Part 18
"Mikaaaa" Saya peluk erat ex class mate saya yang comel loteh ni.
"Rindu saya sama kau Ruth.. setahun lebih tidak face to face"
"Ya bah kan..."
Mika baru sebulan lebih mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki Sabah. Orang sini-sini juga tu tunang dia. I'm happy for her.
"Takdir kan Mika.." saya bilang bila Mika menceritakan serba sedikit detik perkenalan dia dengan tunangnya.
"Kann.. kau bila lagi? macam mana dengan mr Adam Smith?"
"So far ok lah.. tiada yang menarik pun..kau lah yang suprise.. tup..tup dah jadi tunangan orang"
"Ok jerr?"
"Iya..ok jerr" saya ajuk percakapan Mika.
Banyaklah kami cerita. Almaklumlah dah lama tidak bercerita. Selalu juga kami berhubung tapi tidak lawan cerita depan muka.
"Ohh ya..kemarin saya satu flight sama sir" dia bilang lagi.
"Sir? Sir yang mana satu?"
"Alahh... sir Lancer..kazen kau tu"
"Ohhh... jadi bertegurlah kamurang?" Sudah lama tidak dengar kabar pasal my duda hahaaahha.
"Ada lah sikit.. rupanya dia tidak jadi lecturer sana lagi."
"Owh..baru pulak saya tau"
"Apalah kau ni Ruth. Cerita family sendiri pun kau tidak tau" Mika menggeleng.
"Kau fikir saya ni fbi,cid.. interpool mau siasat pasal family. Lain la kalau macam kau itu anty bawang hhahaha" saya suap mee goreng ke mulut.
Bila Mika sebut pasal Lancer. Entah apa cerita dia sekarang. Saya tidak mahu terbuai dengan kisah silam sebab tu saya jarang bercontact sama dia. Kalau dia whatsapp baru saya balas. Itupun balas sekali dua jak, lagipun saya tengah push diri buang Lancer dan menerima Nerron dalam hati.
🎄🎄🎄
Celebrate Xmas kami di kampung saja. Sebab durang angkol dan anty saya balik kampung ni tahun. So happy lah sebab berkumpul ramai-
Punya terkejut saya tengok Lancer berada di ruang tamu bercerita sama aki. Saya kedip beberapa kali mata, ingatkan khayalan saya saja tapi memang betul ba pulak c Gurok.
"Aikk.. bila kau sampai Sabah?" Saya maniskan muka dengan senyuman sambil melabuh kan punggung sebelah mamy. Biarpun saya tau dari Mika yang dia sudah ada di sini.
"Bertahun-tahun sudah ni Ruth.. " Lancer ketawa.
"Aduii.. kunun..." Saya mencebik muka.
"Bahh.. kamu cerita-cerita la arr.. saya mau pigi belakang dulu kijap" terus aki tinggalkan kami berdua.
"So how?" Lancer bertanya.
"What ?"
"Mamy bilang kau suda ada bf? " Lancer.
"Hhahahha.. jadi kenapa la kunun?"
"Saja tanya.. Ruth happy sama dia?"
"Aduii macam pulis juga kau ini..banyak tanya"
"Mesti la bah.. saya mau pastikan janda saya jatuh ke tangan urang yang bagus."
"Ya.. saya happy.. puas?"
"Belum puas hati selagi saya belum jumpa tu urang"
"Ada saja kau ini Lancer." Saya menggeleng sambil tersenyum.
Kami berbual kosong. Random topik sebenarnya. Tidak lama lepas itu dia pun balik. Saya hantar dia sampai luar rumah. Saya pandang Lancer dari atas. Ketara bah kurus badan Lancer sekarang.
"Tidak berkedip mata kau tinguk dia arr.. kalau mau kasitau saja bah. Bulih rujuk balik" bahu saya di tepuk lembut oleh hozer.
"Sot" saya jeling dia tajam.
"Adedeh..kenyataan la itu kan" dia senyum sumbing.
"Tiada tu..merepek saja"
Biasalah kalau sudah namanya perayaan. Rumah durang aki ni mana pernah kosong. Ramai tetamu yang datang, dari jauh pun ada juga. Keluarga besar gitu.
Saya balik ke bandar selepas dua hari xmas berlalu. Mamy masih di kampung lagi. Ialahkan jarang-jarang jumpa family. Mestilah mau lama cuti. Saya pulak tidak boleh lama sebab musim perayaan ni banyak orang datang ke kedai bunga. Kasian perkerja tidak cukup tangan bikin kerja.
"Ingatkan miss lama cuti" Ain bilang.
