PART 24
"Pergi mana?" Lancer tahan badan saya yang cuba bangkit.
"Jom cari jalan balik" saya bilang untuk menghilangkan rasa malu tadi.
"Awal lagi ni Ruth. Tunggu matahari naik sikit baru kita bergerak."
"Nanti panas bah" saya bilang sambil sangul-sangul rambut saya yang terurai macam rambut singa.
"Mana ada panas, kita bukannya berjalan di gurun. Lagipun kalau awal pagi begini banyak pacat"
"Pacat?"
"Tu naa..nampak kau itu"
Lancer tunjuk ke arah satu pokok kecil. Ada beberapa ekor pacat yang sedang melekat di daun.
"Eiii.." geli geleman saya tengok pacat yang tengah bergerak-gerak atas daun itu.
Setelah agak tinggi matahari baru kami memulakan perjalanan. Nasib baik ada lagi sisa roti semalam, jadi dapatlah alas perut sebelum bergerak.
Fuh! Lega bila kami menemui jalan yang kami cari. Jalan pertama yang kami masuk semalam. Tidak juga jauh dari tempat kami tidur. Lebih kurang 15 minit begitu.
Kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke kebun tapi pulang ke rumah. Setibanya kami di rumah.
"Aduii. Pigi mana bah kamurang ini?" Mamy bilang sebaik saja kami naik atas rumah.
Saya tidak menjawab, biar Lancer yang terangkan semuanya.
Durang tahu akan kehilangan kami sebab kebetulan uncle Ary ada pulang ambil barang ke rumah tadi subuh. Muka mamy memang ketara dia punya risau. Sikit lagi durang mahu laporkan kehilangan kami di balai polis.
"Jadi macam mana, Mau ikut ke kebun ka?" Uncle Ary.
"Mau ba uncle," saya bilang.
"Nah kalau mahu, pergilah bersiap. Petang balik juga kita" aki menyampuk.
Mana saya mahu rugi, saya mahu juga merasa cuti-cuti kampung. Lagipun family kami yang lain masih lagi di sana.
Ini kali tiada lagi istilah tersesat sebab kami menaiki kereta. Taubat sudah saya ikut idea gila si Lancer.
Sampai saja kami di kebun. Tempat pertama yang saya tuju adalah pokok durian. Siok ba itu memungut. Boleh puas-puas makan.Macam-macam sudah isi dalam perut saya ni, tidak payah mahu makan nasi. Lancer pulak ikut sepupu saya yang lain panjat buah rambutan. Dia memang tidak layan durian kunun. Rugi kau Lancer sebab tidak pandai makan durian.
"Seronok?" Lancer bilang sambil duduk di hadapan saya.
"Seronok lah ba"
"Baguslah, tapi seronok lagi semalam"
"Shut up! Semua kau punya pasal lah ini. Kalau tidak tersesat semalam. Mesti boleh puas-puas di sini"
"Itu namanya pengalaman,"
"Pengalaman kunun. Pengalaman yang saya tidak mahu ulang ok!" Saya terus bangun.
"Ruth.."
"Apa lagi?"
"Masih marah?"
"Ya!" Terus saya berlalu dari situ.
Marah? Eh tidaklah bah cuma rasa geram tu memang ada.
Sempat jugalah saya mandi manda di sungai. Yang lain hidupkan api. Yahuu..panggang-panggang time!
"Nah.." Lancer muncul lagi dengan membawa piring yang berisi ikan bakar.
"Thank you" Saya ampai piring atas tunggul.
"Aikk..tidak pun di pandang tu ikan"
"Nantilah karang" saya bilang.
Mata saya tertumpu ke arah durang yang tengah aramaitii. Patutlah yang lain tadi tidak makan buah durian. Sebab mau minum. Durian dan alkohol tidak boleh bercampur. Ia boleh membahayakan nyawa. Orang bilanglah. Saya kurang pasti juga sama ada ia fakta atau mitos tapi memang kebanyakkan orang bilang begitu.
"Saya tau Ruth tidak pandai makan ikan banyak tulang" Lancer ambil tu ikan.
kemudian dia kasih pisah tulang sama isi. Berkerut dahi saya tengok apa yang Lancer bikin. Mau tebus kesalahan lah itu.
Orang bilang musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Sampai licin tu ikan saya makan.
"Wah..wah.. di sini rupanya pasangan sejoli betapuk" Hozer datang bersama sebotol arak.
"Sembarangan saja kau ini Hozer" saya sasar sikit kedudukan saya.
