✂you
"Betul ke kawan Hoseok tu mati sebab panggilan tu?"
Kim Taehyung menyoal kepada Namjoon, Seokjin dan Yoongi. Kini hanya mereka berempat sahaja berada di dalam bilik tersebut. Hoseok dan Jungkook sudah meminta diri untuk pulang.
Memandangkan Hoseok sudah tiada, Taehyung mengambil peluang untuk bertanya kepada kawannya.
Dia berasa sangsi apa yang diceritakan oleh Hoseok tadi tentang kawannya yang mati akibat menjawab panggilan misteri yang dikatakan panggilan kematian itu.
Dia terfikir sama ada dia patut percayakan artikel tentang panggilan kematian itu ataupun tidak. Ini pertama kalinya dia mengetahui cerita tentang panggilan kematian itu.
"Ianya cuma artikel. Kita tak boleh percaya perkara ni bulat-bulat. Baca boleh percaya jangan."
Setelah beberapa minit mereka berdiamkan diri, barulah Namjoon membuka mulutnya menjawab soalan Taehyung itu.
Baginya artikel tentang panggilan kematian itu sedikitpun tidak menakutkannya. Yang lebih dia fikirkan, siapakah kawan baik Hoseok selain daripada mereka bertujuh? Dia kenalkah kawan baik Hoseok itu? Han Siwoon?
Dia kenal Hoseok sudah lama tetapi kenapa dia langsung tidak kenal dengan kawan baik Hoseok yang dikatakannya itu?
Entah kenapa perasaan ingin tahu terhadap Han Siwoon itu semakin mendalam. Ianya seolah-olah berlegar di fikirannya mencari sesuatu.
"Aku rasa macam tak sedap hati pula baca artikel ni."
Seokjin menayangkan komputer ribanya kepada Taehyung dan Namjoon tentang artikel panggilan kematian itu. Berkali-kali dia membaca artikel itu. Sepertinya ia ada sesuatu.
Sesuatu yang sukar ditafsirkan.
"Aku dah cakapkan benda itu cuma mitos. Lagipun tiada sebarang bukti yang kukuh untuk mengatakan cerita ini adalah benar. Chill lah. "
Kini Yoongi pula mencelah. Dia cuba untuk menyedapkan hati Seokjin tentang artikel itu.
Sejujurnya dia tidak berasa pelik langsung tentang artikel itu. Ianya cuma artikel yang diubah oleh sesorang bagi menaikkan perasaan pembaca untuk membaca dengan lebih lagi.
Tambahan pula dia tidak percayakan benda-benda mengarut ini. Hantu? Baginya hantu langsung tidak wujud.
"Kau tak takut ke yoongi? artikel ni cakap pasal hantu tahu tak?"
"Whut? Hantu? Ghost? Hell. Aku langsung tak takut dan tak percaya hantu itu wujud." Min Yoongi, seorang lelaki yang selalu bersikap dingin di luar, Bersikap sombong dan angkuh dengan orang luar menyebabkan dia tidak punya ramai kawan.
Tiada sesiapa yang mahu berkawan dengannya kerana sikapnya yang tidak disukai orang. Hanya Bangtan sahaja yang sudi berkawan dengannya.
Pun begitu, bad habitnya masih tidak dapat diubah. Jadi bangtan sudah masak akan perangai lelaki itu.
"Kau jangan cakap besar yoongi. Silap hari bulan hantu tu datang mengusik kau sampai terkencing. Barulah tika tu kau menyesal."
Seokjin cuba untuk menakutkan yoongi akan kata-kata sombong lelaki itu. Dia bimbang jika kata-kata yoongi akan termakan kata-katanya sendiri.
"Fuck. Aku takkan jadi bodoh terkencing dalam seluar disebabkan hantu tak guna itu."
Seokjin akhirnya terdiam tidak membalas kata-kata yoongi. Baginya jika dia berkata lebih sudah pasti yoongi akan pandai membidas kata-katanya. Ada baiknya jika dia diam sahaja.
Kring!
Kedengaran telefon milik Kim Taehyung tiba-tiba berdering agak kuatnya bergetar di dalam poket seluar sekolahnya. Taehyung mengeluarkan telefon bimbitnya. Tertera nama yang tidak asing lagi pada skrin telefonnya.
"Hello? Kau dah siap ke? Arassoe. Ani, tunggu aku disitu. Biar aku yang datang."
Taehyung menekan butang merah pada skrin telefonnya tanda dia sudah habis berbual dengan pemanggil tersebut. Telefonnya dimasukkan semula ke dalam poket seluar.
"Siapa yang call kau taehyung?" Namjoon mula bersuara kembali menanyakan Taehyung siapakah gerangan yang menelefonnya sebentar tadi.
"Adik aku. Dia suruh aku ambik dia di library. Okey lah korang. Aku gerak dulu. Jumpa esok. Bye!"
