FINAL


"Sorry..." Lancer peluk saya dengan erat.

Saya biarkan saja dia peluk saya. Saya juga rindu sama dia, itu saya tidak boleh nafikan. Memanglah saya terkejut dengan apa yang dia bikin tadi. Masuk-masuk saja terus tarik tangan orang. Tapi bila dia peluk saya rasa geram tu terus hilang.

"I'm sorry, sakit?" Lancer usap kedua belah pergelangan tangan saya yang dia cengkam tadi.

"Sakit la bah. Ingat tangan saya dahan kayu? Tidak pandai sakit." Saya mencebik muka.

"Sorry, sayang. Kalau saya tidak bikin begitu nanti kau lari dari saya macam tadi" dia senyum. Sayang huh?

"Siapa ignore siapa sebenarnya? Saya atau kau?"

Saya baru ignore dia sikit sudah tidak tahan. Macam mana pula dia yang tidak peduli sama saya. Tidak juga saya kisah kalau tidak bernampak. Ini depan mata pun dia anggap saya macam tidak wujud. Tidak ka itu bikin seksa jiwa raga.

"1 month, remember?" Dia usap pipi saya.

"Tapi kau terlebih bah" macam sebak sikit bila ingat perangai jengkel dia itu hari.

"I'm sorry okay, saya bikin begitu sebab saya betul-betul bagi ruang sama Ruth, saya ignore Ruth sebab saya mahu Ruth bikin keputusan dengan tenang. Penting atau tidak saya dalam hati Ruth."

"Belum cukup sebulan pun"Saya bilang

"Sapa bilang?

Ya meh? bukan juga saya buta huruf. Lusa ba itu habis tempoh menunggu dia.ketara betul dia tidak kesabaran.hahaha. Lancer bawa saya duduk di katil usang durang nenek. Jarak kami lebih kurang beberapa jengkal. Tangan saya masih lagi di pegang erat.

Toktoktoktok pintu bilik di ketuk kuat. Saya dan Lancer saling berpandangan.

"Siapa di dalam" suara nenek memanggil dari luar.

"Saya" saya jawab spontan. Gelabah pun ya juga sebab nenek cuba buka pintu dari luar tapi Lancer kunci tadi.

"Oh.. buka dulu ni pintu, ada saya mau ambil"

"Jap"

Saya memandang Lancer. Aduii macam mana lah ini. Apa pulak nenek fikir nanti bila tengok saya dan Lancer di dalam.

"Lancer, bagus kau terjun dari ni jendela, tidak juga ni tinggi" saya bilang separuh berbisik sambil tunjuk ke arah jendela.

"What?!!" Lancer berdiri dengan riak wajah yang terkejut.

Terkejut lah itu dengar idea saya. Habis itu saja yang boleh saya fikir dalam waktu kecemasan macam ini.

Lancer bangun dari katil dan terus menuju ke arah pintu.

Belum sempat saya cakap apa-apa. Pintu bilik sudah pun di buka. Lancer yang buka. Gila!

"Aikk" respon.pertama nenek.

Ini kalilah. Memang siaplah kau Ruth. Saya meradang sendiri dalam hati. Saya tidak berani tengok muka nenek yang berada di mulut.

Mestilah nenek hairan. Sudahlah bilik ni di kunci, lepas tu saya dan Lancer lagi di dalam.

"Tidak payahlah kau pigi kedai, ada lagi tu satu bungkus rokok aki kau dalam laci." Nenek bilang.

"Ohh." Itu saja saya jawab. Tebal weh ni muka. Tidak tau berapa kilo sudah ni.

Saya perhatikan langkah nenek menuju ke arah laci yang tidak jauh dari tempat saya berdiri. Dia ambil sebungkus rokok kemudian dia menuju ke arah pintu semula.

"Kamurang bincanglah bagus-bagus arr"

Nenek tepuk lembut lengan Lancer.

"Jangan lupa kunci balik ni pintu" sambung nenek lagi. Dia lemparkan segaris senyuman sebelum keluar.

Fuh! Hilang terus rasa gerigau dihati. Ingatkan nenek marah. Nasiblah nenek ni sporting.

"Come.." Lancer tarik tangan saya.

"Mau pigi mana?"

"Tempat yang tiada gangguan."

"But.."

"Saya mahu settlekan semuanya malam ini"

"Promise jangan bikin macam-macam arr"

"Oh my God. Ruth,Kalau saya mau bikin begitu. Dalam bilik ni pun saya boleh"

Ghullpp! Saya ikut saja Lancer turun dari ke bawah. Dia bawa saya menuju ke kereta dia. Nasib tiada sesiapa tengok kami.

