part 11

Brian! Saya benci tengok muka orang tu. Kebiadapan nya masih segar di ingatan saya.

"Well..well..makin cantik kau sekarang. Dan makin hot..aummm" dia datang merapati badan saya.

Saya tengok sekeliling mencari kalibat Lancer tapi malangnya lesap sudah. Tadi ada ada sana.

"Jangan kau pura2 tidak kenal saya Ruth. Bau badan kau masih lagi saya kenal dan masih jadi idaman saya.. " Dia senyum sinis.

"Jangan ganggu saya Brian!" Saya berpeluk tubuh dan buang muka ke arah lain.

"Saya tidak ganggu kau. Cuma mau say hi sama kawan lama"

"Saya tiada kawan macam kau!"

"Hahaha"  dia gosok dagu pakai tangan.

Aduii mana ba Lancer ni. Sudahlah ada Brian. Saya beredar dari situ. Brian terus tangkap tangan saya.

"Lepas lah Brian" agak tinggi suara saya. Nasib ada muzik yang berkumandang. Jadi tidak ketara juga.

"Okey..okey.."

"Kenapa ni?" Muncul juga Lancer.

"Hi bro.."

"Kalau tidak silap kau adik Minzi kan?"

"Ya... Brian. Kawan lama Ruth" dia hulur tangan. Kawan la sangat.

"Lancer. Husband dia" bersalam lah dua ikur ni.

Saya masam sudah muka. Rupanya Brian adik pengantin lelaki.hrmmm😔😔. Janganlah lepas ini ada masalah lain lagi timbul. Punya aman hidup saya dan yang saya tidak mau.. Lancer tau siapa saya dulu. Budak lepak, kutu rayau. Join lumba haram sampai masuk lokap. Di sini saya mau ubah life baru. Saya tidak mahu ingat itu semua. Mungkin saya pernah silap di satu masa dulu tapi saya tengah fix diri saya sendiri dari kesilapan lalu. Kerana kesilapan itu telah memberi impak besar dalam life saya sampai hari ini. Kalau bukan kelalaian dan taksub mau bebas dulu mungkin sekarang corak kehidupan saya berbeza. Bukan isteri kepada sesorang.

"Betul ka Brian tu kawan lama kau?" Lancer tanya bila sudah di rumah.

"Ermm.. ya"

"Friend or special friend"

"Begitu2 saja"

Tidak perlu lah Lancer tau pasal saya dan Brian. Lagipun Brian bukan sesiapa pun. Dia hanya debu di masa lalu. Yang bikin sakit mata.

Debu kunun tapi mata saya tidak boleh terlelap. Berfikir. Macam mana kalau Brian huru hara kan hidup saya. Dan buka tembelang saya. Apa pandangan Lancer nanti. Ermm maksud saya, mesti Lancer akan pandang rendah terhadap saya. Saya tidak kisah kalau Lancer lepaskan saya tapi bukan di di sebabkan hal ini. Saya memang mau berpisah dengan dia namun biarlah tanpa tinggalkan sebarang isu dalam perpisahan tu nanti.

Sampai lapar tu perut saya berfikir. 😂😂. Sana saya masak mee segera di dapur.

"Uiihh..Lancer" Terkejut saya bila berpusing ke belakang  Lancer tengah berpeluk tubuh memerhatikan saya.

"Tidak pandai tidur kau ni budak kecik" dia bilang sambil tarik kerusi dan duduk.

"Ehee.. lapar.. kau mau ? Saya tulung masakan"

"Tidak apa lah. Saya tidak suka makan yang instant2 macam ni"

"Ermm..okk"

"Tapi tulung bikin kan saya air panas"

"Ermm..yalah" saya ampai mangkuk mee atas meja.

Slurpp..slurppp.. sekali saya tengok. Lancer tengah kesiukan kongka mee kari saya. Adeiii ni urang.

"Bilang tidak mau. Tu mee saya  ba kau makan"

"Macam sedap. Ada telur lagi tu. Masak lah kau yang baru. Ini saya punya."

