PART 26
Lancer tarik semula tangan saya. Di kucupnya berulang kali.
"Mari mulakan hidup, saya minta maaf sebab saya ingatkan Ruth...."
"Betul-betul mau bercerai? Yes! Firstly memang saya mau bercerai. Kau pun tahu..."
"And?" Sedikitpun mata Lancer tidak lari dari memandang saya.
"Jujur sama saya Lancer, kenapa kau mau kita bersama semula?"
"Hmmm... i already told you Ruth.." dia melepaskan keluhan kecil.
"Tidak cukup!" Nah ambik kau Lancer. Datang angin kus-kus sudah saya bercakap sama ni orang.
"I love you Ruth Athela"
"Atau kau terdesak mau bini? Jadi kau pilih saya sebagai jalan terakhir"
"What??! No Ruth. Saya betul-betul sayang Ruth. Saya mahu Ruth jadi suri hati saya." Bersungguh-sunguh dia bercakap. Macam separuh menahan amarah pun ya juga. Saya tengok kulit dia yang putih tu bertukar merah sedikit.
"Since when you love me?"
"Semenjak..." dia berhenti bercakap dan senyum memandang saya.
"Bila?"
"Masa Ruth selalu bikin perangai dalam class dulu, hari-hari mengugut minta cerai....saya mula ada perasaan sama Ruth.. perasaan sayang, ingin melindungi Ruth sebagai seorang isteri dan ia mula bertukar menjadi cinta"
Lancer luahkan perasaan dia terhadap saya. Sedikitpun saya tidak menyampuk sebab terpana mendengar pengakuan Lancer. Seperti dia mahu kasi clear apa yang samar sebelum ini. Yang dia sudah ada perasaan terhadap saya punya begitu lama. Sedangkan masa itu saya sangat membenci dia. Sangat-sangat. Sebab dia selalu marah saya depan student lain. Macam-macam lah cara dia sakitkan hati saya. Apa yang yang saya buat semuanya salah di mata dia. Nasib saya tidak di serang kemurungan sebab tekanan betul sama dia.
Macam tanggapan saya terhadap dia dulu terus terbuang jauh. Saya masih ingat lagi muka menyampah dia tapi tidak sangka di sebalik itu semua, ada sesuatu yang wujud.LOVE. how can? Entah! saya tidak sedar itu semua sebab terlalu nekad mahu bercerai.huh!
Lagipun masa kami sudah aman. Dia memanglah layan saya dengan bagus tapi dia selalu cakap. You're my family. Susah mahu kasi beza bah. Sama ada itu layanan sebagai family atau sebaliknya. Ya! Memang ada adegan spontan ala romantik tapi saya ingatkan Lancer sengaja mahu sakat saya.
"Ruth mahu tahu kesilapan yang besar saya buat sama Ruth?"
"Apa?"
"Saya hampir melakukan sesuatu yang buruk terhadap Ruth, semua itu di sebabkan rasa cemburu, saya cemburu tengok Ruth dengan lelaki lain."
Ya! Saya masih ingat lagi tu kejadian. Lancer bertindak luar batasan dan hampir saja dia membuat sesuatu terhadap saya.
Lancer bilang, di sebabkan hal itu dia membuang semua perasaan dia terhadap saya. Demi menebus kesilapan dia.
"Sebab Ruth masih muda dan saya nekad untuk lepaskan Ruth demi kebahagiaan Ruth, biarkan Ruth merasai hidup bebas dan tidak lagi terikat dengan ikatan perkahwinan." Tambah Lancer lagi.
"Kau fikir saya happy ka? I'm not happy Lancer. Apalagi lepas kau sebut pasal cerai, terus kau satu malam bersama Sandy"
"Itu semua untuk menjayakan plan saya Ruth. Ya memang saya dengan Sandy malam tu. Tapi bukan saya saturang saja. Husband Sandy ada bersama kami. Masa Ruth call, sengaja saya suruh Sandy jawab dan cakap begitu. lepas itu saya pulang. Satu malam saya dalam kereta di luar rumah, saya berfikir, hati saya berat untuk kasi lepas Ruth tapi demi masa depan Ruth saya mengalah."
Ok! Yang penjelasan ini bikin mulut saya ternganga. Sandy pun salah seorang yang terlibat dengan plan dia.
"Bukan mudah saya mahu lepaskan Ruth. Saya mahu kau tahu yang saya ok tapi hakikatnya saya tidak ok" Lancer bilang lagi.
Memang panjang lebar bah Lancer kasi terang situasi sebenar.