"Tidaklah.. ramai costumer datang semalam Ain?"
"Ramai juga... ehee" Ain tersengih menampakkan sebaris gigi nya.
"Sorry ganggu kamurang..." Nerron muncul.
"Ok bah.. miss saya ke belakang dulu arr" Ain terus cepat bergerak dari situ. Senyum lagi tu.
"Rinduuuuu" Nerron peluk saya dari belakang.
"Baru 4 hari saja pun"
"Ialah..mentang-mentang celebrate xmas di kampung. Terus lupa sama orang sini"
"Mula lah itu..." saya cubit lengan Nerron.
"Jum keluar..malam saya ambil Ruth arr"
Saya pandang muka Nerron sambil angkat kening. Mana tidaknya mata Nerron macam mata pari saja tu saya bayangkan. Berkedip tanpa pergerakan.
"Opps! sorry.."
Tengah kami beromantik dalam kedai. Ada suara menyapa. Bukan berkiss bagai arr. Cuma pegang tangan saja pun.
"Tidak juga bah Lancer.. bah duduk kau arr" saya bilang sambil tolak sikit tangan Nerron.
"Saya kenal kamu..." Lancer pandang ke arah Nerron.
"Hye bro.. Nerron..bf Ruth" Nerron hulur tangan.
"Ohh..i see.. i'm Lancer.. maybe you know who is me, right?"
"Yes..i know who you are.."
"Jaga dia bagus-bagus. Kalau kau kasi sia-sia dia. Orang yang akan kau hadap adalah saya. Ingat tu!" Lancer.
"I will try bro.."
Saya pulak macam saksi durang dua saja. Tidaklah tegang suasana cuma Lancer bercakap berbaur amaran. Soft warning beh.
"Ruth... tulung pilihkan bunga untuk special friend." Lancer bilang.
"Untuk lelaki atau perempuan?"
"Special girl.."
"Jap arr.."
Saya pilih beberapa jenis bunga yang sesuai untuk teman tapi mesra, kemudian saya susun cantik-cantik. Special friend arr Lancer..sempat lagi saya berfikir... arghhh.. jangan sibuk hal orang Ruth bentak hati kecil saya.
"Ada kau mau tulis?" Saya tanya.
"Ermmm.. ada.. I love you but you never understand me" Lancer bilang bersahaja.
Bunga untuk pujuk gf rupanya. Masa dia bercakap mata dia tengok fon. Wait! Sandy pun ada di Sabah ka? Dehh..sempat lagi ba saya mau menyibuk pasal hal orang.enough Ruth! Lancer bukan urusan kau lagi. Kau dah ada Nerron.. mata saya memandang ke arah Nerron yang hanya duduk diam di bangku.
"Nanti saya ambil ni bunga.."
"Ok"
Lancer terus keluar dari kedai. Saya simpan bunga Lancer di rak tempat simpanan oder orang.
"Nerron..."
"Yeah..why?"
"Kenapa kau diam saja dari tadi?"
"Tiada apalah.."
"Are you jealous?"
"No lah..."
"Are you sure?"
"Yup.. dia kan past kau..so bikin apa mau jealous."
Nerron memang tau juga saya dan Lancer kahwin sebab family tapi dia tidak tau semuanya. Bukan Nerron saja, mamy dan family saya yang lain pun tidak tahu apa-apa. Yang durang tau kami berpisah secara baik atas kerelaan diri sendiri.
**************************
"Jadi macam mana?" Nerron menunggu jawapan.
"Macam terlampau cepat pulak ni Nerron.. baru 6 bulan bah kita couple"
"Hmmhhh...Ruth.. just tunang saja bah. Bukan kahwin terus" dia bilang.
Aduii migrain terus kepala saya bila Nerron ajak bertunang. Memang kami sudah kenal lama tapi kami masih dalam fasa kenal hati budi masing-masing. Biarpun bertunang saja, keputusan macam tu kena fikir masak-masak. Lagipun baru setahun lebih juga saya dan Lancer bercerai. Saya sudah bersedia buka hati untuk insan yang bergelar lelaki tapi untuk step lebih serius saya belum sedia lagi.
"Ikut kata hati Ruth. Mamy tiada halangan juga. " mamy bilang
Tadi Nerron ada bercakap pasal ni sama mamy. Cuma saya belum bagi keputusan lagi. Family Nerron tidak pernah menghalang hubungan kami biarpun durang tau status saya ni apa. Tiada halangan dari kedua belah family. Cuma hati saya belum mau. Saya mau bercouple..kenal antara satu sama lain.