Terpaksalah saya masak lagi. Sebab bahagian saya sudah licin Lancer kerjakan.

"Kau memang hantu mee segera ka?" Dia tanya sambil minum air panas yang saya bikin tadi.

"Hiss.. manada, tapi tiap hari makan tidak juga saya jemu"

"Nahh. Lebih kurang lah maksudnya itu.. tidak bagus tu Ruth. Kalau jarang2 boleh juga tapi jangan terlampau.."

"Ya bah.."

"Cepatlah kasi habis. Tengah malam sudah ni. Nanti kau mengantuk di kelas"

"Ok. Pigilah kau naik duluan"

Seminggu berlalu, hari ini mamy Lancer akan balik ke Sabah. Horeyyy!! Bukan happy sebab dia balik tapi happy lepas ini saya akan balik hostel. Sedih juga bah saya. Banyak mamy Lancer ajar saya sepanjang satu minggu ni. Dari zero pasal masak sekarang sudah tau sikit2. Bolehlah untuk isi perut sendiri.

"Next time, kau datang saja sini. Tidak payah tunggu saya bawa" Lancer bilang.

"Ok.."

"Jangan ok saja.. lagipun weekend bukan ada class juga. Bulih asah bakat masak kau di sini. Saya jadi juri arr"

"Hahaha. Kau ijik saya arr.. "

"Hrmmm.. happy lah tu balik sana"

"Mesti lah bah. Rindu sama room mate.. rindu semualah"

"Termasuk bf?"

"Manada ada.."

"Rion tu?"

"Dia?  Hahaha..please lah..not my taste ok."

"Demand juga kau ini..macam manalah taste kau?"

"Ada lerr"

"Cepat cakap.."

"Hekkk..elehh.. memajal. Belum jumpa lagi lelaki yang bulih bikin hati saya berdegup. Nanti lah saya kasitau kau. Hahaha."

"Ok.. saya tunggu.. tapi mesti saya tapis dulu.. saya tidak mau janda saya di sia2kan." Dia senyum.

Berseri pulak senyuman Lancer. Selalu senyum tajam..ataupun senyum sinis.hahaha.. tapi senyuman tajam tulah yang bikin student tergila2kan dia. Pelik kan.

Weekend saya balik rumah Lancer. Bukan sebab kena paksa tapi saya sndiri yang mau. Semua room mate saya balik tempat family durang. Geli geleman juga kalau tinggal saturang di sini. Selalu saya dan Nerra yang jadi penghuni tetap ni bilik kalau weekend tapi Nerra pun balik tempat anty dia.

"Lancer.. Sandy tu siapa?" Saya tanya dia. Kasi puas kunun ni hati dari hari tu lagi saya mau tanya.

"Kenapa? Kenal?"

"No lah.. cuma.."

"She my past" dia potong cakap saya.

"Past? Bukan kau masih simpan meh kenangan sama dia?"

"Mana? Tiadalah."

"Membuhung lagi kau..saya ada bukti"

"Cuba kunun mana tu bukti".

Aikkk.. lesap suda mug yang saya nampak tu hari. Sampai belakang akuarium saya silik. Hmmm.. tiada sudah.

"Apa kau cari?" Dia tengok saya kehairanan.

"Mug"

"Ohhhh..hahaha.. sudah saya buang..jadi itu lah bukti kau kunun.. adehh Ruth.."

Berabis dia ketawa. Balik2 dia tengok muka saya.

"Saya pun baru tersedar hari tu. Jadi saya buang lah. Sandy tu past saya Ruth..."

"Kamu putus sebab hal kita? Kenapalah kau tidak pertahankan relay kamurang"

"Ya.. lebih kuranglah. Lagipun kami anggap tiada jodoh. Biar lah itu. Sudah berlalu juga."

"Kau masih sayang dia?"

"Mau saya jujur atau sebaliknya?"