"Kalau betul pun apa salahnya. Kalau di kira yang sebenar-benarnya, kamu itu masih laki bini lagi tau" belilit-lilit cara percakapan si Hozer. Mabuk bah dia itu.
"Errkk.. nonsense! Sana lah kau" saya tolak badan Hozer.
"Uii..marah.. nah untuk kasi sejuk hati kau" Hozer unjuk botol minuman ke arah saya.
"Sinting bah kau ini Hozer. Aku tempeleng juga kau ini nanti"
"Hahahaha.. kuat juga kau ini ohh.. minumlah sikit.. please..please. saya janji tidak kasitau mamy kau"
"Aduii bongo!" Berabis saya menahan ketawa tengok reaksi Hozer yang sudah separuh tiang dia punya otak.
"Lancer, kau wakil kan bini kau dulu. Satu teguk pun jadilah" Lancer lagi dia kerjakan.
Tanpa membuang masa Lancer terus sambar botol arak dari tangan Hozer dan tungap tu mulut botol. Erkk. Bida muka dia minum. Ketara bukan kaki botol.
"Jadi apa macam semal....."
Belum sempat Hozer teruskan percakapan terus Lancer sumbat mulut botol ke mulut Hozer.
"Kau lagi" bilang Lancer.
Naik menyampah pulak saya tengok gaya durang dua terutamanya Hozer, mengarut saja dia punya cakap. Sekejap berbisik lepas itu ketawa terkekek. Yai! Bikin curious.
Sebelah petang kami pulang ke rumah. Sementara yang lain pulang ke bandar dan ke rumah masing-masing.
"Ruth kau kasi bangun dulu si Lancer," Aki bilang.
"Arr.." terberhenti langkah kaki saya yang mahu ke dapur.
"Kasi bangun dulu dia, makan"
Adui....bikin lemas bah aki ni tau. Saya tukar arah dan menuju ke ruang tamu. Saya tengok kesiukan Lancer tidur atas kerusi. Dia mahu lelap sekejap sebelum balik ke bandar dia bilang tadi.
Pertama tu saya kasih bangun dengan lembut tapi tidak juga bagi respon.
"Lancer bangun!" Jangan harap saya kasih bangun cara ayu-ayu sudah.
Aik! Bergerak pun tidak. Saya panggil lagi sekali masih juga sama. Tidur mati kali ni orang. kalau tidak di kasih bangun nanti apa pulak aki bilang. Tapi yang di kasih bangun ini pun satu hal. Liat!
Ok fine! Dia tidak mahu bangun. Jadi biarlah dia terus tidur. Saya cuba untuk yang terakhir.
"Lancerrrrr! Bangun.. terbakar..terbakar." saya teriak di cuping telinganya.
Nah apalagi macam orang yang kena kejutan elektrik bah dia bangun. Baru kau tahu. Hahaha.
"Arghh..." Lancer bangun dan memegang kepala.
"Siuk tidur?"
Lancer tidak menyahut, sebaliknya dia terus bangun tapi bila dia mahu buka langkah. Tiba-tiba dia berpaut di tepi tingkap.
"Are you okey?" Saya menghampiri Lancer.
Dia angguk sambil pejam mata. Macam serba salah pula saya tengok keadaan dia.
"Bagus kau duduk dulu, nanti kau rebah"
Lancer duduk semula sambil memicit kepala dia.
"Picit dulu kepala saya" dia bilang sambil menyandarkan kepala di dinding.
"Ok" Mahu tidak mahu saya terpaksa juga ikut permintaan dia.
Tenang kau Ruth, picit kepala saja pun. Saya bermonolog dalam hati.
Punya demand Lancer ni tau. Tidak boleh picit begitu, mesti picit begini. Sedap saja dia mengarah ikut selera dia.yai! Cerewet! Mau saja saya pergi dapur ambil tukul yang aki selalu pakai bikin parang. Besar gedabak pulak itu. Naik lenguh sudah tangan saya
Bila saya pandang ke arah mulut pintu dapur. Oh my! Rupanya ada penonton. Siapa lagi kalau bukan Nenek sama mamy.
"Kenapa?" Saya pura-pura bertanya.
Ehh! Senyum kambing pulak durang. Oh Gosh! Saya tidak suka tengok senyuman durang itu.
Senyuman yang penuh maksud. Lancer ni pun satu. Pening lah, itu lah, inilah. Bukan saya tidak tahu. Dia pening sebab kogutan bah itu. Siapa suruh ikut-ikut gila si Hozer tadi.
***************************
Setelah seminggu pulang dari kampung. Rutin harian saya kembali ke asal. Kerja.