"Nerron.. bagi saya sedikit masa ba.. bertunang bukan pekara main-main." Saya bilang.
"Saya bukan main-main juga sama kau bah Ruth. Saya mau hubungan kita lebih ke fasa yang lebih serius. Saya tau kau belum mau kahwin sebab tu saya mau bertunang saja dulu"
"Saya takut relay kita gagal"
"Jangan bilang begitu.. saya tidak akan lukakan hati Ruth. I only have you.. kan saya sudah bilang dari hari tu lagi. Saya bukan Nerron yang dulu"
"I know bah..biarpun kau tidak cakap. Saya tahu kau sudah berubah. Saya happy dengan tu semua"
"Hmm.. do you love me?"
"Why you ask me like that?" Saya tanya Nerron balik.
"Sebab kau tidak pernah sebut i love you sama saya"
Saya terdiam. Kenapa lah Nerron mau timbulkan tu isu.
"Saya balik dulu lah Ruth. Lagipun saya tinguk kau macam mau tidak mau saja melayan sama saya. Well... saya ni menganggu saja sama kau kan" dia bilang lagi.
Tanpa menunggu saya beri respon Nerron terus keluar macam tu saja dari kedai. Aduii apahal lah Nerron ni bertebiat begitu. Merajuk tidak tentu pasal. Hiss! Pandai juga tu dia sejuk sendiri. Tidak kuasa saya mau layan tu karenah, bukan juga saya ada bikin salah sama dia.
Mau seminggu lebih Nerron merajuk sama saya. Macam budak kecil pulak tu gaya dia. Saya call pun dia bercakap bergitu saja. Whatsapp pun macam malas saja dia menjawab. Kadang terbiar begitu saja tanpa dia balas.
"Lama pulak mamy tidak tengok Nerron datang sini. Outstation ka dia?"
"Tidaklah. Sibuk mengkali dia" saya bilang sambik susun bunga.
"Mengkali?" Lain macam ohh mamy bercakap.
"Ya my..."
"Atau kamurang bergaduh?"
"Lebih kuranglah my."
"Hmmm... pasal apa?"
"Pasal dia bawa saya bertunang. Bukan juga kami bergaduh cuma dia sangka saya tidak sayang sama dia. Macam budak kecik"
"Kalau Ruth mau tau. Bila seseorang sudah sayang kita, sometime timbul juga perangai pelik dia..Ruth cintakan Nerron?"
Ini lagi satu orang.. oh mamy.. mestikah cinta itu di zahirkan dengan kata-kata. Saya lebih suka tonjolkan rasa sayang terhadap seseorang melalui perbuatan bukan word semata-mata. Setiap orang ada cara tersendiri menyayangi seseorang.
"Mamy tengok Nerron tu yang lebih-lebih sayang Ruth tapi Ruth macam tiada feeling sama dia. Ingat Ruth, kalau Ruth sayang dia. Jangan biarkan dia tertanya-tanya sejauh mana Ruth sayang dia. Tunjukkan dan buktikan yang cinta dia berbalas"
"Uihhh mamy ni kalau pasal cinta memang pakar owh" saya terus peluk mamy kesayangan saya.
"Bukan pakar, cuma mamy mau Ruth jangan biarkan satu hubungan tu menjadi hambar. Kalau sudah hambar dan macam tiada perasaan. Kamu berdua akan terluka suatu hari nanti."
Lepas saja tutup kedai saya pergi cari Nerron di office dia. Saya tidak mau lah berpanjangan tu rajuk dia.
Saya tunggu dia di luar office. Saya tengok masih juga kereta dia berparking. So memang dia masih di dalam lah itu. Harap rajuk dia sudah reda lah itu..
"Hye.." saya melambai sebaik saya tengok dia menuju ke arah kereta.
"Ermmm.. hye." Dia bilang tanpa memandang saya.
"Nerron.. kau masih merajuk ka ini?"
Dia angkat bahu sambil senyum sinis. Apalah itu maksud senyum begitu. Hiss!
"Apa kau bikin di sini?" Dia tukar topik.
"Mau jumpa kau la bah"
"Tidak payahlah. Pigi lah kau balik. Rehat" dia bilang. Duii panas pulak saya sama gaya Nerron ni tau.
"Nah..yalah bah.. saya penat2 tunggu kau di sini tapi begitu pulak kau arr"
"Saya tiada suruh kau tunggu pun."
"Ok fine!" Saya terus jalan menuju ke arah kereta saya yang tidak jauh dari situ.