"Jujur la bah. Kenapa lagi mau buhung. "

Lancer bilang dia tiada lagi perasaan sayang sama Sandy. Memang dia sudah move on sekarang ni. First tu dia berat juga mau move on. Ialah 5 tahun bersama.. woww.. suprise juga saya. 5 tahun putus begitu saja. Hmmm.. kasian juga saya dengar. Saya tiada juga pengalaman bercinta ni tapi saya boleh rasa kukuhnya perasaan yang 5 tahun sudah di sulam. Saya suruh juga dia balik sama Sandy. Tapi dia bilang. Past is past..lagi pun Sandy sudah ada orang lain. Errkk..betul ka itu.. entahlah. Kalau Lancer bohong pun. Tiada juga faedah. So saya percaya sajalah.
***************************

Tidak sedar masa berlalu dengan cepat. Sekarang ni saya berada di semester akhir. Tiada juga yang menarik sepanjang di universiti ni. Lagipun saya bukan student top. So follow the wind saja. Just study and some time hang out sama kawan2. Saya dan Lancer biasa2 jer. Kami tidak lagi perang teluk macam dulu sudah hahaha. Lagipun bikin sakit otak juga kalau bermasam muka dan bertekak sepanjang masa.

Kadang2 saya habiskan masa di rumah dia bila hujung minggu. Kalau ada cuti semester. Dia bawa saya cuti2 Malaysia. So far so good lah..  kami macam adik beradik. Ehh memang pun kan. Dia kan abang sepupu saya.

Bila saya sakit dia akan angkut saya balik rumah dia.., dan bila saya stress study atau rindu mamy ka.. Lancer akan bawa saya keluar makan, sebab dia tau saya memang kaki makan, hiking untuk release tension. Sepanjang kami sudah aman ni. Lancer tidaklah seteruk yang saya sangka. Yeahh i know! Dont jugde book by cover... Personaliti dia masa mengajar dan bila di luar waktu kerja. Berbeza.. macam dua Lancer gitu. Masa di kelas dia lain.. pelik dan cruel saya tengok. Tapi bila di rumah atau sama kawan dia lain. Macam orang normal juga bah. Boleh bercerita, bergelak ketawa, layan game juga biar selalu kalah dan dia pandai nikmati hidup. Birthday dia atau saya kami celebrate sama2. cuma anniversary saja kami tidak celebrate. Hahaha. Dia mau buat tapi saya tidak mau. Not fair lah mau celebrate. Anniversary ni untuk the real married. Bukan macam kami ni. Belum ada hala tuju. Saya masih kuat hati untuk berpisah. So no anniversary ok! Tapi pasal penceraian tu  Lancer tidak mau saya sebut dulu. Diabilang lepas graduete baru bincang pasal tu. Dia tidak mahu nanti saya terganggu dia bilang. So saya follow lah cadangan dia.

Dia layan saja karenah saya. Well its me lah Ruth Athela. Macam2 karenah saya ada.. orang sihat pun boleh migrain ok..hahaha itu lah mamy selalu cakap dulu. Saya persis ikut gaya mendiang dady..muahahaha.. sabar saja c GUROK.

"Ada Ruth mau cerita apa2?"

"Cerita? Sejak bila kau ini jadi angkol bawang?"

"Tiadalah. Saja tanya."

"Ohhh."

"Nanti off saja tu tv. Jangan tidur lambat.. kau tu baru sihat"

Dia bangun dari sofa. Saya tengok sekilas Lancer. Apa juga maksud dia? Mana ada saya tapuk apa2. Kalau hal di universiti bukan dia tidak nampak sendiri juga. Dia pun kenal siapa kawan saya. Seluruh aktiviti saya dia tau. Keluar dengan siapa.. pergi mana. Hmmm.. heran juga. Ahh biarlah tu. Lancer ni pun ada juga kili2 dia. Terjangkit sama saya lah tuu.. terus hilang sifat lecturer dia kalau sama saya. Saya ni tidak suka serius dalam semua hal. Mesti mau santai barulah ada feel happy.

