part 15

"Ruth? Hello" Lancer melambai2 depan muka saya. Dess!! Bolehnya saya mengelamun.

"Saya dengar bah.." saya bilang sambil senyum tapi macam tidak iklas senyuman saya.

"Ruth ada mau cakap apa-apa?"

"Sebenarnya.."

Baru saya mau  buka mulut fon Lancer berbunyi. Dia kasi off tu panggilan.

"Bulih ka kalau..."

"Jap.." fon Lancer bebunyi lagi.

Dia ambil tu fon dan taip sesuatu. Lepas tu dia ampai balik fon dia atas meja. Tidak lama lepas tu berbunyi balik tu fon dia. Saya tengok nama pemanggil dia. Sandy. Lancer kasi biar fon tu berbunyi. Sakit telinga saya dengar. Bukan sekali tapi berkali-kali berbunyi. Mata Lancer pun macam tidak tentu sudah. Sekejap tengok saya, sekejap tengok arah skrin fon.

"Angkat la bah tu Lancer." saya bilang.

"Ok.. jap arr" Lancer bangun dan pergi luar.

Punya lama dia bercakap di luar sana. Keboringan saya menunggu dia masuk. Ialahkan buah hati orang. Siapa la  bah saya ni berbanding Sandy. Huhhh.. its ok..

"Sorry.. ada hal  sikit.. apa yang Ruth mau cakap tadi?." Dia duduk semula.

"Tiadalah..saya pun lupa juga apa saya mau cakap tadi." Hilang sudah mood saya.

Tunggu sampai rumahlah baru cakap. Dalam kereta saya diam saja. Macam mana mau cakap arr.. saya berat hati mau bercerai sama Lancer. Tapi bila fikir pasal Sandy , saya berbagi hati sudah tu.

"Ruth masuklah dulu. Saya ada hal lagi" Dia bilang.Lancer berhentikan kereta di luar pagar.

"Ermm bah" terus saya buka pintu kereta.

"Tidak juga saya lama" dia bilang lagi.

Dari kau saja lah Lancer. Not my business! Lagipun dari tadi fon dia berbunyi. Mesti mau jumpa Sandy lah itu. Saya mengampai atas sofa. Satu keluhan kecil saya lepaskan. Dada macam sempit  saya rasa. Apakah di sebabkan dengan apa yang Lancer cakap tadi. Dulu saya rasa tidak sabar mau bercerai sama dia, bila masanya sudah tiba, saya seperti tidak merelakan tu penceraian... what wrong with me!! Stress betul saya sekarang.

Hiss!! Kenapa Lancer belum balik ni. Sudah jam 3 pagi belum juga dia muncul. Dia bilang sekejap saja tapi sampai sekarang belum balik. Risau pulak saya kenapa belum balik. Biasanya kalau balik lambat mesti dia call kasitau. Takut pulak benda buruk berlaku sama dia. Jadi saya call la dia. Dapat di hubungi tapi tidak bersambut. Saya cuba beberapa kali lagi.

"Hello.." suara perempuan yang menyambut.

Erkkk.. salah nombor ka ini? Saya tengok skrin fon. Tidak juga. Nombor Lancer juga ni. Terang2 nama Goruk.

"Sapa ini?"

"Sandy.. kawan dia. Ini siapa?"

"Ruth. Mana Lancer?"

"Ohh.. dia tertidur tu.. jap arr saya kasi bangun"

"Err.. tidak payahlah.. biar lah dia tidur."

Tanpa menunggu respon Sandy. Saya terus end call. Saya punyalah risau kenapa dia belum balik. Rupanya dia kesiukan tidur sana. Ciss!! Buang masa saja saya. Dia berpeluk sakan di sana... saya pulak yang bersengkang mata menunggu dia balik.

