itu lagi.
Husna menuruti gadis tersebut. Gadis tersebut membawanya ke suatu tempat yang juga terpencil. Sampai sahaja di satu sudut, Husna terbeliak mata. Kawan-kawannya telah terikat mulut dan mata. Kaki dan tangan juga turut diikat. Gadis tersebut sengih melihat Husna.
"Kawan-kawan kan?"
"Tolonglah lepas kan diorang. Tolong.." rayu Husna.
"Boleh. Tapi ada syaratnya."
"Apa dia?"
"Satu orang mesti mati."
Apabila Husna dan yang lain-lain mendengar perkataan mati semua menangis teresak-esak. Husna yang masih lagi rasional cuba berkompromi.
"Tolonglah jangan. Jahat-jahat kitorang pun tak sampai nak bunuh orang. Aku tau kau baik. Takkan kau sanggup bunuh orang."
"Siapa cakap aku nak bunuh orang?" tanya gadis tersebut.
"Habis kau cakap seorang mesti mati?" tanya Husna balik.
"Kau la yang akan bunuh."
Mendengar sahaja apa yang dicakapkan oleh gadis ini. Hatinya menjadi sangat berdebar. Mana mungkin dia bunuh orang, mana mungkin dia bunuh kawan dia sendiri. "Kau gila! Aku tak nak buat!!!" bantah Husna.
"Ala rilek la, korang bunuh kucing oke je. Gelak-gelak bagai. Kau fikir nyawa kucing ngan manusia lain ke? Sama je. Still benda hidup. Anggap la macam kucing yang korang siat-siat tuh. Its gonna be easy. Trust me." ujar gadis tersebut.
"Aku taknak buat."
"Semua mati la macam tu." senyum gadis tersebut. Yang lain-lain yang mendengar cuba bercakap-cakap dalam keadaan mulut tertutup. Gadis tersebut mendekati sekumpulan 5 orang yang ditangkapnya. Dia membuka pengikat mata seorang demi seorang kecuali seorang. "Dengar sini, aku nak kau bunuh dia nih je." dia menunjukkan yang tidak dibuka mata. "Kalau tak bunuh dia semua mati nak tak? Kira dia ni macam heroin la."
Husna menelan air liur.
Gadis itu mendekati orang yang masih ditutup matanya. "Aku tanya kau, Anis. Kau nak hidup tak? Kalau kau nak hidup, Husna kena bunuh dia ni. Apa pendapat kau?" tanya gadis tersebut pada Anis. Anis dibuka penutup mulutnya.
"KAU BUNUH JE DIA HUSNA!!! KALAU KAU BUNUH DIA SEMUA ORANG SELAMAT!!!! LEPAS TU KITA SEMUA BUAT-BUAT LUPA LA!! BUNUH JE HUSNA. SEMUA ORANG AKAN SELAMAT NANTI! APALAH SANGAT DENGAN NYAWA DIA SEORANG DENGAN NYAWA KITA RAMAI-RAMAI!!" jerit Anis. Kemudian Anis ditutup mulutnya kembali. Semua yang mendengar tercengang dan terkejut. Anis tanpa ragu-ragu bersetuju. Dia tidak tahu diri dia yang akan dibunuh. Husna terkaku. Dia tak mampu bercakap apa.
"See Anis pun setuju. Yang lain macam mana pulak?" Yang lain dalam keadaan yang buntu dan terdesak terus sahaja menganguk-angguk. Psikologi mereka rosak habis. Mental diorang sudah terganggu. Gadis itu ketawa. "Semua setuju lah Husna," Gadis itu perlahan-lahan mendekati Husna diberinya pisau. Apabila dapat sahaja pisau tiba-tiba dia melihat seorang lelaki di belakang gadis psiko memegang sepucuk pistol.
"Jangan cuba fikir bukan-bukan ye awak. Buat je macam kita semua nak." ujar Gadis tersebut.
Husna mengengam kemas pisau. Namun tangannya terketar-ketar. Gadis psiko tersebut membuka kembali penutup mulut Anis.
"HUSNA KALAU TAK BUNUH DIA AKU TAKKAN MAAFKAN KAU HUSNA!! BUNUH JE! AKU NAK HIDUP HUSNA! KITA SEMUA NAK HIDUP! KALAU KAU TAK BOLEH BUAT, BIAR AKU JE YANG BUAT! KAU MEMANG PENAKUT KAN HUSNA? MACAM MANA KAU BOLEH JADI KETUA KITO..ergh! Hus..na?" mulut Anis mengeluarkan darah. Badannya ditikam. CAS! CAS! Dua lagi tikaman dirodok terus menembusi tubuh Anis. Darah memercik mengenai Husna juga.