"Dan saya mahu dengar dari mulut Ruth sendiri.. did you love me?"
Oh my God.. apa patut saya cakap. Masih adakah perasaan sayang saya terhadap dia? Spontan saya geleng kepala. Kenapa banyak betul yang tertunda di antara kami. Sepatutnya hal ini tidak terjadi. Saya kah punca ini semua.hmm.
"No?" Dia tanya.
"Dulu memang ya tapi sekarang... i don't know Lancer...i don't know.." mendatar suara saya.
"Hmmm... saya tiada chance lagi ka Ruth? Macam tu ka?"
"I don't know" saya menggeleng kepala lalu tertunduk.
Sepi seketika suasana. Saya tidak kata ya dan tidak juga kata tiada.
"Did you still love him?" Lancer bersuara semula setelah dua-dua diam.
"Maksud kau Nerron? No. Saya sudah buang tu perasaan. Lagipun saya terima dia dulu sebab mau kasi lupa perasaan saya terhadap kau dan memang ya. Saya ada rasa sayang sama dia tapi perasaan itu tidak kuat Lancer. Saya tidak pernah terima dia sepenuh hati"
Lancer angguk berulang kali. Dia melepaskan satu keluhan. Seperti keluhan lega.
Kemudian dia tersenyum dan memandang anak mata saya dengan sayu.
"Ruth, did you want to be my girlfriend and wife...again? Mungkin permulaan kita tidaklah sempurna, kita di satukan atas kehendak keluarga. Ini kali saya mahu kita bersama atas kehendak hati dan perasaan kita sendiri. Bukan dari sesiapa.."
Makin erat tangan saya Lancer genggam. Pandangan matanya penuh harapan.
"Saya bagi Ruth sebulan untuk beri jawapan. Saya tidak mahu Ruth beri jawapan sekarang. Tenangkan diri Ruth dan tanya hati Ruth sendiri. And i just want hear your answer YES or NO."
"Lancer..."
"Sudahlah, jangan sebut pasal itu lagi, saya rasa lewat sudah ni. Mari saya hantar Ruth balik. Nanti mamy risau pulak" dia lepaskan genggaman tangannya dan berdiri.
Lancer hantar saya pulang memandangkan saya tumpang mamy saja masa jumpa dia tadi. Dalam perjalanan kami diam tanpa mengeluarkan walaupun sepatah kata dan hanya lagu di corong radio yang memecahkan kesunyian dalam kereta.
Saya pelawa dia masuk rumah tapi Lancer tolak.
"Dalam sebulan ini saya janji tidak akan cari Ruth, tidak akan hubungi Ruth. Saya beri Ruth ruang untuk fikirkan pasal kita. Satu saja yang Ruth perlu tahu.. I love you so much" Lancer mencium dahi saya.
Kemudian dia peluk saya erat. Dan saya balas pelukan dia.
Tiktoktiktok..kini seminggu lebih sudah masa berlalu. Jawapan saya? Saya sudah pun ada jawapan. Cuma untuk kasi cukup tempoh sebulan yang Lancer bagi sama saya saja.
Saya rindu dia? Sejujurnya ya. Saya rindu Lancer. Saya mahu dengar suara dia tapi dia tiada pun call saya. Memang dia buktikan betul apa yang dia cakap. Lansung dia tidak cari saya atau call. Dan itu seperti menyeksa diri saya sekarang. Oh my God. Inilah pertama kali saya rasa begini.
"Tiada Ruth mau pigi mana-mana ini hari?" mamy tanya saya.
Hari ini kedai buka half day saja. Jadi sebelah petang kami stay saja di rumah. Rehatkan diri gitu. Lagipun kedai yang satu lagi tengah renovate. Jadi kurang sikit kerja. Tinggal fokus urus kedai bunga yang satu lagi. Sebab kedai yang satu tu mamy tidak akan ubah. Memang dari dulu, begitulah rupa tu kedai. Ada nilai sentimental di situ. Sehingga ada beberapa barang dalam kedai tu masih lagi di kedudukan asal. Dady yang letak situ dan mamy tidak mahu ia di usik atau di alih biar seinci.Ialahkan. Tanda cinta dady dan mamy dan di situlah tempat terakhir durang dua mengukir kenangan sebelum dady pergi selama-lamanya.
"Belum tahu lagi ni, kenapa my?" Saya tanya mamy balik.
"Kalau Ruth tiada pigi mana-mana, kau kasi kawan mamy pergi cementery lepas itu kita pigi spa. Lama sudah mamy tidak kasi manja badan mamy ni."
