part 5

"Lancer, kau jaga lah Ruth dengan baik.kalau boleh lebih baik dari kami. mulai hari ini kami amanahkan dia dengan kau, sayangilah dan didiklah dia sesuai dengan ikrar dalam perkahwinan. Kalau dia ada bikin salah tegurlah dan pimpinlah dia supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Dan kau Ruth, mulai  sekarang tanggungjawab kau adalah suamimu.terima dan sayangilah sepanjang hidupmu " Uisehh word aki tu bah. Puitis juga. Ini mesti aki tidak tidur 7 hari 7 malam sebab mau menghafal tu word .Aki serahkan tangan saya.

"Ya," dia sambut tangan saya.

Ehh...jap..jap bukan yang pindik tangap tu yang sambut tangan saya tapi yang saturang lagi. Bergegar tu tangan dia time pegang tangan saya. Aikk gemuruh kali ni orang. Saya bilang dalam hati.

Time father bercakap saya macam orang biul saja. Mana tidak saya tengah kira detik sekejap lagi title saya akan berubah. Di usia 18 tahun sudah bergelar bini orang. Oh my God. Saya tidak boleh terima ni semua oh,  sepatutnya di usia sekarang saya tengah enjoy menikmati kebebasan usia muda tapi ini tidak saya terpaksa mengadap laki.

Gara2 fikiran saya melayang saya tidak sedar yang Father tengah tanya saya. Saya tersedar bila Lancer kuis tangan saya. Adehh... Masanya sudah tiba Ruth Athela.

Saya tidak terus jawab pertanyaan Father. Saya tengok ke arah mamy yang berada di bangku. Mata mamy membesar bila saya tengok arah dia terus saya cepat2 tengok muka Father balik. Mamy silent warning sama saya.hmmmm.

Macam kena sambar petir otak saya bila father  umumkan yang kami sudah jadi laki bini.

Bila semuanya sudah selesai. Turn buka veil dan kiss.perlahan lahan Lancer buka veil. Saya lansung tidak tengok muka dia sebab saya tiada keinginan juga mau tengok.ada saya kisah. Baru saja Lancer mau dekatkan muka dia.ermmm mau kiss ler tu kenen. Nafas saya tersekat2, saya rasa badan saya melayang layang pandangan mata saya sikit demi sikit jadi kabur dan gelap.

Bila saya buka mata,aikk lain sudah ni tempat. Bukan lagi saya di church. Ada tabir biru. Saya di mana ini? Jadi saya mimpi kawin ka tadi? Bila saya tengok badan dan jari saya.hmmm.. saya bukan bermimpi kawin tapi memang betul2 kawin pun.

Ada cincin di jari saya dan masih pakai gaun wedding pun.adess! Ingatkan mimpi ngeri rupanya realiti yang tragis. Jadi saya pengsan la ini tadi?. Betul2 saya pengsan nasib baik bukan sebulan. Tapi sudah terlambat tetap juga saya sudah kawin.

"Ruth,,," mamy buka luas tabir.

Selepas doktor check tiada juga apa2 dia bilang.

"Jadi macam mana anak saya?"mamy.

"Ok juga dia.Mungkin dia terlebih excited kali"Sempat lagi doktor bikin lawak.

Excited lah sangat. Hidup saya yang tunggang langgang ni di bilang excited.arghhh.. kenapa lah nasib saya begini.

Bilang mamy, puas durang kasih sedar saya tadi tapi tidak juga sedar. Itulah saya di bawa ke klinik desa. Saya diam saja dalam kereta. Family yang ikut ke klinik tadi sudah balik duluan lepas saya sedar tadi.

Sampai rumah, jauh mahu simpati sama saya terus jadi bahan bah.

"Apa macam kau ini Ruth..bulih2 nya kau pingsan"

Mec ketawa berabis. Saya bagi jelingan maut sama durang. Benci owh!! Benci!! Berabis durang ketawa sama saya.

Lepas siap saya salin pakaian mamy masuk.

"Makan dulu ubat ni, malam ada party lagi kamu" mamy bagi ubat sama segelas air putih.

Saya makan ubat yang klinik bagi tadi.

"Ruth, mamy mau cakap sikit. Sekarang Ruth sudah jadi bini urang. Mana perangai yang tidak bagus buang jauh2. Belajar berdikari.. lepas ini Ruth bukan lagi mamy yang jaga.. tanggungjawab Ruth sama laki.. ingat tu" mamy genggam erat.

Saya angguk terpaksa.

