part 22
Bertalu-talu cermin kereta di ketuk. Perlahan-lahan Saya angkat muka dari stereng kereta. Saya lap sisa airmata pakai tisu sebelum turunkan sikit cermin.
"Ruth, are you okey?"
"Saya okey Hozer."
"Buka pintu kereta kau dulu"
Dengan berat tangan saya unlock pintu kereta.
"Dari tadi kami cari kau rupanya kau di sini" Hozer bilang dengan nada risau.
"Saya mau tenangkan kepala otak yang tengah berserabut bah Hozer"
"Marilah balik. Mamy kau risau tu di rumah" sambung Hozer lagi.
"Duluan la kau, nanti saya balik"
"Saya faham perasaan kau sekarang Ruth tapi ini kemahuan kau juga kan?"
"Tapi hati saya sakit Hozer," sebak hati saya cakap begitu.
Saya biarkan airmata jatuh mengalir. Saya merelakan ini semua tapi dalam masa yang sama hati ini terasa pedih.
"Hmmm... sabarlah arr Ruth. Biarpun saya tidak berada di tempat kau tapi saya faham perasaan kau sekarang"
Hozer gosok-gosok bahu saya. Seperti abang yang sedang menenangkan seorang adik.
"Lancer..kau drive kereta dia. Emosi dia tidak stabil ni, nanti lain pulak jadi" Hozer bilang.
Lancer? Bukan Hozer saturang ka tadi? Saya bermonolog dalam hati. Terlampau emosi sampai saya tidak perasan yang Lancer berdiri di siring pintu sebelah penumpang.
"Ruth pindah sini." Lancer bersuara sebaik saja dia buka pintu kereta sebelah sana.
Saya pandang Lancer dan Hozer silih berganti. Saya angguk setuju sebab saya sendiri pun tidak yakin kalau saya boleh drive. Mungkin betul lah apa Hozer cakap tadi yang saya punya emosi tidak stabil.
Saya sandarkan kepala di cermin kereta sambil memandang cahaya lampu di sepanjang perjalanan. Lancer diam saja sambil drive. No topic lagipun saya tiada mood mau bercakap sama sesiapa.
Sampai di rumah saya terus masuk. Mamy yang berdiri di mulut pintu hanya memandang saya.
Seminggu berlalu..
Saya ingat hati ini kuat tapi ternyata saya lemah juga. Saya banyak menghabiskan masa dalam bilik. Saya terima apa yang sudah terjadi biarpun ada tercalit sedikit kesedihan. Sedih hubungan saya dengan Nerron gagal tapi saya lega dapat menyatukan dia dengan keluarga kecil nya.
"Kadangkala Tuhan bagi kita hadiah yang terindah selepas kita kehilangan sesuatu" mamy bilang sambil belai kepala saya yang berada di ribanya.
"Hmmm.."
"Mamy mau Ruth terus pandang ke depan. Jangan lagi toleh ke belakang. Biarkan itu semua hanyut di bawa arus masa"
"Kalaulah saya sekuat hati mamy..."
"You can do it Ruth,"
Saya dongakkan kepala memandang mamy.
"Jom teman mamy."
"Malas saya mau pigi mana-mana my."
"Daripada Ruth berkurung dalam bilik, bagus lagi keluar ambil angin kasi tenang tu fikiran"
Saya temankan mamy jalan-jalan. Walaupun mamy tidak cakap tapi saya tahu yang dia juga runsing. Runsing memikirkan anak dia yang saturang ini.
"Uiii my.. boleh habis ka ini?" Saya kedip-kedip mata bila dia pesan penuh satu meja makanan.
"Mamy mau makan puas-puas ni hari. " dia ketawa kecil sambil memandang saya yang tengah blur.
Saya tidak tau mau ambil yang mana satu. Semuanya my favourite food. Oh mamy.
Terhenti mulut saya mengunyah bila saya terpandang Nerron dan Nathee sedang berjalan di luar restoran.
"Ruth,"
Cepat-cepat saya alihkan pandangan bila mamy bersuara di depan saya.