Taehyung mula bangun daripada kerusinya lalu beg sandang sekolahnya diambil dan dipikul sebelah.
Dia meminta diri lebih awal daripada kawan-kawannya kerana harus mengambil adiknya yang berada di perpustakaan.
"Korang." Namjoon memanggil Yoongi dan Seokjin setelah Taehyung keluar daripada bilik mereka. Seokjin dan Yoongi mula mengalih pandangan ke arah Namjoon yang memanggil mereka berdua. Nampak seperti dia ingin memberitahu sesuatu.
"Korang kenal ke kawan Hoseok tu? Han Siwoon?" Sudah lama Namjoon memikirkan kawan baik Hoseok itu yang dikatakan oleh Hoseok yang Han Siwoon mati akibat menjawab panggilan misteri yang dikatakan panggilan kematian itu.
"Han Siwoon? Han Siwoon..." Dahi Seokjin berkerut seperti cuba untuk mengingati sesuatu. Mungkin sahaja Seokjin cuba mengingati nama yang dikatakan oleh Namjoon.
"Han Siwoon? Bukan ke dia pernah..."
"Han Siwoon. Bekas pelajar sekolah ini." Dengan wajah yang selamba, Yoongi memberikan jawapan akan soalan yang diajukan oleh Namjoon.
Mata Namjoon membulat seperti tidak percaya. Barulah dia ingat semula, Han Siwoon merupakan pelajar atlet yang sangat popular di sekolah ini.
Pelajar yang amat terpengaruh. Keluarganya yang amat kaya, selalu memberi sumbangan pelbagai kemudahan di sekolah ini.
Tidak dinafikan, Han Siwoon merupakan lelaki yang sangat baik. Dia seorang yang friendly.
Mungkin disebabkan sikap peramahnya, Hoseok berkawan baik dengan Han Siwoon itu. Hoseok juga seorang yang peramah dan periang orangnya.
"Tapi, betul ke Han Siwoon mati disebabkan panggilan itu? kenapa aku tak pernah tahu pun cerita tentang dia?"
"Yah. Macam mana kau nak tahu kalau kau tak pernah masuk kelas?"
"Hey! watch your mouth! Aku lebih tua daripada kau Yoongi!" jari telunjuk Seokjin ditunding ke arah Yoongi tanda dia geram akan percakapan Yoongi yang selalu nak menyakiti hatinya.
Ada ke patut yoongi cakap dia tak pernah masuk kelas? masuk kelas sivik pun dah kira okey tau. Daripada tak masuk langsung?
"Tua tiga bulan je pun. Tak payah nak berlagak macam kau tua tiga tahun daripada aku." Yoongi masih bersikap swagnya.
Baginya dia tidak perlu hormat lebih dengan Seokjin kerana Seokjin hanya tua tiga bulan daripadanya. Jadi, perlu ke baginya untuk hormat lebih dengan orang yang hanya tua tiga bulan daripadanya sedangkan mereka hanya sama umur sahaja.
"Yah, korang. Hajima." Namjoon pula mencelah diantara pergaduhan kecil Seokjin dan Yoongi. Naik rimas dirinya melihat mereka berdua bergaduh seperti budak kecil. Tidak matang.
"Kau yang mulakan dulu, yoongi."
"Aku takkan bazirkan air liur aku untuk mulakan pergaduhan dengan orang yang lebih tua tiga bulan daripada aku." Sengaja dia tekankan lebih tua itu. Wajahnya tampak biasa dan rileks sahaja.
"Yah! Julugae? (nak mati ke?)" Seokjin mendekati Yoongi buku limanya digenggam kemas ingin menumbuk muka Yoongi yang sudah lama ditahan geramnya. Tunggu masa sahaja penumbuk guccinya melayang pada wajah Yoongi.
"Sudahlah. Korang ni tak matang la. Bergaduh macam budak kecil. Kajja (mari pergi). Dah malam ni." Sekali lagi namjoon mencelah meleraikan pergaduhan mulut mereka berdua. Nasib baik mereka tidak banyak karenah dan mengikuti sahaja kata-katan Namjoon.
Mereka bersiap-siap untuk pulang. Setelah memastikan seluruh bilik itu kemas, mereka mula mengatur langkah keluar daripada bilik itu.
Sebenarnya mereka masih lagi berada di sekolah. Mereka selalu pulang lewat malam lepak di dalam bilik rahsia mereka.
Pada awalnya bilik itu adalah stor lama yang ditempatkan meja dan kerusi kayu yang lama dan telah rosak disimpan di dalam stor tersebut.
Setelah Namjoon berkuat kuasa menjadi ketua, dia mula mencari bilik khas untuk kawan-kawannya menghabiskan masa bersama dan akhirnya dia terjumpa bilik stor lama ini.
Memandangkan bilik stor ini agak jauh daripada bangunan sekolah yang lain dan kawasannya agak terpencil jarang sekali orang yang lalu lalang disini jadi, dia mula menjadikan bilik stor itu adalah bilik lepak mereka bertujuh.