"Mamy tau Ruth sakit hati, marah sama mamy..tapi saya buat begini untuk kebaikan Ruth, supaya lebih matang lagi. Mamy tidak selama-lamanya hidup suatu hari nanti mamy akan pergi juga untuk selama-lamanya."

"Hiss mamy ni.jangan cakap sembarang bah." Biarpun saya tengah perang dingin sama mamy saya tidak juga mau mamy sebut pasal mati. Sudahlah dady tiada.

"Sebab tu mamy tidak mahu Ruth salah pilih kawan dan jalan hidup. Kalau jadi apa2 sama Ruth macam mana dengan mamy? Cuba Ruth fikir lah bagus2. Tiada orangtua mau tengok anak dia dapat masalah. Saya buat begini sebab sayang anak.."sayu suara mamy.adehh saya pun tersentuh owh dengan apa mamy sebut.

"Iya..Ruth pun sayang mamy bah.." saya peluk mamy.

"Baguslah kalau Ruth sayang mamy. Ingat arh pesan mamy. Jaga laki bagus2..makan minum dia..sihat sakit dia..semualah.kalau ada tidak ngam..bawa bincang bukan main bergaduh.tiada masalah bulih selesai dengan cara bergaduh.Terima Lancer dalam hidup Ruth. Belajar sayang dia, hormat dia macam Ruth hormat mamy..ingat tu.." mamy sambung lagi.

Saya masih dalam pelukan mamy.. perasaan saya? Hmm susah mau cakap. Saya sayang mamy tapi saya kasihan degan nasib sendiri.

Banyaklah mamy cakap dengan saya. Tidak lama kemudian mamy keluar layan family yang datang. Tinggal saya saturang dalam bilik, mata saya perhatikan barang2 di atas meja. Pemberian dari keluarga lelaki. Bilik ni di hias indah tapi sedikitpun saya tidak tertarik tengok ini semua. No feeling okey!!. Saya ambil bantal dan baring.. mengantuk sebab sudah makan ubat tadi.

Saya tersedar bila ada orang goyang badan saya. Pelan2 saya buka mata..ehh siapa ini?

"Apa kau bikin di sini?" Saya terduduk dengan reaksi muka terkejut.tetiba muncul ni orang.

"Aii..ini bilik kita kan?" Dia tanya saya dengan muka kehairanan.

"Kita?" Blur saya.

"Kau ini kenapa? Laki sendiri pun tidak kenal." dengan nada tidak puas hati

Erkk Lancer ka ini? Tadi tidak sempat tengok  betul muka dia sebab sibuk. Sibuk pengsan😑.

"Jangan kau berani buat macam2 arr"

"Kau fikir saya ini apa?"

"Manalah tau"

"Gila kau ini..kau pikir saya mau betul ka kawin sama kau"

Dia duduk di bangku plastik yang dekat jendela. Kami sama2 diam. Ini kah lelaki yang akan hidup dengan saya nanti?

"Lancer saya rasa ini first time kita bernampak ba kan?" Saya bercakap balik.

"Ermm..saya pernah tengok masa kau masih kecil dulu" Dia tengok saya tapi tiada senyuman tu.

"Owh..ada saya mau cakap ba ini sama kau. Saya tidak mau tapuk hal sebenar."

"Maksud kau?"

"Begini lah Lancer, biar saya jujur saja arh.. Saya tidak pernah setuju walau sedikit pun sama ni wedding. Mamy yang paksa saya. Jadi saya harap kau fahamlah situasi kita ini macam mana"

"Ermm..sebab itu kau pengsan tadi? Sebab semuanya dalam keadaan terpaksa. Begitu?" Dia tunjukkan reaksi tertarik dengan apa yang saya cakap tadi.

"Mungkin juga, saya pun tidak tau kenapa bulih pengsan tadi. Saya mau kau jawab saya jujur arr.. Kau kahwin dengan saya sebab apa? I means sebab family atau sebab lain?"

"Sebab nenek punya kemahuan."

"That means kita ini sama2 jadi mangsa tradisi la kan?" Terus saya rasa macam ada harapan lah ini.

"Lebih kurang lah."

"Di sebabkan kita sama2 juga kena paksa. Better lepas ini kita buat hal masing2. Saya tidak akan sibuk atau masuk campur dalam life kau."

"Then?"

"Hanya atas kertas saja.. tidak boleh lebih. Kau tidak bulih sentuh saya, kongkong hidup saya. Saya bebas buat apa saja."

