part 16


Masa saya masuk dalam rumah. Mamy sudah stanby duduk silang kaki di bangku. Terflash balik muka mamy masa saya kena tangkap dulu. Nah lebih kurang begitulah  dia punya muka sekarang. Marung saja.. sempat lagi saya imagine muka mamy tu macam gunung berapi yang meluap luap mau kasi muntah laharnya. Eheee.. ketulahan kau Ruth.

" Ruth cerita apa sebab kamu bercerai" dia bilang. Tidak juga kencang suara mamy. Fuh lega sikit.

"Sebab ini kemahuan kami dua my. Bukan dari Ruth atau Lancer saja.. hal ini memang sudah kami bincang masa baru kahwin dulu.."

"Adehh..Ruth mamy terkejut kenapa bulih jadi begini"  mamy garu kepala.

"Kami berpisah pun dengan cara baik.."

"Kamu tau ka yang sebuah perkahwinan tu ikatan paling suci.."

"My.. i know it.. tapi bukan semua hal bulih di paksa ba my."

"Macam manalah saya mau kasitau durang aki kau di kampung nanti.. mau mengadap urangtua Lancer lagi. Baru kamu dua bikin keputusan bukan ada bincang sama family.. ikut kepala kamu dua saja. Lancer ni pun satu... macam budak2 tidak bulih berfikir secara matang.. nah terkena lagi sama kau bebal bertingkat tingkat.. " panjang lebar mamy bercakap.

Saya ceritalah serba sedikit punca perpisahan kami tapi saya tiada pun petik pasal Lancer dan Sandy. Saya tidak mau hal ini menjadi besar. Nanti lain pulak jadinya. Cukuplah saya kasitau yang kami tidak serasi bersama. Selebihnya biarlah saya simpan dalam lipatan hati.

"Mamy tidak yakin sama kau Ruth.  Nanti mamy mau bercakap sama Lancer"

Ghulp! Ini yang tidak best, nanti Lancer cakap lain. Tanpa membuang masa terus mamy video call Lancer.. mau bercakap face to face bilang mamy. Susut sikit muka Lancer. Ehh orang bahagia pun boleh kurus meh.

Bila mamy mula mainkan peranan seperti penyiasat pencen. Saya mula gelabah... tapi Lancer jawab slumber saja. Nasib baiklah jawapan Lancer lebih kurang sama. Tiada keserasian dia bilang.  Dia juga minta maaf sama mamy atas semua yang sudah jadi. Tidak henti-henti mamy mengeluh, menggeleng masa dia bercakap sama Lancer.

"Mamy marah?" Saya bertanya setelah dia habis bercakap sama Lancer.

"Mau marah pun tiada guna. Benda suda jadi" dia bilang.

"Mamy jangan risau sama saya.. saya ok bah my"

"Ruth sudah sedia dengan life sebagai miss J? " tu dia soalan cepu cemas mamy.

"Tiada masalah bah itu my. Miss j ka, miss universe ka.. life still same bah my"

"Mamy risau kalau Ruth nanti down gara2 pandangan orang"

"Hiss biarlah durang my. Lagipun saya tengok  miss j di luar sana durang ok saja pun. Tidak juga durang kena sisih. Hanya segelintir saja bah itu yang berpandangan negatif"

Nasib tidak juga mamy kasi panjang-panjang ni hal. Lega la bah kan semua tu sudah pun berlaku dan saya pun tidaklah mau sedih sangat atas penceraian ni. Saya anggap itu semua sudah suratan takdir lagipun ini yang saya inginkan. Freedom life tanpa terikat dengan sesiapa. Sesiapapun yang berada di tempat saya mungkin akan bikin keputusan yang sama. Saya mengundurkan diri demi mereka berdua.. harap Lancer dan Sandy menikmati kebahagiaan yang telah lama tertunda. And im happy buat begitu. Sekurangnya saya dapat menyatukan mereka berdua.

Setiap hari saya kuatkan hati up kan lagi semangat untuk menempuh hari-hari yang akan datang. Love?? tunggu dulu lah bercinta2 tu.. happy bah single..saya mau spend time sama mamy puas2. tunggulah kalau ada lelaki jatuh dari langit baru saya pergi pikat..ngeeee..

