PART 8

Ini kalilah Ruth. Itu yang kau elak itu juga yang kau kena hadap sepanjang semester. 😭😭😭😭. Ada juga mamy Lancer kasitau yang dia tu guru. Ingatkan guru sekolah rupanya lecturer.😑😑😑.

Dia berdiri menyandar di meja sambil mengadap kami semua. Kemudian dia perkenalkan diri dia.

"Umur sir?" Saturang student perempuan tanya dia.

"28."

"Status sir? Single or taken?" Feny pulak yang tanya.

"Status? Secret" dia pandang tepat ke arah saya.

Adedeh! Tidak payah lah mau tengok saya macam tu Lancer. Kau fikir saya kisah meh kalau kau mengaku bujang.

Hari berlalu dengan pantas tidak terasa satu semester sudah habis. Kini saya berada di semester kedua.Saya dapat sesuaikan diri dengan persekitaran U. Koleksi kawan pun makin ramai. Hidup di U ni kena pandailah bawa diri kalau tidak lonely ok..

Life saya cuma biasa saja. Sometime keluar juga jalan cuci mata. Saya dan Lancer? Huhh bikin annoying betul tu gaya dia. Balik2 saya kena marah kalau dalam kelas. Sikit pun kesalahan sudah kena marah macam yang salah paling besar. Apalah itu. Benci saya sama tu orang. Benci ok!. Kalau belimpas di mana2 pun kami buat tidak tau saja. Tidak lebih hubungan dari hubungan student and lecturer.

"Ruth Athela mana kau punya assignment? Kau selalu lambat hantar" Lancer tanya saya.

"Sudah saya hantar dengan sir kan.."

Buta kali dia ni tau. Terang2 saya sudah bagi dia tadi. Ciss!! Apa masalah dia ini arr. Dia selak assignment yang bersusun atas meja.

"Ermm. Ok"

Yang dia tau bising saja. Cubalah cek dulu sebelum bertanya. Cari pakai mata bukan pakai mulut. Mau saja saya cakap begitu.

"Ruth tunggu!"

"Kenapa kau Rion?"

"Pigi cafe kita. I treat you" bilang Rion sambil tersengeh.

"No thanks.. saya mau ke library durang Mika tengah tunggu saya. " saya senyum saja.

"Huhh..ok. so next time la kan?"

Saya senyum dan tinggalkan Rion di belakang. Berkawan sama Rion ni best juga. Peramah..otak gila2. Nerd sikit.😂😂

"Sorry lambat" saya separuh berbisik sama Mika dan Hizul yang sudah pun duluan sampai library.

"Kau dating erkk?"

"Hiss! Merepek la kau ini Zul." Saya ketawa tapi tidak juga terkeluar suara.

Lebih satu jam dalam library kami stay sekejap di cafe. Basahkan tekak dulu sebelum balik hostel.

"Hye kamurang" Feny tiba2 muncul join kami semeja.

"Hye too..kau pigi mana tadi? Bilang mau ikut tapi sampai habis tiada kau muncul" Mika.

"Ehee..ada hal tadi..uii..uii tu sir la.." Feny menjuihkan mulutnya ke arah satu meja hujung sana.

"Mana?" Sepantas kilat kepala Mika berpusing ke arah tempat yang Feny maksudkan.

Dua orang ni kalau ternampak Lancer di mana2 mesti keluar mesti tidak berkedip mata. Apalah yang special betul sama dia tu. Bukan durang saja tapi student lain pun begitu. Lucu ba saya tengok. Macam yang kebaruan tengok lelaki.

"Kan bagus kalau sir tu jadi bf saya" Mika tongkat dagu.

Geleng kepala saya dengar. Mika ni memang kuat berangan. Asal tengok lelaki sado ka, handsome ka.. mula lah itu pasang angan melambung.

"Saya mau balik dulu. Kamurang cuci mata lah puas2" saya bersuara.

"Tiada juga kau bikin di hostel, sini dulu ba kita lepak "Mika tahan saya dari bangun.

"Nda mau lah..tiada yang best" saya susun buku dalan beg sandang.

"Gila kau bilang tiada yang best. Kau tidak tertarik ka tengok sir Lancer? Sudahlah kacak, ada style lagi,cukup pakej seorang lelaki idaman." Mika tambah lagi. Adehh Mika... macam saya dengar Mika ni tengah bersajak saja.yaiii!

