3. MI SEGERA
Kedengaran hon kereta sangat bingit, menyiksa deria pendengaran. Pekikan hon sahut menyahut, seolah-olah kereta mereka sedang bertekak mahu berebut jalan raya.
Kesesakan jalan semakin teruk! Sudah berjam lama mereka tersangkut. Kawasan negeri Johor pun belum lepas lagi. Entahlah apa punca mereka semua pun tak tahu.
Winter sudah mula diserang migrain. Dengan cuaca panas terik lagi. Menggigil satu badan dia menahan sakit. Kepala dipicit supaya lega, namun ia tidak jalan.
Jika penyakitnya yang satu ini datang, memang perit. Ubatnya satu sahaja , iaitu tidur dalam keadaan tenang. Tetapi dalam keadaan huru-hara begini manalah sempat dia hendak tidur.
“Cik, okay ke? Ubat ada?” kata Amir seraya mengiringkan badan ke sisi.
Gadis itu hanya menggeleng kepala.
Anak mata Winter sempat melirik ke telefon Amir yang melekat pada phone holder. Panggilan tanpa suara masuk tetapi ditulis ‘Isteri’.
Amir tidak perasan pun, dia lantas meraba poket seluar. Sepapan panadol di keluar lalu dihulur kepada gadis cina itu. Tanpa membalas Winter segera menggapai botol air dari sling bag. Kantung mata sudah bergenang tanpa dia sedar.
Gadis itu terdiam menunduk. Botol air digenggam. Kecewa. Dalam hati diserang seribu satu soalan. Bila masa Amir kahwin!
Air mata menitik-nitik jatuh membasahi peha. Ingatkan dia balik dari China, nak meluahkan perasaan dia terhadap Amir tetapi lain pula jadi.
Jantungnya bagai retak beribu. Selama ini lelaki itu layan dia macam Sang Puteri, mana tidak dia jatuh hati?
“Sakit sangat ke sampai Cik menangis ni?” soal Amir polos.
Winter tidak membalas. Dia hanya memandang luar tingkap dan cuba menghadam kenyataan baru yang sangat melukakan hati.
Dia hanya mendiamkan diri. Dia langsung tidak pandang muka lelaki disebelahnya. Namanya dipanggil pun, langsung tidak toleh. Akhirnya Amir juga mengunci mulut.
Sedang melayan perasaan, tiba-tiba tanah bergegar lagi dan semakin lama semakin kuat. Tanah mula merekah lalu mendap. Ketika ini, Winter mengecilkan mata. Dia melihat ramai orang bertempiaran keluar dari kereta masing-masing.
Telefon melekat pada tangan dipandang. Jari halusnya menyentuh permukaan skrin dan matanya tertumpu pada notifikasi tajuk artikel yang tiba-tiba keluar.
Belum sempat Winter mahu membaca , telefonnya terus termati. Namun tidak hairan bagi Winter kerana telefonnya memang sudah kehabisan bateri ketika itu.
Amir mencapai telefon. Pintu dibuka dan berkata. “Jum! Kita lari.”
“Hah?”
“Cik! Tak nampak ke dekat luar ni?” balasnya sambil tangan menunjuk ke arah orang ramai yang sedang lari meninggalkan kereta.
“Oh, saya ambil bag hiking saya dekat bonet.” Winter keluar dalam keadaan kelam kabut.
Dia melihat depan. Kebanyakan kereta sudah jatuh ditelan perut bumi dan lubang semakin merebak besar. Ramai yang tidak sempat menyelamatkan diri. Mereka jatuh ke bawah bersama runtuhan seperti pasir jerlus.
“Cik! lupakan bag tu! Nyawa lagi penting!” lelaki itu datang. Tangan Winter ditarik lantas ingin membawa Winter lari.
Tetapi tanah mendap sampai ke arah keretanya. Tanah yang dipijak oleh mereka seperti disedut dari bawah dan mula runtuh sedikit demi sedikit. Amir pantas mengheret Winter dan memaksa gadis itu untuk berlari.