Pagi ini sebelum ke kedai bunga. Saya pergi ke satu tempat. Well, saya mahu clear kan kecelaruan minda. Kalau mahu move on dengan aman. Lebih baik hadapinya dari mengelak. Kalau mengelak sampai tua bangka pun tidak akan settle.
"Thanks for coming"
"You're welcome. Sorry sebab saya lambat. Nathee mana?" Saya melabuhkan punggung di kerusi plastik.
"Dia ke tandas sekejap"
Saya sudah ambil keputusan mahu bercakap sama durang dua.
"How are you Ruth?"
"I'm good."
Rasa janggal datang bertamu. Ialahkan dulu lain sekarang lain. Dulu kalau berjumpa penuh mesra tapi ini kali agak sedikit formal.
"Saya tidak boleh lama, jadi apa yang kamurang mau cakap sama saya?" saya bilang sebaik sahaja Nathee sudah ada di situ.
"First tu kami mau minta maaf," Nathee.
"Untuk?"
"Dengan apa yang sudah jadi" Nerron.
"Sudah saya cakap kan itu hari. Antara kita bertiga tiada yang salah bah. Tidak perlu mau minta maaf atau rasa serba salah."
"Tapi kenapa kau mengelak dari jumpa kami sebelum ini?"
Saya pandang muka durang dua silih berganti.
"Because i need my own space."
"Space?" Nerron memandang muka saya.
"Yes, space" saya angguk.
Lega semuanya sudah balik ke asal. Pertemuan saya dengan durang dua minggu lalu memberikan saya satu semangat baru. Saya tidak mahu fikir lagi apa yang sudah berlalu. Biarkan itu semua hanyut di bawa arus masa.
Lancer? Dia betul-betul tunaikan apa yang dia cakap di hutan itu hari. Ada satu malam tu saya suruh dia carikan sate. Betul-betul dia carikan. Itupun tengah malam baru dia sampai di rumah sebab kereta dia tiba-tiba rosak di jalan.
"Sorry," hanya itu saja mampu saya cakap bila dia beritahu sebab apa dia lambat.
"Its ok."
"Marilah kawan saya makan" saya pelawa dia yang tengah duduk di bangku sambil memerhatikan saya memunggah sate ke piring.
Banyak juga bah sate yang Lancer beli. Tidak tahu harga berapa ringgit. Sampai mamy pun terikut kami makan.
"Lain kali saya oder lagi arr" saya bilang sebelum Lancer pulang.
"Boleh bah tapi lepas ini tiada free sudah"
"Lukik!" Saya mencebik muka.
"Good night, sweetdream Ruth Athela" Lancer bisik ke telinga saya.
Sebelum mentari muncul saya memang selalu pergi joging. Sambil buang kalori dapat juga hirup udara di pagi hari walaupun tidaklah sesegar udara di kampung.
Titt..titt.. saya menoleh ke arah bunyi hon tadi. Dia datang duduk di sebelah saya.
"Awal kau cari saya, Lancer?"
"Mana ada saya cari kau, kebetulan saja saya limpas sini tadi"
"Ya meh?"
"Iya. Perasan lah tu"
Erk! Saya perasan ka? Adeh Ruth. Kuyak oh!
"Jom sarapan sekali."
"Ermmm.."
"Jom lah, saya lapar ini"
Kami sarapan di warung yang tidak jauh dari taman awam tadi.
"Petang ini saya berangkat ke Kuala Lumpur," Lancer bilang sambil menyuap mee goreng.
"Ohh bah..take care,"
"Itu saja?"
"Yalah bah, jadi mahu saya cakap apa?" Saya bilang sambil tersenyum.
Lancer balas senyuman saya. Adui! Kenapa bah senyuman Lancer ni bikin berdebar jantung kalau di pandang Lama-lama.
Selama seminggu Lancer di sana. Rajin dia hubungi saya. Hampir setiap jam dia tanya apa saya buat melalui whatapp. Dia bosan konon dengan seminar yang dia hadiri jadi dia kacau saya untuk hilangkan kebosanan dia.
Bila dia balik, terus dia cari saya di kedai bunga. Alasan dia mahu bagi ole-ole kenen. Kebetulan juga hari ni, harijadi saya.
"Saya mahu bagi bunga tapi di sini pun banyak bunga. Maklum lah tauke bunga," Dia bilang.
"Hahaha, ada saja kau ini Lancer," saya menggeleng.
Sebelah malam dia bawa saya keluar makan-makan. Tapi bukan saya saturang, lebih kurang macam dinner family sebab mamy sama orangtua Lancer pun ada juga.
