✂game start

"Yah Park Jimin!"

Bangp!

Kaki Jimin tiba-tiba tergelincir dan dia tidak dapat mengimbangkan badannya lalu terjatuh kuat mengenai dinding kelas.

"Arghh!"

Kim Taehyung mengerang kesakitan apabila dirasakan kepalanya menerima hentakkan kuat pada dinding batu.

Jimin terselamat. Taehyung pantas bertindak dengan memeluk erat tubuh rakannya. Kepala Jimin diutamakan dengan memeluk erat di bahagian kepalanya.

Akibatnya, kepala Taehyung terpaksa menerima hentakkan itu.

"Yahh-- Kenapa kau--"

"Kau okey Jimin?"

Jimin hanya mengangguk. Taehyung senyum sebaris melihat kawannya terselamat. Mujurlah dia sempat bertindak.

Kini Kepalanya pula berasa berdenyut kuat. Pandangannya juga kelihatan kabur.

"Gu-gumawo."

Agak sukar untuknya mengucapkan terima kasih tetapi disebabkan Taehyung yang sudah menyelamatkannya membuatkan dia terhutang budi.

Jimin lantas bangun lalu menghulurkan tangannya kepada Taehyung membantu lelaki itu untuk turut sama berdiri.

"Kau okey Taehyung?"

Seokjin dan rakan-rakan yang lain pula bertanya. Tergamam dibuatnya apabila Taehyung berani mencederakan dirinya hanya untuk menyelamatkan Jimin.

"Aku okey je."

Taehyung cuba untuk mengawal riak wajahnya dengan tersenyum. Dia tidak mahu rakan-rakannya bertambah risau tentang keadaanya.

"Aku tak rasa benda ni kebetulan. Kau tengoklah tadi, Jimin tiba-tiba je terjatuh. Aku rasa-- dia nak kita main dengannya."

Namjoon sebagai ketua kumpulannya mula bersuara dengan memberi pendapatnya. Baginya ianya bukan hanya satu kebetulan tetapi lebih kepada satu permainan yang telah ditetapkan.

"Main apa? Ini dah jadi kes mati kau tau? Jimin nasib baik terselamat sebab Taehyung yang peluk dia kau tahu tak?"

Hoseok pula bersuara keras dengan menolak pendapat Namjoon. Dia tidak mahu perkara yang buruk lagi berlaku kepadanya dan juga kawan-kawan yang lain.

"Ianya satu permainan. Kita dah terperangkap."

Sebaliknya, Jungkook merasakan kata-kata Namjoon ada benarnya. Dia mula mengesyaki sesuatu yang pelik ketika mereka mendapat masej yang tidak dikenali oleh telefon Taehyung.

"Apa maksud kau Jungkook?"

Yoongi masih tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Jungkook. Dia juga merasakan sesuatu yang tak kena tetapi tidak pula dia fikirkan lebih.

Ting!

Telefon milik Yoongi pula berdering menandakan satu pesanan masuk.

UNKNOWN NUMBER

Let's start our game. 10 hours hold on or death.

Untuk keluar daripada kelas, bunuh salah satu kawan kau.

"Gila! Siapa punya kerja ni?!"

"Dia nak hapuskan kita dengan cara kita semua bunuh satu sama lain?"

Mereka semua masih tidak percaya akan pesanan yang baru diterima. Tidak mungkin mereka akan bunuh kawan baik sendiri.

"Ki--kita takkan buat benda tu bukan?"

Taehyung memandang satu persatu wajah kawan baiknya. Walaupun dia tahu kawan-kawannya tidak mungkin akan bunuh satu sama lain tapi dia tetap risau.

"Jungkook, i takut..."

Sejak dia melihat sendiri keadaan Jimin selepas menerima pesanan berbaur ancaman dia mula mendiamkan diri. Tetapi keadaan semakin teruk apabila timbul pesanan yang lain.

Hayeon memegang erat lengan kekasihnya. Jelas kelihatan riak wajahnya yang mempamerkan ketakutan.

Jungkook membalas pelukan kekasihnya. Mengusap lembut rambut Hayeon tanda untuk bertenang. Dia juga tidak mampu berbuat apa-apa.

"Hyung, fikirkan sesuatu."

Hoseok memegang lembut bahu Namjoon menyedarkan lelaki itu dalam dunianya sendiri.

"A--aku tak boleh fikir apa-apa. Tapi aku janji, kita takkan buat benda bodoh tu."

"Me--mesti ada cara lain selain membunuh?"

Seokjin bersuara memberi pendapat. Baginya mana mungkin dia sanggup bunuh semua kawan baiknya semata-mata untuk keluar daripada tempat ini.

Taehyung bangun daripada duduknya lantas kakinya mengorak langkah menuju ke belakang kelas yang terdapat loker di sana.