Lancer drive kereta dia jauh sikit dari rumah. Tidak juga ke mana-mana. Masih boleh tengok lagi cahaya lampu rumah durang aki.

Masing-masing mendiamkan diri. Lagu di corong radio memecah suasana. Entah! Mulut saya seperti terkunci untuk memulakan bicara.

Lancer matikan radio kemudian dia pasang lampu.

"Listen carefully.. mungkin saya bukanlah lelaki yang sempurna tapi saya mahu melengkapi hidup saya dengan Ruth."

Dia tundukkan kepalanya sikit kenudian dia lepaskan satu keluhan.

Dia tarik tangan saya di genggamnya erat seperti yang selalu dia bikin. Saya boleh rasa tangannya bergetar dan tapak tangannya sejuk. Sedangkan bukan juga kami pakai penghawa dingin.

"Saya mahu bahagiakan Ruth selagi saya masih bernafas di dunia ini. Kalaulah Ruth tahu. Setiap kali saya tengok Ruth. Saya sedaya upaya kawal diri dan hati saya. Saya rasa sakit hati dengan diri sendiri."

"Why?"

"Because i love you so much. Kenapa Ruth susah mahu faham perasaan saya!" Dia bilang dengan nada suara sedikit tegas.

"Saya tahu dan saya faham Lancer! Saya bukan budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Tapi dulu kau selalu bikin saya keliru dengan perasaan sendiri bah Lancer. Dari mula kita kita kahwin sampai sudah bercerai. kau macam main tarik tali dengan saya. Sometime kau buat saya yakin yang kau sayang saya tapi dalam masa yang sama kau seperti tiada perasaan dengan saya. " saya bilang dengan nada tidak puas hati.

"What?! No Ruth.. I just..."

"Dan kalau kau mahu tahu salah satu kenapa kita berada dalam situasi begini,. Kau libatkan Zia untuk bikin saya cemburu, yes! Kau berjaya bikin saya cemburu. Tapi lepas itu kau gunakan Sandy untuk Kau lepaskan saya. Because of nonsense reasons!do you think i'm happy???! Never Delton Lancer!! " Tadi suasana yang sunyi dengan angin yang sepoi-sepoi kini macam bertukar jadi ribut.

Emosi saya berubah. Tetiba jadi tidak stabil. sebak pun ya juga.

"Saya ingat apa yang saya bikin semuanya betul tapi ternyata tidak. how foolish I am to let you go." Lancer.

"Saya tahu, semua itu berpunca dari saya, saya yang mulakan. Saya terlalu ikutkan hati panas. Malar minta cerai apa semua. And the end.. kita bikin keputusan bodoh" saya bilang. Jujur saya katakan. Hati saya sebak.

"I'm sorry.. " di kucup lembut pipi saya.

"You right, banyak yang tertunda di antara kita. Perasaan kita, kebahagiaan kita..life kita" kelopak mata saya bergenang.

"Hey! Don't cry like a baby.." Lancer sapu siring mata saya.

" berapa banyak masa yang telah kita bazirkan. Kita ego! You know it!" Betul-betul saya emosi. Saya biarkan airmata saya jatuh.

" syhhh...Saya tidak suka tengok Ruth menangis, please give me one smile. Sweet smile like before. Saya rindu dengan senyuman Ruth. If you wanna to know, senyuman Ruth itulah yang bikin saya terseksa bila Ruth tiada depan mata saya lagi"

Lancer tarik badan saya terus dia peluk saya, dia usap-usap belakang saya. Sedikitpun Lancer tidak bersuara dan saya terus menangis dalam pelukkan dia.

Sakit dada saya. Macam saya cuba lepaskan perasaan sedih yang saya simpan bertahun-tahun. And Yes! Saya menyesal dengan diri sendiri.

"I love you.. i love you so much Delton Lancer and i wanna be your wife until my last breath"

Pertama kali dalam hidup saya menyebut ayat keramat itu. Hatta dengan Nerron dulupun pun saya tidak pernah sebut. Rasa lapang dada saya bila saya dapat melakukannya buat pertama kali dalam hidup. Di tambah pula berada dalam pelukkan dia. Tapi Lancer tiada pun beri reaksi apa-apa. Ehh! Kenapa dia senyap. Saya tertanya dalam hati.

"Lancer??"

Saya bersuara dan cuba renggangkan badan tapi Lancer tahan saya dari bergerak.

