✂Jungkook

"Ke-kenapa kau buat aku macam ni?"

Suara itu...

Dia pantas turun pandangan ke bawah. Terlihat gadis yang melutut di depannya sekarang.

"Tak- kau..."

Jungkook pantas mengundurkan dirinya setelah melihat wajah gadis di hadapannya.

"So.. Soyoung?"

Dia tidak menyangka yang gadis yang dibulinya kini bukan lagi pelajar perempuan yang rambutnya berikat satu, tetapi rambut gadis didepannya dilepaskan dan ianya adalah Kim Soyoung!

Terpancul juga nama gadis itu di bibirnya. Dia kaget tidak mampu bersuara apa-apa melainkan hanya jari telunjuknya sahaja yang bergerak ditunjukkan ke arah gadis itu.

Tak. Ini mungkin sahaja bayangan aku. Soyoung dah takda! Dia dah mati!

Jungkook bersuara di dalam hatinya. Nalurinya kuat mengatakan hal yang sama. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya kini adalah Kim Soyoung yang muncul semula.

Tubuhnya kaku seperti digam dengan kuat tidak mampu bergerak. Bibirnya tergagap-gagap untuk menutur kata.

"Jungkook."

Soyoung memanggil nama Jungkook dengan nada yang biasa. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu perlahan. Dia kini bangun yang tadinya dia melutut di depan lelaki itu.

"Tak! Kau dah mati! " Jungkook terus menidakkan sesuatu yang dirasakannya adalah benar walhal batinnya sendiri yang nampak sebaliknya.

"Kau masih ada hutang dengan aku, Jungkook.."

Soyoung semakin menghampiri Jungkook yang semakin lama lelaki itu semakin menjauh daripadanya.

Rambutnya yang dibiarkan tidak terikat itu telah menutupi sebahagian daripada wajahnya. Hanya matanya sahaja terlihat merenung tajam ke arah Jungkook.

"Bitch! Aku takde hutang dengan hantulah sial!"

Jungkook tahu, yang itu hanyalah ilusinya sahaja dan perempuan yang berdiri di hadapannya adalah roh Soyoung. Baginya Soyoung sudah mati. Kerana, dia sendiri yang menanam mayat Soyoung.

Soyoung tidak tunggu lama, dia terus mendapatkan Jungkook lalu hanya menggunakan sebelah tangannya sahaja dia sudah berjaya memegang leher lelaki itu sehingga tubuhnya terangkat tidak memijak bumi lagi.

Jungkook seakan tidak percaya. Soyoung berani mencekiknya lebih lagi Soyoung seorang perempuan. Itu agak mustahil untuknya melakukan perbuatan segagah seorang lelaki.

Akibat itu, saluran pernafasannya tersekat. Dia tidak mampu bernafas dengan baik. Tekanan yang diberikan membuatkannya lemas.

"Argh! Le... Lepaskan aku lah... bodoh!"

Begitu sukar untuknya menuturkan kata. Kekuatan yang ada pada diri Soyoung membuatkan dia tidak mampu melawannya balik.

"Kau bunuh anak aku, anak kita!"

Soyoung menjerit agak lantang memenuhi ruang kelas yang sunyi sepi itu. Matanya teracap merenung tajam wajah Jungkook.

Lain dilihatnya, mata Soyoung kini telah bertukar warna kemerahan! Seperti terdapat laser di matanya hanya menunggu masa yang sesuai untuk melancarkannya.

"Arghhh!" Tanpa sebarang kata, tubuh Jungkook dihempasnya kasar mengenai dinding kelas itu.

Krakk!

Ianya kedengaran seperti tulang belakangnya sudah retak akibat hempasan tubuhnya yang agak kuat.

Jungkook mengadu sakitnya. Sakitnya kini bukan kepalang. Tidak pernah lagi dia merasai sakit sebegini rupa. Dapat dia rasakan seperti belakang badannya sudah patah.

Kim Soyoung mulai mendekati Jungkook kembali. Rambutnya masih dalam posisi yang sama. Hanya terlihat matanya saja yang tajam merenung Jungkook seperti menunggu untuk dimakan.

"So.. Soyoung-ah. A.. aku tak sengaja. Maafkan aku. Sa--sayang."

