✂ hypocrite
"Kau... Kau!"
Lelaki tadi terus menanggalkan topinya yang menutupi wajahnya. Dia mengangkat muka seraya memandang tajam anak mata Namjoon.
Tergetar-getar jari telunjuknya menunjukkan susuk tubuh lelaki yang sangat dia kenal. Namjoon masih lagi tak percaya apa yang dilihatnya kini.
"Hoseok?!"
Banyak kali matanya digosok sangkaanya adalah mimpi tapi sebenarnya tidak. Jung Hoseok, kawannya betul-betul berada di depannya.
Kenapa Hoseok ada disini? Dan kenapa dia memakai baju jubah hitam?
"Hai, hyung."
Senyuman manis deberikan tak ubah seperti seorang psycho.
"A--apa kau buat ni?"
Hoseok tidak membalas soalan Namjoon sebaliknya dia berjalan mendekati lelaki itu.
"Kau dah tengok semua gambar-gambar ni?"
Pandangan turun ke bawah melihat polaroid gambar Song Heechan yang jatuh di bawah kakinya.
Hoseok mengambil gambar itu dan ditenung lama.
"Kau masih ingat budak ni kan? Song Heechan, pelajar terakhir yang kau bunuh."
Hoseok senyum senget melihat riak wajah Namjoon yang kian berubah. Namjoon masih lagi tak faham, apa yang berlaku sebenarnya?
"Aku kesiankan mereka."
Riak wajah Hoseok mula berubah. Mukanya kelihatan sedih sambil menatap beberapa keping polaroid yang tergantung.
"Mereka sama macam kita. Inginkan kebebasan, nak habiskan masa muda bersama keluarga, kawan-kawan. Tapi itulah, umur mereka tak panjang. Mereka tak sempat kenal dunia, Tuhan dah tarik nyawa mereka, kan hyung?"
Dahi Namjoon berkerut mendengar luahan kawannya. Kenapa kata-kata itu seperti menyindirnya?
"A--apa maksud kau?"
"Aku nak tuntut balik maruah mereka. Maruah yang kau pijak dulu. Darah keampunan."
___
"Hyung, ke--kenapa dengan kau?"
Jungkook seraya bangun dari pembaringan apabila melihat Min Yoongi yang tiba-tiba bercakap seorang diri. Wajahnya kelihatan sangat pucat bersama urat matanya jelas nampak kemerahan.
Perlahan-lahan dia menyentuh lembut bahu kawannya cuba untuk menenangkan tetapi belum sempat dia melakukan itu, yoongi terlebih dahulu menepis dan menolak tubuhnya kasar.
"Ja--jauhkan diri kau."
Prakk!
Telefon yang berada di pegangannya dihempas kasar sehingga berkecai semuanya.
Badan Yoongi mula menggigil kuat seraya degupan jantungnya berdetak laju. Dia sendiri tak pasti apa yang terjadi dengannya. Semasa dia ingin tidur, tubuhnya tiba-tiba terasa panas dan kejang seperti menerima renjatan elektrik saja.
Tapak tangannya dibelek. Jelas tangannya tergetar-getar. Kepalanya berpusing-pusing. Penglihatannya mulai kabur dan apa yang dia nampak, susuk tubuh Jungkook.
"Hy--hyung, kenapa ni?"
Jungkook tetap mendekati kawannya walaupun telah dilarang. Melihat perubahan mendadak kawannya benar-benar membuatkan dia risau.
"A--aku cakap jangan dekat lah bodoh!"
Bukk!
Tumbukkan dilepaskan tepat mengenai pipi Jungkook. Tumbukkan itu sangat kuat dan padu sehingga membuatkan mulut lelaki itu mengeluarkan darah.
Jungkook tersentak. Perlakuan Yoongi kepadanya benar-benar terkejut. Kenapa Yoongi tiba-tiba memukulnya?
"Arghh!"
Yoongi meraung kesakitan. Kepalanya dipegang kuat menahan kesakitan yang tak terkata.
Prakk!
Yoongi mulai agresif. Segala peralatan berhampiran dihempasnya kasar mengenai lantai. Habis berkecai.
Tidak cukup dengan itu, serpihan kaca yang pecah itu diambil lalu lengan tangannya ditoreh kuat. Ya, dia cuba untuk mencederakan dirinya sendiri.
Lengannya mula mengeluarkan darah yang banyak. Torehannya tiada tanda mahu berhenti. Yoongi meraung kesakitan dengan perbuatannya sendiri.
