✂her

"Guys... korang ada dengar berita tak?"

Park Jimin bersuara memecahkan kesunyian antara rakan-rakannya yang berada di dalam kelas.

Seokjin, Taehyung dan Yoongi hanya mengangkat muka sebagai tanda ingin tahu apa berita yang diperkatakan oleh Jimin.

"Ada sorang budak perempuan sekolah kita mati semalam. Mayat dia ditemui mati di kebun belakang sekolah."

Mendengar saja pelajar perempuan yang mati di sekolah membuatkan dia menggeletar seluruh badan. Mukanya tiba-tiba sahaja pucat seperti tiada darah yang mengalir dalam badannya.

"Siapa nama budak perempuan tu?"

Soal Yoongi polos. Baginya dia langsung tidak tahu langsung akan kematian pelajar perempuan yang dikatakan oleh Jimin.

"Tak silap aku- Kim Soyoung. Kelas 5-2"

Zapp!

Entah kenapa dia berasa kaku. Tubuhnya terasa longlai. Dengar saja nama penuh pelajar itu telah pun buatkan dia berasa dalam ketakutan yang amat.

"Kim Soyoung? Aku rasa familiar sangat lah. Kim Soyoung? Bukan ke budak tu pernah taruh hati kat Jungkook? Kan Jin sshi?"

Yoongi menepuk paha Seokjin yang terlihat Seokjin sepertinya fikirannya bukan berada di kelas malah dia seperti termenung memikirkan sesuatu. Jelas kelihatan raut wajahnya yang mempamerkan kerisauan.

"Yah Seokjin ah. Aku cakap dengan kau ni!"

Kali ini suara Yoongi agak meninggi. Bukan niatnya ingin memarahi lelaki itu cuma dia ingin menyedari seokjin yang daripada tadi termenung fikirkan apa pun tidak tahu.

"Ha? Kau- cakap apa tadi?"

Seokjin mula tersedar apabila mendengar suara yoongi agak kuat menerpa masuk dalam gegendang telinganya.

"Aku tanya, budak perempuan yang nama Kim Soyoung kelas 5-2 tu pernah sukakan Jungkook kan?"

Yoongi mengulangi soalannya apabila Seokjin sudah mula tersedar daripada lamunannya.

"Ha. Memang budak tu pernah sukakan Jungkook pun."

Seokjin menjawab acuh tak acuh. Dia tidak berminat untuk tahu lebih tentang pelajar perempuan yang bernama Kim Soyoung itu telah mati mahupun tidak.

"Macam mana korang tahu dia sukakan Jungkook?"

Giliran Jimin pula bertanya kepada Yoongi akan perkara yang tidak pernah dia tahu.

"Haritu kitorang terjumpa buku lukisan budak tu. Bila Namjoon bukak buku tu, budak tu ada lukiskan gambar jungkook siap nama kelas lagi. So yeah."

Jimin mengangguk faham. Baginya dia tidak hairan jika ada orang sukakan Jungkook dalam diam.

Sebelum ini pun ramai pelajar sekolah ini pendam perasaan mereka kepada Jungkook.

"Macam mana budak tu boleh mati?"

Kini Taehyung pula yang menyoal setelah sekian lama dia menyepi. Ada perasaan ingin tahunya kepada pelajar perempuan itu.

Jimin mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu akan punca kematian gadis itu.

"Molla. Pihak polis masih lagi menyiasat punca kematiannya. Katanya mungkin perbuatan manusia sebab ada kesan lebam pada leher mangsa seperti dicekik seseorang."

Taehyung mahupun Yoongi mengangguk faham akan keterangan Jimin. Ada jadi juga mungkin kes ingin membalas dendam.

"Tapi, aku pelik. Siapa yang berani lakukan pembunuhan itu kecuali kita bertujuh?"

___

"YAH KAU BUTA KE SIAL?!"

Tiada lagi suara lembutnya tetapi ia bertukar kepada tengkingan yang cukup kuat sehingga jelas kelihatan uratnya timbul pada rahangnya.

"Ma-maaf. Sa-saya tak sengaja..."

Berkali-kali gadis itu memohon maaf atas kesilapannya yang telah mengotorkan kasut sekolah lelaki itu yang tidak sengaja dia tertumpahkan sos ikan.

Dada Jungkook berombak kencang. Matanya memandang tajam ke arah pelajar perempuan di hadapannya. Mana mungkin dengan memohon maaf saja dapat redakan hatinya yang telah mendidih kepanasan.

Kasut sekolahnya yang berjenama itu telah dikotori dengan sos ikan yang sudah semestinya busuk.

"Fuck! Tak sengaja? Aku akan bagitahu apa maksud tak sengaja kau!"

Tanpa tunggu lama Jungkook segera menarik kuat rambut panjang gadis itu yang berikat kuda.

Diretapnya kasar sehingga dapat gadis itu rasakan seperti kulit kepalanya seperti ingin tercabut.

"Argh! Sa... Sakit.." Tangisan gadis itu langsung tidak dipedulikan oleh Jungkook.

Jungkook terusan mengheret gadis itu mengikutinya menuju ke arah bilik lepak Bangtan. Dia yakin masih tiada sesiapa lagi di bilik itu memandangkan masih waktu persekolahan berlangsung.

