#1
"Jomlah Fatia. Kau menung je tu kenapa? Jom, jom!"
Suara garau Hakimi sedikit membuatkan aku tersentak. Hilang terus bayangan wajah ibu yang singgah di fikiran tadi. Aku senyum saja. Aku bangun, kemas pen dan buku nota yang aku guna untuk menyalin nota tadi. Semuanya aku letak dalam beg sandang berwarna krim. Kerusi aku tolakkan rapat ke meja sebelum berjalan ke arah Hakimi yang sedang menunggu di pintu kelas.
"Kau tau tak, Fatia..aku kalau lepas kelas Prof Khalil, mesti aku rasa bersemangat balik nak siapkan semua assignment yang tertangguh. Prof memang power la..aku tanya apa pun semua dia boleh jawab. Assignment kelas lain pun boleh tanya kat dia. Senang kerja aku."
Aku mendengar saja Hakimi yang bercakap tanpa henti sambil kami berjalan. Dia memang selalu macam tu. Kadang aku terfikir juga, Hakimi tak rasa lenguh mulut ke? Asyik bercakap saja. Ada saja benda yang dia nak sembangkan. Sesekali aku mengangguk sambil tersenyum apabila dia memandang, mahu melihat reaksi aku.
Aku nampak Sarah yang melambai ke arah kami berdua, waktu kami menghampiri kafe. Aku membalas dengan senyuman, seperti biasa. Mereka berdua ni sajalah kawan yang rapat dengan aku sepanjang tiga semester aku dekat universiti ni. Hanya mereka saja yang tahu 'berbahasa' dengan aku. Sarah roommate sejak sem satu, Hakimi pula sekelas dengan aku, juga dari sem satu. Mungkin ada lagi orang lain yang boleh faham bahasa aku tapi aku masih belum jumpa. Aku dan Hakimi membeli makanan sebelum duduk semeja dengan Sarah.
"Esok ada event dekat padang kawad..bebudak Sains Kesihatan buat. Ada jual-jual barang, makanan, free health check apa semua. Kawan aku la bagitau. Roommate dia suruh promote." Aku mengalihkan pandangan dari pinggan nasi, pandang Sarah yang baru habis bercakap.
"Aku ada nampak jugak poster iklan kat notice board kolej aku hari tu. Jom Tia!" Hakimi mengajak aku dengan muka teruja. Aku mengangguk. Kemudian aku pandang Sarah, mengisyaratkan dia supaya ikut sekali. Tapi aku nampak senyuman tadi sudah hilang.
"Korang pergi je la..aku tak ikut kot."
"Ehh..kenapa Sarah? Jom la sekali." Aku mengangguk lagi beberapa kali, sebagai menyokong ajakan Hakimi. Nak 'bercakap' tak boleh, tangan aku sudah menggaul nasi.
"Takpe la..korang pergi la..."
Kami semua diam menikmati makanan. Sampailah Hakimi meminta diri untuk ke library. Aku dan Sarah pula berjalan menuju ke kolej. Sarah masih senyap. Tak macam selalu. Dia siap berjalan di depan aku, bukan di sebelah aku seperti selalu. Aku mula rasa pelik. Aku berjalan laju sedikit, cuba mengejar Sarah. Aku sentuh bahu Sarah. Sarah pandang aku dengan muka kelat.
"Apa dia?" Suara dia sedikit kasar.
"Kenapa kau lain hari ni?"
Sarah tak mengendahkan soalan aku tadi. Dia terus saja berjalan. Aku sentuh lagi bahu dia.
"Jangan sentuh aku la!"
Aku tersentap. "Kenapa?" Aku tanya. Dahi aku berkerut.
"Aku pendam benda ni dah lama dah. Kau tak boleh ke jarakkan sikit diri kau dari Kimi? Kau tau kan aku suka dia? Kenapa aku nampak korang ni makin rapat dari hari ke hari? Minggu lepas masa aku handle event pun kau boleh keluar tengok wayang dengan Kimi. Tadi pun dok bermesra senyum-senyum bagai. Kau tak fikir ke perasaan aku?" Mata Sarah mencerlung memandang aku. Aku tunduk.
"Sudah la Tia! Kau ingat kau bisu, kau boleh buat apa je kau suka? Kau fikir semua orang nak kesian kat kau sorang je? Fikir sikit perasaan orang lain. Jangan nak fikir pasal diri kau sorang je!"
Sarah terus berjalan laju meninggalkan aku. Beberapa orang pelajar lain yang turut melalui laluan pejalan kaki sekejap-sekejap memandang ke arah aku. Aku tak rasa aku patut kejar Sarah. Aku tahu baran dia macam mana. Lebih baik aku duduk di kafe kolej saja. Selama tiga sem berkawan dengan Sarah, ini kali pertama dia tengking aku macam tadi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top