✂it's you

"Those who feel powerful are actually cowards."

Ps: jangan lupa untuk menekan butang ⭐ sebelum membaca. Happy reading! ♥

---

"Taehyung ah..."

Dia kedengaran satu suara memanggilnya dari belakang tetapi apabila dia berpaling, tiada sesiapa malah kawasan disekelilingnya gelap gelita tanpa pencahayaan sinaran lampu.

"Si-siapa kau?"

Dengan beraninya dia menyapa orang yang memanggil namanya tadi tetapi tiada balasan.

"Taehyung ah..."

Kim Taehyung mula terasa seram sejuk. Bulu romanya tegak naik menandakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Berkali-kali badannya berpusing ke depan, kiri kanan dan ke belakang untuk mencari suara yang memanggilnya tetapi usahanya hampa. Sedikitpun dia tidak dapat mengesan suara yang telah memanggilnya tadi.

"Arghhh!!!"

Dia ditarik oleh sesuatu. Kedua belah kakinya di tarik ke bawah dan mengelongsor hilang entah kemana. Disebabkan kawasan sekelilingnya gelap gelita menyebabkan dia tidak mampu mengecam makhluk tersebut.

Dapat dia rasakan cengkaman tangan makhluk yang menariknya amat kuat dan dia dapat bayangkan panjangnya kuku jari tangan makhluk itu yang menyiat kulitnya.

Akibat cengkaman yang telah menyiat kulitnya, dia rasakan cecair mengalir di hujung kedua belah kakinya. Mungkin sahaja darahnya mengeluarkan darah.

Matanya semakin memberat akibat kehilangan banyak darah. Dia sudah tidak mampu bersuara. Separuh daripada hatinya menerima takdir jika disini ajalnya.

Akhirnya dia menutup matanya.

--

"Si-siapa?"

Begitu payah untuk dia mengeluarkan kata-katanya bagaikan tersekat di kerongkong lehernya. Jari telunjuknya terketar-ketar menunjukkan satu susuk tubuh di hadapannya bagaikan tidak percaya apa yang dia lihat di depan matanya sendiri.

"Itu kau, Taehyuhg sshi, Kim Taehyung..."

Suara itu.

Suara itu bagaikan sedang berbisik amat dekat di telinganya memberitahu kepadanya susuk tubuh yang dilihatnya. Suara itu juga yang telah memanggilnya pada awalnya.

"Tak, Tak mungkin! Itu bu-bukan aku!"

Taehyung menidakkan kata-kata yang didengarinya tadi. Walaupun dia tahu itulah kebenaran yang sebenarnya.

"Itu kau Taehyung, kau dah mati!"

Makhluk itu berkata lagi. Begitu lantang suaranya menjerit di cuping telinga Taehyung.

"Tidak, itu bukan aku!"

Dia menidakkan lagi kata-kata itu. Berkali-kali kepalanya menggeleng tidak percaya tubuh yang kaku itu adalah miliknya.

Apa yang dia nampak di hadapannya sekarang ini adalah susuk tubuh lelaki yang berpakaian seragam sekolah telah diikat tali gantung pada siling kipas itu.

Tali itu melingkari lehernya menyebabkan lelaki itu tidak mampu bernafas. Terdapat juga kesan lebam disekeliling leher serta pergelangan tangannya.

Lebih digerunkan lagi, mata pelajar lelaki itu masih lagi terbuka luas walaupun lelaki itu sudah pun mati. Sepertinya pelajar tersebut tidak mahu lagi dirinya mati tetapi dia tidak punya pilihan lain.

Tap, tap, tap.

Dia terdengar sesuatu. Ia seperti cecair yang berada di atas dan terjatuh turun ke bawah. Matanya melirik ke atas lalu dipandang pula ke bawah lantai.

Titisan darah pekat yang mengalir hingga ke kaki pelajar lelaki itu. Ia mengalir dengan pantasnya seperti pembunuhan itu masih baru lagi.

Kim Taehyung masih lagi tidak percaya bahawa susuk tubuh yang tergantung itu adalah dirinya sendiri. Walaupun sudah terang lagi bersuluh terpancul wajahnya sendiri.

Jika benar itu adalah dirinya, kenapa dia masih lagi disini? Kenapa dia masih lagi mampu berdiri dan bercakap seperti orang biasa?

Atau mungkin kah dia adalah roh yang tidak tenang?

"Ani, (tidak.) ini semua mimpi! Itu bukan aku!"

Dia berada dalam delima. Sama ada dia perlu percaya apa yang dilihatnya kini atau pun ia sekadar ilusi yang hanya ingin menakutkan dirinya sahaja dan dia juga keliru. Siapakah gerangan yang bersamanya ketika ini?

"Hutang darah dibayar dengan darah. Untuk teruskan hidup perlu adanya pengorbanan dan kau adalah korbannya."

Makhluk itu bersuara lagi. Suaranya yang garau dan lantang itu menyebabkan dirinya ketakutan untuk bersuara. Dia juga bingung apa yang dikatakan makhluk itu.

Apakah maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh makhluk itu?

"Kau dah mati taehyung. Percayalah itu adalah kau! Itu mayat kau!"

Kim Taehyung menekup kedua-dua belah telinganya. Dia sudah tidak mahu mendengar suara itu lagi malah matanya dipejam rapat tidak mahu melihat jasadnya yang mati di hadapan matanya sendiri.

"Tidak! Ini semua hanya mimpi! Aku tak percaya! Jebal keluarkan aku daripada neraka ini!"

--

"Kenapa kau ketakutan? Bukankah kau selalu berkata bahawa diri kau gagah perkasa seperti pahlawan? Kau juga handal dalam membunuh manusia yang lemah dan kenapa hari ini aku lihat kaulah manusia paling penakut di dunia?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top