✂ Namjoon
"Aku nyalakan lilin kenapa kau tak nyalakan lampu?"
"Sebab aku lebih suka kegelapan daripada sinaran."
___
"Mana Namjoon?"
Jung Hoseok bertanya setelah dia menyedari, hanya mereka berlima saja ada dalam kelas. Keadaan tidak terurus tiada masa untuk memeriksa keberadaan kawan yang lain.
"Kita perlu cari dia. Aku risau ada benda buruk berlaku kepadanya."
Kim Seokjin menjawab serius. Mereka tak boleh main main lagi. Keadaan semakin teruk dan mereka perlu bersama.
"Jungkook, kau jaga yoongi tau? Kitorang nak cari Namjoon. Kalau ada apa-apa berlaku kau telefon aku."
Jungkook hanya mengangguk mengerti. Keadaannya semakin baik setelah Seokjin merawatnya cuma dia tak boleh banyak bergerak saja.
Seokjin, Jimin dan Hoseok mula beredar dari kelas itu meninggalkan Jungkook dan Yoongi yang masih perlukan rehat yang secukupnya.
Jeon Jungkook memandang Yoongi yang ketiduran. Wajah Yoongi ditenungnya lama. Terbit rasa bersalahnya kepada lelaki itu.
Min Yoongi sanggup selamatkannya dan membiarkan dia merasai kesakitan. Lebam pada belakang tubuhnya jelas menunjukkan dia kesakitan semasa cuba untuk selamatkan lelaki itu.
"Maafkan aku, aku cuma nak kita semua selamat. Aku tak pernah lebihkan kasih sayang aku kepada mana-mana perempuan pun selama ni. Sayang aku hanya untuk Bangtan saja. Maafkan aku hyung, sebab aku, kau sakit teruk..."
Air mata lelakinya akhirnya gugur juga. Teringat kembali Yoongi yang sanggup menyelamatkannya membuatkan dia betul-betul terasa terhutang budi.
"Shit, diamlah bodoh aku nak tidur."
Mata Jungkook terus membulat tidak percaya apabila dia sendiri dengar suara Yoongi. Terus dia dekatkan dirinya kepada lelaki itu.
"Hyung, kau..."
"Aku bukannya nak mati lagilah tak guna."
Mata Yoongi masih lagi tertutup cuma keningnya saja yang bergerak fahamlah dia Yoongi sudah sedar. Jungkook lantas tersenyum dan memeluk erat tubuh kawannya.
"Aku rindukan swagie kauu."
__
"Ini.."
Kim Namjoon mengamati gambar tersebut. Tidak salah lagi, pelajar lelaki yang sedang berlutut itu adalah bekas kawannya, Oh Minjung.
Kenapa gambar ni ada disini?
Namjoon beralih pula ke arah satu lagi gambar.
Gambar yang menujukkan dia sedang menolak kepala seorang pelajar lelaki agar masuk ke dalam mangkuk tandas.
Berkerut dahi Namjoon memandang gambar itu dan terlihat wajah pelajar itu.
"Kwon Leeyoung."
Ahh, baru dia ingat, Kwon Leeyoung berumur 17 tahun telah mati ditangannya. Dia sendiri yang membunuh pelajar itu dengan merendamkan muka pelajar dalam mangkuk tandas lebih kurang satu jam.
Gambar seterusnya, Namjoon beralih pada gambar ketiga. Gambar yang menunjukkan situasi mereka berada di bawah jambatan pada waktu senja.
Song Heechan.
Namjoon masih mengenali wajah pelajar lelaki itu. Baru beberapa minggu kejadian itu berlaku.
Disebabkan dia, aku hilang segalanya.
Namjoon masih menyimpan perasaan dengkinya kepada pelajar itu walaupun Song Heechan sudah lama mati.
Namjoon terus membuang polaroid Song Heechan. Sampai dia mati sekalipum dia tidak akan maafkan pelajar itu.
"Tae--taehyung?"
(anggap saja itu kim taehyung ")
Ralit Namjoon memerhatikan polaroid itu setelah melihat wajah kawan baiknya, Kim Taehyung.
Polaroid milik Taehyung punya tidak menunjukkan apa-apa situasi. Hanya sekeping gambar yang diambil berwajah ceria.
"Kau... nampak sangat gembira."
