Bab 11 + Bab 12
"Adira jom ikut aku." ajak Adlina. Adira terpinga-pinga. Dia baru sahaja bangun dari tidur. Tak sempat nak bermalas-malasan diatas katil sudah diajak keluar. Adira menguap.
"Dira ngantok la."
"Ish kau ni. Jom la, ayah tunggu tu."
"Nak kemana?"
"Ntah la. Jom la, tak best la kalau aku sorang je pergi." ajak Adlina sambil itu dia menarik-narik kaki Adira. Adira masih lagi dalam mood malasnya. Dia menarik kakinya lalu dipeluk erat bantal. Adlina mencekak. "Ee..kau cepatlah.." dia mengeletek kaki Adira. Adira ketawa mengekek-ngekek.
"Yela, yela.." Adira segera bangun dari tempat beradu. Dia mencapai tuala mandi. Masih lagi menguap. Rasa malas menyelubung dalam diri Adira. Adlina ni kalau ayah ajak keluar rajin sahaja ikut. Tapi untuk Adira, dia malas kerana pasti lambat pulang ke rumah. Adira lebih suka duduk di dalam rumah sahaja.
Hari ini Hasbullah membawa dua orang anak gadisnya keluar berjalan melihat suasana perlumbaan kereta drag. Hasbullah dan Adlina berkongsi minat yang sama, mereka teruja melihat kenderaan yang laju saling berlumba untuk mendapatkan tempat yang terbaik. Berbeza pula Adira. Dia cepat rasa bosan.
"Ayah bila kita nak balik?" tanya Adira.
"Ish Dira ni, tengah lumba ni. Kenapa nak balik awal sangat." tegur Adlina yang masih sedang seronok melihat perlumbaan yang sedang berlangsung. Adira mencebik. Dia memuncungkan bibirnya kedepan. Hasbullah yang melihat Adira merajuk, dia menyentuh kepala anaknya.
"Jom kita balik." ujar Hasbullah.
"Alaaaa..." Adlina pula yang tak puas hati.
"Tak apa lah, kita pun belum makan tengah hari, kita balik rumah dulu." ujar Hasbullah.
"Ok." jawab Adlina sepatah. Adira senyum kerana dapat pulang ke rumah. Lepas ni dia tak nak ikut lagi dah. Bosan. Dia lebih rela duduk di rumah dan membaca buku cerita lima sekawan tulisan Enid blyton.
<><><><><>
"Ibu masak apa hari ini?" tanya Adlina sambil peluk ibunya dari belakang. Fatimah yang sedang mencuci sayur-sayuran terkejut bila Adlina datang secara mengejut. Dia senyum.
"Ibu masak makanan kesukaan ayah."
"Oh, nak Lina tolong?"
"Kalau nak tolong ibu, pergi kejutkan Kak Syasya. Suruh dia bantu ibu kat dapur ni." arah Fatimah.
"Ala, Lina nak tolong jugak bantu ibu kat dapur." ujar Adlina separa merengek.
Apabila melihatkan kesungguhan Adlina yang ingin membantu dirinya, Fatimah menjadi tak sampai hati. Dia menyerahkan tugas membasuh sayur pada Adlina. "Basuh elok-elok, jangan main-main. Mak nak pergi kejutkan kakak kamu tu."
"Okeyh." senyum Adlina gembira dia dapat menolong. Adira memasuki ruang dapur. Melihat Adlina yang menyanyi kegembiraan hanya kerana menolong basuh sayur sahaja. Tak faham Adira.
"Itu pun nak seronok." ungkap Adira.
"Mestilah, kau apa tau. Memang kalau kita fikirkan basuh sayur ni bukan benda yang best."
"Abih tu kenapa Adlina basuh jugak kalau tak best."
"Sebab benda yang best adalah perkara yang disebaliknya. Kerja ibu jadi mudah. Tak ke benda tu best?"
"Emm." Adira fikir lama. Adlina ketawa. "Aku tahu apa yang kau fikir. Dalam dunia ni, kalau kau berjaya mengurangkan kesusahan orang lain walau sedikit pun sebenarnya adalah suatu yang mulia. Kalau kau meletakkan diri kau dalam kesusahan seseorang bermakna kau mengurangkan beban dia. Kan baik tuh."
Adira berkerut. Walaupun mereka kembar namun Adlina sering sahaja berlagak menjadi seseorang yang matang. Kata-kata dia seperti bukan budak baya 13 tahun. Dia sedar bezanya dia dengan Adlina kerana Adlina gemar membaca dia pula gemar menonton cerita-cerita kartun di televisi.
