Selingan Tag

Beberapa hari yang lalu aku kena tag oleh fthni03 , soalannya adalah "nyatakan 9 fakta tentang diri anda". Dia tag dah lama, aku baru perasan tadi masa skodeng buku dia. Jadi aku luangkanlah masa untuk menjawab soalannya tu.

9 fakta tentang LeezJoon.

1. Sangat sukakan haiwan. Setakat ni aku ada bela guinea pig, hamster dan ular sawa. Guinea pig tu orang yang tersayang bagi sebab dia tak nak aku terlalu sunyi. Aku selalu sorang-sorang kat rumah ni. Hamster tu orang bagi sebab dia terlalu busy, tak sempat nak jaga. Ular tu kawan aku bagi sebab dia ada 3 ekor, so dia bagi aku satu. Bila ada duit nanti mungkin aku nak tambah lagi.

2. Seorang Pluviophile atau seorang yang sangat sukakan hujan. Aku suka suasana waktu hujan, bunyi hujan, suhu dia, bau dia, semualah. Hujan pun boleh buat aku rasa tenang. Tapi aku tak boleh kena hujan. Nanti demam. Kalau banyak sangat air hujan masuk dalam mata, mata aku akan bengkak. Allergic kot.

3. Ada Phonophobia dan Telephonophobia. Aku takut pada bunyi-bunyi yang sangat kuat. Contohnya macam bunyi hon lori, bunyi speaker yang kuat, bunyi kapal terbang bila dekat-dekat atau bunyi jerit tiba-tiba. Rasa macam mana tah, jadi takut.

Dan aku juga rasa takut bila dengar phone bunyi. Bunyi mesej takpe. Bunyi call tu aku tak boleh. Nanti aku jadi tak tentu arah. Ada sebab sebenarnya macam mana benda ni boleh jadi. Panjang ceritanya.

4. Selalu sakit. Demam semudah ABC. Dan juga ada penyakit. Malas nak cerita.

5. Suka lepak sambil perhati orang dan makan aiskrim. Selalunya 7E la tempat aku lepak.

6. Tak pandai berkawan dan tak suka keluar beramai-ramai. Selalunya kalau nak ke mana-mana pun aku pergi sorang je. Kalau berteman pun sama ada dengan orang yang tersayang (kalau dia tak busy) atau dengan sorang housemate aku. Tu je la. Tapi jarang jugak.

7. Sangat suka memasak, cuba resepi baru dan makan. Tapi bergantung pada duit jugak la. Kalau boleh semua benda aku nak makan. Aku siap buat Nak Mencekik Tapi Sengkek tu sebab nak himpunkan resepi-resepi time aku sengkek. Supaya senang nak rujuk balik.

8. Suka berpakaian macam lelaki. Sebab selesa. Tapi sekarang dah pakai tudung la. Karakter pun takde macam perempuan sangat. Perempuan pun selalu tak nak dekat dengan aku. Diorang cakap aku kasar walaupun muka nampak innocent. Itu yang kadang malas nak kawan dengan perempuan. Haha...

9. Tak reti mekap. Paling advance pun try gincu kat Watsons. Hahaha..
Lagipun hidung aku jenis berpeluh. Mesti rimas kalau mekap. Baik tak payah. Nanti dah kahwin la aku mekap.

Itulah antara fakta pasal aku. Sekali-sekala merepek gini best jugak.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top