PART 19

Semua family sudah tau pasal kami mau bertunang. Di sebabkan dad Nerron masih sibuk di oversea, hasil perbincangan kedua belah pihak, kami akan bertunang bulan mei nanti. Means ada 3 bulan lagi untuk bikin persiapan. Kalau ikutkan hati saya mau bertunang dalam majlis tertutup dan simple saja tapi mom Nerron mau bikin grand. Nerron ni satu-satunya anak durang kan. Macam saya juga tu Nerron, sama-sama tunggal. So saya turutkan saja. Mamy pulak no komen. Yang mana baik mamy ikut saja dia bilang.

"Ruth sudah tengok tu baju?" Mom Nerron.

"Belum lagi anty." Saya bilang. Mom Nerron ajak saya ke rumah agam durang masa dia datang ke kedai bunga tadi.

"Jap arr.. ada sudah designer hantar gambar tu baju."

Mom Nerron search foto dalam fon dia.

"Baru separuh siap.. you like it?" Dia unjuk fon sama saya

"Cantik anty." Saya angguk sambil tersenyum. Serius memang cantik bah tu dress.

"Nerron banyak berubah sudah sekarang. Dulu anty pening tengok dia punya perangai. Berfoya-foya sana sini sama perempuan. Keluar masuk lokap. Macam-macamlah. Sampai anty sendiri give up mau kasi nasihat.. dan sekarang anty lega bila dia sudah berubah jadi manusia." Bilang mom Nerron panjang lebar.

"Harap dia tidak berubah balik anty"

"Harap-harap macam tulah. Dulu dia budak mendengar cakap tapi lepas bergaul sama kawan yang tidak ketentuan. Di situlah dia berubah. Bukan tidak cukup didikan tapi tidak masuk di ajar bah tu anak. Cakap kawan dia dengar tapi cakap orangtua dia kasi angin saja"

She right.. saya dulu pun macam tu juga. Terpengaruh dengan ajakkan kawan akhirnya termakan diri sendiri.hmmm.

Sepetang bersama mom Nerron tidak lah boring sebenarnya. Dia jenis orang yang suka bercerita. Sampai dia kasih tunjuk album-album zaman mudanya, gambar dia dan dad Nerron kahwin. Termasuk gambar Nerron dari lahir sampai dah besar panjang.

"Patut saya call Ruth tidak angkat. Rupanya mom dah kidnap bakal tunang saya" tengah kami rancak bercerita Nerron sampai dari kerja.

Dia duduk di sebelah saya sambil tersenyum lebar. Mana saya sedar dia ada call. Sibuk bercerita.hahhhaaa.

Nerron hantar saya balik ke kedai bunga sebab saya datang tadi dengan mom Nerron. Kereta saya masih tinggal di sana.

"Sebulan lebih lagi kan sweetie.. " Nerron bilang sambil berjalan beriringan. Tangan saya di genggam erat.

"Yup...mom kau ada bincang pasal tu majlis."

"Mom excited mau tengok kita bertunang tu sebenarnya."

"Ya.. saya nampak dia happy betul tadi" saya tersenyum angguk.

"And you?" Dia tanya saya.

"Why me?"

"Are you happy?" Dia sentuh lembut tangan saya.

"Ya.. saya happy"

"Sure?"

"Ya bah.. kau tidak percaya ka?"

"Percaya tapi no shine at you face."

"Astaga..Nerron.. ingat saya ni berlian mau ada shine bagai..hahhhaa" saya pukul lembut pipi Nerron.

Nerron tersenyum nakal. Semakin mau dekat bertunang ni senyuman Nerron tidak pernah lekang dari bibirnya. Saya tahu dia punya tahap excited melambung-lambung sekarang ni.

"Macam mana persiapan?" Mamy tanya saya.

"60% settle."

Mamy angguk. Mamy tidak banyak main peranan untuk pertunangan kami tu. Bukan apa sebenarnya. Mom Nerron sudah suruh orang urus. Lagipun awal-awal lagi mamy sudah serahkan sama mom Nerron.

Weekend tu saya jumpa Mika. Dia ajak saya datang ke restoran milik tunangnya. Sekarang ni dia sama-sama menguruskan restoran tu.