Fikir Nerron mau pujuk saya? No manner bah. Dia terus kasi biar saya jalan. Menyesal saya datang. Bukan pulak kedatangan saya ni untuk kasi sejuk hati dia tapi kena halau pulak.
Saya start kereta dan jalan. Tapi... tu naa kereta Nerron ikut juga dari belakang. Sengaja saya drive ke tepi laut. Siuk tu petang begini ambil angin sepoi-sepoi bahasa.
Nah memang Nerron ikut ba saya sampai sini. Saya duduk saja dalam kereta sambil menikmati tiupan angin.
Toktoktok. Cermin kereta saya kena ketuk. Nerron yang ketuk. Saya unlock pintu terus dia masuk.
Diam saja kami dalam kereta. Saya buang pandangan ke arah laut yang terbentang luas. Nerron kejap tengok saya, kejap tengok laut. Saya dengar juga bila dia lepaskan keluhan.
"Sorry sebab cakap begitu sama Ruth.." dia bersuara.
"It's ok.." masih lagi saya tidak pandang dia.
"Saya sibuk beberapa hari ni.. " dia bilang lagi.
"Ok"
"Sebab tu saya tidak datang cari Ruth"
"Ermmm..yalah"
"Ruth..."
Dia tarik lembut tangan saya dan di kucup nya lembut. Dia sisip jari jemarinya di celah jari saya.
"I miss you"
"Kunun..." saya bilang.
"No... saya memang rindu tapi itulah saya banyak kerja baru2 ini"
"Yalah itu... saya tau kau itu merajuk"
"Hmmmhh.. salah satu sebabnya juga tu saya tidak cari Ruth. I give you space"
"Space for what? Kalau beginilah perangai kau Nerron. Macam mana kau manage masaalah yang akan datang? Sulk bukan cara terbaik untuk kasi settle masalah."
"I know it.. sorry sweetheart.."
"Sorry kunun.. lepas tu kau merajuk lagi lah itu"
"No.. first and last lah saya merajuk..ok sweetie" dia cium-cium tangan saya.
"Promise?"
"Yes..promise"
"Saya sayang kau ba Nerron.. jadi janganlah kau kasi serabut relay kita sama perangai yang tidak tentu"
"Ok sweetie.."
"Pasal pertunangan tu... saya sudah fikir masak-masak"
"Tidak payahlah sebut pasal tu... saya yang salah sebab push Ruth untuk bertunang. Tidak akan lari juga gunung di kejar.. saya akan tunggu sampai Ruth bersedia "
"No.. saya sudah bersedia untuk....bertunang" saya kasi kecil suara ayat bertunang.
"Pardon me. I can't hear what you said.."
"Hiss.. pura-pura lagi kau situ. Cancel lah apa saya cakap tadi"
"Serius saya tidak dengar. Kau sebut mau kawin ba tadi kan"
"Kau ini Nerron..apa pulak kawin."
"Hahaha... please said again.."
"Malas saya sama kau ni Nerron.."
"Its ok. Saya mau call mom suruh bincang pasal wedding kita" dia ambil fon dalam poket seluar dan terus skroll skrin fon.
"Bertunang ba Nerron bukan kahwin" Saya rampas fon dari tangan dia. Nanti betul-betul pulak dia kasitau begitu.
"Haaahhha... saya sengaja bah itu... sapa suruh bercakap macam orang yang sesak nafas."
Saya mencebik muka. Nah kan memang sengaja dia kasi kena saya tadi.
"Thank you..." dia tersenyum. Terserlah keeklasan senyuman dia.
"Tapi tu...."
"Syhhhhh... hanya bertunang saja ok Ruth. Saya tau apa kau mau cakap. Saya akan tunggu Ruth bersedia baru kita fikir pasal kahwin arr.. saya cuma minta kita bertunang saja supaya hubungan kita lebih terjamin dan separuh diri kau adalah milik saya. Happy ka, sedih ka or whatever situation we share together"
Terharu saya dengar Nerron cakap begitu. Saya terima untuk bertunang dengan Nerron bukan sebab saya mau ambil hati dia. No. Saya terima sebab saya betul-betul mau mulakan hidup baru dengan lebih serius. Saya tahu hati dan perasaan saya belum kukuh untuk Nerron tapi saya akan cuba untuk lebih menyayangi dia. Bukan memaksa hati tapi tidak salah mencuba. Lagipun Nerron sudah bersungguh-sungguh mau berubah dari sikap gila-gila dia dulu.. saya tahu bukan mudah mau berubah menjadi baik dan bukan semua orang boleh berjaya berubah ke arah lebih baik.
-BERSAMBUNG-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top