✂you're mine
Kring!
Waktu persekolahan sudah pun tamat. Semua pelajar di dalam kelas sibuk mengemas buku masing-masing di masukkan ke dalam beg. Ada juga yang berbual-bual kosong sambil mengemas peralatan masing-masing.
"Arghh. Penatnya."
Nafasku dihela dengan berat sekali. Setelah beberapa jam terperap di dalam kelas tanpa pergerakan yang stabil membuatkan urat sendiku agak tegang.
Aku merenggangkan seluruh badan sebelum mula mengemas. Bahagian leherku terasa amat berat dan sakit lalu dengan perlahan-lahan aku merengangkannya.
Setelah selesai merengangkan segala urat sendiku, aku mula bangun menuju ke belakang lockerku untuk memasukkan buku teks dan mengambil buku latihan yang perlu dibawa pulang.
Saat locker dibuka, perkara pertama yang aku nampak adalah sejambak bunga ros yang agak besar berada di dalam. Kerutan di dahi jelas kelihatan.
Siapa yang letak bunga ros dalam locker aku ni?
Aku mula memandang sekeliling kelasku. Melihat semua orang sibuk membuat hal masing-masing dan juga sudah tidak ramai yang berada di dalam kelas. Tiada sesiapa yang kelihatan curiga.
Jadi, siapa yang letak bunga ros dalam locker aku ni?
Aku membelek bunga ros itu. Baunya amat wangi membangkitkan perasaanku. Jujur aku tak pernah terima bunga sebelum ini. Ini adalah bunga pertama yang aku dapat.
Tidak semenanya bibirku terukir senyuman. Siapa aje yang tak suka bila orang bagi bunga kan? Lebih lagi bunga kesukaan pula tu.
Entah kenapa aku dapat rasakan yang pemberi bunga ini amat dekat dengan aku sekarang.
Saat aku mencium bunga ros itu buat kali kedua, aku mula terperasan. Ada sekeping kad kecil yang terselit pada kelompak bunga ros itu.
Hatiku mula berdegup kencang saat ingin membuka kepingan kad itu mengetahui isi di dalamnya.
"You brought me sunshine
When i only saw rain
You brought me laughter
When i only felt pain."
P/s: Let's meet at Sungai Han ;)
-JK
__
7:15 P.M.
Sudah 15 minit dia menunggu di Sungai Han seperti mana yang telah dijanjikan tetapi bayang-bayang si dia langsung tidak kelihatan. Keluhan berat dilepaskan. Dia tidak cepat melenting malah dia cuba mengukir senyuman buat dirinya untuk menenangkan dirinya sendiri.
Mungkin juga jalan sesak.
Dia cuba untuk tenangkan hatinya yang seakan resah dengan membuat andaian yang logik akal. Dia berharap agar pertemuan pertama ini menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Dia mula berangan. Teringat akan si dia yang sedang dia tunggu saat ini. Melihat raut wajahnya juga telah membuat hatinya berbunga mekar.
Dia juga tidak tahu bagaimana perasaan ini mula berkembang mekar di dalam hatinya tetapi apa yang dirasainya ketika ini adalah perasaan yang aneh.
Ianya seperti pasangan kekasih baru bercinta yang tidak mahu pasangannya pergi jauh dengannya. Ya, itulah perasaannya tika ini. Adakah itu petanda dia menyukai si dia?
Mungkin ya,
"Jung-- Jungkook?"
Jeon Jungkook memalingkan wajahnya apabila dia terdengar satu suara halus menyapa gegendang telinganya. Ia sudah pasti gadis yang ditunggunya daripada tadi lagi.
"Terima kasih sebab sudi datang, Kim Soyoung."
__
"Terima kasih sebab sudi datang, Kim Soyoung."
Tidak, aku tidak percaya ini. Je-- Jeon Jungkook? Lelaki yang sudah lama aku memendam rasa cinta kepadanya hampir 4 tahun sedang mengajak aku jumpa pada hari ini?
God, i'm can't believe
Atau sekarang ini aku sedang bermimpi? Tidak mungkin lelaki yang aku anggap crushku sendiri mengajakku keluar bersama? Macam mana dia tahu nama aku? Dan kenapa dia mahu mengajak kami berjumpa?
