✂our night

"Those who feel powerful are actually cowards."

Ps: jangan lupa untuk menekan butang ⭐ sebelum membaca. Happy reading! ♥

---

Pubg club, 11:56 p.m.

Tempat dimana menjadi tumpuan para manusia yang berbilang kaum berhibur dan bersuka-ria umpama dunia ini milik mereka.

Semua orang yang berada di situ berpesta ria. Kedengaran juga suara pekikan menjerit keseronokan. Lagu dj berkumbang kuat merancakkan suasana yang semakin hangat.

Mereka menari dan terusan menari seperti tiada hari esok. Perempuan di samping melentokkan tubuh mungil mereka kepada lelaki bersamanya membuatkan para lelaki semakin ghairah menikmati malam itu.

Terdapat juga beberapa bilik yang ditempat khas para pelanggan yang berkunjung jika menginginkan privasi yang lebih.

Kebanyakkan bilik itu digunakan untuk puaskan nafsu masing-masing. Bagi mereka dimana-mana tempat pun tidak kisah asalkan dapat puaskan nafsu.

Dosa pahala bagaikan tidak wujud di dalam diri masing-masing. Semua bergembira sehingga lewat malam.

BD 132

"Warghhhhhh!!!"

Sekumpulan remaja menjerit keseronokkan. Mereka berparti melepaskan tekanan yang ada. Suasana di dalam bilik itu amat membingitkan dengan lagu dj dimainkan begitu rancak.

Botol-botol alkohol berjenama berada di atas meja. Begitu juga snek-snek yang bertaburan.


"Selamat datang ke dunia rekaan kami. Dunia Bangtan."

Mereka menari keseronokkan seperti dunia ini milik mereka. Menikmati malam itu. Semuanya menari berpesta seperti tiada penghujungnya.


Lagu-lagu dj berkumbang kuatnya. Lampu berwarna warni yang digantung itu menambahkan lagi keghairahan mereka untuk berpesta dengan lebih lagi. Semuanya bagaikan begitu pantas.

"Yah! Snek semakin habis!"

Park Jimin terpaksa melaung kuat disebabkan lagu dj yang semakin rancak itu membuatkan suaranya hampir tenggelam tidak didengari kawan-kawannya.

"Masih ada banyak lagi stok dalam peti tu. Jangan risau."

Namjoon bersuara membalas kata-kata jimin. Dia juga seperti kawan-kawannya yang lain. Mengikuti parti tarian itu melepaskan segala tekanan.

Baginya hari ini adalah hari yang amat meletihkan kerana dia terpaksa melakukan banyak kerja. Dia mula teringat tentang peristiwa yang berlaku sepanjang hari ini. Dia melepaskan keluhan berat.

Bapanya, Tuan Kim telahpun mengetahui bahawa dia pengedar dadah seraya itu dia telah ditendang keluar daripada rumah tuan Kim pada hari ini juga.

"Aku tiada anak pengedar dadah macam kau! Aku rela tiada anak daripada punya anak tak guna macam kau! Keluar daripada rumah aku!"

Kata-kata bapanya petang tadi masih segar dalam kotak ingatannya. Ianya begitu mengores hatinya.

Segala pakaianya di campak begitu sahaja. Malah kereta, motor, kad kredit, segala kemewahan yang dia ada juga ditarik serta merta pada petang itu juga.

Ahhh! Aku tak perlukan semua itu. Aku hanya mahukan kebebasan dan inilah yang aku mahukan selama ini. Habiskan masa muda aku dengan kawan-kawan.

Tetapi, tipulah jika dia kata sedikit pun tiada perasaan sedih di dalam hati ini. Tuan Kim sahaja keluarganya.

Dia sudah tidak punya ibu sejak dia berumur 14 tahun kerana ibunya telah meninggalkannya mengikuti lelaki lain. Ya ibunya berlaku curang dengan bapanya.

Sejak daripada itulah dia mula berubah. Berubah ke arah keburukan. Tuan Kim terlalu sibukkan dirinya dengan kerja dipejabat.

Hampir setiap hari dia akan pulang lewat malam dan ada kalanya langsung tidak pulang rumah membuatkan namjoon terabai.

Dia tidak diberi perhatian yang sepatutnya oleh keluarga menyebabkan dia telah menjadi pembuli tegar.

Dia terlampau tertekan dengan masalah disekelilingnya sehingga menyebabkan dia tergolong di dalam gegala sosial yang amat teruk ketika dia berumur 16 tahun.

Dan kini, hidupnya telah berubah. Dia sudah berumur 19 tahun dan dia adalah ketua pembuli yang amat digeruni semua pelajar sekolah.

Menjual dan mengedar dadah adalah kerja separuh masanya dan membunuh sesiapa yang ingkar akan arahannya adalah hobinya.