"Mamy rasa kamurang mesti bercakap dari hati ke hati supaya end up dengan cara baik."
"Everything is over my."
"Ada lagi yang perlu kamu settle kan. Tiap hari Nerron datang mau bercakap sama kau tapi kau tidak mau jumpa dia."
Saya mengeluh, memang Nerron ada cari saya setiap hari tapi saya belum sedia mau berjumpa sama dia. Saya mau tenangkan diri dulu. Nerron tidak dapat contact saya sebab awal-awal lagi saya sudah block nombor dia.
-------------------------------------------
Hari baru, bulan baru dan semangat pun baru. Ceh! Saya senyum memandang ke luar jendela. Sinaran mentari pagi memancar ruang bilik saya. Setelah hampir sebulan saya menyepikan diri. Hari ini saya akan mula menguruskan kedai bunga mamy semula. Kasian mamy. Gara-gara saya, dia terpaksa uruskan dua buah kedai sekali gus. Bukan saya tidak ada rasa belas kasihan tapi saya mau memberi ruang untuk menenangkan diri.
"Not bad." Mamy tersenyum. Tengok saya yang baru sampai di ke kedai.
"Mamy rehat, biar saya yang bikin semua kerja arr my" saya ambil jambangan bunga yang mamy pegang.
Saya tidak mahu layan emosi lagi. Saya kena lawan perasaan yang berkocak. Malas sudah saya mau fikir pasal cintan-cintun, bikin pening kepala saja. Single is better!
"Apa kau bikin di sini? Kita tiada urusan lagi Nerron!" Terkejut saya tengok Nerron sedang berdiri di siring kereta saya.
"Ada! Urusan saya adalah kau Ruth."
"No manner! Pigi lah kau balik Nerron." Saya buka pintu kereta.
"We need to talk.." Dia tahan pintu kereta.
"Tiada apa lagi yang perlu kita cakapkan Nerron. Everything is over!"
"We hurt each other, terutama kau, saya sudah melukai hati Ruth" Nerron memegang tangan saya.
"Tidak Nerron.. kau tidak luka kan hati saya."
"Kalau kau tidak kecewa, kenapa kau mengelak jumpa saya selama ini?" Nerron pegang pergelangan saya.
"Enough!" saya tarik tangan saya yang Nerron tahan.
Tanpa memperdulikan dia, saya masuk dalam kereta. Saya tinggalkan Nerron yang masih berdiri di bahu jalan.
Kenapa lagi kau cari saya Nerron. Kalau Nathee tau yang dia masih cari saya nanti akan timbul cerita yang tidak sedap di dengar.hmm!
"Aikk..mamy mau pigi mana?" Saya tanya mamy yang baru turun dari tangga membawa sebuah beg pakaian bersaiz sederhana.
"Balik kampung dulu, Ruth ikut?"
"Tidak kali ni my."
Selepas mamy jalan, saya baring di sofa. On tv. Layan telenovela. Sunyilah saya malam ni, aunty Iping pun mamy angkut satu kali balik kampung.
Saya naik ke bilik. Buka almari. Saya keluarkan satu persatu isi dalam almari kemudian saya susun dalam kotak. Saya tidak mahu simpan ni semua, saya akan hantar balik sama Nerron.Satu persatu barang pemberian Nerron saya tengok.
Rasa sebak dada saya. Sepanjang hubungan kami bermacam-macam yang Nerron beri sama saya tapi jujur saya katakan sedikitpun saya tidak tertarik dengan itu semua. Saya cuma mahukan kasih dan sayang yang tulus dari Nerron. And yes! Dia cuba membahagiakan saya, dek kerana itulah saya mampu bertahan dengan Nerron biarpun perasaan cinta saya terhadap dia tidak kukuh. Bila perpisahan terjadi, kesedihan itu tetap terasa sakit juga. Bila kita sudah sayang seseorang dan takdir telah melakarkan sebuah perpisahan. Sedikit sebanyak akan tersisip rasa pedih.