"Syhh" Lancer tepuk lembut belakang saya.

Seperti dia mahu peluk saya dengan lebih lama. Saya pun tidak lagi mahu cakap apa-apa. Enjoying the moment. Happy? Of course im happy. Mekar setaman bah ni bunga hati. Siap ada butterfly lagi.

Selepas beberapa ketika. Lancer lepaskan pelukkannya. Dia senyum memandang saya, tangannya mengusap lembut pipi saya.

"Thank you," dia tersenyum angguk.

"Are you..."

"Saya tahu apa Ruth mau cakap. Saya happy, Finally you're mine"

Tidak jadi saya mahu tegur mata dia yang berkaca. Patutlah dia diam saja tadi. Rupanya gerimis. Tapi saya lagi sandik. Hujan lebat bah,

"Saya janji akan cuba bahagiakan Ruth, layan karenah Ruth."

"Promise?"

"Yes! Saya janji dengan nyawa saya" Lancer tersenyum lagi.

Oh God! Senyuman itu terlalu manis saya tengok.Kenapa saya tidak sedar yang dia ada senyuman manis ini. Nah mabuk cinta sudah kau Ruth. Dulu bukan main lagi benci Lancer. Sekarang Tuhan sudah kasi terbalik tu perasaan. Loving gituu.

Kami berbual panjang dalam kereta. Kami lansung tidak ambil tahu apa yang jadi rumah. Ialahkan kami ada drama sendiri. Romantic scene.Hahhaahhha. scene yang kami telah tunda bertahun-tahun.

"Ermm.. lewat sudah ni, mari balik." Saya bilang.

"Nantilah, mata Ruth masih bengkak lagi tu. Nanti durang tengok,kejap lagi arr sayang."

Lancer paut kepala saya kedada dia semula.

Banyak lah yang kami bualkan. Semuanya tentang masa depan kami. Balik-balik saya menguap. Mengantuk. Sudah lah tadi siang sibuk dengan majlis pertunangan cousin saya. Lama-lama pandai hilang dari radar pendegaran saya. Mengantuk punya pasal.

Saya tersedar bila terasa sinaran cahaya menerpa kelopak mata. Perlahan-lahan saya buka mata. What! Ini kalilah. Kesiangan dalam kereta. Sekejap kunun. Tau-tau tertidur sampai siang bah. Saya kasi bangun Lancer.

"Tenang bah sayang" Lancer bilang.

"Mesti durang cari kita. Matilah kita Lancer. Sudahlah semalam kedapatan oleh nenek. Satu malam tidak balik lagi. Adehh"

"Calm down okay. Don't overthinking"

Lancer geleng kepala. Dia start enjin kereta. Dalam perjalan pulang. Macam-macam yang di kepala saya. Hahahaha.

Sampai di rumah, durang tengah sarapan.nenek tersenyum melihat saya. Aiyaa. Saya tahu maksud senyuman nenek tu. Yang lain sibuk melayan sarapan. Mungkin durang tidak sedar kali saya tiada semalam. Thats good. Tidaklah saya jadi bahan awal pagi begini. Hahaha. Saya cari kalibat mamy. Ehh tiada pulak di situ.

"Mana mamy?"

"Di bilik. Sakit kapala dia bilang"

Bila saya masuk mamy tengah tidur. Saya duduk atas katil dan sentuh dahi mamy. Thanks God. Tidak juga mamy demam.

"Ruth.." mamy bersuara bila dia sentuh dahi dan pipi dia.

"Mamy rest ok"

"Ermm.. kenapa mata anak mamy ni sebam saja.. macam orang tidak cukup tidur?" Mamy bangun dan duduk menyandar.

"Mana ada. Mamy sudah makan ubat?"

"Sudah"

"Mamy mau makan apa-apa?"

Mamy mengeleng..Sebenarnya saya mahu kasitau pasal saya dan Lancer. Semalam kami sudah bincang. Mau kasitau parents masing-masing dulu. Lepas itu baru berbincang dengan family.

"Ada yang Ruth mau kasitau mamy?" Mamy pegang dagu saya sambil mengangkat keningnya.

"Ermm my.." Aduii kenapa macam berat saja mau buka mulut ni.

"Yes...?" Mamy menunggu dengan muka ingin tahu.

"I love u mamy"

Saya terus peluk mamy. Mamy balas pelukkan saya dan dia belai rambut saya.

"I know, you wanna share something,right?"tangan mamy masih membelai rambut saya.