"Eww.. Mika. Geli telinga saya dengar kau puji dia melambung2. Apa guna cukup pakej tapi annoying.."

Memang saya genggam dalam hati semenjak dia marah saya hari tu. Bukan sekali tapi berkali kali. You my enemy Lancer!!

Sampai saya menangis tu kena marah. Benci owh. Mana tahan kena marah depan student lain. Jatuh la bah airmuka orang. Dia ingat saya ni pokok pisang tiada perasaan.

"Lancer!" Saya kejar dia sampai di lot parking. Saya tengok tiada orang di sekeliling.ngam.

"Yes? miss or mrs Ruth Athela..Anything i can help?" Tidak jadi dia buka pintu kereta.

"Tidak payah kau minta puji situ"

"Control you attidute, im your lecturer" dia berpeluk tubuh sambil menyadar. Belagak betul!

"Di kelas kau memang lecturer tapi sekarang luar kelas."

"So? Jadi sekarang kau anggap saya apa?laki?"

"Sudahlah! Saya tidak mau bunga2 bercakap. Saya mau kita bercerai!"

Dia naikkan sebelah keningnya. Dia mengeluh dan mengeleng sambil memandang saya.

"Serius?"

"Ya"

"Hmm.."

Dia masuk ke dalam kereta dan start injin.

"Tolong ke siring sikit nanti kau kena langgar" dia bilang.

"Lancer!"

"Balik lah Ruth. Jangan merayau ke sana sini. Nanti kau kena kidnap. Ada nilai juga budak macam kau ini" dia bilang sebelum kereta dia bergerak dari situ.

" Kita belum habis lagi bercakap!"

"Nantilah lah. Itu pun kalau saya mau ceraikan kau"dia bilang sebelum kereta dia bergerak dari situ.

"Lancer!! Tiada guna ba kau ini.arghhh!!" Saya teriak sambil memandang belakang kereta dia.

Berganda saya punya sakit hati. Jangan saja dia mau mungkir janji. Hari tu dia sudah setuju mau berpisah juga. Saya tidak mau terikat dengan dia lagi

***************************
"Kau pigi mana lagi ni Feny?" Nerra yang tengah siapkan tesis bertanya sama Feny yang harum semerbak dengan minyak wangi.

"Malam minggu beb..biasalah keluar hihi"

"Next week exam, kau ni malar saja keluar sama durang Kira. Kau tidak takut failed ka nanti?"

"Alaahh.. tak kan la mau mengadap buku 24jam. Stress ok"

"Hrmm yalah"

"Kau tidak keluar?"Feny tanya saya.

"Malas lah. Mengantuk"

"Besok mana ada class. Chill beb" Feny buat aksi menari dia sondol2 lagi Nerra yang tengah fokus mengadap lappy.

Gamat sekejap suasana bilik dengan gaya durang dua. Kami ni rapat dalam hostel, kalau di luar masing2 buat hal sendiri. Saya lebih banyak bergaul sama Mika. Feny dengan group geng hot dia dan Nerra dengan geng ulat buku dia. Biasalah U memang begitu macam2 orang yang kita tengok. Kalau saya semua pun ngam cuma tidaklah sampai taksub macam durang. Saya berkawan dengan semua orang.

📲📲📲 fon saya berbunyi. ehh kenapa ni orang call malam begini?.malas lah saya mau jawab. Kalau ada penting di send via whatapp juga tu. Mana saya pernah bercakap sama dia di fon selama ini. Bercakap pun masa dalam kelas saja. Kalau dia whatap pun saya balas. OK jak. Tiada pun yang penting.

"Beb..kasian aku dengar fon kau tu berteriak minta angkat dari tadi" Dahlia tegur.

"Biarlah..tidak penting pun"

"Siapa Gurok?" Dahlia tengok skrin fon saya yang berampai atas meja tulis.

"Angkol saya"

Hahaha.. memang saya simpan GUROK. Dulu saya simpan nama Lancer tapi semenjak saya tau dia lecturer di U ni. Saya simpan nama tu sudah. Sebab saya tidak mahu durang banyak tanya nanti dan kedua nama tu sesuai sangan dengan gaya dia yang macam angkol pencen..muahahaha.