"Ye la." malas Adira bercakap banyak.
"Adira, kalau kau rasa susah kau bagitau je aku. Aku ada untuk kau. Aku kan kakak kau. Aku akan sentiasa lindungi kau tak kira apapun yang berlaku." ujar Adlina.
Adira senyum dia merapati Adlina. Dipeluk erat tubuh kembarnya. Dia merasakan sangat bertuah kerana mempunyai seorang kakak yang mengambil berat mengenai dirinya. "Dira sayang Lina."
<><><><><>
"Dira! Dira tak ada apa-apa? Siapa buat Dira ni?" tanya Adlina cemas melihat Adira yang menangis menahan sakit luka di lengannya. Adlina pasti Adira dibuli. Pasti dari sekumpulan gadis dari kelas sebelah. Mereka yang ntah mengapa begitu sakit hati dengan Adira.
Adira mengeleng kepalannya. Dia takut untuk memberitahu. Itu yang membuatkan Adlina bertambah menyampah. Sudah dibuli, sekarang mahu membela pula. Sepatutnya keadilan harus ditegakkan. Adlina mengetap giginya. Mukanya naik marah.
"Kalau kau tak bagitahu pun aku tahu siapa." ujar Adlina.
"Ja..jangan Lina. Nanti kita semua yang susah."
"Susah? Sebab apa? Kenapa plak kita yang jadi susah? Sudah, aku nak pergi jumpa diorang. Diorang bukan boleh dibiarkan sangat. Nanti bertambah bebal." ujar Adlina keras. Dia mengorak langkah namun dihalang Adira. Adira pegang lengan Adlina. Dia menangis teresak-esak.
"Ka..kalau Adlina pergi, diorang kata diorang akan bunuh comot."
Adlina berkerut. "Sapa plak comot!?"
"Kucing Adira selalu main bila waktu rehat. Sekarang comot dekat tangan diorang." ujar Adira sambil menangis.
"Psiko ke apa diorang ni? Main ugut-ugut bunuh binatang plak. Penakut! Kalau dah sampai macam tu Dira kau nak biarkan lagi? Kau tak nampak ke yang diorang ni mana ada rasional. Silap-silap diri kau yang bertambah parah. Kau nak tunggu sampai jadi camtu? Kau cakap dengan aku." menenking-nenking Adlina kerana tidak dapat menahan kemarahannya. Dia sebenarnya sangat risau jika sesuatu terjadi dengan adiknya,
"Tolong la Lina. Biarkan diorang. Adira boleh tahan asalkan Comot tak apa-apa."
"Celanat! Kau jangan sampai aku maki lagi teruk. Aku kenal budak-budak tu, kucing kau sekarang ni pun aku rasa diorang dah bunuh. Diorang mana fikir macam mana kau fikir." terus Adlina melangkah keras hendak berjumpa dengan sekumpulang geng perempuan yang cuba untuk membuli Adira. Adira menangis-nangis cuba menahan Adlina.
Bila sahaja sampai ke tempat kumpulan perempuan ini berkumpul. Adlina dan Adira membuntang mata. Betul tanggapan Adlina, mereka membunuh kucing tersebut. Mereka mengerat-ngerat tubuh kucing tersebut dengan gembira. Mereka ketawa. Adira menutup mulut. Dia menjadi tak terkata. Comotnya telah mati dibunuh. Adlina mengengam tangan.
"Woi!' jerit Adlina. Terkejut mereka dibuatnya. Ada yang memandang Adlina dan Adira ibarat seorang samseng.
"Kau tengok! Ini akibatnya kalau kau panggil kakak kau ni, bodoh." ujar salah seorang dari mereka.
Telinga Adlina berdesing bila mendengar adiknya dipanggil sebagai bodoh. "Kau cakap adik aku apa? Bodoh?" Mata Adlina merah kerana terlampau marah.. Gengaman penumbuk sudah tersedia. Sekarang dia tunggu punchline dari mereka sahaja. Adira peluk Adlina.
"Lina!!!!!!!!Sudah kita balik ye. Tolong, demi Dira ye Lina." pujuk Adira. Adlina lihat wajah Adira lama. Dia jeling ke arah perempuan-perempuan di hadapan mereka. Dia melepaskan gengaman penumbuknya.