Tiba-tiba pergerakan kaki Amir terhenti. Tangan Winter terlepas. Dia jatuh tersembam mencium jalan tar.
Amir dalam posisi meniarap lantas pusing ke belakang. Seorang lelaki bertubuh gempal sedang menggenggam pergelangan kaki Amir. Badannya separuh sudah tergantung dan di bawah pula ada lubang besar yang sedang memakan ramai manusia!
“Tolong ….” rayu lelaki itu kepada Amir.
Pada masa yang sama tanah terus menghakis, menyebabkan badan lelaki gempal jatuh ke bawah dan Amir telah ditarik juga!
Winter hanya kaku melihat melihat muka Amir yang seakan-akan meminta bantuan juga. Namun, lelaki itu tidak bersuara hanya memandang penuh harapan.
“Maaf, ” katanya perlahan. Winter memusing badan ke depan lalu berlari meninggalkan Amir yang telah ditelan bumi.
“HABIS tu? Kau tinggal macam tu? Pentingkan diri sendiri lah.” Soal Alyssa tidak puas hati.
“Kau nak aku buat apa? Tolong dia? Hmm … memang tidaklah. Siapa suruh sakitkan hati aku.” balas Winter selamba.
Alyssa duduk di atas batu. Nafas dihela dan dihirup perlahan. Dia memandang bulan. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipinya. Begitu segar dan terasa sangat nikmat suasana dekat luar. Seekor zombi pun tak ada pada waktu malam.
“Contohlah, suatu hari aku buat salah dekat kau. Dan kau pun akan balas dekat aku ke?” soal Alyssa sambil merenung anak mata Winter.
“Tak … betul aku yakin kau orang baik.” Winter mengangkat tangan tanda sumpah dan janji.
Alyssa tersengih sumbing. Antara percaya atau tidak, dia tetap kena berhati-hati sebab tak semua orang boleh dipercayai.
Sejuk kian menggigit tulang. Obor api dipegang kuat bagi menghangatkan badan mereka.
Selepas berehat. Kaki terus melangkah dan melangkah, tanpa sedar mereka telah masuk jauh ke hutan. Dalam keadaan malam begini kemungkinan besar mereka bakal ditimpa bahaya. Antara binatang buas, manusia atau zombi!
SUNYI. Bunyi cengkerik dan burung hantu bergema seperti mendendangkan alunan lagu bagi menghiburkan hutan yang sedang sunyi kesepian ini. Jika orang lain sudah tentu menyeramkan bagi mereka, namun bagi Alyssa dan Winter tidak sedikit pun rasa takut wujud dalam diri mereka.
Bau asap telah menarik perhatian mereka berdua. Lantas perlahan-lahan menuruni bukit dan mengikuti bau asap tersebut. Tidak jauh dari situ, mereka juga ternampak cahaya api kecil.
“Macam ada orang je.”
“Yup, nak pergi tengok tak Winter?”
“Boleh juga.”
Terdapat unggun api kecil masih menyala. Ia dikepung dengan lingkaran batu batuan dan atasnya terdapat cerek besi. Air sudah mendidih dan bau wangi keluar dari cerek itu lalu membawa dua gadis datang menghampiri.
Alyssa menjengah cerek besi yang tiada penutup. Terangkat sebelah keningnya apabila melihat mi segera sudah kembang.
“Siapa punya mi segera ni?” Winter sudah mencangkung. Air liur ditelan berkali-kali.
Terasa lapar pula bila tengok makanan depan mata terhidang tetapi tidak nampak batang hidung tuan. Tambah lagi mereka sudah lama tidak makan makanan yang berat. Asyik makanan tin, bijirin dan makanan kering sahaja!
“Mesti ada orang ni.” kata Alyssa sambil anak mata melilau di celah-celah pokok. Mana tahu tuan badan pergi membuang air ke kan?
Winter memacakkan obor api ke tanah. Perut kosong dipegang. Lapar.