"Excited saya mau tengok kau bertunang Ruth. bertuah kau dapat anak vvip ehheee" Mika bilang

"Uiihh kau ni arrr... urangtua dia saja yang vvip. Dia sama juga macam saya ni. Biasa saja pun"

"Sebulan lebih lagi tu kan.? I can't wait owhh.. serius memang saya excited bah Ruth."

"Ahhhaaahhhaa.. saya lagi lah excited mau tengok kau kawin"

"Errrr..   on the way lah ini.. ahahhhaaa"

"Betul ba?"

"Iya...ehee"

"Im happy for you Mika" saya senyum lebar. Dalam diam sudah ada plan rupanya.

Tengah kami rancak bercerita. Terdengar seorang costumer memarahi seorang pekerja restoran. Terpaksa Mika yang kasih settle. Tidak lama lepas tu Mika datang balik. Saya pun jadi anty bawanglah menyibuk sikit ngeee.

"Biasalah.. costumer always right..salah ambil oder pun mau kecoh satu bandar" Mika bilang dengan nada suara separuh geram.

"Hmmm.. itulah. Kasian saya tengok tu pekerja kamu"

"Sepanjang saya sudah di sini. First time dia bikin salah. Itupun saya sudah suruh dia cuti sebenarnya. Anak dia sakit"

"Ohh.. kasian." Mata saya memandang seorang perempuan yang tengah mengelap meja makan.

"Jum.. masuk dalam ada saya mau kasi tunjuk sama kau"Mika tunjuk ke arah satu bilik berkaca di belakang kaunter. Mini office.

Saya ikut Mika dari belakang. Rupanya Mika mau tunjukkan persiapan wedding durang. Baru pilih tema dia bilang. Itulah dia mau minta pendapat kunun. Macam mana mau kasi pendapat sedangkan wedding saya dulu pun family yang urus.. pertunangan yang akan datang pun mom Nerron yang settlekan. Hanya separuh saja saya campur tangan. Just said what i want..money can settle it.. lebih kurang begitulah maksud dia. Hhaaahha.

"Miss bulih ka saya balik awal. Mau hantar Ethan ke klinik dulu" perempuan tadi minta izin sama Mika sebaik saja kami keluar dari bilik.

"Yalah. Itulah saya suruh kau cuti dulu. Tunggu dia sihat baru kau kerja" Mika bilang.

"Thanks miss" dia senyum tawar dan terus berlalu dari situ.

Tidak lama lepas tu saya pun mengatur langkah mau pulang. Nerron ada urusan kerja di Thailand, so no dating lerr..

Saya berhentikan kereta bila terpandang perempuan tadi tengah dukung budak kecil di bus stop yang tidak jauh dari restoran.

"Marilah saya hantar kamu" Saya bilang dari dalam kereta.

Mulanya macam dia keberatan mau ikut tapi saya bersungguh-sungguh ajak baru dia mau.

"Sapa kau punya nama?"

"Nathee" dia tersenyum tawar. Ketara sangat muka dia lesu dengan wajah polos tanpa sebarang solekan tepalit di muka.

"Owh.. kau tinggal di kawasan sini juga?"

"Tidaklah. Saya menyewa di kg Telaga."

Saya angguk. Saya tahu tempat tu. Ia kawasan setinggan. Tertanya-tanya pulak dalam hati. Kalau dia tinggal di sana..means ni budak dia bawa kerjalah kan?

Sampai di poliklinik dia terus bergegas masuk ke dalam. Memandangkan saya tiada aktiviti. Saya ikutlah dia masuk. Bukan mau sibuk tapi sebagai sesama manusia rasa belas kasihan tu tetap ada.

"Thanks miss sebab sudah tolong saya."

"Hal kecil saja ba itu. Janganlah kau panggil miss ba. Panggil Ruth saja."

"Saya balik dulu arr" dia hulur sebelah tangan mau salam saya. Sebelah lagi mendukung anaknya Ethan.

"Saya limpas juga tu tempat kau tinggal. Marilah satu kali jalan"

"Ehh..janganlah Ruth. Dari tadi saya kasi susah sama kau"

"Its ok bah.. mana ada saya rasa di susahkan. Daripada kau buang duit bayar tambang bas. Bagus lagi kau simpan tu duit beli makanan ka..apa-apa ka untuk Ethan..marilah" saya bilang lagi.

