2. GEMPA BUMI
Kepala Zombi pecah dan segala isi-isi bersepai di serata tempat. Kakinya hilang keseimbangan lalu tersebam mencium lantai. Darah kehitaman zombi menyembur membasahi lantai dan dinding.
Bau hanyir darah menjolok anak tekak mereka berdua, isi perut mahu terburai di situ juga tetapi mereka harus menahan diri.
Anak tangga di turun dengan selaju mungkin, telinga mereka menangkap bunyi dengusan kasar. Dengusan itu seperti binatang buas kelaparan yang mencari mangsa untuk dijadikan santapan!
Alyssa berhenti. Kawasan sekeliling dipandang sejenak, badan mayat hidup tanpa jiwa datang mengerumuni dari luar diiringi bunyi letupan tulang-temulang zombi yang patah.
"Macam mana ni? semakin banyak weh!" kata Winter sambil menghayun batang penyapu ke arah zombi secara membabi buta. Mana tidak? Ia datang dari pelbagai sudut seperti tingkap dan pintu.
Batang penyapu di rodok ke dalam mulut zombi. Dengan berani Alyssa menekan dengan sekuat hati sehingga menembusi tengkuk. Kemudian, dada zombi diterajang hingga tubuhnya jatuh ke belakang lalu menghempap zombi lain yang sedang mendaki anak tangga.
"Mana pintu stor bawah tanah tu?" laju dia menarik tangan Winter supaya merapati.
Tubuh badan zombi dipijak selamba tanpa sikit pun mereka rasa takut. Zombi yang datang semakin menjadi agresif masuk dari tingkap. Apabila terpandangkan dua manusia normal depan mata, mereka bertindak balas dengan laju. Seolah-olah manusia ini adalah makanan lazat yang tidak boleh dilepaskan!
Ruang itu hanya bergema dengan pergerakan tulang temulang zombi, semakin lama membuatkan Alyssa dan Winter menjadi ngilu!
"Ba ... bawah tangga!" balasnya gagap apabila batang kayunya memukul kaki zombi yang rapuh seperti biskut. Sekejap sahaja banyak zombi jatuh menyembah lantai.
Manakala Alyssa berada di depan hanya memukul kepala zombi berkali-kali sampai hancur bagi membuka jalan untuk mereka. Sedar tidak sedar mereka sudah berada dekat dengan pintu stor bawah tanah.
"Kau tolong lindungi aku. Aku cuba buka sebab pintu ni." arahnya sempat melibas kepala zombi di hadapannya.
Tidak sempat Winter nak membalas, terpelanting kepala zombi betul-betul tepat terkena kaki. Luruh sesaat jantung dibuatnya. Cepat-cepat dia sepak ke tepi.
Sepantas kilat Alyssa menendang ke tepi. "Maaf."ucap Alyssa tersengih sumbing.
Winter menghela nafas pendek. Dia menahan sabar sambil melihat gadis itu duduk mencakung di atas besi hitam segi empat tepat. Pemegang pintu ditarik sekut hati. Ini cubaan kali kedua, dan dia harap sisa-sisa tenaganya ini dapat bantu membuka pintu itu.
Clak!
Pintu dibuka ke atas. "Kau masuk dulu." tangan Winter ditarik dan mereka turun ke bawah bersama-sama.
Pintu ditutup rapat dengan ketat lalu dia kunci. Terbaring dia sekejap keletihan di atas tangga. Dadanya berombak laju melepaskan lelah. Ruang bawah tanah tersebut telah terang benderang disinari cahaya lilin.
"Kau lapar ke Alyssa?" soal Winter sambil memegang lilin.
Gemaan perut Alyssa menbuatkan dia tergelak kecil. Sudah lah penat. Boleh pula perut Alyssa ini buat lawak.
"Dari semalam aku tak makan. Banyak minum air je." Keluh Alyssa.
Dia bangun dari pembaringan. Dengan langkah yang longlai, dia memegang perut menahan pedih. Letih sangat kerana banyak tenaga dia sudah habis guna untuk lawan zombi tadi.
"Dekat sini ada sikit makanan. Aku makan pun berjimat."
Winter mula menyelongkar laci meja yang ada dekat situ. Dia mengeluarkan jagung dalam tin dan sebotol air besar dibawa ke Alyssa.
"Ini yang terakhir, jangan kau habiskan pula." katanya lalu duduk bersila di depan Alyssa.
"Kau?"
"Apa?"
"Tak makan?"
"Takpa. Kau makan dulu."
" Kita kongsi nak?" ajak Alyssa seraya tersenyum manis.
Mereka menjamah makanan sambil berborak kosong. Sehingga mereka tidak sedar makanan dan minuman terakhir itu semakin berkurangan. Kalau perempuan tengah seronok bersembang buat kerja pun tak jalan dah!
"Alamak! Ni yang terakhir tau!" gadis cina itu memegang kepala. Panik.
"Jangan salahkan aku eh? Kau ajak sembang tadi." balas Alyssa selamba. Sempat dia sendawa sikit.
Winter mengeluh. Tin jagung dan botol air mineral telah kosong. Benda itu lah dia makan untuk beberapa hari dan itu yang terkahir.