"Bisuk mamy mau balik kampung dulu"

"Bah.. saya tidak dapat ikut tu my. Mau jumpa pembekal untuk branch kita yang satu lagi"

"Nahh.. yalah.. kalau sempat pergi balik juga tu saya"

Saya ada juga balik kampung jumpa durang sana tapi itu sebelum mamy tahu pasal saya dan Lancer. Ini kalau mamy tercerita sama durang boleh kecoh juga tu. Mana tidaknya. Kira pecah rekod juga ni. Tradisi family gagal di pertengahan jalan ba itu. Mau buat macam mana sudah begitu jalan cerita dia 😂.

"Ain.. nanti kau susun semua bunga tu dalam pasu sana arr.. saya mau keluar lunch dulu" saya pesan staff saya.

"Ok miss.."

"Sama kalau pembekal yang satu lagi sampai. Kau suruh durang tunggu arr.. tidak lama juga saya pigi makan"

Saya pergi ke sebuah restoran yang tidak jauh dari kedai. Sakit sudah ulu hati saya menahan lapar. Jam 3 petang baru terasa makanan. Ini bukan lunch suda tapi tea break ohh.

"Bulih duduk sini?"

"Astagaa.. terkejut saya eeeiii"

"Dari tadi saya perhatikan kau.. ingatkan pelanduk dua serupa.. macam orang kebuluran saja saya tengok..hahaha"

"Hiss! Kau ini.. saya lapar ba ini Nerron"

"Bahh..yalah.. bila kau balik?"

"Masuk 6 bulan sudah saya balik sini.."

"Uihh.. kau arr.. balik sini pun tidak kasitau"

"Lupa..ehee"

"Kau tukar nombor ka sudah? Saya ada try call kau dulu tapi tidak dapat"

"Ya.. lepas saja settle hal sama Brian hari tu.. terus saya tukar. Takut nanti dia kacau saya"

"Ohh.. i see.. so bila kau balik sana?"

"Tidak lagi.. sini lah ini saya Nerron. Urus kedai bunga mamy saya"

"Uikk.. adalah orang merindu tu nanti"

"Adehh..ada saja kau ini.. sorry lah Nerron saya terpaksa gerak dulu ni" saya tengok jam tangan. Setengah jam sudah saya di sini.

Selepas berjumpa dengan Nerron di restoran tu hari.. dia ada juga jenguk saya di kedai.

"Santai saja tempat kau ni Ruth..kalau di office serabut fikiran"

"Alaa Nerron... kalau di bandingkan kedai bunga sama company kamu.. macam langit sama bumi bah Nerron"

"Kau fikir senang ka urus company.. sakit utak bah, bagus lagi begini.. relax saja bikin kerja"

"Nahh.. berganti lah kita dua.. jadi boleh lah kau hari2 hantar bunga free sama skandal2 kau"

"Boleh bah... lagipun saya tengok staff kau cun semua.. bulih cuci mata"

"Hahahahh.. tidak pandai berubah perangai buaya kau kan Nerron" saya geleng kepala.

"Biasalah bah.. enjoy life time bujang.. kalau sudah kawin mana ada point bikin begitu..terbang periuk kuali dari dapur nanti."

"Yalah itu...boleh meh kau setia sudah kawin nanti? Macam tidak yakin saja saya sama kau ini. Buaya is buaya.. mana pulak buaya tukar jadi biawak."

"Bolehh bah.. manusia boleh berubah Ruth..  sebab itulah enjoy berabis masa bujang.. ermmm laki kau apa kabar? " Nerron ubah topik.

Saya hanya diam dan lontarkan senyuman sama Nerron. Saya dan Lancer tiada lagi bercontact. Adalah lah dia tanya kabar masa saya baru sampai sini  dulu tapi lama kelamaan tiada sudah. Saya pun tidaklah mau ganggu life dia. Kami sudah ada jalan kehidupan masing-masing.

"Siapa lelaki yang datang beli bunga tadi tu Ruth?"

"Lelaki yang mana satu? Ramai costumer lelaki ni hari bah my"

"Ada bah yang beli bunga ros merah 100 kuntum tu tadi"

"Ohhh.. Nerron.. kenapa my?"

"Macam mamy pernah tinguk tapi lupa2 ingat"

Berkerut dahi mamy mengingat. Erkkk mamy pernah tengok meh tu Nerron? Sedangkan masa kena kami kena tangkap tu pun bukan satu lokap pun.. errmm tapi tidak mustahil lah.. mamy tu kalau bab kurik mengurik memang paling manang bah itu.