"Soyoung sshi? Gwenchana? (awak tidak apa-apa?)"
Jungkook berasa agak pelik melihat Kim Soyoung seperti kaku memandang wajahnya. Adakah dia tidak percaya lelaki yang dia minati setelah sekian lama mengajaknya keluar bersama? Lelaki itu-- Jeon Jungkook.
"Ma--macam mana awak tahu nama saya?" Tergagap aku dibuatnya untuk menutur kata. Ianya seperti tersekat di kerongkongku tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Melihat wajah kacaknya sahaja telah buatkan aku tergamam tidak mampu berkata apatah lagi untuk bercakap lebih dengannya.
"Gadis secantik kau, takkan lah aku tak kenal? Nama kau sahaja telah menunjukkan yang kau cantik. Bila sudah jumpa, betulah tekaan aku, kau memang cantik Soyoung-ah."
Jeon Jungkook telah mengeluarkan kata-kata romantisnya kepada Kim Soyoung. Senyuman yang dia selalu gunakan untuk para gadis manambat hati mereka. Tidak lupa juga, kenyitan mata yang menggoda ditunjukkan oleh Kim Soyoung.
Bukan dinamakan gadislah jika tidak terpikat dengan pakej yang cukup menambat hati mereka. Begitu juga dengan aku.
Aku amat terkejut dengan reaksi yang diberikan oleh Jungkook. Tidak mampu aku gambarkan bagaimana aku ketika ini. Hampir sahaja aku mahu pengsan dengan senyuman serta kenyitan menggoda Jeon Jungkook.
"Ke--Kenapa awak nak jumpa saya?" Walaupun aku agak malu untuk bercakap dengannya, tetapku bukakan jua mulut untuk bersuara. Takkanlah nak pandang crush saja? Alang-alang dah ajak jumpa bolehlah kenal-kenal diri ape ke.
Aku rasa, hari ini adalah hari bertuah aku sebab crush sendiri ajak jumpa. Siap kata aku cantik lagi. Kau hado? Inilah kebahagiaan yang aku cari selama ini. Bersama dengan crush HAHAHAHA
"Aku nak kenal lebih lagi semua tentang kau. Kau buatkan hati aku selalu berdegup kencang apabila melihat kau, dan aku sukakannya."
__
"Maaf kita tak sempat buat apa-apa."
Jungkook terusan meminta maaf kepadaku. Wajahnya jelas kelihatan dia kesal dengan apa yang berlaku.
Hari temu janji pertama kami tidak berjalan dengan baiknya. Hujan turun membasahi bumi dengan lebatnya menyebabkan aktiviti kami yang ingin mengenali satu sama lain tersekat.
Akhirnya Jungkook memilih untuk kembali ke sekolah kami memandangkan tempat yang kami berada tidak jauh dengan sekolah. Dapat juga kami berteduh buat sementara.
Aku pula hanya tersenyum menjawab kata-katanya. Sudah beberapa kali aku memberitahunya yang aku baik-baik sahaja tetapi tidak baginya.
Dia kata temu janji kami rosak kerana hujan ini. Katanya dia baru sahaja mahu mengajakku ke satu tempat yang menarik yang katanya lagi sudah pasti tempat kesukaanku.
Aku mula tertanya-tanya tempat apakah itu tetapi agak malang kerana hujan telah menjadi penghalang buat kami.
"Masuklah."
Jungkook kembali bersuara. Tanpa sedar, kami sudah sampai di sebuah bilik yang ditempatkan stor lama yang sudah lama tidak digunakan memandangkan bilik itu agak jauh dengan blok sekolah yang lain buatkan bilik itu hanya dibiarkan sahaja.
Kejap, ke--kenapa dia ajak aku ke sini?
Aku mula berasa tidak sedap hati apabila Jungkook mengajak aku untuk masuk ke dalam bilik stor itu. Aku mengintai sedikit keadaan bilik stor itu. Hm, dari segi pandangan akulah, bilik stor ini telah ditukar menjadi sebuah bilik lepak mungkin? siap ada sofa dan katil serta perabot lain seperti sebuah bilik yang lengkap.
