✂ "hyung!"
"Hyung... Aku merayu, hentikan semua ni!"
Jungkook sudah tiada cara lain melainkan melutut menghadap kawannya. Sungguh ini sangat menyiksa fizikal dan mentalnya.
Keadaan mereka berdua semakin parah. Tubuh Jungkook semakin lemah untuk berlawan sama juga dengan Yoongi.
"A--aku tak boleh berhenti!"
Zappp!
Pipinya pula jadi mangsa torehannya. Setelah seluruh lengannya ditoreh dia beralih pada pada pipi putihnya. Memang dia rasa sangat sakit seperti ingin mati tapi dia tak boleh hentikan. Seperti ada sesuatu yang mengawal tubuhnya untuk melakukan ini.
Penat Jungkook menghalang tapi ianya sia-sia. Habis mukanya lebam dan bengkak akibat pukulan Yoongi sehingga membuatkannya tidak bermaya.
"Hyung, tolong lah, aku taknak kehilangan kawan-kawan aku lagi."
Yoongi memegang kuat kepalanya yang mula terasa berdenyut-denyut. Segala percakapan Jungkook langsung tidak dengar. Telinganya ditekup untuk menghalang suara itu masuk ke dalam gegendang telinga.
"Ki--kita boleh keluar dari sini hyung, a--aku janji. "
Mata Yoongi terus terbuka luas. Bebola matanya kian berubah warna merah seraya dia mengangkat wajah memandang ke arah kawannya, Jungkook.
"Sudah tiada jalan keluar melainkan kau mati!"
Min Yoongi senyum menyeringai memandang tajam ke arah Jungkook. Pandangannya seperti ingin memakan lelaki itu dan itu membuatkan badan Jungkook mengiggil hebat.
"Arghh!"
Yoongi seraya menjerit nyaring. Kepalanya ditekan kuat. Jika diperhatikan, Yoongi cuba untuk mempertahankan dirinya. Ya, Yoongi cuba berlawan dengan dirinya sendiri.
"Ke--keluar daripada badan aku lah bodoh!"
Yoongi menjerit nyaring memarahi dirinya sendiri. Jungkook yang memerhati berasa pelik dan takut. Sudah pasti, Yoongi dirasuk.
"Aku akan keluar jika kau bunuh Jungkook."
"Ta--tak! Dia kawan aku dan aku tak boleh bunuh dia!"
Pang!
Tubuh Yoongi dihempas kasar. Tidak cukup dengan itu, kepalanya sengaja dihentak kuat pada dinding batu dan itu membuatkan kepalanya mula mengeluarkan banyak darah.
"Hyung!"
Jungkook segera mendekati Yoongi yang terlihat keadaanya sangat teruk. Darah mengalir laju pada kulit kepala.
"A--aku tak boleh..."
Yoongi semakin lemah. Pandangannya mulai kabur dan hanya wajah Jungkook yang mampu dia lihat.
"Hiks... bertahanlah hyung, aku akan tolong kau."
Jungkook sudah mula menangis. Matanya dari tadi berair sudah tidak mampu di tahan lagi. Dia tak mampu lihat kawannya sakit depan matanya itu membuatkan dia semakin lemah.
"Aku tak boleh bertahan lagi. Dia dah kawal aku."
Yoongi sudah tidak mampu bercakap dengan baik. Seluruh mulutnya dipenuhi dengan darah. Wajah kawannya, Jeon Jungkook direnung lama.
"Kau-- kena tolong aku, Jungkook-ah.."
"Apa saja untuk kau, aku sanggup hyung."
"Bunuh aku."
___
"Itu-- suara Jungkook! Kita kena patah balik!"
Kim Seokjin terus berlari pantas berpatah balik ke arah tingkat atas yang terletaknya Jungkook dan Yoongi disitu.
"Arghhh!"