"Memandangkan tempat ini tak selamat, kita keluar juga malam ni." mata Alyssa meliar sekeliling seperti mencari sesuatu.
Pandangan terhenti pada timbunan kotak di satu sudut. Dia bangun dan mencapai satu kotak. Winter masih tidak berganjak, termenung mengenang nasib makanan yang sudah habis.
Dengan wajah yang tenang, Alyssa baring di depan Winter beralaskan kotak. Winter memandang balik gadis itu dengan wajah pelik.
"Macam mana kau boleh jadi santai? Ini soal hidup dan mati tau!"
"Apa-apa jela ... yang penting aku nak tidur." katanya seraya menguap.
Tidak sampai lima minit, Alyssa sudah lena dibuai mimpi. Tinggal Winter seorang diri, duduk bersila termenung depan lilin.
Perlahan. Dia bangun dari duduk dan terpandangkan cahaya matahari terpancar dari tingkap kecil bawah tanah. Tinggi tingkap itu betul-betul atas kepala. Sebuah kerusi ditarik lantas dia panjat untuk melihat keadaan luar.
Mata terbeliak dan mulut melopong melihat ratusan kaki mayat hidup sedang berkeliaran mencari mangsa di luar. Winter meneguk air liur. Dada berdebar-debar. Takut dan resah menyelubungi dirinya ketika ini.
Dia melompat turun dari kerusi. Setelah melihat situasi di luar, dia tiba-tiba setuju dengan cadangan Alyssa. Mereka kena keluar dari situ! Akan tetapi mampukah mereka untuk keluar dari situ?
Gadis bermata sepet itu turut mengambil kotak. Dengan langkah longlai dia berjalan menghampiri Alyssa lalu berbaring di sebelah.
Sedar tak sedar, dia pun turut dibuai mimpi disiang hari.
LAPANGAN terbang kelihatan kecoh dan kelam-kabut dengan ratusan manusia. Tidak kira orang luar negara mahupun warganegara, mereka semua berebut-rebut mahu melepasi sempadan negara. Seolah-olah hari ini adalah hari terakhir buat mereka melakukan perjalanan penerbangan.
Seorang gadis berambut perang bergegas turun dari kapal terbang. Beg hiking diperbetulkan sedikit sebelum berlari terkedek-kedek meredahi kesesakan orang di lapangan terbang. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan, kepala meninjau-ninjau seperti sedang mencari seseorang.
"Cik, Winter!" jerit seorang lelaki berpakaian kemeja hitam.
Tiba-tiba tanah bergegar kecil. Lama kelamaan dinding dan bahagian atas lapangan terbang turut merebak bergegar kuat. Suasana lapangan terbang semakin gamat. Mereka diselubungi ketakutan dan panik teramat sangat!
Kemampuan berfikir manusia menjadi tumpul, mereka hanya bertindak apa yang terlintas dalam fikiran! Ramai yang lari bertempiaran mahu menyelamatkan diri. Namun begitu, mereka langsung tidak sedar yang tindakan mereka lagi merumitkan keadaan!
Winter cuba berlagak tenang. Lelaki kemeja hitam tadi sudah hilang dibawa arus lautan manusia. Dia terpaksa berhimpit macam tin sardin untuk cari jalan keluar. Jelas dia dapat merasakan gegaran tanah yang kuat, sampaikan lantai pun mahu merekah!
"Cik!'
Dia tertolak ke depan dan hampir dilanggar orang. Namun, tangan kasar menggapai tangannya. Dia menoleh laju. Lega hati apabila melihat lelaki yang dia kenal berada depan mata.
"Amir." balas gadis itu seraya tersenyum.
"Cik, cepat ikut saya."
Winter angguk tanpa bersuara. Tubuh badannya ramping sangat memudahkan dia untuk menyelit. Dia hanya mengikuti lelaki itu sambil tersenyum suka. Entah mengapa hatinya sangat berbunga-bunga setiap kali melihat lelaki melayu yang bernama Amir.
"Cik tahu tak apa yang jadi sekarang ni?"
Soalan pengawal peribadi miliknya itu, membuatkan dia tersentak. Sedar tak sedar dia sudah berada dekat luar lapangan terbang.
"Saya balik sebab dekat China ada wabak penyakit. Mereka halau semua pelancong asing."
Gempa bumi mula reda. Amir membawa Winter di mana dia meletakkan kereta.
"Malaysia mengalami gempa bumi setiap hari."
"Ha? biar betul? bukan ke Malaysia in bebas gempa?"
"Pelik tapi itulah hakikatnya."
"Papa dan Mommy macam mana?"
"Mereka selamat. Cuma terkejut kenapa Cik tak turun flight dekat KL terus."
Amir menghidupkan enjin kereta. Winter dipandang menanti jawapan.
"Tiket habis. Terpaksa saya turun, Johor."
"Apalah Cik ni. Sekarang ini kita kena balik KL cepat."
Winter melemparkan pandangan ke luar tingkap. Parking kereta sangat penuh dan bertambah sesak lagi apabila ramai orang tergesa-gesa meninggalkan lapangan terbang akibat gempa sebentar tadi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top