Jungkook sudah masuk ke dalam bilik itu cuma aku sahaja yang masih berdiri di luar. Walaupun dia crush aku, tak semestinya aku kena ikut sahaja kata-katanya. Tidak semestinya dia baik sepenuhnya kan?
"Waeyo? (kenapa?) taknak masuk?" Jungkook mula berpaling ke arah Soyoung yang masih lagi tercengat di depan muka pintu bilik stor. Rambutnya yang agak basah akibat berlari menerjah hujan tadi dikeringkan dengan tuala kering yang sudah sedia ada di dalam bilik ini.
"Kau tak percayakan aku, Soyoung-ah?" Jungkook tahu, sebab Soyoung tidak mahu masuk ke dalam.
Mungkin Soyoung menganggap yang dia akan melakukan sesuatu kepadanya memandangkan sekarang ini hanya mereka berdua sahaja yang ada disini.
Lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan, semua benda boleh terjadi.
Senyuman manis Jungkook diukir kepada Soyoung lantas dia berjalan kembali ke arah pintu bilik stor itu dan tanpa tunggu lama, dia terus menarik tangan Soyoung untuk masuk ke dalam bilik itu. Pintu terus tertutup.
Aku terus terjerit kecil apabila Jungkook dengan tiba-tiba menarik tanganku mendekatinya. Tidak semenanya aku memeluk erat pinggangnya.
Takut juga kalau terpelanting jatuh ke apa. Tanpa aku sedar, tubuhku sudah berada di dalam pelukannya. Jungkook memegang erat tubuhku sambil matanya tidak berhenti menatap wajahku.
Aku malu. Melihat renungan Jungkook sahaja telah membuatkan jantungku berdegup bagai nak gila. Ini apatah lagi untuk membalas renungan matanya.
Ah, aku tidak kuat.
"Kau lagi cantik bila lihat secara dekat." Jungkook sudah mula memainkan perananya.
Melihat wajah Kim Soyoung yang malu tapi mahu itu menambahkan perasaan sukanya. Dia suka melihat wajah putih mulus Soyoung. Melihatnya sahaja telah mampu buatkan jantungnya juga berdegup tidak henti.
Aku sudah tidak keruan lagi. Kami masih lagi berpelukan. Entah kenapa saat ini setiap anggota badanku seperti terkunci pergerakannya.
Aku tidak mampu bergerak. Melihat wajahnya sahaja sudah seperti kuasa ajaib yang mampu hentikan segala anggota badanku untuk bergerak. Aku tidak mampu membalas renungan mata Jungkook. Aku takut jika aku akan kalah.
Kalah dengan aksi romantik Jeon Jungkook.
Sesungguhnya dialah lelaki pertama yang telah berjaya mengetuk pintu hatiku. Dialah yang pertama membuatkan jantung aku berdegup dengan lajunya saat memandang wajahnya. Kerana dia jugalah, cinta pertamaku, Jeon Jungkook.
"Look at me dear." Jungkook semakin hangat. Dia semakin rancak melakukan kerjanya. Untuk permulaannya, dia mula mengusap lembut rambut panjang Kim Soyoung.
Apabila melihat Soyoung tidak membantah, dan dia sudah mula berani untuk membalas renungan Jungkook membuatkan dia ketawa senang di dalam hati.
'Bukan susahpun untuk tundukkan perempuan ni.'
Jungkook menang. Dia tahu Soyoung sudah terbuai dengan sentuhan hangatnya. Perlahan-lahan wajah Jungkook di tundukkan untuk menghampiri bibir mungil Soyoung.
Itu sahaja perkara yang berjaya menarik matanya kekal fokus disitu. Semakin lama wajah lelaki itu semakin dekat dengannya sehingga dia dapat mendengar deruan nafas milik Jeon Jungkook. Sungguh mengasyikkan.
"I love you, Kim Soyoung,"
Bersaksikan langit dan bumi serta hujan, akhirnya Kim Soyoung menjadi hak milik Jeon Jungkook sepenuhnya.
__
"Perempuan, sanggup gadaikan maruahnya semata-mata untuk lelaki yang dicintainya. Apakah panggilan yang sesuai untuk perempuan seperti ini? Bitch?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top