"Uihh my. Banyak juga plan mamy ni tau"
"Buring bah di rumah.. lagipun mamy rindu betul sama dady kau"
"mamy sponser arr"
"Errrmm.. duduk di rumah ni pun bukan juga ada di bikin. Balik-balik muka Ruth juga yang di tengok" mamy ketawa kecil.
"Aikk my.. ada angan mau cari dady baru ka?" Saya ikut mamy ketawa.
"Bukan dady baru tapi cucu. Kalau ada cucu, kenapa kalau satu tahun mamy tidak keluar rumah"
Ghulp! Ayat mamy tu bah. Ayat pancingan.
Sampai di cementery, macam biasa lepas pray dan buang daun-daun kering yang bertaburan atas kubur, Mamy mulalah itu bercakap sama dady. Seolah-olah dady ada depan mata dia. Cinta mamy terhadap dady terlalu dalam sehingga mamy tidak pernah walau sekali terdetik untuk lelaki lain. Kalaulah saya sekuat hati dan kasih durang dua. Ini tidak. Macam double trouble saja masalah saya selama ini. Yang di jangka tidak jadi. Yang tidak dijangka itu pulak yang terjadi.
Lepas pulang dari cementery kami terus pergi spa. Bersauna, urut badan dan bikin facial treatment. Segar terus badan.Mamy ni memang suka pergi memanjakan diri. Paling kurang sebulan sekali dia datang sini. Kalau bab jaga badan, jaga kesihatan. Mamy memang pakar. Itulah badan mamy masih solid. Tip top gitu.
"Pigi mana lagi kita my?" Saya tanya mamy sebaik sahaja keluar dari spa.
"Kita pigi makan dulu. Jadi balik rumah tinggal tidur"
"Bah. Mamy tidak mau shopping?"
"Tidaklah. Belum ada mood mamy mau beli apa-apa"
Kami makan di sebuah restoran ala barat. Setelah memesan lamb chop dan spaghetti carbonara. Kami bual-bual kosong. Nasiblah mamy tidak sebut topik yang pelik-pelik. Maksud saya yang macam tadi. Cucu bagai. Hahaha.
"Aik. Kebetulan pulak"
Ya. Memang kebetulan. Setelah hampir dua minggu tidak berjumpa dan berhubung. Kami berjumpa di sini. Bila Lancer ada depan mata. Rasa lega.. yes! Lega. Adui Ruth. Ini kalilah.
"Nah..tiada juga bikin apa-apa di rumah. Itulah keluar dulu jalan-jalan" Mamy bilang setelah bersalam dengan Lancer.
Mamy saja dia salam. Saya? Jangankan mau salam. Pandang pun tidak. Dia bilang tunggu kawan. So semantara kawan dia sampai Lancer duduk semeja dengan kami. Dia cuma order secawan kopi.
"Lama kau tidak jenguk kami." Mamy bilang.
"Oh. Sibuk saya my. Ini pun masih sibuk lagi. Mau sukan sudah student"
"Patutlah ada orang termenung sana. Termenung sini" mamy.
What?! Saya ka itu yang mamy maksudkan? Eh! Saya la bah itu. Rancak betul durang dua bercerita. Saya? Macam tidak wujud saja di mata Lancer.
Betul-betul ahh! Sampai makanan saya tidak habis saya makan. Biarpun dia mau ignore saya. Jangan la bah sampai anggap saya tidak wujud di situ.
"Dua hari sebelum X-mas nanti ada orang mau meminang anak uncle Ary kau ."
"Yang bongsu tu kan?"
"Ya. Sibuk sudah tu di kampung. Bikin persedian. Sebab meminang lansung bertunang terus tu nanti"
"Ohh.. ada juga mamy kasitau baru-baru ini"
"Datang kau arr.. durang dady kau datang juga itu"
"Saya tidak boleh janji my. Sebab malam X-mas nanti baru saya dapat balik kampung. Ada urusan kerja"
"Ohh..bah"
"Delton.." seorang lelaki memanggilnya.
"Logan. Apa khabar?" Lancer beralih ke arah lelaki tadi.
"I'm good, kau macam mana? Lama kita tidak berjumpa."
"Macam yang kau tengok sekarang, mana Jia?"
"Alaa..dia mana boleh jalan sekarang ni. Baru seminggu bersalin"
"Ya ka.. congrats. Yang ke berapa?"
"Thank you. Baru yang ketiga bah, Eh! Kau bila lagi?"