"Teddy.. saya tidak dapat jaga kau lagi" saya belai-belai teddy bear yang besar gedabak.
Terimbas semula di saat Nerron bawa teddy bear tu dulu. Mengalir air mata saya terkenangkan moment bersama Nerron. Huh! I hate this feeling.
Tingtong!!.bunyi lonceng di luar rumah mematikan lamunan saya yang masih mengadap patung teddy bear. Bukan sekali tapi berkali kali lonceng tu di tekan. Bila saya terfikir mungkin itu Nerron terus saya berhenti melangkah ke arah pintu yang hanya tinggal beberapa langkah dari saya.
Saya menarik nafas lega bila lonceng berhenti berbunyi. Tapi kelegaan saya tu tidak lama bila pintu rumah di ketuk. Mulanya agak slow tapi makin lama makin kuat bunyi tu ketukan.
Takk! Terbuntang mata saya bila tombol pintu di pulas dan di buka perlahan.
Oh my! Saya lupa kunci ka pintu tadi? Cepat-cepat saya pusingkan badan mau lari ke atas. Tapi malangnya nasib bila saya salah pijak anak tangga dan terjatuh.
"Arggggghhhhhhh. Tolong..tolonggggg!!! Tolong sayaaaa.. perogol..pencuri!" Saya berteriak sekuat hati sambil cuba bangun.
Hanya ini saja yang boleh saya lakukan. Harap jiran sebelah masih belum tidur lagi memandangkan sudah lewat malam.
"Ruth..it's me"
"Tolongggg..."
"Me lah. Lancer!"
Dia tarik badan saya dan di selak nya rambut saya yang terurai menutupi mula saya. Lancer? Saya tengok betul-betul muka orang tu. Huh! Silaka!
"See.. it's me.. janganlah kau teriak macam orang histeria lagi" dia bilang sambil tarik tangan saya.
"Budu ba kau ini! Masuk rumah orang sesuka hati saja!" Saya tolak Lancer.
"Sapa suruh tidak dengar."
"Kalau iya pun. Memanggil ba pulak. Ini tidak!"
"Sorry"
Saya mencebik muka. Dia punya pasal lah saya macam orang gila berteriak minta tolong berabis tadi. His!
"Sorry ok. Mamy yang suruh datang jenguk kau di sini. Dia risau kau saturang"
Masih lagi saya memandang muka Lancer dengan perasaan geram.
"Come.. " dia tarik lembut badan saya bangun.
"Auchh!" Tidak jadi saya bangun bila hujung kaki saya rasa ngilu. Ini mesti tersalah pijak anak tangga tadi.
"Kenapa?"
"Kau punya pasal lah ini!"
"Aikk?" Lancer garu kepala.
"Awas!! kalau kaki saya tercedera arr. Saya potong juga kau punya kaki tu nanti" saya gagahkan diri bangun.
"Marilah.." Lancer cuba bantu saya.
"Tidak payah!" saya tepis tangan Lancer.
Saya duduk atas bangku yang di siring tangga. Saya tengok keadaan kaki saya. Tidak juga bengkak. Mungkin salah urat saja tadi tu. Kau tunggu Lancer!
"Nah..minum" Lancer bagi saya segelas air. Tidak perasan bila dia pergi geledah dapur.
"Thanks"
"Sorry...Mamy yang bagi kunci rumah tadi." dia duduk mencangkuk mengadap saya. Tangan dia mengusap kaki saya.
"Sudahlah.." saya bilang sambil tarik sikit kaki saya. Patutlah dia boleh buka tu pintu rupanya dia ada kunci rumah, ingatkan saya yang lupa kunci.
"Ermmm...pigilah kau rehat. Nanti saya lock tu pintu kalau balik." dia bangun.
Saya pun bangun dan melangkah ke anak tangga.
"Lancer..." saya menoleh ke arah Lancer yang masih memandang saya.
"Yes?"
"Thanks sebab kau care sama saya."
Dia angguk sambil tersenyum memandang saya.