Saya angguk. Walaupun saya mahu mamy orang pertama tahu. Tapi saya mamy mahu peluk mamy dulu.

"Jadi bila?" Mamy

"Bila apa my?" Saya dongakkan kepala.

"Silly girl"

Saya ketawa. Saya memang tidak boleh tapuk apa-apa dari mamy.Ha!ha!

"Ya my. Saya dengan dia sekarang" saya jawab malu-malu gitu. Ceh Ruth!

"Since when?"

"Hiss mamy ni"

"I know it. Ruth ingat mamy tidak tahu yang Ruth tiada semalam"

"I cant hide anything from mamy,right?"

"Of course u can't.Oh my God. Finally!" Mamy cium kedua belah pipi saya.

Senyuman mamy meleret sampai ke telinga. Aduhai mamy.

"Aikk mamy mau pigi mana? Mamy tidak sihat,"

Saya tanya mamy yang cuba bangun dari katil.

"Sihat sudah mamy. Tiba-tiba hilang ni sakit kepala" mamy bangkit dan terus buka langkah.

Saya tersenyum sambil mengeleng melihat mamy hilang disebalik pintu bilik.

Seperti yang sudah di jangka. Semua family kami happy bila durang tahu saya dan Lancer akan kembali bersama.

Mamy tidak payah ceritalah. Senyuman dia 24 jam meleret sampai ke telinga. I know she very happy now.

SEMINGGU KEMUDIAN

Lepas saja habis majlis. Saya dan Lancer terus kena halau hari tu juga. Kena halau pergi honeymoon bah. Sini Bali saja. Sebenar ini present dari family kami. Kami belum rancang mau honeymoon pigi mana-mana. Tunggu Lancer ada cuti panjang kunun tapi family kami sudahpun buka langkah duluan hahaha. I love them so much.

"I really miss u" Terasa tangan melingkar di pinggang saya.

Rindulah tu. Sepanjang kami sibuk urus wedding kami untuk yang kali kedua. Mana ada masa berjumpa mau bersweet bagai. Sebab ini kali semua hal wedding saya turun padang 100%. Tiada lagi istilah kena paksa macam yang first dulu. Biarpun macam singkat betul masa mau urus tapi syukurlah semuanya berjalan dengan baik.

"So silly.." saya pusingkan mengadap dia.

"Laki siapa?"

Saya roll mata sambil muncungkan mulut. Minta puji kunun.

"Thank you" Lancer pegang kedua belah pipi saya dan di kucupnya lembut dahi saya.

"Im happy with you saya harap dapat menjadi yang terbaik untuk rumahtangga kita" saya bilang.

"Nope. Ruth tidak perlu jadi yang terbaik"

"Jadi?"

"I want you to be the happiest woman in the world. I promise u with my soul" oh my God. Berbunga-bunga hati saya dengar apa yang Lancer cakap

"Sekarang inipun saya sudah cukup happy. Kenapalah kita begitu bodoh dulu."saya menggeleng teringat tahap kepandaian kami.

"Hahaha. Its you not me"

"No! You!"

"Yalah saya lah itu. Saya lah itu yang minta cerai lepas balik dari church dulu. Siap pengsan lagi."

"Eekk" sengaja bah dia kasi ingat tu hal.

Munyuk sudah muka saya. Bukan munyuk marah tapi munyuk minta puji sikit.HA!

"See.. beginilah muka kau dulu masa kita kahwin. Sikit pun kau tidak pandang saya. Sampai saya masuk bilik pun tidak di kenal. Salin baju depan kau pun tidak bulih. Itu tidak bulih. Ini tidak bulih. Pokok pangkalnya semuanya tidak bulih" Lancer senyum.

"Eiiii"

"Itu belum lagi saya sebut perangai kau di U dulu. Skip class. Mengelak tengok saya lah. Asal tengok muka saya. Ibarat macam sinar matahari tiba-tiba bertukar jadi tornado. Hari-hari minta cerai.hmm."

"Cukup bah.. mau juga ungkit-ungkit" ok ini kali panas sikit sudah telinga saya dengar. Punyalah romantik saya rasa tadi terus tiba-tiba jadi mood menjengkelkan.

"Haahhahaha. Tapi kenyataan kan" Lancer ketawa.

"Yalah. Yalah. Saya mahu tidur.mengantuk"

Belum sempat saya buka langkah. Lancer terus kasi ketat pelukkan dia. Terkial-kial saya mahu lepaskan diri.