"Kalau kau cuba buli adik aku lagi. Nasib kau dengan kucing tu takde beza. Jangan sampai aku buat macam tu." ugut Adlina. Sekumpulan perempuan itu ketawa-ketawa. Mereka sedikit pun tidak rasa gentar dengan ugutan Adlina.
"Dah la blah la! Kami tau kau bukan berani pun." sindir mereka.
"Adira hari ini kita ajak Rusdi keluar main nak?" ajak Adlina sambil melihat Adira, dia bercakap perlahan pada Adira. Dia mengukirkan senyuman. Adira agak terkejut perubahan Adlina. Padahal budak-budak jahat tu berdekatan je dengan mereka. "..tapi kalau Rusdi tu mesti nak ajak masuk hutan je." sambung Adlina lagi. Mereka berjalan membelakangi kumpulan tersebut. Kumpulan tersebut masih lagi mengutuk-ngutuk. Namun Adlina berpura tidak mendengar. Sengaja. Adira juga sudah tenang. Dia tidak lagi mengalirkan air mata setelah melihat Adlina yang tidak lagi memperdulikan mereka..
<><><><><><><>
"Adlina? Kenapa menangis ni sayang?" tanya Hasbullah memasuki bilik anak gadisnya. Dia duduk diatas katil. Adlina bangun mengesat air matanya. Dia meletakkan kepalanya ke atas peha ayahnya.
"Ayah, Lina tak cukup kuat." adu Adlina.
"Kenapa anak ayah cakap macam tu?" tanya Hasbullah cuba memahami emosi anaknya. Jarang-jarang sekali dia melihat anaknya yang seorang ini menangis. Bila menangis sudah pasti ada sesuatu yang sangat menyedihkan terjadi pada dirinya.
"Lina tak dapat nak jaga Adira dengan baik. Hari ini dia demam teruk gara-gara Lina. Lina ajak dia main hujan."
Hasbullah melepaskan keluhan.
"Bukan sebab hujan Adira demam tau. "
Adlina mengangkat kepala, dia pandang wajah ayahnya untuk mendapatkan jawapan. "Abih tu apa?"
"Sebabnya nyamuk la. Jangan risau, keadaan Adira dah stabil. Nanti esok kita semua pergi tengok dia ya. Adlina jangan sedih-sedih."
Adlina mengalirkan air mata. "Mana Lina tak sedih, Adira tu adik Lina. Kalau Adira sakit, siapa yang nak teman Lina?"
Hasbullah mengusap kepala anak gadisnya.
"Adlina nak dengar lagu ayah cipta untuk Adlina tak? Lagu khas untuk anak ayah yang seorang ini."
Lina menganguk perlahan. Hasbullah menarik nafas. Kemudian dia menghelakan. Bibirnya terbuka.
Oh puteriku, saat dikau lahir ke dunia
seluruh alam meraikan mu..
cahaya mentari membalut wajah mu
bayu angin mendodoi tubuh mu
pohon-pohon berlaga
menari menghiburkanmu...
Adlina membaringkan semula kepalanya. Dia memejamkan mata untuk menghayati. Hasbullah terus menyanyi. Suaranya sangat merdu dan mendodoikan. Terasa tenang seluruh tubuh dan hati Adlina.
Wahai puteriku,
ketahuilah ibu dan ayah gembira dengan kelahiranmu.
Kamulah penawar hiba
Kamulah penawar duka
Besarlah kamu..besar menjadi anak yang kuat.
Gengaman kecil ini permulaan kepada yang lebih besar.
Puteri ku yan comel, ketahuilah ayah sangat menyintai mu.
Senyum la senyum wahai puteriku.
Tak sanggup ku melihat tangisan mu.
Tak sanggup ku melihat luka mu.
Puteri cinta hati ayah dan ibu,
Dirimu lebih berharga dari segala harta di dunia..
Kerana kamu adalah hadiah tuhan buat kami semua...
Itulah anak ayah Adlina...
Adlina membuka mata dia senyum. Hasbullah turut senyum lalu dia mencuit hidung kecil Adlina. Adlina ketawa riang. Ayahnya mengeluarkan sesuatu dari koceknya.
"Ini ayah kasi pada Lina. Kalau rasa-rasa sedih dengar la ini." Hasbullah menghulurkan sebuah music box kepada Adlina.
Adlina membuka. Musik yang kedengaran sama seperti nada yang dinyanyikan oleh ayahnya tadi. Dia mendakap kotak musik tersebut. Sudah pasti ini akan menjadi barang paling berharga buat dirinya.