***************************

Sekarang ni semua family saya sudah tau yang saya dan Lancer sudah bercerai. Jenuh juga telinga saya kena tanya macam-macam.kena wash lagi.. Orang tua Lancer ada juga jumpa saya. Durang salahkan Lancer dalam hal ni. Lancer gagal pertahankan rumahtanggalah.. main2 sama perkahwinanlah.. langkah tradisilah. nek Inang tidak amanlah.. aduhaii saya pulak yang jadi serba salah.. saya sedaya upaya jelaskan sama durang.. So..Macam mana saya terangkan sama mamy begitu juga saya jelaskan sama orangtua Lancer. Saya tidak mahulah Lancer di persalahkan dalam hal ini. Lagipun ini keputusan kami berdua juga. Bukan Lancer suka2 kasi cerai saya kalau bukan saya yang kasih mula dulu.

Tapi itu pada mulanya sajalah.. lama kelamaan durang senyap juga. Kira hot sekejap saya dikalangan family. Nasib semuanya berlalu dengan cepat dan   sudah settle.. takut juga kalau gara-gara hal ini ikatan kekeluargaan jadi renggang dan yang paling sandik bergaduh sesama sendiri.. syukurlah tidak juga begitu.fuhh lega beh.

Nerron tau juga saya sudah bercerai. Bila dia tau saya ni single and available.. makin  rajin Nerron jumpa saya.. sebelum ni dia jarang2 datang kecuali singgah beli bunga baru dia lepak sekejap. Dia tidak mahu di tuduh goda wife orang dia bilang.. tapi sekarang malar pulak datang.. bukan lah setiap hari tapi seminggu adalah sekali dua dia datang. Ajak makan lah.. sembang2 di kedai lah.. sampai mamy dapat hidu keakrapan kami.

"Hati2 kalau berkawan sama orang Ruth.. mamy tidak juga halang Ruth berkawan dengan lelaki tapi pandai2lah" mamy nasihatkan saya.

"Kami kawan jak my.."

"Mula tu mimang lah kawan..lama2 lain jadinya"

"Mamy..."

"Ruth sudah besar panjang.. apa pun Ruth bikin sekarang mamy tidak akan masuk campur.. yang penting Ruth happy.. mamy lagi happy" dia senyum..kelihatan garis kedutan di siring matanya. Tapi bagi saya mamy sentiasa cantik.. like always.

"Thanks mamy.. Ruth janji tidak akan kasi sakit utak mamy macam dulu.. mau masuk 23 tahun ba saya ni my" saya kiss kedua belah pipi mamy dan terus peluk erat dia.

"23 kunun tapi gaya manja tidak pandai berubah" mamy cubit lembut pinggang saya.

"Well.. itu kan sudah sebati sama saya. Kalau bukan sama mamy.. sama siapa lagi saya mau bermanja."

"Adedeiii.. kau sama Lancer ada juga bercontact?" Erkkk.. soalan apa lagi ni mamy.

"Tiada.. napa my?"

"Sengaja tanya.."

"Ohh.. saya tidak mau ganggu dia lah.. nanti gf dia cemburu.."

"Aikk..macam mana kau tau dia ada gf?" Lain tu nada suara mamy bertanya. Macam dia mau tau betul.

"Saya agak saja.. orang handsome.. ada kerjaya bagus.. siapa yang tidak mau kan.. bersusun tu perempuan mau pikat dia"

"Ermmm.. ada bah orang tidak mahu sama dia.. salah seorang daripadanya Ruth lah.." Slumber saja mamy cakap begitu.

Ehhh.. itu bukan tidak sudi bah my.. itu undur diri dengan cara paling hormat..hhhhaaaha. tapi saya cakap dalam hati.. uihhh.. bercakap sama mamy mesti mau hati-hati juga ni. Karang saya tersalah cakap.. kena siasat lagi kami dua Lancer nanti.

Tinggg!!! Whatapp.

-happy birthday 23 years old budak kecik..opss sorry.. happy birthday Ruth Athela-

Punya lama saya tidak berita dia, hari ni dialah orang pertama wish my birthday.  Tengah malam buta lagi tu. Tahun lalu saya sambut birthday sama dia juga.