"Kau kena practical di mana?" Rion tanya saya.

"Kena di Emprex company"

"Kau?"

"Milanda company.. ehh.. sama la itu sama Mika.."

"Tidak lah.. dia lain department"

"Tapi kamurang bulih berjumpa. Saya ni yang kena humban jauh"

"Sabarlah Rion.. janganlah bikin muka sedih, bida ok.. hahaha" saya tepuk bahu Dia.

Sekarang saya tinggal dengan Lancer. Kemahuan  mamy saya bah itu.. ingatkan mau ikut durang Mika menyewa tapi awal2 mamy sudah flight ke sini dan tolong angkut barang saya yang tidak seberapa dari hostel ke rumah Lancer. Tidak sporting ba mamy. Tapi apalah daya saya mau menengkar. Lancer tu kan tinggal di bandar yang sama juga. Jadi tiada alasan mau trep menyewa. Lain lah kalau dia di tempat lain. Ada can juga. Sabarlah Ruth 6 bulan saja pun.

Hari ini dalah first day saya praktikal di Emprex company. Bangunan setinggi 10 tingkat berada depan mata saya. Saya di tempatkan di bahagian pemasaran dan akan menghabiskan praktikal selama 6 bulan di sini. Well ini pengalaman pertama saya berkerja biarpun sekadar budak praktikal. To be honest saya teruja akan terima bimbingan dari orang yang sudah berpengalaman dalam bidang perniagaan. Selalu baca artikal tentang kejayaan durang. Sedikit sebanyak saya boleh praktik kan bila sudah graduate nanti.

Saya di bawah bimbingan Mr Khairi. Tidak lokek dengan senyuman orang dia. Harap dapatlah saya sesuaikan diri di sini nanti. 6 bulan tu. Kira macam satu semester juga tu kalau study.

"Macam mana first day? Ok?" Lancer tanya. Dia yang jemput saya balik ni hari.

"Not bad.." saya bilang sambil buka heel. Seharian pakai heel. Sakit tumbit saya. Pelan2 saya urut. Huh! Melecet kaki saya.

"Kenapa kaki tu?"

"Sakit.."

"Heel?"

"Ya."

"Kasian.. nanti biasa juga tu" dia bilang.

Sampai di rumah saya terus mengampai. Letih juga ni hari. Mana lagi sakit kaki.

Toktoktok. Pintu bilik saya kena ketuk. Tidak lama ada suara Lancer memanggil.

"Masuklah" saya bilang. Masih mengampai atas tilam.

"Astaga.. belum mandi lagi? Pigilah mandi ba Ruth. Makan di luar kita"

"Arr..pigi lah kau saturang. Saya mau rehat"

"Sekejap saja. Marilah la bah"

"No" saya kasih selesa lagi kepala saya atas bantal. Sedap nya kalau sambung tidur.

"Degil kau arr..bagus kau bangun cepat sebelum saya angkat kau pigi bilik air."

Dia datang dan betul2 mau angkat saya. Berabis tu saya mengelak. Mana saya mau dia suka hati sentuh badan saya.

"Bongo!"

"Apa kau bilang? Bongo arr.. sebati betul ayat bongo tu di mulut kau.. sikit2 bongo..bongo"

Terus dia lastik mulut saya. Silaka punya sakit. Mana saya mau kalah. Saya bangun dan mau balas balik apa dia bikin tadi. Berabis tu saya mau lastik mulut dia tapi campin dia elak. Bila tangan saya hampir di mulut dia. Lancer tangkap tangan saya dan di genggam nya kuat. Arghhh!!

"Sakit ba buduh!" Saya meronta2.

"Nahh.. buduh lagi kau sebut." dia kasi kuat genggaman tangannya.

"Lepas bah Lancer!"

Dengan nafas yang turun naik saya renung mata Lancer. Dia pun tidak mau rugi. Senyum2 dia merenung saya. Errr..lain pulak perasaan saya bila dia bikin reaksi begitu. Feeling sesuatu.