BAB 12
Adlina tersenyum mendengar nada yang keluar dari musik box pemberian ayahnya. Nada itu tak pernah didengar sebelum ini. Kata ayahnya ia ditempah khas, malah musik itu juga memang ciptaan ayahnya sendiri. Nada ini memang menenangkan hatinya. Malah setiap kali mendengar dia kembali semangat.
Adlina memejamkan matanya. Menikmati angin diluar sambil duduk di atas buaian rumahnya.
"Lina dengar apa tu. Sedap la." tanya Aizat abangnya. Dia menemani Adlina di buaian.
Adlina membuka matanya kembali. "Musik box ni."
"Lagu apa ya agak-agak." tanya Aizat. Kebiasaannya dia mendengar nada lagu yang dimainkan kotak musik adalah lagu fur elise ciptaan Beethoven namun hari ini dia mendengar satu nada yang lain yang sedap dan tenang bila didengar.
"Entahla." sahaja Adlina tidak melanjutkan percakapannya untuk beritahu bahawa lagu ini adalah ciptaan ayah buat dirinya. Biarlah ini antara dia dan ayahnya sahaja. Barulah ia terasa lebih istimewa.
"Dah ready nak pergi hospital?" tanya Aizat.
"Eh sekarang ke?"
"Sekarang ler, ayah,ibu dan Syasya dah lama siap. Lina plak sorang-sorang sini. Layan perasan ler tu."
"Ish bukanlah. Jom la Lina tak sabar nak tengok Adira. Nak sekeh kepala dia sebab sapa suruh demam." sengih Adlina. Aizat menggeleng kepalanya. Lalu tangannya yang menyekeh kepala Adlina. Adlina sedikit menjerit. "Oit apa nih?"
"Tu sebab ada niat nak sekeh orang demam. Jomlah."
"Ayuh." ujar Adlina semangat.
<><><><><><><><><><><>
Adira tersenyum gembira bila ahli keluarganya datang menjenguk dirinya yang terlantar sakit di hospital. Adlina turut rasa gembira apabila melihat wajah kembarnya itu. Dia melompat terus ke atas katil Adira. Mendekatkan wajahnya dengan wajah Adira sambil sengih.
"Rindu aku tak?" tanya Adlina.
Adira tolak badan Adlina dengan perlahan. "Ei, mana boleh share katil."
"Lina, mana boleh buat camtuh kat Dira. Dia baru je sembuh. Main lompat je aih." ujar Syasya. Adlina turun dari katil. Mendekatkan diri dengan Hasbullah. Hasbullah mengusap kepala Adlina.
"Itula, dia yang rindu kat Dira ni." sakat Hasbullah. Adira ketawa. Yang lain turut ketawa. Adlina mencebik sebelum dia turut sama ketawa.
"Ibu, bila Dira boleh keluar hospital?" tanya Adira.
"Mungkin dua hari lagi. Doktor nak pastikan Dira betul-betul sembuh dulu ya." jawab Fatimah. Adlina tunduk. Adira perasan dengan perubahan air muka Adlina.
"Kenapa Lina?" tanya Adira.
"Lambat lagi la aku nak main ngan kau. Bosan lah takda kau." jawab Adlina.
"Takpe Lina dua hari tu bukan lama mana. Pejam celik je." ujar Aizat.
"Yeah, Lina tau. Cepat sembuh kay Adira." ujar Adlina.
<><><><><><><>
"Oi mana adik kau!?" jerit Husna dari jauh. Dialah ketua geng perempuan yang selalu membuli adik Adlina. "Aku dengar dia jatuh sakit. Padan la muka dia.."
Adlina merapatkan gigi. Dahi kerut marah. Dengar sahaja suara Husna telah buatkan darahnya bertambah mengelegak. Kalau ikut hati mau sahaja dia tumbuk sehingga koma untuk perempuan yang macam ini.
"Oh yeke? Kau tau something tak? Kalau tak kerana adik aku tuh, aku spare nyawa kau. Ikutkan aku, aku boleh taboh kau bagi nyawa-nyawa ikan je." ujar Adlina marah, dia berjalan mendekati Husna. Geng Husna yang lain mengelilingi Adlina. Adlina buat wajah sinis bila lihat mereka lakukan begitu.