Tiba-tiba dia rasakan ada seseorang yang menolak tubuhnya kuat sehingga membuatkan dia terjatuh di dalam sebuah kolam yang besar.
Seokjin tergapai-gapai di dalam cuba untuk mengambil nafas.
"Ji--jimin! Apa kau buat ni?"
Tak dia sangka, orang yang menolaknya masuk ke dalam kolam itu adalah kawannya sendiri, Park Jimin.
Jimin hanya senyum sinis melihat keadaan Seokjin sepertinya sukar mencari nafas. Badan lelaki itu menggigil hebat dirasai kesejukkan air kolam itu.
"Aku dapat masej, untuk keluar dari sini aku kena bunuh kau.
Belum sempat Seokjin melakukan apa-apa, Jimin telah pun masuk ke dalam kolam lalu menarik kolar baju kawannya agar turut sama masuk ke dalam air.
Kim Seokjin yang belum sempat mengambil nafas terus tergapai-gapai apabila Jimin menariknya masuk ke dalam kolam itu.
Mereka berdua berada dalam air. Jimin cuba untuk menarik Seokjin lebih jauh dari daratan tetapi Seokjin lebih tangkas dengan menolak kuat tubuh Jimin menjauhninya.
Terus Seokjin berenang laju menuju ke daratan tapi belum sempat dia melakukan itu, Jimin sempat menarik kakinya sehingga membuatkan tubuhnya masuk semula ke dalam air.
"Aku masih muda untuk mati. Aku taknak temui ajal aku disini."
Jimin berkata buat kali terakhir kepada kawannya sebelum dia memeluk kemas beserta menutup mulut dan hidung Seokjin. Tangan Seokjin cuba menepis perbuatan itu tapi dia tak mampu lakukan.
Nafasnya semakin tersekat dan itu telah menyukarkannya untuk bernafas dengan lebih lama. Tangannya terusan bergerak-gerak seperti meminta pertolongan tapi dia tahu, tiada sesiapa yang akan menolongnya.
"A--aku bersumpah, kau akan mati di sekolah ni, Park Jimin!"
Kata-kata terakhir yang ditujukan kepada kawannya, Park Jimin. Setelah itu batang lehernya dipegang, matanya membulat sudah tidak mampu menahan nafas dengan lebih lama sehinggalah, matanya perlahan-lahan tertutup. Pergerakkannya kaku serta-merta.
Jimin yang melihat keadaan Seokjin yang sudah tidak bernyawa terus saja dia melepaskan pelukan itu lalu ditendangnya jauh tenggelam di dalam kolam itu.
Jimin terus berenang naik atas daratan. Tangga besi yang berdekatan dinaiknya.
"Maa-maafkan aku jin hyung, aku terpaksa. Aku taknak mati kat sini..."
Di hujung percakapannya, dia menangis. Rambutnya yang basah berada di dahi diraup kasar. Lulut dipeluk pada paras dada dan disembamkan kepalanya.
Dia sendiri tak menyangka, dia telah bunuh kawannya sendiri, Kim Seokjin. Satu-satunya hyung paling tua.
"Aku bersumpah, kau akan mati di sekolah ni, Park Jimin!"
Kata-kata terkahir yang diungkapkan oleh Seokjin sebelum dia mati adalah, dia bersumpah akan Jimin turut mati disini, dan itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya berasa gelisah.
Macam mana kalau sumpahan itu betul?
"Jangan risau, jin hyung pasti akan maafkan kau kalau dia tahu apa yang kau buat ni untuk kita semua."
Suara garau seorang lelaki yang menyapanya setelah lama dia berada di situ. Jimin mengangkat muka, dan terlihat kawannya tersenyum kepadanya bersama satu huluran tangan.
"A--aku harap kau betul, hyung."
___
"Kau gila ke?! Aku takkan bunuh kawan aku sendiri lah!"
Bagi Jungkook, sudah pasti kata-kata Yoongi langsung tidak masuk akal. Apa rancangan dia sebenarnya?