"Ops. Mianhae."
Namjoon tersedar daripada lamunannya. Dia tersedar apabila terdengar suara perempuan meminta maaf kepada Seokjin. Dia menoleh ke arah suara itu.
Melihat perempuan di hadapannya yang memakai pakaian seragam sekolah ini. Namjoon tidak dapat melihat wajah sepenuhnya perempuan itu kerana pelajar itu sedang terbongkok mengutip barangannya yang jatuh akibat terlanggar Seokjin tadi.
"Jeong-mal mi-mianhae."
Tergagap-gagap pelajar itu mengeluarkan kata maaf. Wajahnya langsung tidak memandang mereka. Rambutnya yang agak panjang dibiarkan tidak terikat itu membuatkan wajahnya terselindung daripada rambutnya.
Namjoon tidak dapat mengencam wajah pelajar tersebut.
Belum sempat Seokjin ingin bersuara, pelajar itu terlebih dahulu berlari anak meninggalkan mereka. Dia langsung tidak memandang mereka bertiga.
"Kau kenal dia ke?" soal Yoongi setelah bayangan pelajar perempuan itu hilang daripada pandangan matanya.
"Ani. Dia tak sengaja langgar aku je tadi. Cuma aku pelik, masih ada lagi pelajar lain yang masih lagi belum pulang selain kita bertiga ke? Padahal sekarang hampir pukul 10:50 malam."
Seokjin melihat jam di pergelangan tangan kanannya. Melirik waktu sekarang. Dia agak musykil melihat perempuan yang barusan terlanggarnya. Sudahlah hanya pelajar perempuan itu seorang berjalan kawasan sekolah ni.
"Guys, look. "
Yoongi dan Seokjin menoleh ke arah Namjoon yang memanggil mereka berdua tadi. Namjoon membengkokkan badannya mengambil sesuatu di bawah kakinya.
"Ini mesti budak tu punya."
Namjoon membelek buku sederhana kecil itu. Sepertinya ini buku lukisan. Entah kenapa hatinya kuat menyuruh untuk membuka buku lukisan milik perempuan itu. Tanpa menunggu lama dia terus membuka buku lukisan itu.
"Wow."
Satu patah perkataan terucap pada bibir Namjoon apabila dia membuka helaian pertama pada kertas lukisan itu. Bebola matanya masih ralit melihat hasil karya seni yang ada pada lukisan kertas itu.
"Apa yang wow? "
Seokjin dan yoongi bertanya serentak akan kata Namjoon setelah melihat isi yang terdapat di dalam buku lukisan milik pelajar perempuan tadi. Mereka berdua menjadi penasaran melihat reaksi namjoon. Mesti ada sesuatu yang unik sehingga Namjoon seperti memuji lukisan perempuan itu.
"See."
Namjoon menayangkan lukisan yang dilihatnya kepada Seokjin dan Yoongi. Mereka juga terkejut melihat lukisan itu. Apa yang lagi mereka tidak sangka, tertera satu nama pada hujung lukisan itu.
Jeon Jungkook kelas 8-4
"Nampaknya budak tu sukakan jungkook."
Sah. Memang betul gadis itu menyukai Jungkook. Siap tulis nama kelas lagi dan sudah semestinya itu adalah Jeon Jungkook kawan mereka. Jelas kelihatan sebaris senyuman Kim Namjoon ditunjukkan. Idea nakal Namjoon mula menjengah di fikirannya. Dia dapat menjangka sesuatu yang menarik bakal berlaku.
"What if kita tolong budak tu? Well, i'm sure dia pasti gembira kalau Jungkook tahu."
Seokjin dan Yoongi sudah dapat meneka apa yang sedang berlegar di fikiran Namjoon sekarang ini. Mereka juga turut tersenyum memikirkan perkara yang sama.
--
"Nampaknya kau akan ada girlfriend baru. Jungkook sshi."
Namjoon menepuk lembut bahu kawannya setelah dia menceritakan kesemuanya tentang pelajar perempuan yang dijumpainya semalam. Kini dia telahpun menunjukkan lukisan tersebut kepada jungkook.
Jungkook juga tersenyum. Jelas kelihatan senyumannya membawa maksud yang amat mendalam. Tidak dia menyangka bahawa masih ada perempuan yang menaruh hati kepadanya secara diam.
Selalunya kesemua perempuan yang pernah dia kenal, semua akan tergedik dan merengek manja kepadanya tetapi perempuan yang diceritakan Namjoon itu lain sifatnya dan dia suka sifat perempuan yang pemalu.
Jeon Jungkook mula menatap sekeping gambar yang baru sahaja dia dapat daripada Namjoon. Wajah gadis itu amat cantik dan ianya sesuai dengan citarasa Jeon Jungkook.
"Kim Soyoung, aku tak sabar nak jumpa kau."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top