"Hahaha.. oh ya. Kenalkan ini my beautiful aunty Fay dan yang ini cousin saya. Ruth"
Kami pun bersalam lah. Tapi kan masa Lancer perkenalkan saya sebagai COUSIN dia. Macam lain sikit tu saya rasa. Hah! Cousin ya! Ok Fine! Sudahlah tadi macam dia tidak anggap saya wujud. Rancak dia bercakap sama mamy. Hanya sekali dua sahaja saya bagi respon bila mamy tanya saya. Dia lansung tidak pandang saya yang duduk disebelah.
*
**************************
"Macam badmood saja mamy tengok kau ini? Panjang brtul Ruth punya muncung"
"Tiadalah apa lah my"
Tapi memang saya kurang bagus mood. Sebab? Sebab tadi petang saya ada terserempak sama Lancer lagi. Bila saya bagi senyuman. Boleh-bolehnya dia buang muka dan limpas saja.
Benci oh! Terus cepat-cepat saya jalan. Bikin malu saja senyuman tidak kena balas.
"Kamurang bergaduh ka?"
"Kamurang?" Saya pandang mamy. Saya lepaking di bilik mamy bah itu.
"Kau sama Lancer bah. Jangan ingat mamy tidak perasan, dari hari tu lagi mamy boleh rasa ada yang tidak ngam sama kamurang"
"Mana ada kami bergaduh"
"Betul?"
"Astaga my. Betul bah."
"Bikin hairan juga, tengok yang kita terjumpa sama dia baru-baru ini. Kamu lansung tidak bercakap."
"Oh..hahhaha..mana saya tau. Mungkin dia datang bulan tidak mahu bercakap sama saya ka."
"Ermmm..Ruth..." mamy tengok muka saya dengan pandangan pelik.
"What?"
"Ada Ruth mau cerita apa-apa sama mamy? Manatau Ruth lupa ka.." Nah mamy mula sudah mahu jadi penyiasat.
"Tiada..huahammm..my saya mengantuk sudah ini. Bisuk mau kerja lagi" saya pura-pura menguap sambil tepuk-tepuk mulut pakai tangan.
"Betul?" Masih lagi mamy tidak puas hati.
"Yabah. Adehh mamy.. saya mau balik bilik dulu"
Cepat-cepat saya bangun sebelum mamy tembak saya dengan bermacam pertanyaan pasal saya dan Lancer.hahaha.
Sampai bilik saya check phone. Eh.. ada satu missed call dari Lancer 5 minit lalu. Berbunga-bunga sikit hati saya. Saya call balik beberapa kali tapi tidak di angkat.
"Kenapa dia call arr" saya bilang sendiri.
Kemudian saya hantar whatapp tanya kenapa dia call. Nasib dia balas juga.
-mengkali tertekan-
Simple saja dia jawab. Tertekan huh! Harap-harap betul lah. Macam menyampah betul saya sama gaya Lancer ni tau. Mau bilang masih muda dan tidak matang mustahil juga. Umur pun sudah 3 siri hahaha.
Seperti yang di rancang. Kami balik dua hari sebelum acara meminang sepupu saya.
Family kami memang sudah ada di sana. Kumpul-kumpul gitu. Namanya sudah berkumpul. Saya juga lah salah satu jadi bahan durang. Bahan kena usik bah.Grrrrrrrr. hampeh betul!
"Nek..jam berapa durang sampai?" Saya tanya nenek pasal rombongan meminang. Saya di bilik nenek. Melarikan diri dari kena usik. Malas saya owh!
Bakal tunang sepupu saya tu orang jauh. Dari Sarawak tapi semalam durang sudah sampai di bandar. Menginap di hotel.
"Jam 2 petang bilang."
"Ohh"
"Ruth tidak mahu balik sama si urok?"
Sikit lagi saya terbangkalan kuih donat dengar pertanyaan nenek. Saya hanya balas pertanyaan nenek dengan ketawa. Ketawa yang di bikin-bikin supaya tidak ketara kunun.
"Mamy kau selalu mengadu sama saya"
"Mengadu? Mengadu pasal apa nek?"
"Dia risau kalau dia tutup mata nanti tiada yang akan jaga Ruth."
Saya mengeluh kecil bila dengar nenek cakap begitu.