"Kau cakap je besar betina wei. Kau sorang je sekarang. Apa kau nak buat? Nak pukul aku bagi mati?" Ketawa Husna. "Pergi matila kau!" Husna menyepak betis Adlina. Kawan-kawan Husna turut sama memukul Adlina. Adlina tak melawan. Dia biarkan tubuhnya dibelasah. Adlina jatuh terbaring. Lesu. Mereka meninggalkan Adlina begitu sahaja.
Adlina ketawa kecil. Sambil bercakap dalam hati. "Bodohnya aku. Kasih sayang apa yang aku cuba buktikan?"
<><><><><><><>
"Kau kan kuat kenapa kau tak belasah je diorang tu Lina?" tanya Rusdi apabila dia melihat wajah Adlina yang luka-luka.
"Ikut kan hati memang la aku nak buat, tapi Adira larang aku. Katanya kalau aku buat macam tu aku tak ubah macam pembuli tu. Tapi kalau aku cakap balik kat dia, aku nak cakap Kau fikir kalau kau hidup dalam prinsip macam tu kau bahagia? Kalau kau rela kena buli kau takkan hidup aman, zaman kau nak kenang sekarang sentiasa menjadi zaman yang kau takut nak ingat."
"Abih tu kenapa kau tak cakap macam tu?"
"Sebab aku sayang kan dia. Aku hormati prinsip dia. Dia pure. Dia suci untuk fikir macam yang aku fikir."
"Sayang betul kau dekat Adira."
"Bodoh, memang la. Kau tak sayang mak ayah kau? Adik beradik kau? Diorang darah daging kau. Siapa lagi kau nak sayang?"
Rusdi tersengih-sengih. Adlina mengeluh. Dia memerhati gelagat pelajar-pelajar lain yang beransur beredar dari kawasan kantin. Waktu rehat sudah habis lima minit yang lepas namun air minumannya langsung tidak luak. Berlainan pula Rusdi, 10 minit pertama sudah abih licin pinggan.
"Kau fikir apa?" tanya Rusdi bila melihat Adlina mengelamun jauh.
"Apa kau kisah. Kau taknak balik kelas ke?"
"Cikgu Rosmah kan takda, takyah masuk lah." Rusdi memberi alasan. Adlina mengeleng kepala.
"Oo..baru form 1 dah pandai buat kepala ya."
"Eleh kau cakap je orang. Lebih kurang je."
Adlina ketawa bila diperkatakan begitu. Hanya Rusdi dan Adira je yang boleh mengeletek hatinya. Dia beruntung ada mereka berdua. Dia tak perlu orang lain. Orang lain hanya berkawan kerana bersebab. Ya, mengambil kesempatan.
<><><><><><><><>
"Selamat pulang Dira!" ujar Adlina lantas memeluk Adira yang baru sahaja keluar dari perut kereta. Adira membalas pelukan. Erat dia memeluk. Dia pun turut rindu akan kakak kembarnya. Sudah seminggu lebih dia kebosanan di hospital.
"Tau dak Lina, sepanjang Dira kat hospital diorang asyik kasi Dira makan nasi bubur je. Tak best langsung la." adu Dira.
"Eh yeke? PAtut aku tengok kau pun kurus ni."
"Slim. Cantik dari Lina." ketawa terus Dira dengan lawaknya. Lina juga turut ketawa. Mereka terus menyambung perbualan mereka sambil disertai hilai tawa gembira. Hasbullah tersenyum sahaja melihat gelagat anak kembarnya. Semenjak dari kecil akrabnya bukan main.
"Eh Dira lupa ke beg Dira ni?" tanya Hasbullah mencelah perbualan dua orang anaknya. Dia mengangkat beg Adira lalu digoncang perlahan. Dira garu-garu kepala sengih. "Ayah tolong la angkat hehe."
"Takpe-takpe Lina tolong bawak masukkan. Orang yang baru lepas sakit kena rehat banyak. Nanti rasa-rasa dah kuat kita keluar main." pelawa Adlina.
"Ee baiknya." usik Hasbullah. Merah jadinya muka Adlina diusik oleh ayahnya. Kini giliran Hasbullah pula ketawa.
<><><><><><><>
"Hei, Rusdi mana kau nak bawak kitorang ni? Jauh ke dalam hutan dah ni." tanya Adlina. Rusdi buat muka. Sungguh dia tak suka disoal banyak. Adira disamping Adlina hanya diam sahaja. Dia banyak memaut lengan Adlina ketika berjalan.