Dia amat suka melihat darah. Ianya bagaikan semangat yang baru apabila dia membunuh manusia yang dia rasa manusia patut mati pada tangannya. Dia berkuasa mutlak.

Tetapi, pernah dia terfikir sampai bila dia harus berlaku perbuatan kejam kepada manusia yang tidak bersalah? Membunuh? Kenapa dengan cara itu sahaja jalan yang terbaik?

"Song Heechan."

Disebabkan lelaki itu aku kehilangan segalanya. Dia lapor aku kepada polis dan ayah aku. Kau memang patut mampus heechan!

Genggaman buku limanya digenggam kuat seperti menahan amarah yang entah sampai bila mampu dia tahan.

Teringat sahaja wajah lelaki itu membuatkan amarahnya mengelegak seperti cetusan api yang panas membara.

Pang!

Satu pukulan hinggap pada kepalanya. Dia yang tadinya menahan marah terus hilang apabila terkejut diserangnya tiba-tiba tanpa sebarang amaran.

"Yah! Sudah la tu teringat benda yang dah lepas. Kita datang sini nak enjoy kan? Nak hilangkan stress kan? So you get it."

Kim Taehyung, datang ke arah namjoon dengan melirikkan senyuman kepadanya. Taehyung memaut bahu kawannya.

"Even ayah kau dah buang kau, kau masih ada kitorang. Kitorang akan sentiasa ada bersama kau namjoon ah. Itu janji aku."

Namjoon juga turut tersenyum. Sekurang-kurangnya dia dapat menarik nafas lega mendengar kata-kata kawan baiknya itu.

Sejahat-jahat mereka, sekejam-kejam mereka, masih ada nilai persahabat di dalam diri mereka. Hanya kawannya berenam sahaja dia percaya dan dia harap kawan-kawannya tidak pernah mengkhianatinya. Berharap sangat pilihannya tepat dalam memilih sahabat.

"Kau tak perlukan kemewahan. Kau hanya perlu ada kami."

Taehyung berkata lagi. Senyumannya dilebarkan lalu perlahan-lahan tangan kanannya dikeluarkan sesuatu yang tersembunyi di belakangnya dikeluarkan.

"PERANG BULU BANTAL!!!!!"

Dia meriahkan lagi suasana dengan mula menyerang Namjoon dengan bantal berbulu pelepah di belakangnya yang telah lama dia nantikan saat ini.

Mereka semua telah bersedia dengan bantal masing-masing di tangan lalu mula memukul sesiapa sahaja yang berada di depannya.

Bagi mereka keseronokkan adalah segala-galanya tanpa perlu memikirkan perkara yang menyerabutkan kepala masing-masing.

"Yah! Bulu ni masuk dalam mulut aku!"

Jung Hoseok menjerit kuat apabila dirasakan beberapa bulu pelepah mula masuk ke dalam mulutnya. Bukan itu sahaja hampir seluruh tubuhnya dipenuhi dengan bulu pelepah.

"Telan je. Macam lah tak biasa." Yoongi membalas kata-kata hoseok dan tanpa tunggu lama dia terus menghayungkan bantal berbulunya ke arah hoseok menyebabkan tubuh hoseok tidak mampu mengimbangkan badannya lalu dia rebah ke lantai.

"Yah! Kau datang sini yoongi ah!" Hoseok tidak mahu mengalah. Dia terus bangun mendapatkan bantalnya balik dan terus berlari mengejar yoongi yang sudah semakin jauh daripadanya.

"Kuda pun lari slow ke?"

"Yah Min Yoongi! "

Bangtan Boys, itulah nama kumpulan pembuli itu. Mereka mempunyai 7 ahli kesemuanya. Mereka juga telah bersama hampir 3 tahun. Hubungan mereka amat akrab dan mereka masih lagi setia dengan kawan-kawan mereka.

Bangtan Boys, hanyalah remaja yang baru berusia 19 tahun yang semakin meningkat dewasa.

Sepatutnya pemikiran mereka semakin matang selaras dengan usia mereka tetapi mereka tidak. Bagi mereka, hanya menginginkan kebebasan dan keseronokkan dunia.

Mereka suka membuli, memukul dan membunuh. Mereka semua mempunyai latar belakang yang berbeza dan masalah yang tidak mampu diselesaikan.

Bagi mereka, hanya menikmati keseronokkan bersama, dapat menghilangkan segala kegurasan di hati.

Sampai kini hubungan mereka terjalin dengan baik sepanjang 3 tahun mereka telah lalui banyak perkara yang orang lain sebaya mereka tidak lalui.

Tetapi, sampai bila hubungan persahabatan mereka akan kekal?

--

"Semua manusia berhak bergembira dan mereka juga perlu lalui sakitnya kepedihan. :)"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top