Min Yoongi memegang kepalanya yang dirasakan semakin berdenyut-denyut. Kepalanya berpinar dan penglihatannya kian kabur.
Sempat dia melirik kepada susuk tubuh bayangan seorang lelaki yang berpakaian seragam sekolah sedang mendekatinya.
Lelaki itu senyum menyeringai lalu bahu Yoongi dicengkam kuat.
"Aku nak kau bunuh Jungkook!"
Lelaki itu seraya menyentuh batang leher yoongi dan mencengkamnya kuat sehingga Yoongi tak mampu bernafas.
Yoongi cuba menepis namun gagal. Kekuatan lelaki itu jauh lebih kuat berbandingnya. Matanya merah bak biji sagu merenungnya tajam seakan memberi isyarat.
"Jung--Jungkook kawan aku! Aku takkan bunuh dia!"
Prakk!
"Yoongi!"
Jungkook yang terkejut besar apabila melihat Yoongi yang tiba-tiba menghempas tubuhnya sendiri mengenai dinding batu. Yoongi seakan berlawan dengan dirinya sendiri.
Tubuh Yoongi dihempas kasar setelah dia enggan mematuhi arahan lelaki itu. Makin bertambah amarahnya apabila Yoongi tidak mahu ikut kata-katanya.
"Kau akan menyesal dengan kata-kata kau!"
Batang leher Yoongi dicengkam kuat sehingga membuatkan tubuhnya terangkat dan kakinya menolak-nolak udara.
"Hyung! Apa kau buat ni?! Tolong hentikan!"
Dalam situasi yang sama, Jungkook sedang menangis teresak-esak. Dia langsung tak nampak apa yang berlaku kepada kawannya, Yoongi.
Mata kasarnya hanya melihat Yoongi sedang berlawan dengan dirinya sendiri sebaliknya, hanya Yoongi saja yang nampak.
"Aku bagi kau peluang terakhir, bunuh jungkook atau kau yang mati!"
Min Yoongi memandang wajah Jeon Jungkook yang kelihatannya sedang menangis memandangnya. Dia tidak tega melakukan ini semua tapi dia terpaksa.
"Aku takkan bunuh kawan aku sendiri!"
Zapp!
Satu tikaman tepat mengenai dada Min Yoongi. Seraya itu dia merasakan masa terhenti buat seketika. Yoongi jatuh terjelupuk di atas lantai.
"Yoongi hyung!"
Jungkook segera mendapatkan kawannya yang rebah serta merta. Kepalanya diletakkan pada pahanya. Pipi Yoongi ditepuk perlahan supaya menyedarkan lelaki itu.
"Ja--jangan mati depan aku hyung!"
Makin bertambah tangisan Jungkook apabila melihat darah mengalir keluar pada badan kawannya. Bajunya yang putih telah bertukar kemerahan pada bahagian dada terus ditekup cuba hentikan pendarahan itu.
Uhuks! Uhuks!
Yoongi terbatuk-batuk mengeluarkan darah apabila dirasakan nafasnya semakin tak sekata. Dia sudah tidak mampu bertahan lebih lama.
Pandangannya beralih pada wajah Jungkook yang dekat dengannya. Kawannya semakin kuat menangis melihat keadaannya yang nyawa-nyawa ikan.
"Aku nak kau hidup lebih lama berbanding aku."
"A--apa gunanya aku hidup kalau kau dah takde. Bangtan tak sempurna tanpa kau hyung."
Yoongi hanya senyum sebaris sebelum menyentuh tapak tangan Jungkook yang berada di dadanya.
Yoongi beralih pula pada susuk tubuh pelajar lelaki yang berada di samping Jeon Jungkook. Lelaki itu senyum menyeringai memberi makna yang tidak dapat dia tafsirkan.
"Se--selamatkan kawan kita, Jungkook."
"Hyung? Yoongi hyung!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top