#7

"Fatia!"



Tangan aku berhenti menjahit silang pangkah pada baju kurung. Aku letak sebentar baju itu di atas katil dan keluar dari bilik. Pen dan buku nota tak lupa aku bawa.



"Pergi masakkan aku sarapan. Lapar ni." Ayah memberi arahan. Aku cepat-cepat mencoret di atas buku.



Mak dah masakkan sarapan tadi, ayah. Ada dekat atas meja dapur.



"Aduhh..aku tak nak kuih karipap. Aku nak makan lempeng kelapa. Pergi buat cepat sebelum aku naik angin!"



Tanpa berlengah, aku ke dapur. Sejak diberhentikan dari kerjanya sebagai pemandu lori, ayah selalu marah-marah dan bengis. Mungkin ayah sedang tertekan. Sebelum ayah diberhentikan pun dia memang seorang yang panas baran, sekarang ini lagilah berganda baran dan bengisnya. Ibu selalu ditengking apabila lambat tunaikan apa yang ayah mahu. Tengah ibu meniaga di gerai pun ayah masih boleh terpekik panggil ibu. Ibu kena cepat-cepat datang pada ayah dan buat apa saja ayah suruh. Kalau tidak buat malu saja jika pelanggan terdengar. Ayah bukannya tahu malu. Main jerkah saja ibu tanpa mengira tempat.



Bukan aku tak pernah menolong, tapi ayah yang banyak hal. Bukan tak pernah aku merasa pelempang ayah. Kata dia, tak usah masuk campur hal dia dan bini dia. Kadang aku geram juga. Ibu pun baik sangat, ikut saja apa kemahuan ayah. Memang lemak naik atas kepalalah bak kata orang.



Aku belah kelapa kepada dua bahagian. Lepas itu aku mesin isinya jadi serpih-serpih halus. Aku bancuh tepung bersama kelapa yang dah dimesin tadi, juga ditambah dengan baking powder, air dan garam secukup rasa. Terlepas sudu dari tangan waktu aku mengacau apabila terasa seperti ada tangan yang melingkar di pinggang. Badan aku dengan spontan mengalih ke belakang, mahu melihat siapa yang menyentuh pinggang aku.



Berderau darah waktu aku lihat ayah begitu dekat dengan batang tubuh aku yang masih dalam keadaan terkejut. Senyuman sinis tersungging di bibir ayah. Tanpa sempat aku mengelak, ayah sudah erat menggenggam lengan aku. Ditariknya aku ke ruang atas rumah. Aku meronta dengan pegangan ayah yang cukup kuat.



"Ikut je apa aku nak!" Ayah bercakap sambil mengheret aku menuju ke bilik ibu dan ayah.



Sedang dalam keadaan cemas itu aku terfikir untuk duduk dengan tiba-tiba. Aku beratkan diri aku dengan badan yang masih meronta kuat. Ayah seperti mahu hilang imbangan. Aku tendang kuat lutut ayah. Ayah rebah ke lantai sambil mengaduh.



"HARAM JADAH!"



PANGG!!


Penampar ayah singgah di pipi aku. Aku terduduk di atas lantai, menekup pipi sendiri, pedih. Namun hati aku lebih pedih. Air mata aku mula mengalir.



 "Kau memang tak reti-reti nak bagi aku senang kan? Aku cakap ikut tu ikut je la!"



Ayah mula naik radang. Badan aku ditolak sampai terlentang. Waktu ayah mahu naik ke badan aku, aku sempat menerajang celah paha ayah. Ayah terguling kesakitan sambil mulutnya tak henti-henti menyumpah seranah. Aku terus bangun dan berlari ke luar rumah. Selipar aku capai dengan tangan yang menggeletar. Aku rasakan seperti tidak sempat untuk berlama-lama memakai selipar. Apa yang aku fikir hanyalah untuk lari dari ayah.



Langkah kaki membawa aku ke tepi tasik. Air mata aku masih mengalir sejak tadi. Aku tak nak balik ke rumah tu lagi. Rasa hormat dan kasih aku pada ayah sepertinya makin hilang. Ayah apa yang sanggup nak rosakkan anak sendiri? Itu bukan ayah. Itu syaitan!



"Fatia..pukul berapa dah?"



Lamunan aku terhenti sebaik aku dengar suara Olivia. Mimpi tentang ayah waktu aku tidur tadi membuatkan aku kembali teringatkan kejadian itu, kejadian masa aku di tingkatan empat. Solat tadi pun aku tidak berapa khusyuk. Fikiran aku betul-betul terganggu setiap kali teringatkan fasal ayah.



Aku buka phone dan tunjuk pada Olivia. Pukul 7.30 pagi. Olivia kata awal lagi. Dia kembali memejamkan mata kemudian mengiring ke kanan. Aku bangun dari katil dan duduk di meja. Assignment semuanya sudah siap. Mungkin boleh menonton anime atau drama pagi ni. Rehatkan fikiran. Buang segala kenangan yang satu-persatu kembali bertandang di fikiran. Aku tak nak fikiran kembali sesak.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top