Kau jeles ka Ruth? Hati kecil saya berbisik. Aduhai Ruth.. semenjak dua menjak ni feeling saya macam sot sikit ahahaaha... susah bah mau explain. Yang peliknya bila saya bersama Lancer mulalah itu feeling saya begitu.. dalam saya bebuduh sendiri mengenang feeling saya yang tidak stabil tu, saya refresh setiap detik saya bersama Lancer.. bila kenangkan itu semua.. hati saya berbunga-bunga. Orang bilang bila kita kenang sesuatu bersama seseorang dan perasaan happy plus dup..dup tu muncul serentak...Its love..Saya in love with Lancer kah ini? Dan itu semua muncul bila dah tinggal sebumbung ni.. dan perasaan itu bertambah kuat time Lancer kiss pipi saya hari tu. Tapi saya tidak perasan... kasian kan saya. Tiada pengalaman tu semua. Mamy kesayangan saya punya pasal lah ini. No love time sekolah.. bila dah tamat sekolah terus kahwin. di kala Lancer sudah berbaik sama Sandy baru saya sedar. But its too late bah. Lancer dan Sandy sudah 5 tahun  menyulam kasih. Mustahil semudah itu mereka berdua move on. Apalagi kalau berjumpa balik mesti cinta durang bersemi lagi. And me? Saya hanya parasit yang merosakkan hubungan mereka. Yup saya sedar tu semua. Kalau bukan kena kahwin paksa mesti mereka berdua sudah bahagia bersama.

Niat saya mau bercakap pasal tangguhkan penceraian terus terbatal.. Saya sudah buat keputusan dan akan meneruskan penceraian kami ni. Hanya itu yang terbaik. Lagipun Lancer sudah sebut pasal tu juga. That means dia tidak mahu terikat lagi dengan perkahwinan ini. Dan dia layan saya selama ini sebagai family saja pun. Tidak lebih dari itu. So jangan kau mau perasan lebih Ruth.  Yup!Lancer get back Sandy and me waiting my prince charming. Huhh!

"Aik.. awal kau bangun." Lancer agak sedikit terkejut melihat saya tengah duduk minum di meja makan. Meja makan ni di ruang tamu. So bila dia masuk dari pintu utama memang dia nampaklah.

"Ya.." awal kunun.. mana ada saya tidur satu malam ni.. saya menghitung perasaan bah itu.. fikir yang terbaik buat kami.

"Semalam saya tidur tempat kawan.."

"Oh.." saya tidaklah mau banyak soal.

"Mau juga saya balik.. tapi mengantuk sudah saya semalam. Tidak larat saya mau drive dari Melaka ke sini" tambah dia lagi.

"Ermm yalah. Kau mau minum? Jap ahh saya ambil gelas" saya terus bangun dari situ.

Boleh tahan jugakan.. sanggup drive jauh2 sampai Melaka. Malam lagi tu..Kawan lah sangat. Bukan saya tidak tau kau tidur di mana. Yalahkan. Cinta hati orang. Mestilah spend time.. apa orang bilang lautan luas sanggup ku renangi. Gunung berapi sanggup ku daki. Apalah kalau setakat ke  Melaka. Tiada hal ba itu..  orang tengah mabuk kepayang cinta lama berputik semula lah katakan..Wallaweh.. .

"Lancer..about the divorce..bila kita mau settle?" saya tanya dia.

"Bila2 saja. Kalau boleh kita settle dulu sebelum Ruth balik Sabah"

"Ok."

Last day saya praktikal di sini. Uihh.. tidak terasa 6 bulan berlalu dengan pantas. Tinggal tunggu konvo saja ni. Adalah office mate bikin party kecil2 untuk saya. Huhuhuhu.. sedih juga bah saya. Mr Khairi ada cakap yang Emprex company tawarkan saya untuk terus kerja di sini tapi saya terpaksa tolak. Saya mahu tolong mamy urus kedai bunga tambahan pulak sekarang sudah ada branch baru. Mana mamy larat mau urus tu semua. Saya risau kesihatan mamy. Sekarang ni pun saya tahan hati.. tidak sabar saya mau balik Sabah.