Saya terbangun bila jam lonceng saya berbunyi. Lepas mandi apa semua turun ke bawah.
Erkk! Lancer tengah nyenyak tidur di atas sofa. Ingatkan dia balik sudah semalam.
Saya tersenyum tengok bekas orang masak mee segera di dapur. Sejak bila dia pandai makan ni semua. Dulu bukan main lagi dia pergi tapuk mee segera saya.
"Saya lapar semalam" punyalah saya terkejut bila Lancer tiba-tiba muncul di mulut pintu sambil menguap.
"Kenapa kau tidak kasi bangun saya, bulih juga saya masak"
"Tidak apalah.. lagipun kau marah sama saya juga semalam"
"Adehh Lancer... ehhh! Bukan kau bilang mau balik ka semalam?"
"Siapa bilang?"
"Belum tuli lagi saya ni Lancer. Kau bilang mau balik kan semalam"
"Ada meh saya bilang macam tu? Salah dengar kali kau itu."
Mustahil saya salah dengar. Saya sepetkan mata tengok Lancer. Dia tersengeh-sengeh sambil menguap. Yai! Bida ohh ni lelaki.
"Ruth.. ada yang boleh di makan ka? Dari semalam saya tidak makan nasi"
"Jap..." saya buka peti ais. Cari makanan yang boleh di masak. Tapi kasian. Lauk basah kehabisan stok.
"Ruth..."
"Apa?"
"Masak saja mee segera bah.. lapar sudah saya ni"
Tambah hairan pulak saya sama Lancer ni tau. Pelik bin ajaib betul.
"Kenapa kau tengok saya begitu?" Dia tanya.
"Sejak bila kau layan tu semua?"
"Sejak tiada lagi tukang masak saya"
"Erkk.."
"Cepatlah Ruth.. saya betul-betul lapar ba ini. Mau kerja lagi saya"
Sebenarnya saya jarang-jarang sudah bah layan makanan segera. Kecuali teringin betul baru saya makan.
"Macam mana Ruth sekarang? "Lancer tanya sambil suap nasi kuning.
Tidak juga bah saya pergi masak mee segera. Sempat juga saya pergi beli nasi kuning di luar tadi masa Lancer bersiap.
"Ok.. juga"
"Still love him?"
"Kasi habis kau punya serapan tu." Sengaja saya tukar topik.
"Dia lelaki yang baik.. kenapa Ruth lepaskan dia"
"Lancer, kalau boleh saya tidak mau sebut pasal tu lagi. Dia sudah ada family dia sendiri dan saya mau teruskan kehidupan dengan aman. Thats all"
Lepas Lancer jalan, saya call mamy. Amboi boleh tahan oh mamy. Dia ikut durang aunty dan uncle saya ke hulu kampung ini hari. Kebetulan musim buah-buahan. Dia mau lama sikit di sana.up to you mamy. You happy.. saya lagi lah happy.
"Sorrylah Ruth.. saya baru balik semenajung. Ada hal"
"Tidak apa bah Mika"
"Kau ok sudah sekarang?"
"Ok bah.. don't worry"
"Hmmm... serba salah saya Ruth,"
"Sebab?"
"Nerron sama Nathee minta tolong sama saya. Durang dua mau betul jumpa kau"
"Kasitau durang yang saya tidak mau di ganggu buat sementara waktu. Harap durang faham"
"But..."
"Mika..please.. don't push me now"
"Ok.. im sorry.. saya bukan push kau tapi saya mau tengok kamurang happy bah"
"Saya happy begini Mika"
"Maybe you happy but them? Durang masih rasa serba salah sama kau terutamanya bila kau tidak mahu jumpa durang biarpun sekali"
Saya hanya diam bila Mika cakap begitu. Kenapa lagi mau rasa serba salah.huh!
Selepas tutup kedai saya bawa diri ambil angin di tepi pantai yang tidak jauh dari rumah.
Saya pun mahu rasa happy, tenang dan aman damai macam orang lain. Simple life but why so complicated?