"Duii bongo.. lepas bah eii"

"Nope. Ruth akan jadi tawanan saya sampai bila-bila" mulut saya dia jadikan sasaran.

Poisoned kisses. Dan saya tidak boleh menolak juga.Hahaha Gete grrr.

"You wanna to know. Kalau itu semua tidak terjadi. Kita tidak akan tahu betapa kita terlalu memerlukan antara satu sama lain. We dont know how much we love each other dan Kita tidak tahu ego boleh menghancurkan kebahagiaan diri sendiri." Lancer bilang. Lembut saja cara dia bercakap.

Saya angguk. Saya akui juga bah apa yang dia cakap. Kalau pun kami teruskan perkahwinan tu dulu. Mungkin rasa sayang tu tetap ada tapi tidaklah sekuat perasaan cinta kami sekarang.

"Dont let me go again"

"No! I won't" Lancer bilang.

Saya rebah kan kepala di dada Lancer. Tangan Lancer melingkar dengan erat dipinggang. Manakala dagu dia di atas bahu saya. Saya tersenyum sambil memandang ke luar jendela melihat keindahan lampu-lampu di Kota Bali. Malam ini kami tidak pergi mana-mana. Penat sebab baru sampai. Jadi kami decide rehat dulu malam ini. Sekali sekala saya belai pipi Lancer tapi tidak pun kami bercakap. Saya tahu Lancer sangat gembira sekarang. Dari riak mukanya saya sudah boleh tahu. Sepintas lalu wajah nenek Inang bermain dikelopak mata saya. Reace in peace nek. Saya berbisik dalam hati.

"Sayang..." Lancer bersuara.

Lancer lepaskan rangkulan tangannya. Dia pusingkan badan saya menghadap dia.

"Sebelum kita flight tadi. Mamy ada pesan" Dia bilang lagi.

"Pesan?" Curious pulak saya.

Lancer tersenyum.kemudian dia dekatkan muka dia ke telinga saya.

"Mamy pesan, mau cucu ramai" Bisik Lancer.

Terbesar terus mata saya. Oh my God. Macam mana saya boleh terlupa pasal first night kami. Errr.. sebenarnya saya nervous ba kalau fikir tu hal. Dengan istilah lain, saya belum ready lagi.

Tengah saya mengenangkan tu hal. Lancer angkat saya pergi katil yang lebih kurang 3 langkah daru tempat kami berdiri tadi.

Lancer ampai badan saya atas tilam. Dia himpit sikit badan saya.

"Saya belum mandi lagi" saya bilang dengan spontan. Manatau boleh tunda setangah lagi.

"Elehh.. tembirang saja. Macam saya tidak tingu kau pergi mandi tadi." Dia bilang.

Hahaha buduh juga saya. Mau membohong pun agak-agak la bah. Lain lah kalau tinggal di bilik lain. Tidak juga dia tahu saya sudah atau belum mandi.

"Errr. Boleh ka kalau...."

"Syhhh.. saya tidak mahu tunda apa-apa lagi sayang." Dia letak jari telunjuk dia
Di bibir saya.

Telan liur basi saya. Bukan tidak mahu tapi perasaan nervous tu yang bikin saya bingung-bingung Hahaha.

Tapi itulah. Bila berduaan dengan orang yang kita sayang.. sudah sah jadi laki bini lagi. Saya tidak boleh menafikan keinginan untuk move ke step seterusnya.

Bunyi mercun dan bunga api sempena menyambut new year di luar sana tidak lagi kami ambil tahu. Sebab sibuk bayar bil api, bil air, cukai pintu dan semua hutang piutang yang sudah bertahun-tahun tertunda dan tertunggak.He deserve to take it.

***************

"Oscar, Percy, Alden. Turun kamurang dari situ. Nanti jatuh"

Kedengaran suara mamy di ruangtamu. Sampai saya yang tengah kasi tidur si Alter di bilik boleh dengar suara mamy. Biarlah mamy urus tu durang. Kena lagi mata saya mengantuk sebab Alter merengek minta dukung sampai subuh sebab panas dia punya badan.

Bila saya bangun, Alter masih lagi tidur, saya turun ke tingkat bawah. Sunyi sepi sudah pulak. Tiada saturang di situ.

Bila saya masuk pergi dapur. Saya dengar ada suara durang di luar rumah. Sana durang tengah bermain dihalaman belakang.