"Kau diam sikit boleh tak? Kata nak cari spider yang kuat. Dalam hutan ni ada macam-macam spider yang boleh kau pilih." marah Rusdi. Rusdi memerhati sekeliling. Tiba-tiba matanya menangkap kepada pokok pandan liar di hadapannya. "Adira kau tengok pokok pandan tu. Try selak daun-daun yang melekat. Mana tau ada sekor." arah Rusdi.
Adira angguk. Sebaik sahaja Adira melangkah setapak tangan Adlina menghalang. "Kau jangan ikut sangat dia ni. Biar dia tangkap sendiri."
"Hei..korang tak nak ke? Tadi beriya-iya nak ikut aku kata nak cari spider."
Adlina jelir lidah. "Bweek..aku saja je kata camtuh..kalau tidak kau tak nak kasi aku ikut sekali."
"Erm..jom lah kita balik. Hari dah gelap." ujak Adira. Dia menjadi risau apabila melihat langit semakin menghitam.
"Korang nak balik-baliklah..aku nak cari spider." Rusdi berkeras untuk mencari spider. Zaman ini memang menjadi kegilaan kanak-kanak untuk melagakan labah-labah. Jika tidak dapat labah-labah semut pun jadilah..
"Kita tunggu dia lah Adira. Tak elok tinggalkan dia sorang-sorang dalam hutan ni. Hei, Rusdi..jangan jumpa jebon sudah." sindir Adlina. Rusdi mencebik. Dia membelek satu persatu daun pandan.
Dalam kelekaan itu. Rintik-rintik hujan mula turun. Semakin lama semakin lebat pula. Berlari-lari mereka bertiga mencari tempat teduhan. Dalam berlari itu, Adira tergelincir. Dia terjatuh. Adira jatuh bahagian tepi gaung. Dia sempat berpaut pada akar kayu. Di bawah gaung pula terdapat tasik kecil yang gelap dan kotor. Adlina dan Rusdi panik.
"Adira!" jerit Adlina. Segera dia mendekati gaung. Adira sudah jatuh jauh kebawah. Sukar baginya untuk menarik Adira naik keatas. Muka Adira pucat. Dia sangat takut. Adlina memahami keadaannya Adira. Dia memaling muka kearah Rusdi. "Cepat cari kayu yang panjang!"
Rusdi segera berlari mencarinya. Adlina melihat kembali wajah Adira. Dia berharap sangat Adira dapat bertahan sedikit sahaja lagi. "Dira..tengok muka aku..jangan pandang bawah. Jangan lepas akar tu..bertahan ye.."
"Dira tak boleh.." ujar Adira perlahan. "Kiaargh.." sebelah tangan Adira sudah terlepas dari pautan. Adira berpusing. Tubuhnya melanggar dinding gaung. Dia masih lagi bertahan. Adlina cemas. "Adiraaa!" dia mengetap bibir. Tak ada apa yang boleh dia lakukan. Dia cuma berharap Rusdi kembali dengan membawa kayu yang panjang.
Disebabkan kayu akar itu licin. Akhirnya tangan yang memaut itu terlepas juga. Adira menjerit. Dia jatuh ke dalam tasik. Adlina tanpa fikir panjang lagi terus terjun kedalam tasik tersebut untuk menyelamat Adira.
<><><><><><><>
"Korrgh!" Adira memuntahkan air tasik. Tekaknya terasa sakit. Dia melihat Adlina. Adlina kelihatan termengah-mengah. Dia datang mendekati dan di peluk kembarnya itu..dia menangis. Adlina meletakkan tangannya keatas kepala Adira. Dia senyum. Dia menenangkan adiknya itu.
Rusdi menghampiri mereka berdua. Dia berjaya menemui laluan untuk turun dari gaung tersebut.
"Kau okey ke Adlina?" tanya Rusdi.
"Bodoh! Mana kau pergi? Kalau nyawa adik aku hilang nanti macam mana?"
"Aku cari kayu ni la." Rusdi tunjuk kayu panjang yang dipegangnya. Adlina kuis kayu tersebut dari tangan Rusdi. "Buat apa kau pegang kayu tu lagi? Bongok tul!"
"Lina, kenapa ?..Kenapa Lina sanggup terjun selamatkan Dira." tanya Adira. Adlina lihat muka Adira. Dia menghela nafas keras.