"Then?" Hiss ni urang.😒😒

"Lepas ini saya mau sambung study. Dan saya tidak akan jalankan tanggungjawab sebagai wife seperti pasangan lain."

"Kau ini nampak saja kecil tapi bulih tahan owh mulut kau ini"

"I dont care apa pandangan kau terhadap saya. Bagus lagi saya berterus terang dari membuhung. Ini masa depan saya. Hope you understand me. Dan kalau  kau ada pilihan sendiri. Bagus kau pertahankan hubungan kamu. Saya restu juga. Wedding kita ini tidak akan kekal Lancer. Kau dan saya berhak bahagia dengan jalan hidup masing2"

"Wow..not bad.. tidak payah saya penat2 mau terangkan sama kau, thanks sebab sudah kasih senang kerja saya" dia senyum sinis.

"Jadi?"

"Dari kau saja, saya pun tidak mau pening fikir pasal ni.. kita masing2 atur life sendiri..tunggu masa yang sesuai baru kita bincang lagi sama ada mau stay atau sebaliknya."

"Ok" ringkas saja saya jawab.

Malam party saya ibarat patung pengantin yang bernyawa. Yup.. no feeling.bila di suruh ambil gambar dan buat aksi itu ini atas pelamin dengan Lancer..saya ikut saja. Ambil lah berapa banyak yang kamurang mau suatu hari nanti ia hanya setakat gambar kenangan saja. Saya tengok semua family saya happy malam ini. Yalah kamurang happylah.. durang happy tapi saya rasa macam mau mati owh! Lancer? Pun sama juga.. happy kunun muka dia tapi palsu juga, sama2 mangsa tapi saya tengok dia relax saja.. kalau muka saya memang ketara bah muka tidak happy. Bila beliau2 salam dengan kami baru saya senyum sikit..sikitlah syarat saja. Nenek Inang ada juga durang ambil pergi sini. Dia yang beria ria mau tengok kami kahwin. Kira tertunailah permintaan dia. Saya kasian juga tengok keadaan dia. Makin teruk sudah. Dia cium saya dan Lancer. Sedih saya dengar dia bagi pesanan. Biarpun saya terrpaksa..menitis juga airmata saya. Nasib kami 3 orang saja dalam bilik, mana nenek Inang boleh ke bawah tengok kami sanding. Dia hanya baring saja atas tilam.

"Uii..kenapa tidak ikut kami di bawah?" Syion tanya saya. Saya tengah makan di dapur.

"Pigilah kamu"

"Rugi kau.."

"Biarlah..nanti lah saya ikut kamu"

"Bah..bahh turun kau arr, mana bulih pengantin di atas saja" Syion ketawa sambil keluar dari dapur.

Saya geleng kepala saja tengok syion my kazen. Dressing macam lelaki sedangkan perempuan.

Mana saya mau ikut di bawah. Siap saja saya makan terus saya masuk bilik lagipun sudah siap juga acara. Tinggal hiburan2 saja tu.

Mamy pun saya tidak nampak dia di mana. Sibuk layan tetamu lah itu. Kalau saya tidak turutkan rasa panas hati saya ini. Memang saya tidak mahu mamy terlampau penat. Sepanjang dua minggu ini dia yang ke sana ke mari urus wedding saya. Sampai kedai bunga dia pun tidak dia peduli.

"Apalah nasib kau ini Ruth," saya mengeluh kecil dalam bilik.

Kalau mamy tidak nampak resit saman tu hari mesti saya tidak terima nasib begini.

"Itu la kau buduh" saya marah diri sendiri. Durang Barbara saya tidak tahu apa cerita. Semenjak saya sampai di kampung. Henfon, wallet dan semua barang peribadi saya mamy rampas. Jadi kami lost contact sudah.

Toktoktok. Pintu bilik di tolak perlahan. Tidak lama lepas tu Lancer muncul.

"Oitt..oitt.. apa kau bikin?" Terus saya bersuara.

"Apa?" Tidak jadi dia buka butang bajunya.

"Saya lupa kasitau tadi. Jangan sukati buat apa2 dalam bilik ni termasuk salin pakaian."

"Jadi di mana lah?"

"Di mana2 pun bulih yang penting jangan depan saya"

"Gila kau ini. Baru salin pakaian pun sudah jadi hal"

"Suka hati saya lah."

"Ok fine! Kau tinguk lain saya mau salin pakaian ni"

Saya pusing mengadap tingkap. Nakal2 saya ni mana biasa tengok body lelaki.