Saya ikut durang mamy duduk. Anty Iping masih lagi tinggal sama mamy. Legalah saya punya hati sebab mamy tidak keseorangan. Semenjak saya sudah kahwin. Saya tidak tinggal sama mamy lagi. Bukan Lancer tidak mahu tapi mamy yang berkeras suruh saya ikut laki. Hidup berdikari dan Kalau tinggal serumah dengan mamy nanti saya tidak pandai urus rumahtangga dia bilang. Ada ka begitu.hahaha. tapi boleh di katakan setiap hari bah saya jenguk mamy. Berdekatan juga tu tempat kami tnggal.

"Kenapa mamy bising tadi?" Saya tanya mamy sambil hirup oren.

"Bila?"

"Ada bah yang mamy teriak durang tiga" saya ketawa kecil.

"Ohh.. nah memanjat durang tadi di almari sana"

"Hahahhaa.. pening my?" Saya bilang.

"Tidak juga pening. Tapi mamy risau kalau durang tu jatuh. Aduii tidak mamy mahu cucu-cucu saya cedera"

Geleng kepala saya dengar mamy bilang begitu. Mamy ni kalau pasal anak-anak saya. Dialah yang lebih kasi manja. Kalau di rumah, durang tu tidak juga berani panjat sana panjat sini. Saya pulas satu-satu telinga durang kalau susah dikawal.tapi kalau di rumah mamy. Heaven betul durang. Asal saya mau naik tangan.mulalah itu mamy membebel. Budak-budak memang begitulah.memang beginilah. Last-last saya ya sajalah. Kadang-kadang pening juga tu mamy sebab anak-anak saya terlalu manja sama dia.Hahaha.

Baru saja saya mau join durang. Alter menangis di atas. Cepat-cepat saya naik. Saya dodoi dia. Nasiblah dia tidur balik. Mata saya yang masih berbaki mengantuk. Turut ikut terlelap di atas katil.

Saya tersedar balik bila Ada tangan mengusap pipi saya. Saya tahu tangan siapa. Di kucup lembut bibir saya.

"Aikk bila kau sampai. Bilang bisuk baru balik?"

"Adalah setengah jam lalu. Habis sudah semalam. Tinggal party saja tu."

"Ohh..saya tidak sedar kau sudah balik" saya bangun.

"Mana ada sayang sedar kalau tidur"

"Ehee. Mengantuk bah. Satu malam Alter minta dukung"

"Ermm..baby" Lancer usap-usap perut saya yang kembang macam belon.

Memang saya tidak sedar yang Lancer sudah pun pulang. Dia ada seminar seminggu di semenanjung. Itulah kami ni di sini. Lagipun perut saya yang besar memboyot ni memang sah-sah Lancer tidak kasi biar saya sama anak-anak di rumah sana.

"Bisuk petanglah baru balik sana."Lancer bilang

"Ohh bah"

"I miss you.. i love you" di cubitnya hidung saya.

"I miss you. I love you too."

Itu ayat tidak bulih skip tau. Mesti kena sebut setiap kali Sebelum dan selepas balik dari mana-mana. Lancer yang mahu begitu. Dia bilang supaya kasih sayang makin kuat biarpun anak kami sudah mahu masuk 5. Hahaha. Ya.5 sudah zuriat kami ni. Setiap tahun keluar terus bibit kami ni. Oscar dan Percy sudah pun masuk tadika. Alden tahun depan baru masuk. Kalau ikut boleh sudah si Alden masuk sekolah tapi kasian tiada kawan Alter di rumah.

Saya masih lagi urus kedai bunga mamy. Cuma kena bagi masa. Oscar dan percy balik dari sekolah baru saya pergi kedai bunga. Sebab saya akan bawa durang semua pergi kedai ataupun saya akan kasi tinggal tempat mamy. Itulah turn mamy jaga tu kedai sampai tengah hari saja, dari tengah hari saya yang sambung. Bukan juga bah saya mahu kasi susah mamy tapi mamy paling happy tu kalau cucu-cucu dia depan mata. Aduii mamy. Lagipun saya dan Lancer tidak mahu ambil pengasuh. Itulah kalau di rumah. Semuanya mesti kerjasama. Kalau Alter meragam. Lancer lah yang pergi masak, kasi mandi dan kasi makan anak-anak. Tiada itu istilah dia mahu guyang kaki depan tv. Sama-sama bikin kerja dia bilang. So sweet my laki. Ehemm. Itu time tidak bergaduh. Cuba kalau time perang dingin. Saya lah itu yang selalu kasi cetus perperangan. Kalau dia merajuk. Deii. Mesti mau pujuk juga tu. Tapi tidak susah bah pujuk Lancer. Goda sikit sudah cair. Mana bulih dia mau protes lama-lama sama saya. Saya kasi gantung tu bil air dia nanti. Hahahaha.