"Kau pun sorang lagi bodoh..Tak lain tak bukan sebab aku sayang dekat kau lah. Kau kan adik aku." Adlina peluk Adira dengan lebih erat. Mana sanggup dia kehilangan Adira. Adira terlalu berharga untuknya.
<><><><><><><>
Telinga Adlina ditarik kasar oleh ibunya. "Kenapa bawak adik masuk hutan! Nyaris nyawa Adik tak melayang!" marah ibunya. Adlina hanya mampu mengadu kesakitan bila telinganya ditarik dan tak dilepaskan.
"Maafkan Lina ibu, maafkan Lina." Adlina meminta maaf keatas perkara yang sebenarnya bukan salahnya seratus peratus. Tapi bagi Adlina dia tetap rasa dia bertanggungjawab penuh untuk menjaga Adira sebaiknya.
PANG!
Hinggap pula pipinya penampar ibunya. Adlina menekup pipi. Dia tunduk. Hasbullah yang melihat cepat-cepat menangkap Adlina lalu dijauhkan dari isterinya. Isterinya sudah angin semacam. Semenjak kes keguguran maka perangai Fatimah berubah. Tambah-tambah dengan Adlina. Sering sahaja dia menyatakan kecemburuannya terhadap Adlina. Dia merasakan Hasbullah kerap melayan anaknya ini berbanding dirinya. Hasbullah hanya mampu istifar. Kenapa sampai fikir begitu.
"Sayang, sudah. Abang pun marah juga tapi bukan jatuhkan kesalahan pada Adlina je. Anak kita yang lagi seorang tu pun patut dimarahi juga."
"Manjakan la sangat budak tu. Sebab tu dia pijak kepala kita." ujar Fatimah keras. Apabila Hasbullah mendengar ayat tersebut keluar dari mulut isterinya. Dia istifar panjang. Dia mengeluh. Dia membisikkan Adlina supaya masuk kedalam bilik. Adlina terus lari laju.
"Tengok. Besok dia besar kepala jangan cakap saya tak pandai nak didik anak. Awak tuh, bagi muka sangat."
"Sudah la sayang, kalau ye pun nak mendidik bukan cara macam ni. Awak fikir kenapa banyak orang gagal dalam berdakwah? Sebab diorang terus menghukum. Mana ada short cut dalam mengajar."
"Abang cakap macam pandai, yang itu orang lain ini anak kita. Kalau kita tak buat cara macam ni macam mana dia nak fikir benda tu salah. Biar kena, baru dia beringat sikit." balah Fatimah.
Hasbullah mengeluh lagi. Malas dia memanjangkan perbalahan. Dari membela anak kini sudah bertukar menjadi perbalahan suami isteri. Takut pula dia pula hilang pertimbangan. "Baiklah, tapi apa-apa pun first kita jangan melibatkan fizikal macam tadi ye sayang. Marah je. Kalau dia degil dan buat lagi baru kita rotan." Hasbullah cuba beralah.
Fatimah merengus. "Suka hati abanglah" Terus dia meninggalkan suaminya.
<><><><><>
Pintu terkuak. Hasbullah masuk kedalam bilik Adlina. Dia melihat anak gadisnya itu menekup muka di bantal. Tersedu-sedu. Hasbullah lantas mendekati dan mengurut belakang anaknya.
"Dah, dah tak mau nangis. Mama dah tak marah lagi dah tu." pujuk Hasbullah. Tangisan Adlina semakin kuat. Namun bukan merengek. Yang kuat adalah bunyi dia menarik hingusnya.
"Tapi memang salah Lina pun. Lina memang tak reti jaga Dira.. Lina tak guna." tangis Adlina. Hanya suara sahaja kedengaran. Mukanya ditutup habis dengan bantal. Rasa sayang Adlina pada Adira adalah sangat hebat. Sehinggakan pada ketika ini masih lagi dia merasakan ini adalah salah diirnya seratus peratus. Tidak sekalipun dia terniat untuk berkata Adira pun salah jugak.
"Ayah tak tahu apa yang berlaku kat dalam hutan tu, tapi yang ayah tahu Adlina selamatkan Adira dari lemaskan? Rusdi ada cerita kat ayah. Tu satu tindakan yang berani bagi ayah. Kalau sesiapa yang fikiran dia rasional pasti dia akan fikir dua tiga kali untuk terjun ke dalam tasik tu. Sebab tindakan macam tu bahaya. But for me, you done very heroic and superb move. Adlina banggakan ayah." puji Hasbullah mengambil hati anaknya.