Me and Lancer.. kami sudah pun failkan penceraian. Tinggal tunggu beberapa proses lagi. So perkahwinan kami akan terbatal. Hati saya jangan tanyalah. Saya sebenarnya sedih.. sebab saya sudah ada perasaan sama dia.. tapi mau buat macam mana lagi kan. Saya tidak mahu terus jadi perampas. Biarpun saya bukan pergi rampas terang2.. but the wedding membuatkan saya rasa macam perampas pulak. Tidak adil lah bah kan untuk kami semua. Durang pun berhak bahagia. Saya undur diri dari ini semua. Undir cara baik, sebelum perasaan saya terhadap Lancer makin kuat. Fight for my married? Saya boleh fight tapi apalah ertinya kalau tepuk sebelah tangan. Saya ada bertanya dengan Lancer sebelum kami pergi failkan penceraian hari tu. Jawapan dia ringkas saja. Saya macam adik dia saja pun. So untuk apa fight? No manner.. better bawa haluan masing-masing lah kan.

Sementara menunggu konvo.. kami uruslah mana yang patut. Barang2 saya yang lain sudah saya pos  duluan. Supaya balik nanti tidak banyak barang di bawa. Tidak sabar saya mau balik. Lebih 3 tahun saya tidak pulang.. hmm.. mamy tidak suruh saya balik ba itu sepanjang saya study.. kalau mamy rindu.. dia sendiri yang akan flight ke sini.

Lancer masih layan saya macam biasa.. begitu juga saya. Saya tidak mahu tunjukkan yang saya tengah rawat hati.. acecehh.. rawat hati lah kunun. Bila masa kau bercinta sama Lancer arr Ruth ..  bukan ini kah impian kau dari dulu.. tidak mahu terikat dengan perkahwinan. And bila peluang sudah ada depan mata.. go on.. jangan toleh belakang lagi. Saya kuatkan hati.. nekad lah ini kunun. Nekad dengan semua keputusan yang telah saya buat. I accept my destiny.. semua ini dari saya juga.

"Ruth.. saya minta maaf kalau selama kita jadi husband and wife ni.. saya ada sakitkan hati Ruth.. ataupun saya tidak jalankan tanggungjawab dengan baik" tutur Lancer lembut.

"No.. you are good husband.. saya saja yang selalu bikin hal sama kau.."

"Jaga diri di sana.. you must remember.. biarpun kita bukan husband and wife.. kita tetap satu family.. im your brother ok.."

"Ok bah... sorry juga sebab selalu susahkan kau"

"Tiada juga ba kau kasi susah saya.. tapi lepas ni mesti saya sunyi tiada kawan di rumah.. tiada lagi saya tengok plastik mee segera"

"Ahahahaaa.. adoi Lancer..mee segera juga kau sebut arr.. membeli la bah kalau mau tengok mee segera"

"Nope! Kau bukan tidak tahu saya tidak layan makanan macam tu"

"Yalah..kau pun jaga diri juga.. and i hope you happy with her.."

Lancer angguk.. terus dia peluk saya. Terasa sayu hati saya bila dia peluk saya macam tu. Kenapa baru sekarang saya rasa getaran hati saya semakin kuat. Kenapa selama ini saya tidak sedar itu semua. But kalau pun saya sudah jatuh hati tiada juga ertinya.. saya bertepuk sebelah tangan. Hmmm.. harap saya cepat buang ni perasaan.

***************************
Horrreyyyy!! Sabah i'm come back. Saya pejam mata dan sedut udara segar bumi Sabah.. Negeri di bawah bayu. Saya mahu mulakan kehidupan baru.. kalau dulu saya tinggalkan Ruth Athela yang jajal di Sabah. Kini saya tinggalkan Ruth Athela yang lama di tanah Semenanjung sana.. Macam-macam hal yang jadi sama saya beberapa tahun ni. Huh! Dan perubahan paling drastik..ehh drastik meh?.  Kira drastik la bah itu kan.
saya sekarang memegang title miss J.. yup!title yang semua perempuan takut untuk pegang. Tapi saya tidak  takut pun mau pegang tu title di usia semuda ini.. Semua orang ada takdir tersendiri. Well.. life ni always wonderful bah.. Apa yang berlaku hanya saya dan Lancer saja yang tau.. tunggulah masa yang sesuai baru kasitau family kami.

"Mamy.. saya rindu owh my bedroom" saya rebahkan badan atas katil sebaik saja masuk.

"Ermmm.. ni anak.. pigilah mandi."

"Bertahun ba saya kasi tinggal bilik ni my.." saya peluk bantal guling rongot saya.

