✂Haygi

"Baby..."

Eun Hayeon mula mendekati kekasih hatinya. Pelukan dari belakang diberikan lantas bibirnya mula menerpa leher kekasihnya. Memberi beberapa kucupan.

"Apa yang kau nak Hay?"

Jeon Jungkook bersuara agak kasar. Dalam keadaannya yang serabut memikirkan pelbagai masalah yang datang, muncul pula Hayeon yang menambahkan lagi masalahnya.

Dia langsung tidak menggemari ciuman yang Hayeon berikan malah dia telah menjarakkan dirinya daripada gadis itu.

"Apa masalah you ni baby? I datang sini nak jumpa you . I rindu you Jungkook-ah.."

Hayeon masih tidak mahu menyerah. Sia-sia sajalah dia datang ke kelas Jungkook jika dia langsung tidak dapat habuan.

Daripada pelukan belakang, dia beralih pula ke hadapan. Tanpa tunggu lama, dia sudah duduk di atas riba Jungkook. Tangannya pula merangkul manja leher kekasihnya.

Dia sengaja berbuat sebegitu. Mahu mengunci pergerakan Jungkook dan hanya memberi tumpuan sepenuhnya hanya pada dirinya sahaja.

"Yah, Hayeon-ah..."

Jungkook mula berasa tidak selesa. Baginya dia rimas akan sikap Hayeon yang terlalu mengada-gada, mengedik.

"I nak you pandang i je. I'm really miss you baby.."

Jungkook terdesak. Melihat pandangan Hayeon saja sebenarnya telah mematikan segala perbuatannya. Tipulah jika dia tiada punya perasaan kepada gadis yang popular di sekolah dia.

Eun Hayeon, pelajar yang dikenali semua pelajar. Memiliki rupa paras yang cukup sempurna tambahan dengan keluarganya yang berada merupakan pakej yang lengkap.

Hayeon senyum sinis memandang wajah Jungkook yang sudah kalah itu. Dia tahu benar kelemahan Jungkook.

Pandangan gadis itu kini tidak lepas memandang bibir merah Jungkook. Sudah lama dia menginginkan bibir itu lalu tanpa tunggu lama, dia terus memagut lembut bibir merah Jungkook.

Pelukan dieratkan. Jungkook tidak menolak malah membalas ciuman tersebut. Bibir mereka bersatu.

Jungkook mulakan pergerakannya dengan memegang belakang leher Hayeon, memperdalamkan ciuman.

"Maksiat depan mata. Agak agak la gila kalau dah sanggap pun. Buat dalam kelas, tak malu ke sial?"

Baru saja mereka ingin meneruskan, terdengar pula suara yang agak kasar menyapa mereka berdua terus saja aktiviti panas itu terhenti.

Min Yoongi, memandang tajam ke arah Jungkook dan Hayeon. Melihat riak wajahnya saja telah membuatkan Jungkook terdiam seribu bahasa lantas dia menolak tubuh Hayeon menjauhi dirinya.

Bibirnya yang agak basah itu dikesat dengan kasar. Dia baru menyedari, yang dia masih lagi berada di dalam kelas.

Bersama Hayeon, Yoongi dan semua ahli bangtan yang lain.

Tidak semenanya dia berasa malu. Iyalah, dah buat dalam kelas lebih lagi semua hyungnya ada dalam kelas dan pandangnya semacam aje.

"Hey betina! Kau takde kelas ke? Datang buat tahi dalam kelas orang pehal?!"

Yoongi tidak segan menyergah Hayeon di depan kawannya yang lain. Bagi dia benda itu salah, dia akan cakap depan-depan tak perlu tengok kiri kanan ke apa.

"Untuk pengetahuan kau, encik beku, sekarang ni dah waktu pulang sekolah. Jadi suka hati aku lah nak masuk kelas sesiapa pun!"

Hayeon tidak mahu mengalah. Jika sebelum ini dia selalu diam jika Yoongi cakap kasar dengannya tetapi kini, dia dah hilang sabar dan baginya lelaki macam Yoongi tidak perlu berlembut.

"Daripada kau tawaf kelas orang, ada bagusnya kau balik tidur je!"

"Hey kau! Selalu je tak puas hati dengan aku!"

"Dan kau, selalu buat tahi di tempat orang!"

Sedang mereka saling bertengkar lidah, menuduh kesalahan, Seokjin datang cuba untuk hentikan pertelingkahan mereka.

"Yahhh, korang sudah lah tu. Korang bertengkar hanya bazir air liur je."

Seokjin cuba untuk berkata lembut dengan memegang kedua bahu Yoongi dan Hayeon.

"Dia yang mulakan dulu!"

"Aku dengar anjing menyalak, tapi kat mana eh?"

"Yahhh! Kau ni memang nak kena yoongi-ah!"

Hayeon pantas mencengkam rambut Yoongi, mengakibatkan kepala Yoongi tertunduk ke bawah.

"Shit! Aku baru warnakan rambut aku lah setan!"

Yoongi serang balas dengan menarik kasar rambut Hayeon menyebabkan Hayeon juga tertunduk akan perbuatan Yoongi.

"Yahh! Lepaskan rambut aku! Sakit lah!"

Hayeon menjerit kesakitan apabila dirasakan cengkaman Yoongi yang menarik kasar rambutnya semakin kuat.

"Kau yang mulakan dulu babi!"

Kedua mereka tidak mahu menyerah kalah. Pergaduhan mereka juga tidak ubah seperti dua orang perempuan bergaduh menarik rambut.

Mereka semakin galak menarik rambut pihak lawan agar dapat dirasakan sakit yang sama. Sementara yang lain, hanya jadi pemerhati sahaja. Seokjin yang pada mulanya ingin hentikan mereka terus batalkan niatnya.

Pang!

Bunyi guruh yang agak kuat bergema serta merta membuatkan mereka terkejut beruk sehingga terangkat tubuh masing-masing.

Hayeon dan Yoongi juga terhenti pergaduhan menarik rambut. Semuanya diam seribu bahasa membiarkan bunyi guruh itu berlalu sebentar.

"Lepasni mesti hujan..."

Taehyung bersuara agak perlahan. Dia yang berada paling hampir dengan tingkap kelas membuka sedikit tingkap itu lalu mendongak ke atas melihat awan yang sudah berubah warna.

"Jom lah kita balik sekarang. Nanti hujan lebat mesti basah teruk."

Hoseok memberi cadangan bernas. Dia sudah pun berdiri lalu memikul beg sandangnya.

Yang lain juga turut sama melakukan perkara yang sama.

Namjoon dan Jimin pergi ke belakang kelas menunju ke locernya ingin menyimpan buku teks. Manakala yang lain hanya memasukkan buku buku ke dalam beg sandang.

"Biy! Tunggu i!" Hayeon pantas mengejar Jungkook yang sudahpun jauh daripadanya. Cepat-cepat tangannya memaut erat lengan sasa teman lelakinya.

"Biy! Tunggu i! gedik nak mampus!" Yoongi pula mengejek tingkah lakunya. Suaranya juga sengaja dibuat lembut seperti suara seorang perempuan.

Hayeon menjeling tajam ke arah Yoongi. Buku limanya ditunjukkan kepada lelaki itu sebagai tanda dia ingin memukulnya.

Yoongi langsung tidak takut akan ugutan gadis itu malah dia semakin kuat mengejek Hayeon.

"Ke--kenapa ni?"

___

Fuhh aku haitus macam dak pt3 lak. HAHAHA, maaf lambat update ya gaiss.

Chicken noodle soup buat aku ketagih gais😆

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top