✂Kim Taehyung

"T--taehyung!"

Park Jimin tergamam apa yang dilihatnya kini. Dia tidak menyangka firasatnya begitu tepat sekali. Hatinya kuat mengatakan Taehyung ada di dalam kelas itu.

Taehyung sedang duduk menyandar tubuhnya di dinding sambil tapak tangannya ditekup menutupi wajahnya.

"Itu suara Jimin! Pasti dia dah jumpa Taehyung!"

Hoseok pantas menggunakan deria telinganya apabila mendengar suara Jimin yang menjerit agak kuat memanggil nama Taehyung.

"Kajja!" Namjoon mengarahkan semua kawannya berpatah balik menuju ke arah suara Jimin tadi.

"Hyung!"

Jungkook mendahului yang lain apabila matanya terus teracap pada susuk tubuh Jimin yang berdiri teguh pada muka pintu kelas 2-1.

"Taehyung!"

Namjoon tidak menunggu yang lain. Dia terus berlari masuk ke dalam kelas menuju ke arah Taehyung yang duduk terbongkok.

"Ada banyak darah dekat sini. Aku tak mampu lakukannya lagi!"

"Apa yang kau merepek ni?!"

Tapak tangannya dipenuhi dengan darah. Taehyung menekup wajahnya yang dilihat kepalanya juga seperti mengalirkan darah yang banyak.

Melihat keadaan Taehyung yang tidak stabil membuatkan Namjoon terus memeluk erat tubuh Taehyung bagi menyedarkanya.

"Hyung.."

Taehyung mengangkat mukanya memandang tepat ke arah Namjoon. Pandangnnya dilihat begitu sayu.

Namjoon tidak tahu apa yang berlaku kepada Taehyung tetapi dia dapat rasakan ada sesuatu yang buruk kepada lelaki itu.

Muka Taehyung dipenuhi dengan darah yang masih lagi likat mengalir membasahi pipinya. Bahagian kepalanya dilihat paling teruk.

"Apa yang berlaku? Kenapa kepala kau berdarah?"

Namjoon cuba menyentuh bahagian atas kepala Taehyung tetapi belum sempat dia ingin melakukannya, Taehyung meluru memegang tangannya.

"Hyung... Janji dengan aku, walau apapun yang berlaku, jangan tinggalkan kami. Aku mungkin tak dapat bersama korang lagi, tapi tolong, jaga kawan-kawan kita yang lain. Kau ketua kami. Aku percayakan kau."

"A--apa yang kau merepek ni sial? Kau cakap macam kau dah nak mati. Aku dah janji yang kita takkan bunuh kawan kita sendiri tapi kau? Apa yang kau dah buat ni Taehyung?!"

Namjoon menggoncangkan tubuh Taehyung supaya memberitahu apa yang telah berlaku kepadanya. Taehyung juga bercakap benda yang merepek membuatkan dia berasa sedikit gusar.

"Namjoon-ah, janji dengan aku, arrasso?"

Kim Taehyung mengangkat jari kelinkingnya sebagai janji untuk Namjoon kotakan janjinya.

Namjoon menghela nafas berat. Melihat wajah kawannya benar-benar dia berasa simpati.

"A--aku janji."


Kedua jari kelinking mereka terpaut rapat sebagai janji yang perlu dia laksanakan.

Walaupun ianya agak berat untuk dia laksanakan tetapi untuk sahabatnya, dia sanggup.

Kim Taehyung senyum sebaris melihat Namjoon sebagai ketuanya yang selalu menjaga baik keadaan semua kawan-kawannya. Dia juga telah menganggap Namjoon sebagai abangnya.

"Aku rasa, mimpi yang pernah aku alami dulu bukan hanya mainan tidur tetapi takdir kematian aku. "

Prak!

Lampu di dalam kelas itu tiba-tiba saja terpadam. Mereka yang berada di dalam kelas itu terus mendongak ke atas. Pandangan mereka terus gelap gelita tanpa pencahayaan lampu.

"T--taehyung?"

Namjoon mencari kelibat Taehyung yang tiba-tiba saja menghilang sekali lagi. Tangannya meraba-raba kawasan sekeliling mencari Taehyung.

"Arghhhh!!!"

Suara Taehyung kedengaran terlalu jelas dan nyaring. Ianya seperti Taehyung masih lagi berada di sini. Tetapi, kemanakah dia ?

Ting!

Lampu yang tadinya terpadam terus bercahaya semula. Mereka semua memandang satu sama lain.

"Hyung, mana Taehyung?"

Jimin mendekati Namjoon bertanya keberadaan Taehyung. Dilihatnya tadi, Taehyung masih lagi ada bersama Namjoon tetapi lelaki itu hilang tiba-tiba setelah lampu terpadam.

Tap, tap, tap.

Setitik demi setitik cecair pekat likat berwarna merah itu menitis pada permukaan lantai. Darah itu semakin kuat mengalir seperti batang paip yang telah bocor.

Namjoon dan Jimin melihat beberapa titisan cecair itu terus mengundur diri. Hati masing-masing sudah memikirkan sesuatu yang buruk.

Melihat titisan darah yang tiba-tiba sahaja jatuh pada permukaan kakinya membuatkan mereka terus mendongak ke atas.

"Taehyung?!"

Sekujur tubuh pelajar lelaki yang sudah tidak bernyawa berada di atas kipas siling yang diikat pada tali gantung itu menarik perhatian mereka.

Dan, pelajar itu sudah pastinya, Kim Taehyung!

Wajahnya tampak kusam. Bibirnya dipenuhi dengan darah. Matanya masih lagi terbuka memandang ke bawah. Terdapat kesan lebam pada sekeliling pergelangan lehernya yang telah diikat gantung itu.

Geli, gerun, takut, perasaan yang bercampur aduk menjadi satu. Ianya sukar ditafsirkan pada saat ini setelah mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri yang kawan mereka telah pun terkorban.

Suasana di dalam kelas itu berubah sunyi sepi. Mereka masih lagi tergamam dengan apa yang mereka lihat sekarang ini.

Mereka tidak menyangka, Taehyung telah pergi meninggalkan mereka.

"Hyung! Apa jadi? Kenapa Taehyung..."

Jimin tidak mampu menghabiskan percakapannya. Matanya masih tertumpu ke atas memandang mayat Taehyung.

Manakala Namjoon juga tidak membalas. Tubuhnya kaku tidak mampu bergerak. Dia jatuh tersembam.

Air mata lelakinya akhirnya tumpas. Dia tidak dapat menahan diri apabila melihat kawan baiknya, Kim Taehyung sudah mati di depan dirinya.

"Even ayah kau dah buang kau, kau masih ada kitorang. Kitorang akan sentiasa ada bersama kau Namjoon-ah. Itu janji aku."

Kata-kata itu pernah Taehyung ucapkan ketika Namjoon hilang arah. Ketika Namjoon dibuang oleh keluarganya sendiri.

Taehyung sangat baik orangnya. Sepanjang mereka bersama, Taehyung tidak pernah melakukan perbuatan jahat seperti rakan-rakannya pernah lakukan. Dia terlalu suci untuk mati.

Tapi kenapa orang yang paling baik harus mati dahulu?

Kau tipu Taehyung. Kau janji akan tetap bersama aku tapi kenapa kau yang pergi dulu?

Kim Taehyung mangsa pertama yang telah terkorban. Si--siapa seterusnya?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top