"Sorry ok. " dia lepaskan genggamnya. Kemudian dia tepuk lembut pipi saya.

"Sakit?" Dia sambung lagi sambil belek tangan saya.

Saya lentokkan mata saya. Dia fikir tangan saya ni besi tidak pandai sakit. Grrr!

"Saya beli sajalah makanan di luar.. saya tengok macam tidak larat kau ni mau jalan" dia bilang lagi sambil melangkah.

Kan bagus awal2 cakap begitu. Ini mau juga paksa orang keluar makan.hiss!

"Saya mau pizza" hahaha.. biarpun saya ada geram sikit. Makan tetap makan ok!

"Tu saja?"

"Ermm..ya.. beli lebih arr"

"Ok.."

Mana juga Lancer ni? Bilang sekejap kunun tapi sampai sekarang belum balik. Ini pergi beli pizza ka atau bikin pizza? Punya lama.Lebih dua jam sudah dia keluar owh. Bukan jauh juga tu tempat.. Mau call tapi fon dia tinggal sebab tengah cas.

Mundar mandir saya di mulut pintu. Ahh.. bagus saya rendam cup mee sementara tunggu dia balik. Makan sikit saja nanti tiada ruang untuk pizza😂😂.

Baru saya mau kasi panas air. Lancer pun sampai. Dengan 5 kotak pizza..makkk aihh!! Ini sudah terlebih banyak ni.

"Sorry lambat. Jumpa kawan tadi." Dia bilang.

"Ohh bah.."

"Hi...Ruth"

Erkkk.. apa pasal c fake ni boleh sesat sampai sini? Saya bilang dalam hati.

"Ehh Zai..hye.." saya tersenyum dalam keadaan terkejut.

"Tidak ganggu ka?"

"Manada. Ok ba kalau kau"

Dia join lah kami makan. Lancer dia tidak layan tu pizza. Dia punya menu nasi sama lauk kari kepala ikan. Saya dan Zai saja yang makan pizza. Itu pun sepotong saja zai makan. Tengah on diet dia bilang. Body sudah bebeh begitu mau diet lagi ka. Heran. Tak kan lah dia mau bentuk badan macam orang anaroksia. Kurus tinggal tulang sebab tidak yakin dengan bentuk badan sendiri dan takut di anggap gemuk.

"Baby.. mana yang saya suruh bikin tu sudah siap ka?"

"Ada.. jap saya ambil"

Lancer masuk ke bilik kerja dia.

"Ruth tinggal sini sudah?"

"Ya. Praktikal saya sekarang"

"Ohh.." dia angguk.

Tidak lama lepas tu Lancer keluar dengan  membawa sebuah replika rumah. Rumah kayu. Cantik owh..teringat saya rumah durang aki di kampung sana.

"Woww.. kreatif.. and beautiful.... thanks Baby.."

"Welcome.. "

"Cantik kan Ruth.." Zai

"Bolehlah..kampung2" saya jawab sambil lewa.

"Kampung2?" Zai kerut keningnya. Lancer tidak payah cakaplah. Terus laju mata dia pandang saya. Eheee.  Sengaja saya kasi panas. Sapa suruh duluan cari pasal tadi. Masih sakit lagi tangan saya yang dia genggam tadi.

"Saya bilang cantik tu rumah, style kampung2" saya bilang lagi.ahhaahha.

"Ohh.." Zai angguk.

" bahh.. saya naik atas dulu la arr..mengantuk"

Saya kasih tinggal saja durang dua di bawah. Manatau orang mau beromantik ka, apa ka. Saya tidak percaya Zai dan Lancer kawan biasa. Berbaby, baby lagi. Ewww... menembirang saja bilang tiada apa2. Tadi bukan main lagi Zai tu macam cacing kepanasan sudah duduk sebelah Lancer. Bertepuk cubit time makan. Berbulu mata saya tengok. Sampai licin 2 kotak pizza saya makan tadi. Macam tengok drama... 😂😂😂.

-BERSAMBUNG-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top