"Maafkan aku Anis.." ujar Husna perlahan. Dia memejam mata sambil menangis.
"Korang apa ni? Bunuh kucing boleh gelak-gelak enjoy, takkan la bunuh orang menangis? Ketawa la! Kan seronok tu." ajak gadis psiko. Pistol diacukan kepada mereka. Mereka semua ketawa terpaksa. "Ha..ha..ha..ha.haha..ha.." sambil itu air mata terus mengalir deras.
Husna terus terduduk lemah apabila melihat rakannya sudah tidak bernyawa. Hari ini dia sudah jadi pembunuh. Gadis psiko menghampirinya. Dia mengosok belakang badan Husna.
"Shh..sh..sudah-sudah. Semuanya dah tamat. Aku takkan bagitahu orang lain mengenai kejadian ni. Aku harap korang semua sama juga. Sebabnya korang pun berkomplot sama bunuh Anis. Masing-masing kan tadi bersetuju bunuh dia. Kan? Esok kita semua jalani kehidupan macam biasa ye? Tentang mayat Anis ni biarlah aku dengan brader sebelah aku ni yang settle. Korang boleh balik dan lupakan."
Masing-masing dilepaskan. Semuanya berjalan sambil berpelukan. Sambil itu mereka menangisi apa yang telah berlaku pada hari ini.
<><><><><><><><>
Sudah lebih seminggu Adira merasa nyaman tanpa gangguan. Ini kerana sekumpulan budak perempuan yang selalu membulinya tidak lagi membulinya. Husna sudah seminggu tidak hadir ke sekolah, yang lain dikatakan ada yang sudah berpindah.
"Bestkan Dira takde orang kacau kita lagi?" tanya Adlina.
"Itula. Tapi kenapa ye?" Adira kehairanan.
"Kenapa apa?"
"Yela, tiba-tiba diorang berpindah sekolah. Husna pulak tak datang sekolah seminggu lebih.. Anis plak tiba-tiba hilang. Macam sesuatu dah berlaku." ujar Adira.
Adlina senyum. "Eh dia ni, takyah la fikir pasal diorang. Walau apa jadi pun masalah diorang, bukan kita.. Apapun kita dah tak diganggu." sebelah tangannya memeluk bahu Adira. Adira senyum setuju.
<><><><><>
Malam itu, Adlina mengambil keputusan untuk tidur didalam bilik Adira. Adira agak hairan kerana bukan selalu Adlina mahu tidur ke dalam biliknya. Namun mungkin kerana Adlina bosan berada di bilik sorang-sorang atau mahu ajak bersembang.
"Adira. Aku cuma nak kau tahu aku sayang dekat kau melebihi aku sayang dekat orang lain. Aku cuma ada kau je. Kalau boleh aku nak selamanya dengan kau. Aku taknak terpisah pun dengan kau." ujar Adlina yang agak emosional.
Adira senyum. Dia mengosok kepala kakak kembarnya umpama binatang peliharaan. "Kita takkan terpisah, Dira kan sentiasa ada. Kalau Lina tak ada, siapa yang akan lindung Dira? Siapa yang nak lap air mata Dira kalau Dira menangis? Siapa yang nak main dengan Dira?"
Adlina mengalirkan air mata. Dia memeluk Adira. "Lepas ni walau apapun yang terjadi aku nak kau tahu yang aku sentiasa sayangkan kau."
"Ya, Adira tau tu."
<><><><><><>
Adlina melihat Adira yang tidur lena. Dia tarik selimut yang sedikit terjauh dari Adira, lalu menyelimuti separuh tubuh adiknya itu. Dia senyum. Air matanya bergenang. Jika ayahnya masih ada, pasti semuanya takkan jadi begini. Dia mengeluarkan kotak musik dari kocek seluar tidur. Dia membuka. Melodi terus bermain seiring dengan itu memori ketika sewaktu ayahnya masih hidup kembali teringat.
"Adlina nak dengar lagu ayah cipta untuk Adlina tak? Lagu khas untuk anak ayah yang seorang ini."
Oh puteriku, saat dikau lahir ke dunia
seluruh alam meraikan mu..
cahaya mentari membalut wajah mu
bayu angin mendodoi tubuh mu
pohon-pohon berlaga
menari menghiburkanmu...
"Ayah! Adlina tunggu ayah lama..."
"Eh ye ke? Maaf ayah kerja sampai lewat malam..esok ayah janji. Ayah bawa Adlina dengan Adira keluar jalan-jalan..okey?"