Namjoon senyum kecil melihat polaroid itu. Melihat wajah kawan baiknya benar benar membuatkan dia mengimbas kembali kenangan manisnya bersama. Sungguh dia rindukannya.
"Maafkan aku. Aku tak tepati janji aku. Aku ketua yang teruk. Semuanya sudah huru hara. Kami sudah terpisah."
Tanpa sedar, air mata lelakinya keluar mengalir hingga ke pipi. Melihat gambar Kim Taehyung benar-benar membuatkannya lemah.
Namjoon masih tak boleh terima tentang kematian Taehyung yang dirasakan kawannya terlalu cepat untuk pergi tetapi apa boleh dia buat?
Menangis air mata darah sekalipun Taehyung tak dapat hidup balik.
"Takkan ada sesiapa yang mati. Kita datang sini bersama dan kita keluar pun bersama."
"Namjoon-ah janji dengan aku. Walau apapun yang terjadi jangan tinggalkan kami. Aku mungkin tak dapat bersama korang lagi tapi tolong, jaga kawan-kawan kita yang lain. Kau ketua kami dan aku percayakan kau."
Kata-kata itu, adalah kata kata terakhir sebelum Taehyung pergi buat selamanya. Namjoon tidak dapat buat apa-apa selain berjanji yang dia akan melindungi kawan-kawannya yang lain tapi kini apa yang jadi?
Dia sendiri yang undur diri. Dia sendiri berubah menjadi penakut dan tak mampu melindungi kawan-kawannya yang lain.
Masih layakkah dia digelar seorang ketua lagi?
"Taehyung-ah... Maafkan aku..."
___
Flashlight pada telefon masing-masing ditekan. Waktu semakin gelap ditambah pula kawasan yang dilalui sekarang langsung tiada pencahayaan lampu membuatkan mereka terpaksa membuka flashlight di telefon.
"Namjoon tak pernah buat macam ni."
Kim Seokjin mengeluh setelah dirasakan hampir sejam mereka mencari Kim Namjoon dalam semua blok.
Yang lain turut mengeluh. Mereka juga berpendapat yang sama. Biasanya Namjoon tidak akan lari dari masalah tapi kali ini, dia tiba-tiba hilang.
"Kau... tak rasa pelik ke dengan namjoon tu?"
Park Jimin membuka mulutnya setelah lama mereka mencari Namjoon di setiap blok namun kelibat lelaki itu langsung tiada.
"Apa yang pelik dengan dia?"
Hoseok pula bertanya tentang soalan Jimin. Dia masih kurang faham.
"Namjoon... Macam ada sesuatu yang tak kena."
Jimin berkata apa yang dia nampak. Dari segi pandangannya, ketua mereka, Kim Namjoon jelas nampak perubahannya. Pada mulanya dia berasa pelik dengan Namjoon tapi dia lama-lama dia mula mengesyaki sesuatu yang tak kena.
Bukan dia nak menuduh ketuanya sendiri tapi, perlakuan Namjoon sedikit sebanyak buat dia berasa curiga. Keluhan dilepaskan. Bukan sekali, tapi banyak kali dia terfikirkan benda itu.
"Kenapa? Apa yang tak kena dengan dia?"
Seokjin seakan mendesak Jimin untuk memberitahu apa yang dia rasakan saat ini dan entah kenapa jantungnya berdetak laju.
"Namjoon adalah dalangnya."
___
"Kau-- Siapa?"
Tergetar-getar jarinya menunjukkan susuk tubuh seseorang yang berpakaian hoodie menutupi mukanya dengan topi baju itu berdiri di depannya.
Tidak pernah dia nampak, sesiapa dalam blok ini melainkan ahli Bangtan saja. Lagi memeranjatkan, orang yang berdiri di depannya itu ada dalam bilik lepak mereka menyebabkan Namjoon agak terkejut.
Orang itu hanya menundukkan kepalanya tidak memberi reaksi untuk menjawab persoalan Namjoon.
Perlahan-lahan hoodienya dibuka dan kepalanya diangkat untuk bertentang mata dengan Namjoon.
Mata Namjoon membulat tidak percaya apa yang dia nampak kini. Seorang lelaki yang hampir sama tinggi dengannya bertentang mata bersama satu senyuman sinis dipamerkan.
"Kau... kau!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top