Sampai di rumah saya tengok pintu rumah terbuka. Mustahil pulak mamy sebab tiada juga kereta dia berparking. Ini mesti Lancer. Hiss! Dia ini tidak pandai balik rumah sendiri ka?
Bila saya masuk memang betul pun tekaan saya tapi bukan dia saja..
"Nerron..Nathee..."
"Ruth.. kami datang mau jumpa kau" Nathee.
"Sorry sebab terpaksa datang sini. Ini saja cara kami mau jumpa kau" Nerron.
"Apa lagi kamurang mau?"
"Ruth" Lancer menyampuk.
"Please lah.. Nerron, Nathee. Kamurang sudah pun jadi husband and wife. So antara kita bertiga tiada lagi perlu di cakapkan."
"Tapi kami di buru rasa serba salah bah Ruth." Nathee.
"Apa masalah kamurang ni arr.. semuanya sudah limpas bah...."
Betul-betul saya tidak faham sama durang ni tau. Saya tidak pernah walau sekelumit pun mau salahkan durang. Lagipun no manner bah mau salahkan sesiapa. Saya sendiri yang nekad untuk undurkan diri.
"Kamu baliklah. Kehadiran kamu di rumah ini tidak di alu-alukan. Go and be happy with new life. Go!!!" Saya bilang dengan kasar.
"Ruth...!" Lancer.
"And you too Lancer. Go back to Sandy!"
Saya naik ke atas dengan laju. Lancer ni pun bebal bah. Bikin geram dari semalam lagi.
Toktoktok!!
"Ruth.. boleh saya masuk" Lancer bersuara dari luar.
Cepat-cepat saya sapu mata saya yang ada sisa airmata.
"Masuk lah"
"Jom..keluar makan." Dia bilang sebaik saja menampakan mukanya.
"Pigilah kau makan.." saya bilang. Sedikit pun saya tidak tengok muka dia.
"Marilah..nanti kau sakit.." dia duduk di sebelah saya"
"Sudah saya makan tadi"
"Yalah itu.. sudah durang balik.. durang minta maaf sebab datang sini"
"Ermmm..."
"Are you crying?" Dia selak rambut saya.
"No lah" saya tepis tangan Lancer.
"Don't lie to me.. suara kau saja pun saya sudah tahu yang kau baru habis menangis"
Aduii..kenapa saya jengkil betul sama dia ni tau. Sibuk ohh.. angkol bawang betul!
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahaan. Tidak kiralah berpisah hidup atau mati.. rasa sakit bila berpisah tu mesti ada cuma berbeza situasi saja. Semua orang pernah melalui nya. Terpulang dari diri sendiri mau move on cepat atau melengah-lengahkan nya." Lancer bilang panjang lebar.
"Saya bukan sedih sebab berpisah dengan Nerron. Cuma saya mau bagi ruang untuk diri sendiri. Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang saya bikin."
"Tapi kau rasa sakit?"
"Honestly yes... sakit bila satu hubungan tu gagal."
"Biar masa yang merawat luka Ruth. Believe me"
"Saya tidak terluka bah bongo!"
"Hahhhaha... i miss word bongo" Lancer lastik mulut saya. Silaka!
"Buduh!" Saya tekup mulut. Sakit!
"See...inilah Ruth yang sebenar. Suka meradang..melawan.. berani... dan saya mau Ruth berani hadapi apa yang kau lalui sekarang ini. Jangan mengelak. Finish kan apa yang tergantung supaya Ruth freedom with you feeling."
Saya jeling tajam sama Lancer. Sembarangan saja dia ini bercakap.
"You can cry on my shoulder" Lancer tepuk-tepuk bahu dia.
Haissshh! Dia ni kan. Menyesal pulak saya suruh dia masuk. Mengejek lah itu.
"Janganlah kau bikin muka begitu. Bida." Dia tolak dahi saya.
"Budu! Bongo!" Saya pukul dia pakai bantal guling. Dia ingat kepala saya ni apa!
-BERSAMBUNG-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top