Sampai di tempat Nathee menyewa. Terasa sayu betul hati saya tengok. Rumah yang serba kedaifan. Dinding pun berlubang sana sini. Macam manalah dia mau hidup di sini. Terus saya rasa bersyukur dengan hidup saya sendiri. Saya ada segala-galanya. Tapi Nathee.. hidup di tempat begini dengan ada anak kecil. Single mother lagi. Saya kagum dengan dia. Sedikitpun dia tidak tunjukkan raut wajah yang stress.

"Dengan gaji saya di restoran ini saja saya mampu sewa. Masuk lah" dia bilang. Mungkin dia perasan kali saya pandang kiri kanan kawasan luar rumah dia.

"Yang penting ada tempat tinggal" saya senyum sambil melangkah masuk.

Saya perhatikan saja dia ampai Ethan yang nyenyak tidur atas katil saiz bujang. Ruang bilik ni agak sedikit sempit. Tiada perabot. Yang hanya ada katil kecil, sebuah meja dan tidak sampai 5 langkah dari katil di situ juga tempat masak.

Sebelum saya balik. Saya bagi dia beberapa keping not 100. Walaupun pemberian saya tidak seberapa tapi saya harap dapat meringankan sikit beban dia.

Dari apa yang Nathee ceritakan sama saya. Dia memang bawa Ethan kerja sebab tiada yang jaga. Kasian anak yang baru berusia 4 tahun itu sudah di bawa ke tempat kerja.

"Tidak ada date?" Mika ampai segelas jus honeydew atas meja sambil senyum.

"mana bulih date hari-hari. Nanti buring" saya bilang. Sengaja saya singgah masa balik tadi.

"Hhhahhaa... ada ka begitu?"

"Ini hari baru dia flight dari Thai.."

"Ohoo... patutlah rajin kau cari saya, rupanya single mingol kau di sini."

"Yoloo.. tu bah si Nathee.. dia sudah lama ka kerja sini?"

"Tidak sure juga berapa lama tapi sebelum saya datang sini memang dia ada. Kenapa Ruth?"

"Tiadalah.. saja tanya.. kasian. Bila saya tengok keadaan rumah Nathee tu hari. Sedih saya beb.." teringat apa yang saya tengok beberapa hari lalu.

"Itulah bah kan. Sometime kita lupa erti sebuah kesyukuran. Sedangkan ada lagi yang lebih susah dari kita."

"Nathee..." saya lambai ke arah Nathee yang tengah angkat piring-piring kotor atas meja.

Dia datang ke arah kami dengan senyuman.

"Macam mana si Ethan?" Saya bertanya.

"Ok sudah dia. Inilah baru masuk kerja hari ni"

"Ohh.. nah ambil lah" saya hulur beg pack kertas sama Nathee.

"Ehh..apa ini?" Dia teragak-agak mau ambil.

"Ambik..." saya bilang lagi.

Dia ambil juga tu bag pack. Tiada juga yang special saya bagi. Cuma toys untuk c Ethan. Tidak lama lepas tu Ethan muncul bersama Nathee.

"Terima kasih Anty" dia bilang sambil memegang toys yang saya bagi tadi.

"Welcome.. mari sini kawan anty makan" Saya tepuk-tepuk bangku kosong di sebelah saya.

Saya bantu dia naik atas bangku. Nathee sambung kerja dia di dalam manakala Mika tengah bercakap dalam fon di mini office.

Saya perhatikan Ethan yang tengah mengunyah makanan. Biarpun dia tiada kaitan darah sama saya. Saya betul-betul rasa kasihan sama dia. Bila dia pandang saya,
senyum malu-malu pulak dia. Saya suka tengok  muka Ethan yang comel  terutamanya part matanya yang redup.

***************************

"Fuhh..lega semua urusan di sana sudah settle. Lepas ni bolehlah saya luangkan masa sama kesayangan saya ni,. Kesian selalu kena tinggal." Nerron cuit hidung saya.

"Its ok bah.. untuk masa depan kau juga kan."

"Not  for me only but our future bah Ruth. Saya mau kasi makan anak bini saya sama hasil titik peluh sendiri"

"So sweettt... eheee" saya ketawa.

"Urang cakap betul-betul ba ini Ruth. Kau kasi ketawa saya"

"ya bah Nerron. Saya tau kau mau maju dengan usaha sendiri. Saya suka dengan perubahan positif kau."