Tersusun indah ni bilik.. mesti mamy lah ini yang kemas.. anak kesayangan dia balik sudah kan.. hihihi.

"Sudah call laki kau?"

"Erkkk.. jap lah."

"Jangan begitu..nanti dia risau bah"

"Yalah..nanti saya whatapp dia. my.. saya lapar..ehee"

"Nahh.. mamy tinguk dulu apa Iping masak di dapur"

Lepas mamy pengsan hari tu. Durang Aki suruh cari maid. Nah kebetulan ada seorang balu yang tiada anak. Jadi mamy bawalah di sini. Bukan orang lain juga.. kira ada kaitan keluarga sikit.

Baru sehari saya tinggalkan Semenanjung hati saya sudah mula merindui sesorang.. huhh.. harap kau bahagia di sana Lancer.. kau berhak untuk bersama orang yang kau sayang. Saya bilang dalam hati. Kalau di bandingkan saya dengan Sandy.. saya bukanlah siapa2 sama dia. Only wife on paper not more than thats.

First step untuk saya mulakan kehidupan baru.. saya akan ambil lesen.. hari tu Lancer ada juga suruh ambil lesen di sana tapi saya tidak mau.. mana ada masa saya.. mau study lagi.. mau ambil lesen lagi.. so di usia 22 tahun barulah terfikir mau ambil lesen. Saya ambil lesen auto saja.. sebab saya tidak pandai bawa manual..ngee.

Bulan pertama... kedua...ketiga dan empat.. rutin saya tolong mamy di kedai bunga dia..ehh bukan tolong bah tapi saya yang take over tugas mamy. Dia jadi mem besar sekarang ni..hahahaha.. tidak bah.. saya yang suruh dia rehat sebenarnya. Kasian dia dari dulu tidak pernah berehat kan. Jadi inilah masa dia. Branch yang satu lagi pun saya juga yang pantau.. tapi itulah mamy ni. Biarpun saya suruh dia berehat.. mana bah itu dia suka duduk rumah goyang kaki. Dia turun padang juga bah. Saya kasi kerja ringan saja sama dia.muahhahaa..

Bila mamy tanya pasal saya dan Lancer.. saya jawab begitu-gitu saja.. sometime saya terus tukar topik. Mamy bilang.. kalau boleh saya kena ikut laki.. dan mamy mula hint pasal cucu.. ohhh my...

"My.. saya ada pekara mau cakap.." kami tengah santai petang di pantai yang tidak jauh dari rumah.

"Apa itu?"

"Pasal Saya dan Lancer" saya telan liur. Mau terus terang atau tidak..kalau bukan sekarang.. bila lagi kan. Until when saya mau tapuk hal sebenar.

"Ya..kenapa kamu dua? Dia mau Ruth ikut dia di sana ka? Mamy tidak kisah juga bah. Mimang tanggungjawab seorang isteri adalah di sisi suami"

"Saya dan Lancer....." aduii mau cakap ka tidak ni.. macam berdua hati pulak saya. Nanti tiba2 pengsan lah dia di sini.

"Yes? Teruskan..." mamy memandang muka saya dengan penuh minat.

"Errr..kami sudah bercerai my" saya bilang sambil tunduk lemah.

"What!!!.. are you kidding me? Right Ruth?" Nah respon mamy tu ba. Macam yang bankrap juta-juta saja style dia. Punya besar tu suara dia.. sama mata dia tajam betul tengok saya.

"No..i'm not kidding.. kami bercerai sebelum saya balik sini"

"Astaga... aduii.. sakit dada mamy ni tau" mamy urut2 dada dia.

"Mamy are you ok kah?" Saya gusuk belakang dia.

"Mari balik.. explain me di rumah. Tidak sesuai kita bercakap di sini" dia terus bangun.

Terkebil-kebil mata saya tengok mamy melangkah dari situ. Huhh siap lah kau Ruth. Saya bilang dalam hati. Saya bangun perlahan dan ikut jejak mamy. Punya laju tu dia jalan.macam bekawad saja owh.. adedeh..

Saya terima sajalah apa yang akan jadi nanti. Sampai bila saya mau rahsiakan dari dia kan.. tapuk macam mana pun. Lama2 ketahuan juga tu.

-BERSAMBUNG-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top