"Jadi bila la ini kamurang mau rujuk balik" Dady Lancer.
Erk!! Topik apa ini. Sikit lagi makanan yang saya tengah kunyah terkeluar dari mulut.
"Entahlah durang ini, mengkali saya ini nanti mati kempunan tidak tengok cucu. Tidak tahu bila boleh merasa jadi nenek." mamy menyampuk.
Aduii apa ni! Rujuk? Cucu? Saya sepetkan mata tengok Lancer. Tapi Lancer lansung tidak tengok saya, silaka! asyik betul dia melayan steamboat yang terhidang di depan kami. Wah! bukan main lagi durang bercakap. Itulah, inilah. Bukan apa bah, saya takut durang berharap sangat kami akan berbaik semula menjadi husband and wife. Past is past. Saya juga tidak mahu mamy sedih, cukuplah apa yang sudah saya lalui bersama Lancer dan Nerron sebelum ini. Walaupun mamy tidak cakap tapi saya tahu sedikit sebanyak apa yang terjadi membuatkan mamy sedih. Saya tidak mahu dia sedih. Saya mahu mamy happy. Punya sedap makanan malam ini terus tiada bah selera saya mahu sambung makan. Lancer ini pun satu hal. Cuba lah bah tukar topik. Ini tidak!
Masa balik, mamy tidak satu kereta sama kami, sebaliknya dia ikut orangtua Lancer. Masih belum puas bercerita kunun. Yalah itu. Kalau belum puas bercerita ajak lah bah ke rumah, kupi-kupi oreo ka. Tapi bagus juga inilah peluang saya mahu kutbah si Lancer. Muahaahaa!
"Lancer..."
"Syhh.. saya tahu apa kau mahu cakap. Kita pergi dulu satu tempat. Tidak siuk bergaduh dalam kereta, bahaya."
Aik! Macam dia tau saja yang saya ini tidak bagus mood. Saya bilang dalam hati. Tidak juga kami pergi mana-mana pun. Cuma pantai yang tidak jauh dari rumah kami saja.
"So, cakaplah apa yang Ruth mahu cakap tadi," Lancer bilang sebaik saja enjin kereta di matikan.
"Saya tidak mahu family kita salah faham atau berharap pasal kita"
"So?" Lancer memusingkan badan dia dan menghadap muka saya.
"Apa yang durang cakap tadi, saya serba salah bah Lancer, everything is over between us"
"Apa yang everything over Ruth Athela?"
"Kita"
"Saya taulah kita tapi pasal apa?"
"Kau tidak dengar apa yang durang bilang tadi? Durang masih berharap kita bersama balik"
"Hmmm... kalau saya pun masih berharap?"
"Pardon me?"
Lancer membetulkan kedudukan bangku kereta. Dia hembus nafas panjang. Kemudian dia mengadap saya semula.
"Saya berharap kita akan kembali bersama" dia sambung lagi.
Saya salah dengar kah ini? Ataupun Lancer sengaja mahu uji saya.
"Are you kidding me?"
"No.. im not kidding with you, saya serius dengan apa yang saya cakapkan ini,"
Oh God! Kalau bukan Lancer ada di depan mata, mungkin saya tampar-tampar suda muka saya. Mana tahu ini semua mimpi ka, atau khayalan semata-mata ka. Saya tidak pernah terfikir yang ini akan keluar dari mulut Lancer. Rujuk? Otak saya kosong sekarang ini. Perasaan saya? Entah! Saya tidak juga marah, tidak juga kesukaan. Seperti tiada perasaan. Sedangkan tadi punyalah saya badmood.
"Errr..Lancer, apa kau bikin ni?"
Tengah saya melayan kebingungan sendiri, saya tidak perasan yang muka Lancer sudah dekat sama muka saya. Sampai saya boleh rasa setiap hembusan nafasnya. Biarpun tempat ini agak sedikit gelap tapi saya boleh nampak mata Lancer merenung saya.
"Terlalu banyak yang tertunda di antara kita Ruth, sampai bila kita mahu macam ini? Bahagiakah kita terlalu mengagungkan ego sendiri?" Lancer bilang dengan lembut.
"But..."
Belum habis saya bercakap, mulut Lancer sudah pun mendarat di mulut saya. Terbesar mata saya. Ini pertama kali Lancer mencium saya di mulut. Perlahan-lahan tangannya memaut pinggang saya. Saya seperti terpukau. Melawan pun tidak, merelakan pun bukan juga.
-BERSAMBUNG-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top