"Kalau ada jodoh tidak ke mana juga nek, tidak kiralah sama siapa. Biarpun berpaksa kalau takdir sudah bilang begitu. Siapa lah saya untuk menidakkan kehendak takdir. Tengoklah apa yang sudah jadi sama saya. Kahwin pun cerai juga, mau bertunang tapi tidak jadi"
"Ermmm"
"Mamy tu saja bah kuat berfikir, saya okey juga bah. Saya yang risau tengok dia terlampau fikir pasal saya"
"Sabarlah cu... itulah nenek bilang sama mamy kau, jangan di fikir nanti bikin tekanan. Tapi bukan Ruth tidak tahu perangai mamy kau itu"
"Itulah bah.. kalau ada, adalah itu. Nah kalau tiada mau bikin macam mana lagi. Tapi kan nek. Manatau macam umur nenek baru saya jumpa jodoh hahha"
"Erkkk...ekkkk. kalau sudah umur macam nenek. Tiada ba itu hal sudah. Keriput. Mau di suntik kolegen pun tidak dapat. Bikin patah jarum saja itu sebab kulit pun liat"
Berderai ketawa saya sama nenek di bilik. Nasiblah suasana di luar bilik riuh-rendah. Kalau tidak mengkali sampai di bawah ketawa kami kena dengar.
Biarpun dibilang acara kecil-kecilan tapi penuh juga ni rumah dengan family termasuk sebelah Lancer. Nama pun kerja-kerja family. Bila ada ada acara memang penuh juga ruang rumah. Maklumlah big family.
Orangtua Lancer pun ada juga datang. Bilang mamy dia. Lancer ada juga tu luar. Eh! Ada saya kisah meh. Dia datang atau tidak itu dia punya pasal. Bukan kami juga yang mahu bertunang. Eh. Kami? Hahahaha. Melaun betul ni fikiran.Ruth. Ruth.
Selesai saja acara, rombongan tadi pun sudah juga balik. Nah! Tinggal yang mau aramaiti saja yang tinggal. Saya tolong mana yang patut di dapur. Malas juga saya ikut durang sana membawang.hahahhah!
Siap tolong durang, saya layan dulu perut yang berkeroncong dari tadi. Lapar. Lagipun jam makan malam bah ini. Ngam mamy pun masuk pergi dapur, tapi ada pulak ni orang ikut dari belakang.
"Ruth.. bawa Lancer makan satu kali" Mamy bilang.
"Erkkk..ada kan makanan di luar sana" tidak jadi saya suap nasi.
"Aih.. ini anak.. dari tadi tu dia belum makan, sibuk melayan tetamu. Mamy ketuk juga kau ini" selamba saja mamy bilang begitu.
Adeh. Gara-gara Lancer, kepala saya yang mahu di ketuk. Ermmm. Tinggal kami dua saja di dapur. Mamy entah lesap ke mana.
"Ruth apa khabar?" Lancer tanya saya setelah siap makan.
"Good" saya jawab acuh tidak acuh sambil letak piring kotor ke sinki.
Malas saya lama-lama di dapur sama dia. Jerak sudah saya sebab tidak kena layan hari tu. Kalaupun mahu beri ruang untuk saya berfikir, agak-agak lah bah.
"Ruth, wait" Lancer tarik tangan saya. Saya mahu masuk ke dalam bah itu.
"Orang tengok bah Lancer" saya tarik tangan saya.
Saya tinggalkan Lancer di dapur. Padan muka kau! Saya bilang dalam hati. Jahat meh saya. Biarlah. Sengaja saya kasih pelajaran sikit sama dia. Tapi dalam hati. Hanya Tuhan saja yang tahu.
"Ruth. Tulung dulu bah. Ambilkan aki rokok di kedai. Kau ambil 5 bungkus arr" Aki bilang. Dia tengah bercerita sama beberapa orang.
"Mana kunci kedai ki?"
"Ada tu di bilik sana. Dalam laci almari" Aki tunjuk ke arah bilik durang yang berada di bahagian dapur.
Saya pun bangun dan menuju ke dapur semula. Tengah saya mencari kunci dalam laci, tiba-tiba pintu bilik di tolak.
"Apa kau bikin sini Lancer?" Saya sedikit terkejut tengok dia yang masuk. Ingatkan nenek ka, aki ka.
Dia tidak menyahut, sebaliknya dia menuju ke arah saya dengan muka yang ketat semacam. Cepat-cepat saya melangkah tapi baru saja saya mahu pulas tombol pintu, Lancer tarik dan sandarkan badan saya di dinding. Dia genggam kedua belah pergelangan tangan saya dengan kuat. Muka dia betul-betul serius tengok saya.
"Sakit bah Lancer!!" Terkial-kial saya mahu lepaskan diri.
-BERSAMBUNG-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top