"Okey!!"
Wahai puteriku,
ketahuilah ibu dan ayah gembira dengan kelahiranmu.
Kamulah penawar hiba
Kamulah penawar duka
"Kenapa menangis ni? Meh sini ayah pujuk. Alolo..anak ayah sorang ni...sudah-sudah tak comel buat muka macam tu."
Senyumanmu, tawamu, pandangan manis mu
mencairkan hati yang melihat...
"Ibu sayangkan semua anak ibu..."
"Ibu sayang Adlina berapa banyak??"
"Ibu sayang Adlina sebanyak bintang yang ada kat langit...Adlina sayang ibu?"
"Sayang..."
"Berapa banyak?"
"Sebanyak bintang kat langit campur dengar sebanyak pasir di pantai."
Besarlah kamu..besar menjadi anak yang kuat.
Gengaman kecil ini permulaan kepada yang lebih besar.
Puteri ku yan comel, ketahuilah ayah sangat menyintai mu.
"Adlina kuat tau ayah.."
"Wow..boleh lah jaga ayah nanti."
"Umm!..Adlina akan jaga ayah ibu kakak abang dan Adira! Sebab Adlina sayangkan keluarga kita!"
Senyum la senyum wahai puteriku.
Tak sanggup ku melihat tangisan mu.
Tak sanggup ku melihat luka mu.
"Ayah...ayah pulanglah ayah.....Ayah jangan tinggalkan Adlina sorang-sorang...Adlina sunyi tanpa ayah. Adlina tak ada siapa-siapa lagi. Semua orang bencikan Adlina. Ayah..mana ayah? Ayah...Adlina sepi..Adlina mahu ayah berada disisi Adlina..ayah pulang lah..Adlina perlukan ayah..."
Puteri cinta hati ayah dan ibu,
Dirimu lebih berharga dari segala harta di dunia..
Kerana kamu adalah hadiah tuhan buat kami semua...
"Ibu..kenapa ibu buat Adlina macam ni! Kenapa ibu? Adlina sayangkan ibu...tapi ibu layan Adlina macam ni...Ibu.."
Itulah kamu Adlina...
"Ayah sayangkan kamu..."
"Ehe..Adlina tau...sayaaaang ayah jugaak.."
Adira terus menangis teresak-esak. Hatinya terasa sangat pedih dan pilu. Tak ada siapa pun yang memahaminya. Tak ada siapa bertanya kan kesunyiaan dan kelopongan dalam diri dia. Dia terpinggir. Terpinggir dalam dunia yang kian rosak ini.
"Adlina rindukan Ayah..."
<><><><><><>
Malam itu , kilat sambung-menyambung. Hujan turun dengan begitu lebat sekali. Guruh pula berdentum-dentum dengan kuat. Bagai di angkasa sana sedang terjadi sebuah epik perang yang maha dasyat. Adira terbangun dari jaga. Dilihat Adlina sudah tiada di sebelahnya. Balik bilik mungkin. Adira memerhati sekeliling, gelap gelita. Sesekali cahaya kilat menyinarkan seluruh biliknya.
Aaarrgh!!!!!!!!!!!
Grumm!!!!!
Bunyi suara ibunya kuat menjerit disusuli bunyi pinggan mangkuk pecah dan kilat yang berdentum. Hati Adira berdebar-debar. Dia bangun dari katil perlahan dia keluar dari biliknya.
AAAaa!!
Sekali lagi bunyi ibunya menjerit.
Dia menuruni tangga dengan pantas. Jantungnya berdegup laju. Apa yang sudah terjadi. Apabila sampai di tingkat bawah, terkejut dia lihat tubuh Kak Syasya terbaring diatas lantai sambil berlumuran darah. Adira menutup mulutnya dengan kedua tapak tangannya. Apa yang dah berlaku?
Air mata Adira mengalir laju keluar. Dia hanya mampu berdiri tegak tidak mampu langsung dia untuk bergerak. Gelak tawa gadis dihadapannya menambahkan ketakutan pada dirinya. Gadis dihadapannya senyum melihat Adira sambil memegang bilah pisau yang berlumuran darah. Terbaring di atas lantai ialah kakak dan ibunya. Ibunya yang masih lagi hidup, masih lagi boleh mengesot. Perlahan-lahan mengesot kearah Adira.
"Adira lari..lari sayang lari!"
Dam! Kepala ibunya dipijak gadis genit yang memegang pisau terbabit. "Diam la mangkuk!" Dia terus memijak. PAp! PAp! PAp!! Ibunya mengerang sakit. Gadis itu ketawa kemudian perlahan-lahan dia mendekati Adira.