“Hei, tak boleh ke kita makan?” rengeknya.
“Mana boleh, Ini orang punya lah.” Alyssa menarik baju Winter dari belakang. Gadis bermata sepet itu mencebik. Tak jadi dia nak ambil.
Sedang mereka menjengah mi segera, bunyi ranting kayu patah telah memeranjatkan mereka berdua. Kemudian derapan tapak kaki pula kedengaran semakin dekat.
Winter sudah mengambil kembali obor api. “Zombi ke?” katanya seraya berdiri rapat dengan Alyssa.
“Hoi! Kau nak mencuri makanan ye?” suara garau menjerkah.
Seorang lelaki berseluar jean pendek dan berbaju singlet hitam tiba-tiba muncul dari semak belukar.
“Bukan. Kami tengok je.” balas Alyssa tenang. Automatik tangan naik ke atas tanda menyerah diri.
“Noah cepat! Kau tengok ni ada orang nak curi makanan kita.” ngadu lelaki itu kepada kawannya.
“Sabarlah sikit, aku ni sakit perut tahu tak!”
Muncul lagi seorang lelaki bertshirt kelabu dari belakang. Lelaki itu sedang tergaru-garu punggung. Perlahan mereka mendekati dua orang gadis.
“Korang siapa? Nak ambil makanan kami ke?” soalnya sambil merenung tajam ke arah Winter dan Alyssa.
“Ingatkan kalau tuan badan tak muncul. Memang aku nak makan je tadi.” balas Winter mencebik bibir.
Lelaki singlet hitam sudah mengalihkan cerek besi. Dia letak ke atas tanah lalu bercekak pinggang.
“Eeleh, betul lah kau memang nak mencuri.”
“Nash, cukuplah. Tak ada bukti pun dorang nak mencuri makanan kita.” laju lelaki berbaju t shirt kelabu, memotong ayat.
Alyssa mengangguk setuju. Tangan disilangkan ke dada lau berkata “Kami cari anak sungai. Kebetulan pula kami lalu dekat kawasan sini.”
“Hah, dengar tu! Tak baik tuduh kami tahu.” kata Winter seraya menjeling tajam. Sempat dia menjelir lidah.
Lelaki bernama Nash hanya diam menggosok belakang tengkuk.
“Oh, sebelum kita borak lebih panjang, nama aku Noah dan dia ni Nash.” lelaki itu memperkenalkan diri.
Kemudian dia berjalan ke arah semak lalu mengeluarkan bag galas sederhana. Semua mata terumpu pada langkah Noah. Dia duduk bersila depan unggun api dan mengeluarkan dua mangkuk besi dari bagnya.
“Korang makanlah.” pelawa Noah sambil menciduk mi segera dan menuangkan kuah ke dalam mangkuk besi.
Winter meneguk air liur. Perutnya sudah lapar. Dah berapa lama dia tidak jumpa makanan berat macam ni. Kalau mereka ada nasi lagi bagus!
“Tak apa ke?” balas Alyssa sambil mengerut dahi.
Dia letak obor api ke tanah. Dan duduk bersila berhadapan Noah. Winter turut meniru langkah Alyssa.
“Kau bagi mereka tapi kita nak makan apa?” Nash membantah keras. Wajah jelas tidak puas hati.
“Kau ni, lemah. Jadi lelaki pun tak boleh tahan lapar.” seloroh Noah.
“Tapi aku ada gastrik. Aku kena makan.” rungut Nash mengada.
Perlahan Winter mengambil mangkuk dan menghulur kepada Nash. “Kami boleh kongsi. Kau ambil lah.”
Alyssa hanya mengukir senyuman tanda setuju dengan Winter. Dapat makan sikit pun dia sudah rasa bersyukur sangat daripada mati kebuluran!
..........................................................................
Assamualaikum, hi! terima kasih kerana sudi membaca karya baru saya ni😍
Kalau ada salah silap dalam penulisan saya ni sila tegur ye❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top