✂silenced
"Those who feel powerful are actually cowards."
Ps: jangan lupa untuk menekan butang ⭐ sebelum membaca. Happy reading! ♥
---
"Jebal! Jangan buat aku macam ni!"
Suara pelajar lelaki yang berada di dalam tandas itu bergema dengan kuatnya.
Berulang kali dia meminta belas kasihan kepada sang pembuli untuk melepaskannya tetapi hasilnya tidak berjaya malah makin galak sang pembuli itu mengerjakannya.
Wajah lelaki itu dimasukkan ke dalam mangkuk tandas berendam lamanya. Hampir 10 minit barulah mereka menarik keluar wajah lelaki itu ke mangkuk tandas.
Tercungap-cungap pelajar lelaki itu mencari nafas setelah berendam lama ke dalam mangkuk tandas yang sudah semestinya tempat perkumuhan manusia.
Bau busuk mangkuk tandas itu telah membunuh lubang hidungnya. Betapa terkseksa dirinya saat ini.
"Je-jebal... A-aku mohon le-lepaskan aku..." pelajar itu merayu. Air mata lelakinya akhirnya keluar juga di kelompak mata. Biarlah orang menganggapnya lemah atau apapun asalkan dirinya dapat dilepaskan daripada cengkaman pembuli itu. Dia cukup terseksa saat ini
"Ha? Lepaskan kau? Hey tak syok la kalau lepaskan kau awal sangat. Jom kita main sampai puas. Nak?"
Sang ketua pembuli itu bersuara keriangan seperti mendapat ganjaran besar. Dia memandang kebelakang melihat kawan-kawannya juga ketawa sinis memandang pelajar lelaki tersebut.
"Adwae, tolong...."
Begitu lemah lelaki tersebut mengelengkan kepalanya. Tenaganya sudah tiada untuk pertahankan dirinya saat ini. Dia rasa ajalnya sudah sampai di sini. Dia sudah tidak mahu diperlakukan sebegini lagi. Sungguh ia begitu menyeksa dirinya.
Kwon Leeyoung, seorang pelajar yang baru berusia 17 tahun itu berasa dirinya diseksa hidup-hidup. Sudah banyak kali dirinya dijadikan tempat tempias amarah sang pembuli itu. Sungguh ia amat mendera mental serta fizikalnya. Dia ketakutan. Dia telah menjadi pendiam di atas perlakuan sang pembuli tersebut.
Mereka amat kuat. Mereka adalah ketua sekolah menengah tinggi. Mereka dianggotai 7 ahli. Kesemuanya gagah perkasa. Semuanya tidak berperikemanusiaan. Mereka membuli dan memukul sesiapa sahaja yang mereka mahu.
Membunuh? Usah ditanya, membunuh adalah kerja kegemaran mereka. Melihat pelajar terseksa, melutut di depannya, dan melihat darah umpama kejayaan yang amat besar bagi mereka.
Mereka juga masih lagi pelajar sekolah cuma mereka adalah pelajar tahun akhir di sekolah itu. Disebabkan darjat mereka tinggi, mereka merasakan mereka mampu membuat apa sahaja. Tiada sesiapapun yang mampu menghalang kehendak mereka.
"Kwon Leeyoung, kau terlalu baik."
Usai si ketua pembuli itu berkata, dia terus meretap kasar rambut leeyoung. Dapat pelajar itu rasakan kulit kepalanya bagai nak tercabut akibat tarikan kuat dan kasar si ketua itu. Ditarik rambut lelaki itu dimasukkan semula ke dalam mangkuk tandas.
"Arghhhhh!!!!"
"Ahhh. Aku suka jeritan kau. Jerit lagi young. Jerit sampai tandas ni dengar suara kau."
Bagi ketua pembuli itu, mendengar suara jeritan pelajar yang lemah itu ibarat satu melodi yang merdu sekali. Dia amat suka jeritan pelajar menjerit meminta pertolongan. Banyak kali mereka menjerit meminta dilepaskan tetapi malangnya dia tetap dengan pendiriannya.
Sekali dia dapat pegang pelajar yang lemah, jangan berangan untuk hidup lama. Kematian kau berada di tangannya.
--
"Andai sahaja ketika ini aku mampu bersuara, aku akan pastikan hidup kau tidak tenang atas perlakuan yang telah kau lakukan kepada kami. "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top