Kami masing-masing ada kawan. Adalah sekali dua dalam sebulan saya keluar jumpa kawan-kawan. Tapi susah juga bah lama-lama keluar. Maklumlah. Saya dan Mika masih rapat macam biasa. Saya masih ingat lagi bila saya ceritakan alkisah saya dan Lancer sama Mika. Bukan main meradang lagi dia. Hahahaha. Dia bilang Sampai hati kunun saya tapuk dari dia hal sebenar. Dia perasan juga Lancer cares sama saya di U dulu tapi dia ingat sebab kami ni bersepupu rupanya ada kisah di sebalik. Hahaha.

Manakala Lancer ni jarang hangout. Kecuali ada party barulah dia jumpa kawan dia. Dia lebih suka habiskan masa dengan family berbanding di luar. Sudah limpas masa mau lepak macam dulu dia bilang. Sekarang family paling penting. Thank God. He is a good husband.

"Ayang.."

"Ermm.." mamai-mamai saya menyaut dengan suara serak lagi.

Bila saya buka mata. Ada cahaya lilin depan saya. Saya duduk.

"Happy anniversary for us"

"Dearr...Omg. sorry saya lupa" saya tekup mulut. Bulih nya saya terlupa.

"Its okay. Saya tahu ayang penat layan anak-anak"

Lepas kami tiup tu lilin. Baru Lancer kasi hidup lampu.setiap tahun kami mesti celebrate anniversary tepat jam 12 am. Kadang-kadang di luar. Kadang-kadang di rumah saja. Tapi ini kali dalam bilik saja. Rare gitu. Cute cake yang Lancer pilih. Kici saja tapi besar maknanya.

"Thank you so much sebab sentiasa di sisi saya selama ini. Dan pengorbanan terbesar ayang. Ayang sudah susah payah mengandungkan dan melahirkan anak-anak kita." Penuh kelembutan Lancer cakap.

Terharu.Saya tahu apa yang Lancer sebut semuanya keluar dari lubuk hatinya.

"Dear juga.. saya tidak akan rasa sebahagia ini tanpa dear. You are my mr perfect. Sudahlah. Janganlah melutut begitu. Macam mau propose saya pulak tu gaya" saya tarik lengan dia lembut.

Cara Lancer betul-betul macam mau melamar. Melutut atas lantai siring katil.bezanya. Lancer pegang kek bukannya pegang cincin. Aduhaii laki saya ini. Dia ini memang suka bikin pekara yang saya tidak jangka. Suprise gituu. Hari ini anniversary yang 14 tahun. Hahaha. Macam mana bulih jadi begitu? Sebab kami kira dari first married kami. Bukan yang second married. Kalau second married baru 6 tahun sebenarnya.

Kami sudah bazirkan masa selama 8 tahun. Yes! 8 tahun kami tunda kebahagiaan kami. Tapi kerana semua itulah. Saya terlalu mencintai dia sehingga takut akan kehilangan dia. Kira macam mabuk bercinta juga bah. Apa salahnya fall in love sama laki sendiri kan. Bercinta di alam perkahwinan gituu.

"Happy?" Lancer tanya. Kami baring sudah. Kek sana kami simpan dalam peti sejuk. Tunggu besok, makan sama anak-anak.

"Of course im happy. Thanks for everything dear. I am the happiest woman in the world"

"Im glad to hear that"

"I love u Delton Lancer.." saya belai pipi Lancer.

"Love you too"

"Sudahlah Rumantik-rumantik. Bisuk mau kerja lagi kau"

"Mau kiss my baby girl dulu"

Terus Lancer dekatkan muka dia ke perut saya. Dia cium beberapa kali. Kemudian dia baring balik. Dia letakkan kepala saya atas lengan dia. Takut saya jatuh dari katil kunun. Ahahaha. Ada saja laki saya ini. Tapi to be honest memang dia sentiasa mahu saya selesa. Terutamanya time pregnant begini. Melambung-lambung lah itu dia punya care.

Tidak lama lepas itu. Ada sudah dengkuran kecil. Tertidur sudah dia. Saya pandang muka Lancer. Terang juga bah bilik ini. Saya tidak boleh tidur gelap. Terbalik sudah. Dulu tidak boleh tidur kalau ada cahaya. Sekarang lain suda. Biasalah manusia. Boleh berubah ikut aliran masa. Hahahaha.