Adlina berhenti menangis. Dia mengalih tubuh dan pandangannya menghala kepada ayahnya. "Ayah tak marah?"
"Ayah nak marah macam mana. Lina dah selamatkan nyawa adik. Walaumacamanapun ayah tak jugak agree seratus peratus tindakan Lina tu, sebab ayah mungkin akan kehilangan dua orang anak ayah yang paling ayah sayang." Hasbullah terus memeluk tubuh genit anaknya.
Adlina mendakap erat tubuh ayahnya.. Dia terus-terusan menangis kembali.
<><><><><><><><><>
"Adlina....jom ikut ayah pergi memancing." ajak Hasbullah. Adlina berlari-lari mendapatkan ayahnya. "Jom-jom-jom." ujar Adlina girang, tidak sabar dia mengikuti ayahnya itu pergi memancing. Hasbullah tersenyum, dia mengosok-gosok kepala anak gadisnya. Adlina ketawa mengekek, dia suka ayahnya buat begitu.
"Okey, first sekali pergi ambil joran ayah dekat dalam bilik."
"Olait..." berlari Adlina masuk ke dalam bilik.
"Abang nak keluar memancing?" tanya Fatimah. Hasbullah diam, dia melihat-melihat bekas berisi umpan. "Abang, saya cakap dengan abang ni."
"Yelah, abih abang tengah tengok-tengok bekas umpan ni untuk apa?" jawab Hasbullah. Fatimah mendengus. "Mana tau saja-saja nak lihat ke? Rindu dengan bekas tu ke?"
Hasbullah ketawa. Fatimah mencebik. Adlina kembali mendapatkan ayahnya bersama joran yang dipeluknya. "Ayah..ayah ni dia." dia hulurkan joran. Segera Hasbullah mengambilnya. Dia lihat wajah Fatimah. "Timah hari ni abang dengan Adlina balik petang tau. Kitorang ada appoiment."
"Yelah, appoiment dengan ikan."
"Ayah ayah tak ajak Adira sekali ke?" tanya Adlina.
"Tak payah.. dia bukan suka sangat duduk kat luar lama-lama. Nanti merengek nak balik pula."
"Umm okey."
"Jooom!! Ekspedisi bermulaa!" jerit Hasbullah ceria sambil disambut anaknya Adlina. "Yooo!!"
Hari itu semuanya bermula dengan baik. Adlina ceria disisi ayahnya. Sepanjang tempoh memancing mereka banyak bergelak ketawa. Sakan. Dalam keasyikan memancing, masa berlalu dengan cepat. Hari pun sudah larut petang.
"Adlina, jom pulang. Cukup untuk hari ini. Banyak dah ikan kita dapat pancing"
"Adlina nak suruh ibu buat ikan bakar!!" ujar Adlina lantang. Hasbullah ketawa dengan keletah Adlina.
Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu oleh Hasbullah hilang kawalan lalu berlanggar dengan kereta yang lain. Kemalangan tersebut telah meragut nyawa Hasbullah. Ia telah meragut bapa kepada 4 orang anak. Ia telah meragut suami kepada Fatimah. Dan paling penting kematian Hasbullah sangat memberi kesan kepada Adlina, ini kerana sewaktu hayatnya Hasbullah, Hasbullah lah yang paling banyak menghabiskan masa bersama Adlina.
<><><><><><>
Apabila sedar sahaja daripada koma, Adira diberitahu oleh abangnya Aizat bahawa ayah mereka telah pun dikebumikan. Apabila sahaja dia mendengar berita tersebut, dia terus meraung. Para jururawat segera mengerumuni Adlina untuk menenangkannya. Dia meronta-ronta.
"Aku nak ayah aku!!! Aku nak tengok dia!!!! Korang semua tipu aku! Ayah aku hidup lagi lahh!!!!!! Bodoh lepaskan aku!!!!!"
Adira mengalirkan air mata melihatkan kembarnya begitu. Aizat hanya tunduk kepala. Dia sendiri terpaksa kuatkan semangat untuk menyampaikan berita tersebut. Ibu mereka tiada disitu. Ibu mereka enggan melawat Adlina. Entah kenapa Ibu mereka kini sudah berubah angin jadi lain macam. Dari saat mengetahui berita kemalangan hinggakan setelah ayah mereka dikebumikan. Ibu mereka menyumpah-nyumpah Adlina. Katanya "Celaka! Kau lah punca suami aku mati!! Kau memang anak celaka!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top