-hahaha.. budak kecik arr..thanks Lancer..-

-aikk.. belum kau tidur. Saya video call boleh?-

-boleh bah-

-jap arr-

Saya tunggulah video call dari Lancer. Adalah beberapa minit saya tunggu. Bila muncul muka dia terus saya lambaikan tangan dan say hai sama senyum lebar lagi. Dia pun balas juga dengan senyuman.

"happy birthday to you.." dia bilang.

"Thanks again.. kenapa kau macam pucat? Kau sakit ka?"

"Ya.. baru saja ni sihat dari demam.. kau sihat juga?"

"Sihat bah.."

"Kau diet ka? Kurus saja saya tengok" nah saya lagi yang kena tegur.

"Hello.. diet tiada dalam kamus hidup saya arr.."

"Ohh..hhaahaa.. ingatkan kau diet.. sebab macam mengecut saja badan kau saya tengok" Dia ketawa.

"Hiss.. ada ka begitu.." saya ikut Lancer ketawa.

Lama juga kami berbual tapi bual biasa sajalah.. ada juga kami sentuh topik pasal family kami. Rupanya dia pun teruk juga kena wash.. sampai orangtua dia pergi jumpa dia di sana bah..

Lancer suruh saya jangan risau pasal tu. Dia sudah settlekan juga semuanya.. termasuk sama durang aki di kampung. Patutlah durang senyap sudah sekarang.

"Saya mau rehat dulu ni Ruth..mengantuk"

"Bah.. yalah.. jangan lupa makan ubat"

"Ok. Ruth tu jangan terus menyepi bah.. tanya2 la bah kabar saya di sini"

"nanti gf kau cemburu sama saya."

"Hahaha.. sporting juga bah dia Ruth."

Setiap tahun ini hari yang paling special...saya bagi mamy present ok.. terbalik kan? Hihihihihhi. sebenarnya bagi saya lah kan setiap kali birthday ni..orang yang paling layak terima hadiah time birthday  adalah orangtua kita.. terutamanya mamy kita. Dia yang bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia.. so dia memang layak menerima hadiah setiap kali kita birthday. Tanpa dia kita tidak akan ada peluang melihat dunia.

"Ruth... ada kawan kau datang tu.." mamy bilang.  Saya baru siap mandi lepas balik dari kerja tadi.

"Siapa?"

"Nerron"

"Ohh.. jap"

First time ni Nerron ke rumah saya. Dulu kalau mengambil sama saya di luar pagar ataupun di persimpangan luar sana.

"Anty.. saya mau bawa Ruth keluar boleh ka?" Nerron bilang setelah  bertegur sapa dengan mamy tadi.

Mamy  tengok saya yang duduk di sebelah dia. Erkk.. kenapa pulak Nerron ni bertebiat tiba2 mau bawa keluar baru minta excuse lagi sama mamy. Aiyahh.. apa da hal kau ni Nerron.

"Pigilah tapi jangan balik lambat"

"Ok anty."

Pergi manalah Nerron bawa saya ni. Malas juga saya jalan tapi dia sudah datang ke rumah jadi kasian pulak. Rupanya dia bawa celebrate birthday saya.. adedeh.. 

"Sebenarnya selain dari celebrate birthday kau.. saya ada benda penting mau cakap sama kau" dia bilang masa kami berjalan menyusuri lampu neon di tepi swimming pool.

"Apa la kunun yang penting tu?"

"Ermm.. saya taulah yang saya ni bukan lelaki yang perfect.  Kau pun tau juga saya ni macam mana. Jajal.. kaki perempuan.. kaki joli.. segala kaki yang negatiflah.. semua tu ada sama saya"

Dia berhenti melangkah kemudian tarik dan hembus nafasnya.

"Be my girlfriend Ruth.." terus dia melutut.

Tercengang saya tengok  Nerron melutut. Orang yang ada di sekeliling mula memerhatikan kami.

"Nerron.. bangun..jangan kau main-main bah." saya tarik lengan Nerron.

"No.. saya serius Ruth. Masa kau praktikal hari tu saya  mula simpan hati dan mau terus terang tapi rupanya kau wife orang."

"But Nerron..saya.." aduii saya tidak tau mau cakap apa. Saya tidak sangka yang Nerron ada hati sama saya.

"Saya sedar saya teruk sebelum ni, beri saya satu peluang untuk mencintai Ruth.. saya akan buktikan sama Ruth yang saya telah berubah." dia tarik tangan saya dan di genggamnya erat.

-BERSAMBUNG-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top