"Jebal hajima! Kau cederakan diri kau sendiri hyung!"
Jungkook menarik kolar baju Yoongi kasar menyedarkan lelaki itu perbuatan yang dibuatnya.
"Ja--jangan sentuh aku!"
Pang!
Yoongi menghempas tubuh Jungkook jatuh pada lantai. Jungkook hilang kata-kata. Yoongi tiba-tiba berubah membuatkan dia sendiri keliru apa yang berlaku sebenarnya?
___
"A--apa kau mengarut ni Jimin?"
Kim Seokjin menepuk kasar bahu Jimin seraya membuatkan lelaki itu berpaling ke arahnya.
"Kau masih tak nampak ke? Sejak Taehyung mati, Namjoon langsung tak hiraukan kita, dan kematian Hayeon, bukan satu kebetulan tapi rancangan dia untuk kaburkan mata kita dengan kesalahan dia!"
Dada Jimin berombak kencang. Dia amat pasti apa yang dia rasakan. Apa yang dia perhatikan, Namjoon sengaja berpura-pura tak tahu apa-apa untuk dia tutup identiti sebenarnya.
Makinlah bertambah kerutan di dahi Seokjin. Dia langsung tak faham apa yang Jimin sedang cakapkan kini. Baginya kata-kata Jimin langsung tidak benar.
"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni Jimin? Namjoon dalang semua ni? Motif?"
Di hujung percakapannya, dia ketawa kecil seperti mempersendakan kata-kata Jimin. Baginya untuk menuduh Namjoon adalah dalang disebalik semua benda ni langsung tak masuk akal.
"Motif apa lagi dia nak melainkan nak kita semua mati dalam sekolah ni! Dia sengaja buat buat bodoh tak tahu apa-apa sedangkan dia dah atur semuanya.
Kenapa Namjoon tiba-tiba hilang masa Jungkook dan Yoongi dalam bahaya? Dah pasti dia cuba fikirkan jalan lain untuk hapus kan kita!"
Seokjin langsung terdiam. Kata-kata Jimin sedikit sebanyak telah memakan hatinya untuk berkata benar.
"Namjoon hyung, jika kawan dia dalam bahaya, dia terlebih dulu selamatkan kawannya tapi apa yang dia buat tadi hyung? Dia tak buat apa-apa! Malah dia sendiri hilang!"
"Kau-- kau jangan tuduh dia bukan-bukan! Dia tu ketua kita dan aku yakin bukan dia dalangnya!"
Park Jimin ketawa besar mendengar kata-kata Seokjin. Seokjin masih cuba pertahankan Namjoon walaupun sudah jelas terbukti, lelaki itu yang salah.
"Dia bukan ketua kita lagi hyung. Dia musuh kita. Terserah kalau kau tak percaya sekalipun, kau tengok sendiri, sejauh mana Namjoon yang kau anggap sebagai ketua boleh berpura baik.."
"Yoongi!"
___
"A--apa kau buat ni Hoseok?!"
Namjoon terkejut besar melihat video yang dipaparkan pada telefon pintarnya. Dilihatnya kini, Jungkook dan Yoongi sedang bergaduh besar. Tangan Yoongi habis ditinggalkan kesan torehannya. Darah mengalir banyak.
Jung Hoseok ketawa besar. Namjoon masih bodoh baginya. Kolot.
"Ini hanya permulaan Namjoon. Lepas ni akan ada nyawa yang melayang."
Bukk!
Tumbukkan padu dilepaskan pada pipi Hoseok. Namjoon menumbuk pipi kawannya kuat berkali-kali sehingga berjaya mengeluarkan darah pada mulutnya.
"Ke--kenapa kau buat semua ni?! Mereka tu kawan kita semua!"
"Kawan kita? Apa maksud kau dengan kawan kita? Diorang musuh aku! Aku tak pernah anggap korang semua kawan aku lah bodoh!"
Bukk!
Makin bertambah sakit hatinya apabila Hoseok berkata begitu. Selama ini dia percayakan Hoseok. Lelaki itu yang bersifat periang selalu meceriakannya ketika dia sedih tapi hari ini, baru dia sedar, Hoseok yang dia anggap seperti malaikat adalah syaitan bertanduk!
"Seperti kata yang selalu kau cakap, Aku adalah Tuhan kau, kematian kau hanya berada di tangan aku."
"Kau-- gila syaitan!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top