Hujung minggu tinggal saya sendiri di bilik. Yang lain pulang ke rumah family masing2.. Saya saja yang tiada family di sini.hmmm..

"Ruth..ada orang cari kau" saturang student kasitau saya.

"Sapa?"

"Ntah. Anty guard yang suruh kasitau kau tadi"

Saya yang baru siap mandi turun ke bawah. Ada kereta hitam menunggu di luar pagar. Apa dia bikin di sini? Saya bilang dalam hati.

Bila saya sampai di depan pintu kereta dia. Terus dia buka sikit cermin.

"Masuk!" Kasar saja dia bercakap.

"Why sir?" Saya tanya dengan muka masam.

"Saya cakap masuk. Cepat!"

Terpaksa saya masuk. Malas saya mau bertengkar lagipun kena tengok oleh student lain.

"Apa kau mau?"

"Kau" erkk sot.

"Cakap betul2 bah. Malas saya buang masa layan orang macam kau ini"

"Ada kau tengok saya main2 ka? Semalam kenapa tidak sambut fon?"

"Tidur..Apa juga motif kau datang cari saya? Kalau tiada yang penting saya mau balik ke bilik" saya mau buka pintu tapi kena lock puka pintu.

"Saya mau bawa kau jalan..puas?"

"Hahahahaha.." meletup ketawa saya. Cara dia bercakap tu ba bikin geli.

"Ambil beg kau. Saya tunggu sini"

"Malas! Pigi la kau balik SIR...."sengaja saya kasih panjang2 sebut sir.

"Kau ini memang begini ka perangai? Childish?"

"Ehh hellooo.. childish ka, selfish ka.. kau peduli apa? Suka hati saya lah. Bukan juga saya kasi susah kau!"

"Saya ni laki kau!"

"Hahahaha.. Laki? Atas kertas saja okey!"

"Cepatlah ambil beg kau bah eii. Kau faham ka tidak??" Bergema gegendang telinga saya dengar dia bercakap. Silaka betul ni lelaki. Nasib cermin tutup habis. Kalau tidak boleh sampai pondok security suara dia.

"Memang daya tidak paham! Kan saya ni childish!!" Dia fikir saya tidak pandai melawan saya pun pandai juga berteriak macam dia.

Selama ini dia main sukati saja mau tengking2 saya. Tapi saya tahan saja hati sebab mengenangkan diri ini hanya student dia.

"Kepala batu ba kau ini Ruth" dia mengeleng.

"So..? Do i care. Cepatlah buka pintu!!"

Terus dia unlock pintu. Saya keluar tanpa mempedulikan dia lagi. Sampai di bilik saya pukul2 bantal melepas geram. Shit!!! Dari dulu mana pernah kami bercakap dengan normal. Mesti bercakap style perang punya.

Keesokan hari lepas habis kelas. Saya jalan kaki saja balik hostel. Ada juga bas yang pihak U sediakan tapi hari ni mau kasi keluar peluh sikit.

Tittittitittt!! Saya pusing belakang tengok siapa yang hon. Saya teruskan langkah saya sebaik saya tau siapa yang hon tadi.

"Ruth.." dia panggil saya dari dalam. Ini kali dia tidak lagi kasar macam kemarin.

"Apa?"

"Masuk.. ada saya mau cakap"

Saya mengeluh kecil. Eh bagus pulak mood dia ni hari.😏😏😏. Saya ikut saja apa yang dia suruh.

"Kita lunch dulu" dia bilang sebaik saja saya masuk dalam kereta.

Kami makan di sebuah restoran. Lepas kami pesan makanan. Dia tengok muka saya sampai saya rimas pulak.

"Ruth marah sama saya?"

Ehh soalan apa ni Lancer? Saya bilang dalam hati Sambil roll mata tengok dia.

"Ok..macam ni lah..biar saya terus terang sama kau. Saya memang tegas dengan semua student termasuk Ruth. So saya harap Ruth tidak salah anggap lah. Tapi saya minta kalau di luar macam ni kita bercakaplah dengan normal.ok Ruth?"

Normal? Eeei..please lah! Macam pelik juga saya dengar dia bercakap lembut begitu hahaha. Terbiasa sudah kan kami ni cakap kasar.

"Saya minta maaflah kalau Ruth ada kecil hati sama saya. Tidak bagus juga kita macam ni. Lagipun Ruth tu tanggunjawab saya."