"Banyak sudah saya buang masa selama ini.. sekarang baru terfikir mau majukan diri"

"Sekurang-kurangnya kau bukan lagi Nerron yang dulu.."

"Thanks sebab beri saya peluang.. terima saya seadanya.. luv you sweetie" Nerron cium siring kening saya.

Saya tersenyum dan membuang pandangan ke arah matahari terbenam. Bahagia kah saya?  Saya sayang Nerron tapi Love? Saya masih berusaha untuk mencintai dia. Harap lepas kami bertunang nanti perasaan cinta saya sama dia akan mekar. Puas juga saya siram-siram ni hati supaya mencintai dia sepenuh hati tapi ini bukan bibit bunga.. yang boleh di tanam dan siram setiap hari.. lepas tu tumbuh dan mekar. Ini bibit cinta. Sesuatu yang unik. Kadangkala ia tumbuh tanpa di semai.. tuptuptup terus berbunga tanpa di sedari. Like me with someone.

"Nerron pernah love kan seseorang macam kau love sama saya sekarang?" Saya tanya dia setelah dari tadi kami diam sambil memerhatikan sunsite.

"Pernah..banyak"

"Serius Nerron! Saya bukan maksudkan yang kau sayang foya-foya.. yang real love bah"

Nerron belai rambut saya dari siring. Kami ni duduk atas pasir bah itu.

"Saya pernah sayang dengan seseorang dulu..my real love.Dia berbeza dari mana-mana perempuan yang pernah bersama saya."

"Jadi kenapa kamurang break" saya mula  tertarik. Selama kami couple saya tidak pernah tanya pun masa lalu dia. Lagipun saya tau juga siapa dia dulu.

"Salah saya juga.. well you know who is me. Saya baru mau belajar berubah time tu tapi itulah bukan mudah mau berubah dalam masa yang singkat. Sometime terbabas juga."

"Kedapatan kau banyak skandal?"

"Lebih kuranglah. Dia tinggalkan saya macam tu saja."

"Still love her? Little bit maybe." Saya duga dia.

"Tiadalah... sudahlah itu kau mengurik. Jom balik. Gelap sudah ni" Dia bangun sambil  tepis-tepis seluarnya membuang  pasir yang melekat.

Tidak terasa tinggal 3 minggu lagi hari pertunangan saya dan Nerron, persiapan pun hampir semuanya siap. Berdebar tunggu masa tu tiba. Biarpun sekadar hari pertunangan tapi citarasa mom Nerron mengalahkan wedding of the year owh. Pakaian dan cincin memang awal-awal di tempah khas dari luar negara.

Nerron ajak saya lunch hari ni. Dia mau makan seafood kenen. Jadi saya bawalah ke restoran durang Mika, kebetulan durang punya menu utama memang seafood dan boleh tahan sedap juga.

Nathee yang ambil oder kami. Tapi....belum sempat saya mau pesan makanan Nerron terus berdiri.

"Jom balik." Nerron bilang.

"Aikk.. kita baru sampai ba ini. Belum pesan apa-apa lagi" Saya kehairanan.

Tanpa mempedulikan apa yang saya cakap Nerron terus jalan dari situ dan saya di tinggalkan macam tu saja. Sementara Nathee yang berdiri dengan memegang pen dan kertas turut tercengang.

"Sorry Nathee.."

Saya bangun dan ikut langkah Nerron yang sudah pun sampai di luar. Geram ok! Tadi bukan main dia bilang lapar. Sudah sampai tempat makan terus mau balik pulak. Nasib ni public..Hiss!

"Kenapa kau ni Nerron?"Saya tanya dengan rasa tidak puas hati dalam kereta.

"Nothing.."

"Kau kenal ka Nathee tu?" Saya tanya spontan.

Nerron diam. Saya pandang muka Nerron dengan rasa ingin tahu. Angin dia berubah lepas tengok Nathee tadi.

"Answer me Nerron.." masih lagi saya menunggu jawapan dari mulut Nerron.

Masih lagi dia diam sambil start kereta.

"Kau kenal dia kan Nerron! Susahkah mau jawab ya atau tidak? Tadi bukan main lagi kau lapar tapi lepas tengok Nathee kau berubah jadi begini! " saya bilang dengan nada kencang. Masih geram lagi saya sama gaya dia tadi.

"Yes i know her." Dia bilang dengan lembut.

-Bersambung-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top