Saya sentuh bulu kening Lancer guna jari telunjuk kemudian turun ke hidung dan di akhiri di mulut dia. Biarpun usia dia suda 4 siri tapi masih handsome lagi tu. Masih ada pasaran orang bilang. Ngeee.

"Napa sayang? Mahu?"

Erkk bukan dia sudah tertidur ka itu tadi. Hahaha.

"Hiss. Katol juga"

"Ahhaha sama bini sendiri. Lainlah kalau ayang kasi izin cari yang baru" dia bilang sambil senyum dengan mata masih tertutup.

"Ada berani. Silakan. Saya putung tu nanti pakai pisau bawang"

"Hahhaha. Sayang.. sayang." Lancer menyiring mengadap saya sambil ketawa. Tapi mata dia masih pejam lagi. Dia kasi ketat lagi pelukkannya.

Silaka. Di kasi ketawa lagi saya. Hobi dia bah itu suka kasi ketawa saya sekarang. Entahlah pembawaan budak kali.

Tambah lagi lepas kami tahu jantina baby dalam perut saya ini gegirl. Nah meleret lah itu senyuman laki saya 24 jam. Lama sudah bah kami tunggu bunga tapi yang malar keluar semua kumbang hahahaha. Dan bila Lancer tahu sudah yang di dalam ini gegirl. Dia suruh stop beranak. Cukuplah 5 orang dia bilang. Tapi kan. Saya mau lagi ba itu tambah. Bukan apa bah. Saya ni anak tunggal. Jadi saya teruja kalau saya ramai anak. Tapi Lancer pulak sebaliknya. Dia risau kalau saya stress sama gaya anak terlampau ramai. Bayangkan 4 hero bah itu. Semuanya lasak. Tidakkah itu bikin migrain kadang-kadang.Ahahaha. Lucu ba gaya laki saya ini. Dia memang risau sudah tengok saya mengamuk sama anak-anak. Macam mana saya tidak mengamuk kadang-kadang. 4 hero dengan 4 perangai yang berbeza-beza.

Semua orang pernah melakukan kesilapan dan kebodohan di masa lalu. Begitu juga saya dan Lancer. Namun itu semua membuatkan kami lebih menghargai antara satu sama lain. Perasaan sayang itu bertambah kuat dengan kehadiran anak-anak.

Kami bukanlah pasangan sempurna. Thanks God. Kami sudah melepasi first stage. Ialahkan orang bilang 5 tahun pertama adalah stage yang mencabar dalam rumah tangga. So far so good lah. Masih boleh settle lagi semua masalah yang datang. Sudah semestinya dengan duduk berbincang. Kalau ada yang tidak ngam jangan simpan dalam hati gituu. Nanti makan diri sendiri. Siapa juga yang susah? Diri sendiri juga kan.

Perfect! Itulah yang saya mampu katakan tentang life saya. Saya ada mamy yang penyayang dan family yang cares pasal saya. Dari dulu hingga sekarang. Dan sudah tentunya my kesayangan Delton Lancer. Dia kotakan setiap janjinya. Biarpun tidak sesempurna manapun tapi saya sangat bahagia. Dia tahu macam mana layan setiap titik kekurangan saya sebagai wife dan mommy. Biasalah bah. Manusia juga bah saya ini. Mana pulak 100% sempurna. Saya terima Lancer seadanya dan dia terima saya seadanya. Bila sudah tidur sebantal, makan sepiring. Kita akan kenal siapa pasangan kita sebenarnya. Apa tu orang bilang. Tidak kenal maka tidak cinta. Lebih kurang gitu lah itu.

Walaupun saya tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan. Saya cuma mampu berharap kami akan terus kuat menghadapinya.

"Love is just a word until someone comes along and gives it meaning.
Lean on each other's strengths. Forgive each other's weaknesses."

-Adell-

THE END

P/s:

So inilah ending Delayed Love.harap endingnya jadi pengubat rindu untuk pembaca setia saya.Sekali lagi saya minta maaf kerana selalu lambat update hihihi. Masa terlalu mencumburui saya untuk menaip😁😁 . Dan sudah tentunya rasa terima kasih yang tidak terhingga buat semua pembaca. Yang mana baik jadikan teladan. Yang mana buruk jadikan sempadan. Luv u all..muahhhh..muahhhhh.. harap puas hati dengan ending ni story hahhhah.happy ending juga bah saya bikin untuk kamurang 😘😘😘😘 bah saya rindu ni mau baca kumin kamurang 😂😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top