✂who?
↪BTS members
↪Kim Namjoon
"Dalam dunia ini, untuk teruskan hidup, pasti akan adanya pengorbanan. Maaf tapi aku terpaksa pilih kau."
↪Kim Seokjin
"Yah! Kau janji nak sama-sama selesaikan masalah ni but what's the hell going on?!"
↪Min Yoongi
"Fuck aku benci orang munafik macam kau."
↪Jung Hoseok
"Tak perlu nak mengelabah, fact kita semua akan mati."
↪Park Jimin
"Damn, aku takkan biarkan syaitan tu bunuh aku!"
↪Kim Taehyung
"Ada banyak darah dekat sini! Aku tak mampu lakukan lagi!"
↪Jeon Jungkook
"Disebabkan panggilan itu, tarikh kematian kita adalah hari ini."
Death Calls New Version Φ
Tap, tap, tap.
Setitik demi setitik cecair pekat likat berwarna merah itu menitis pada permukaan lantai. Darah itu semakin kuat mengalir seperti batang paip yang telah bocor.
Sekujur tubuh pelajar lelaki yang sudah tidak bernyawa berada di atas kipas siling yang diikat pada tali gantung itu menarik perhatian mereka.
Wajahnya tampak kusam. Bibirnya dipenuhi dengan darah. Matanya masih lagi terbuka memandang ke bawah. Terdapat kesan lebam pada sekeliling pergelangan lehernya yang telah diikat gantung itu.
Geli, gerun, takut, perasaan yang bercampur aduk menjadi satu. Ianya sukar ditafsirkan pada saat ini setelah mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri yang kawan mereka telah pun terkorban.
Ya... Lelaki yang diikat gantung itu adalah kawan mereka. Dialah yang pertama dan disebabkan itu,membuatkan debaran dihati mereka bertambah gusar. Siapakah yang seterusnya?
Tit, tit, tit.
Kedengaran deringan telefon yang telah menyedarkan mereka daripada lamunan. Deringan telefon itu amat kuat dan bingit telah membuatkan gegendang telinga mereka terasa sakit didengari. Tanpa lengah masa salah satu antara mereka mara mengambil telefon bimbit yang berada di pegangan tangan kanan kawannya yang telah mati itu.
"Apa yang kau nak daripada kitorang setan?!"
Dengan beraninya dia menyergah walaupun sebenarnya dia amat takut. Hatinya seakan berdegup kencang umpama berlari larian meter. Manik-manik peluh sudah banyak mengalir di dahi malah di pipinya juga.
"Ajal kau sudah tiba."
Suara yang datang daripada hujung talian tersebut telah membuatkan debaran jantungnya seakan terhenti berdegup. Mendengar sahaja suaranya pun telah membuatkan dirinya berasa ketakutan.
Prakk!
Seraya itu lampu pada ruang bilik kelas itu terpadam serta merta. Keadaan sekeliling mereka gelap gelita. Ianya telah dirancang bagi memudahkan segalanya. Dia sungguh bijak.
"Yah! Kau dah masuk perangkap dia lah bodoh!"
Satu suara yang datang daripada kawannya telah membuatkan dirinya tersentak. Ya, pada ketika ini dia merasakan dirinya amat bodoh kerana melangkah tanpa memikirkan dahulu kesannya. Kini dia harus bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri.
"Hyung datang sini balik!"
Kawannya yang lain juga turut memanggil dirinya. Kawannya tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu menjerit kuat memanggilnya. Dia tidak mampu menolong. Itu adalah peraturan pertama permainan ini.
"Bila kau dah masuk, kau tak boleh keluar melainkan kau mati."
Dia senyum kepada kawannya. Senyumannya menyerangai mempamerkan reaksi yang sinis membuatkan kawan-kawannya tergamam akan sikap perubahannya.
"Damn! Dia dah masuk ke dalam badan kau bodoh!"
"....."
-
Do you enjoy for this prolog? I hope so and please drop your comment about this chap cause i'm really excited to see your reaction. Thank you yang masih lagi sudi menunggu Death Calls and harap anda suka yang versi baharu ini. InsyaAllah sya akan cuba yang terbaik and janji takkan unpublish lagi. ╰(*'︶'*)╯
-
ΦDEATH CALLS NEW VERSION [PANGGILAN KEMATIAN] Φ
Start: Sunday, 14/7/19
End: who's know?
"Let's starteu!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top