Lepas siap terus Lancer keluar. Huhh lega..  sampai bila lah saya oleh tahan sebilik sama Lancer ni. Kalau sehari boleh lah tapi kalau lebih..eiiihh tidak sanggup saya owh.

saya naik atas katil dan limpang. Mengantuk sama penat. Saya off lampu dan pejam mata.

Saya tersedar balik bila bilik saya terang. Saya ni memang tidak boleh nampak cahaya mesti terbangun. Dia lagi.. tapi macam baru habis mandi tu orang sebab rambut dia basah. Wangi sabun mandi lagi. Saya memang awal2 sudah mandi. Siap acara terus mandi. Rimas saya dengan make up yang melekat di muka. Macam berkilo kilo dia punya berat.

Lancer datang dekat saya. Ehh apa lagi ni orang mau. Aii tak kan dia mahu...what? No!!

"Jangan kau berani2 arr Lancer!" Saya bangun sepantas kilat dari katil.

"Aii kenapa lagi kau ini? Macam cacing kepanasan?" Dia yang baru duduk atas katil kehairanan tengok reaksi saya.

"Kau lupa yang kita hanya bulih jadi laki bini atas kertas saja? No lebih2.. lupa?"

"Saya bukan lali bah. Saya ingat juga" dia geleng kepala.

"Habis tu.."

"Habis apa? Saya mau baring pun tidak bulih ka?" Dia potong cakap saya.

"Err..kau tidur lah di situ.. saya tidur di bawah" hiss kenapa saya terlebih fikir tadi Kan sendiri yang malu fikir bukan2.

Saya ambil bantal dan selimut. Terus saya kibar tu lantai dan bentang selimut.

"Kau ini waras ka tidak?" Dia tanya saya.

Ehhh soalan apa dia tanya ni. Muka saya macam orang gila ka. Sempat lagi saya silik di cermin.ok saja pun.

"Kan kita sudah sebut pasal ini tadi. Jadi tidak payah lah kau takut sama saya sampai mau tidur atas lantai. Saya bukan juga terdesak mau bikin macam2 sama kau."

Biarpun sudah juga kami sebut hal tu siang tadi. Mana saya mau percaya bulat2 apa dia cakap. Mengkali lain di mulut lain pulak di hati. Who know kan?. Bukan saya ada kuasa boleh baca hati orang.

"Sudah lah itu. Marilah tidur sini. Tidak juga saya beselera dengan budak"

What budak? Saya macam budak meh?😒😒. Kalau dia sebut remaja tadi kira okey lagi tapi B.U.D.A.K..

"Apa lagi kau fikir tu? Kalau kau tidak yakin. Kau bikin sempadan pakai guling sama bantal ni" Dia ambil guling sama dia biji bantal.

"Err.. saya tidak biasa tidur sama urang terutamanya lelaki" Saya bilang.

" so?"

"Biarlah saya tidur di bawah."

"Macam2 bah kau ini..biarlah saya tidur situ. Kau tidur sini"

Lancer bangun dari katil dan datang ke arah saya yang stanby mau landing.

"Apa kau tingu lagi? Pindah lah dari situ saya mau tidur,  mengantuk sudah saya"

"Tidak payah lah."

"Adehh.. cepat kunun kau pindah dari situ! Sebelum saya..." dia jilat mulutnya. Meremang bulu roma saya  owh..

Cepat2 saya naik atas katil..seram saya tengok aksi Lancer macam tu.

"Cuba la..satu kampung dengar saya punya suara berteriak!" Saya bilang dengan nada tidak puas hati.

"Kau fikir orang datang tulung ka kalau kau berteriak? Paling2 pun durang bilang..uiii dasyat owh first night durang tu..sampai ujung kampung dengar suara.. kau yang malu sendiri" selamba saja dia cakap macam tu. Silaka ni orang..dia kasih kena saya balik.

Malas sudah saya mau bertengkar cakap. Saya ambil selimut dalam almari dan baring balik atas katil. Tapi hilang sudah mengantuk saya.. tadi bukan main berat mata saya. gara2 bertengkar cakap sama ni orang terus terbang saya punya mengantuk. Tidak lama berdengkur sudah Lancer di bawah. Pelan2 mata saya pejam tapi terbayang2 aksi Lancer tadi. Eii bikin takut tu gaya macam perogol bersiri, terus besar balik mata saya. Manatau dia pura2 tidur lepas tu dia jalankan misi dia..eee sori palis. Saya tidak rela serahkan badan saya dengan ni orang.

-BERSAMBUNG-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top