"Adira sayang, kenapa menangis ni?" ucap gadis tersebut sambil mengesat air mata yang jatuh di pipi Adira.
"Li..Lina ke..kenapa Lina?" terketar-ketar Adira menyusun perkataan keluar dari mulutnya. Dia tak menyangka orang yang melakukan perkara sekeji ini adalah kembarnya sendiri. Orang yang dia sayang.
"Aku bencikan hierarki rumah ni Adira! Aku benci berada di bawah kau! Aku benci semua orang! Kau Adira. Kau tau tak kewujudan kau ibarat parodi aku? Kau tau tak kenapa budak-budak kat sekolah tu tak takut dengan aku? Ia sebab kau! Kau la Dira, kau terlalu lemah! Sebabkan tu diorang buli kau. Sebab tu diorang terikut sama buli aku. Sebab diorang anggap aku adalah kau!!" Adlina meluahkan segalanya.
"Tapi kenapa buat ibu dan kakak?" Adira terus-terusan menangis.
"Heh, diorang buat aku macam anjing. Aku dah cuba jadi anak yang baik. Tapi diorang buat aku macam apa? Ibu ke macam tu? Besit aku dengan paip getah, hina aku, suruh aku makan sabun, terajang badan aku. Ibu ke tuh? Setan lah tu aku rasa. Ibu tak buat camtu dekat anak. Yang si Syasya plak sokong je. Bangang ke apa."
"Lina, tolong jangan macam ni ye. Tolong, Dira nak Lina yang baik. Dira sayangkan Lina."
"Maafkan aku Dira. Aku buat semua ni untuk kebaikan kita berdua. Aku sayang kan kau Dira. Aku sayang sangat-sangat kat kau. Aku nak kau jadi kuat itu aje. Lepas ni kau tak perlu bergantung dengan ibu,kakak,abang dan aku sendiri. Kau hanya perlu bergantung pada diri sendiri." Adlina menyentuh pipi Adira. "Sekarang aku kena settle kan si celaka yang terbaring tu. Hehehe, kau mesti menyesal layan aku teruk-teruk kan celaka? Itula, ada anak baik tak bersyukur. Sekarang kau pergi mati lah celakaa!!!!" Adlina berlari laju kearah ibunya sambil memegang pisau yang berlumuran darah. Adira cuba menghalang.
PAP!
Satu tendangan mengenai tubuh Adlina. Adlina melambung jauh. Rohaizat peluk Adira. Adira menangis tersedu-sedu.
"Shh..shh..jangan menangis.." pujuk Rohaizat.
Adlina mengetap bibir. "Tak guna!!"
"Lina..kenapa kau jadi macam ni? Kami semua sayangkan kau. Kenapa kau buat macam ni dekat keluarga kau sendiri?" tanya Rohaizat. Dia sendiri mengalirkan air mata. Tak dapat dia menerima adiknya sendiri sanggup lakukan semua ini.
Adlina ketawa. Hilai tawanya serentak dengan bunyi guruh-guruh yang berdentum. Dia bangkit dalam kesakitan ditendang.
"Kau pergilah Adlina..aku harap kami tak bertemu dengan kau lagi. Pergi sebelum aku ubah fikiran." rayu Rohaizat.
"Ini hanya permulaan kepada pengakhiran." ujar Adlina sebelum keluar dan menghilangkan diri dalam hujan yang begitu lebat. Adira pula menjerit-jerit memanggil nama Adlina. Tak dapat dia menerima hakikat bahawa kembar dia yang melakukan semua ini. Jeritannya semakin lama semakin perlahan lalu dia terlelap disisi abangnya.
<><><><><><><>
Dalam kebasahan kuyup. Adlina menangis dihadapan rumah Dr.Razif. Dr Razif keluar dari rumah lalu segera dia membalut Adlina dengan tuala. Di bawa masuk kerumah dan dikeringkan. Dr. Razif memeluk Adlina cuba menenangkannya.
"Be strong. Dont cry to much my little doppelganger..." Dr Razif menyapu air mata Adira dengan sapu tangan kokonya.
<><><><><><>
Adlina membuka music box pemberian ayahnya. Sudah tidak mengeluarkan apa-apa melodi lagi. Adlina mengigit bibir. Semuanya sudah berubah. Siapa sangka keputusan ini terlalu berat. Dia merenung wajahnya di dalam cermin. Dia terus terduduk lalu memeluk tubuhnnya. Dia menangis semahu-mahunya.
"Can anyone tell me, who is that inside me?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top