Dia sudah tiada pilihan lain. Melainkan cuba untuk berlembut suara dengan Soyoung. Dalam keadaan sebegini dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan cuba untuk memujuk hati Kim Soyoung.

"Sa--sayang? HAHAHAHA! Kau ingat aku akan berlembut dengan kau Jeon Jungkook?! Kau siksa aku! Kau bunuh anak aku! Jantan macam kau harus dihapuskan!"

Soyoung galak mentertawakan Jungkook. Hari ini dia berjaya. Dia sudah buktikan yang dia akan membalas dendam atas kelakuan Jungkook kepadanya.

"Kau masih ingat kata-kata terakhir aku dulu bukan?"

Soyoung senyum menyeringai ke arah Jungkook. Lantas satu pistol yang telah lama dia simpan dikeluarkan. Hanya menunggu masa yang tepat, iaitu, hari ini.

Jungkook, mana mungkin dia lupa akan kata-kata terakhir Soyoung ketika dia menamatkan riwayat hidup gadis itu. Tapi lain pula jadinya apabila Soyoung seorang gadis yang kuat dan menutut janjinya.

Tiada guna lagi untuk dia lari dengan keadaannya yang separai lumpuh ini. Dia tidak mampu bergerak hanya mulutnya saja mengeluarkan kata.

Sebahagian daripada dirinya seperti melerakan ini semua berlaku. Dia terdesak. Nyawanya seperti dihujung tanduk.

"Mengucaplah, atas nama Tuhanmu, Jeon Jungkook."

Pang!

__

"YAHH JEON JUNGKOOKKKK!"

Seraya itu, pukulan yang agak kuat dihempuk pada belakang badannya. Jungkook segera bangun dengan matanya membulat memandang sekeliling.

Perkara pertama yang menyapa pandangannya, Kim Seokjin yang berdiri sambil bercekak pinggangnya.

Matanya turut sama membulat memandang Jungkook menunggu masa untuk hamburkan ketidakpuasanya kepada lelaki itu.

"A... Aku.. masih hidup?" Soalan yang betul-betul tak masuk akal disoal oleh Jungkook. Tapak tangannya dibawa ke dadanya menunjukkan dirinya.

"Apa yang kau merepek ni Jungkook? Khayal minum ketum ke?"

Yoongi pula menyampuk apabila dia terasa nak ketawa saja mendengar soalan Jungkook yang kemamai bangun daripada tidur terus tanya dia masih hidup lagi.

"Habis, kalau kau dah mati, takdenyalah aku nak kejutkan mayat!" Seokjin menayangkan muka tidak puas hatinya apabila menerima soalan yang bukan-bukan oleh Jungkook.

Manakala Jungkook pula, masih lagi keliru. Dia juga tidak mengerti apa yang berlaku sekarang ini.

Pang!

Jungkook menampar pipinya sendiri mungkin cuba untuk menyedarkannya jika ini hanya mimpi. Tamparan pada pipinya memberi impak kepadanya. Dia terasa sakit. Jadi, ini bermaksud dia masih hidup?

Dia melihat sekeliling. Bilik lepak Bangtan. Semua ahli bangtan ada bersamanya. Seokjin, masih lagi bercekak pinggang memandangnya pelik, Yoongi, baring di atas sofa sambil bermain telefonnya.

Namjoon, berada di meja bulat bersama Jimin, Hoseok, dan Taehyung. Sepertinya mereka melakukan kerja sekolah.

Jadi.. Itu bermaksud, apa yang berlaku, apa yang dia alami tadi hanyalah mimpi semata-mata?

Tapi kenapa mimpi itu kerap berlaku? Hampir dua minggu, setelah berita kematian Kim Soyoung tersebar, acap kali mimpi itu berlaku.

Adakah itu sebagai petanda? Petanda buruk yang ajalnya semakin dekat? Semakin dia berfikir untuk mengetahui masalah ini, semakin membuatkan dia terasa tekanan yang tinggi.

Jungkook meraup wajahnya kasar. Keluhan dilepaskan. Wajahnya jelas mempamerkan kerisauan.

Kim Soyoung, Kau buat aku gila.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top