"Maafkan saya sunbaenim! Saya memang betul-betul tak sengaja... Saya tak nampak sunbae berada di depan saya."

Bersusah payah gadis itu cuba menerangkan kesalahannya. Berkali-kali dia meminta maaf tetapi hati Jungkook tetap keras.

"Huh! Aku takkan terima maaf daripada budak pengotor macam kau!"

Pantas sahaja Jungkook menghayunkan tapak tangannya mendarat pada pipi kanan gadis itu.

Pang!

Tamparan tersebut amat kuat didengari. Nasib tiada sesiapa yang berada di situ. Dia telah lama menahan sabar. Kali ini dia dapat melakukan apa saja memandangkan ahli bangtan yang lain tiada di bilik mereka.

"Arghhh!" Tubuh gadis itu sudah jatuh tersungkur mencium lantai. Tamparan Jungkook amat kuat dan berbisa sekali.

Tambahan pula dia gadis yang lemah dan selalu menjadi bahan buli membuatkan dia tidak terdaya untuk pertahankan dirinya.

"Mianhae sunbaenim. Jeongmal mianhae..."

Terketar-ketar gadis itu menutur kata. Akibat tamparan Jungkook, membuatkan pipi putihnya telah bertukar berwarna merah dan jelas kelihatan terbentuk tapak jari di pipinya.

Jungkook tidak mengendahkan permohonan maaf kepada pelajar perempuan itu. Dia semakin galak mahu mengerjakan gadis itu.

Dia memegang kasar leher jinjang gadis itu. Dicekiknya sehingga tidak mampu bernafas. Kemudian dia mengangkat tinggi tubuh gadis itu sehingga dia terasa kakinya tidak lagi memijak lantai.

"Kau buat salah besar cari masalah dengan aku perempuan." Jungkook senyum sinis memandang tajam tepat ke arah anak mata gadis itu.

Krak!

Tubuhnya dihempas kasar mengenai dinding bilik tersebut. Jelas kedengaran seperti belakang tubuhnya berbunyi sesuatu yang patah. Sudah semestinya tulang belakangnya sudah retak!

Belum sempat dia ingin berdiri, sekali lagi Jungkook meraih pipinya lalu,

Pang!

Pipi sebelah kanannya pula menjadi mangsa tamparan Jungkook. Kedua belah pipinya memerah dan tidak dia sangka, bibirnya juga telah mengeluarkan cecair merah iaitu darah!

Darah pada bibirnya menjadi saksi bahawa dirinya telah dipukul dengan teruk oleh kingka sekolah.

Dia tidak dapat melawan, jauh sekali ingin pertahankan dirinya yang lemah itu sebaliknya dia hanya mampu berdoa agar keajaiban semua yang berlaku.

"Kau ingat bila kau menangis, akan ada hero dari langit datang selamatkan kau ke? HAHAHAHA mimpi lah kau budak!"

Jungkook segera mendekati gadis itu lalu rambutnya yang agak serabai menutupi mukanya diretap dengan kasar.

Rahang pelajar perempuan itu dipegang dengan kasar dan kedengaran gadis itu merintih kesakitan.

"Aku nak kau jilat balik benda yang telah kau tumpahkan."

Dia tahu itu sudah tekerlaluan tetapi kisah pula dirinya? Dia tidak akan berhenti selagi pelajar perempuan itu turuti permintaanya.

Gadis itu tertunduk memandang kasut berjenama Jungkook. Dia amat mengenali lelaki itu dan juga ahli bangtan yang lain. Mereka amat kejam. Tidak berperikemanusiaan.

"Apa yang kau tunggukan lagi?" Jungkook telah menghalakan kasutnya ke arah gadis itu. Menunggu untuk gadis itu menjilat balik sos ikan yang telah ditumpahkannya.

Dia sudah tiada pilihan lain. Kasut Jungkook dipandang lama sebelum dia menelan air liur. Dia tahu dia salah. Dia telah melakukan kesalahan besar membuat masalah kepada salah satu ahli Bangtan Boys.

Kasut Jungkook dipegang dengan penuh ketakutan. Terketar-ketar gadis itu menyentuh kasut itu.

Sepanjang hidupnya yang berumur 17 tahun tidak pernah dia melakukan perkara bodoh sebegini.

Matanya dipejam rapat sebelum dia teruskan perbuatan jijik itu. Jantungnya berdegup kencang saat bibirnya sudah terkena pada permukaan kasut Jungkook.

Dijilatnya dengan perlahan-lahan sambil matanya yang masih terkatup rapat. Dia tidak sanggup untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri yang dia begitu bodoh melakukan perkara ini.

Sementara Jungkook sudah tersenyum senang. Dia juga tidak menyangka bahawa gadis yang sedang melutut menjilat kasutnya sendiri yang sanggup melakukan perkara itu.

Baginya gadis itu terlalu lemah dan bodoh. Terlalu lemah untuk pertahankan dirinya dan terlalu bodoh kerana sanggup mengikuti arahannya.

"Jungkook."Nama Jungkook dipanggil oleh gadis yang sedang berlutut di hadapannya sekarang. Jelas kelihatan riak wajahnya yang sayu.

"Ke-Kenapa kau buat aku macam ni?"

___

Dah lama tak update. Harap tak bosan untuk bab kalini. Enjoy your reading! ♥

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top