"Saya tidak minta pun kau jaga saya. Kita masing2 atur life sendiri"

"Yup itu memang betul tapi kita ni bukan orang lain ba. Biarpun kita bukan laki bini tapi kita ni satu family."

"Ermm..ok"

"Apa yang ok?"

"Betul la apa kau bilang tu." Saya minum jus apple yang baru sampai tadi.

"Kau ini memang begini ka?"

"Begini apa?"

"Macam budak"

What??!! Baru tadi kunun mau berbaik tapi sudah cakap sembarangan. Hampehh betul perangai.

"Ya..jadi kenapa juga?"

"Saja tanya" dia bilang sambil dia buang pandangan ke luar.

Lepas siap makan kami raun sekejap di mall. Ada jugalah beli barang sikit. Ehh penuh tangan sebenarnya😂😂. Lancer mau tolong bayar tapi saya bayar sendiri. Nanti dia ingat saya ni kaki kikis dan saya tidak mahu termakan budi orang.

Saya kasih tinggal saja dia di belakang..dari tadi sibuk skroll fon saja. Sibuk bebenar melayan gf dia lah tu. Mana ada dia tolong bawa barang saya. Tidak gantleman lansung. Bagus lagi kalau saya keluar sama durang Mika dan Rion. Di tolong lagi bawa barang biarpun sikit.

"Petang sikit baru saya hantar kau balik hostel"

Dia bilang sebaik saja kami masuk satu kawasan perumahan. Lancer bawa saya singgah rumah dia. Sebenarnya ini first time saya ke rumah Lancer.

"Kau bikin la apa kau mau. Saya mau mandi dulu"

Lepas dia naik ke atas. Saya tengok2 lah ikan kap yang dia pelihara dalam akuarium. Comel2 pula saya saya tengok. Bila jari saya sentuh kaca akuarium bedatangan tu ikan ke arah jari saya, mungkin durang ingat saya mau bagi makan.

Saya ambil baja ikan yang terletak di atas akuarium. Mata saya terpandang satu mug. Tertulis nama DELTON & SANDY siap ada qoutes jiwang sama ada tarikh lagi. Tahun lalu punya tarikh. Ohh ini kali yang Lili maksudkan hari tu. saya ampai balik tu mug. Saya sambung kasi makan tu ikan.

Lama juga ni orang mandi. Saya raun lagi ke arah satu meja penjuru. Gambar family. Anduu ada gambar nenek Inang lagi. Tidak terasa setahun sudah dia pergi. Dan setahun lebih juga perkahwinan kami terbina dalam paksa.

Tingtong! Bunyi lonceng di luar. Bila saya buka pintu.

"My baby mana?" Dia tanya.

"Baby?" Salah rumah kali dia ini. Saya garu kepala.

"Delton mana?"

"Ohh..Mandi dia. Masuk lah" saya bilang sambil senyum. Ingatkan baby mana rupanya cari Lancer. Baby boh😂😂.

Lenggang kangkung dia berjalan masuk. Bebeh memang bebeh tapi bebeh dengan mekap yang tebal. Macam mau terbakar mata saya tengok mekap ni perempuan. Sudahlah panas begini. Lipstik merah menyala. Yaii... over pulak.

"You ni maid baru ka?" Dia duduk sambil silang kaki.

Saya senyum saja berdiri di depan dia. Belum di pelawa sudah duduk. Ehh ini kali Sandy gf Lancer. Apalah taste kau ini Lancer. Saya kutuk dalam hati.hahaha.

"Bikinkan saya jus. Apa2 jus lah tapi tolong kurangkan manis."

Omohh.. dia fikir ni restoran ka mau oder bagai.

"Jap arr..saya panggil dia dulu di atas"

"Ok.cepat sikit"

Hek..elehh berlagak macam mem besar. Ngam saya mau naik Lancer turun sudah.

"Baby..." perempuan tu datang dekat ke arah Lancer. Dia paut lengan Lancer.

"Zai.. bila kau sampai"

Erkkk..Zai?? Ingatkan Sandy. Buaya juga kau ini rupanya Lancer..so Sandy tu gf dia.. dan yang ini mesti skandal dia..woahhh.. I like drama...hahahaha.

-BERSAMBUNG-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top