Taehyung menuju ke arah loker miliknya. Loker itu dibuka lalu diambil satu peralatan.

"Yahh, kau bawak pisau?!"

Hoseok sedikit terkejut melihat alatan tajam yang dipegang oleh Taehyung itu diambil di dalam lokernya.

"Takkan ada sesiapa yang mati. Kita datang sama-sama dan kita balik pun sama-sama."

Taehyung terus menuju ke arah pintu kelas itu lalu mencungkil tombol pintu menggunakan pisau yang diambil tadi.

Krak!

"A--aku berjaya!"

Pintu tersebut terbuka apabila Taehyung mencungkil tombol pintu itu berkali-kali.

"Ka--kau berjaya?"

Rakan-rakannya tidak percaya kata-kata Taehyung tadi mereka terus mendekati lelaki itu.

"Kau hebat Taehyung-ah."

Namjoon menepuk bahu rakan baiknya apabila Taehyung berjaya menyelamatkan mereka semua. Mereka kini boleh menarik nafas lega.

"Jom pergi sebelum benda buruk akan berlaku."

Jimin bersuara menyuruh rakan-rakannya untuk cepat-cepat beredar. Hatinya berasa tidak enak risau memikirkan perkara buruk mungkin akan berlaku.

Mereka semua mengangguk lalu bergegas keluar daripada kelas. Melihat keadaan luar kelas sekarang berubah menjadi malap dan hanya bergantung kepada cahaya lampu kalimatang.

Prak!

Semua lampu yang pada mulanya bercahaya tiba-tiba sahaja terpadam semua sekali gus membuatkan pandangan mereka semuanya gelap.

"A--apa jadi?"

Hoseok terkejut beruk apabila semua lampu di luar kelas semuanya terpadam dan serta merta penglihatannya gelap gelita.

Mereka semua tidak mampu melihat. Tiada sebarang cahaya yang terhasil sehinggakan mereka menggunakan deria tangan untuk meraba kawasan sekeliling.

"Apa benda ni?!"

Sekali lagi mereka dikejutkan dengan kehadiran ratusan kelawar yang tiba-tiba sahaja menyerang mereka beramai-ramai.

"Mana datang semua kelawar ni?!"

Mereka menepis-nepis kelawar yang cuba untuk meyerang mereka. Namjoon, Yoongi dan Jimin menghempuk semua kelawar tersebut menggunakan beg sandang mereka.

"Arghhh!"

Kelawar tersebut terus hilang dari pandangan apabila terdengar satu suara yang agak nyaring didengarinya.

Mereka yang baru saja ingin menghela nafas lega terbantut apabila terdengar suara itu yang mungkin tidak jauh daripada tempat mereka ini.

"Su--suara siapa tu?"

Badan Hoseok tiba-tiba memanas. Dirasakan getaran tubuhnya yang menggeletar agak kuat apabila dia mendengar suara seseorang yang menjerit itu.

"Guys.."

Hayeon yang berada paling belakang bersama Jungkook dan Seokjin memanggil kawannya yang lain untuk memandangnya.

"Ma--mana Taehyung?"

Mereka semua saling berpandangan antara satu sama lain. Menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Kim Taehyung yang tiba-tiba sahaja menghilang.

Ahh, sekali lagi masalah, Taehyung hilang!

"Hyung, jangan-jangan... Suara tu-- Taehyung.."

Hoseok memang mudah cemas dan ketakutan. Dia terlalu berfikir panjang tentang keburukkan yang akan terjadi terus dia memaut kemas lengan Namjoon.

"Kita kena cari Taehyung. Ppali!"

Namjoon mengarahkan semua kawan-kawannya bergegas berlari mencari suara orang menjerit tadi. Kemungkinan besar, suara itu adalah Taehyung.

Mereka bergerak dalam satu kumpulan. Tidak mahu salah seorang daripada rakannya menghilang lagi.

"Taehyung! Mana kau?!"

Jimin menjerit kuat memanggil nama kawannya. Benarlah firasatnya bahawa akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Taehyung tiba-tiba sahaja menghilang.

Dia akan salahkan dirinya jika Taehyung masih lagi tidak jumpa. Taehyung sanggup cederakan dirinya untuk menyelamatkan Jimin tetapi apa yang mampu Jimin balas untuk kawannya?

Melihat yang lain masih gigih mencari Taehyung. Mereka cepat bergerak menoleh kiri ke kanan mencari setiap sudut rakan baiknya.

Manakala Jimin terhenti langkahnya. Dia berdiri betul-betul di hadapan kelas 2-1. Entah kenapa naluri hatinya kuat berkata untuk masuk ke dalam kelas itu.

Mungkin juga Taehyung ada di dalam.

Dia melihat rakannya yang lain sudah jauh pergi meninggalkannya manakala dia masih teguh berdiri di hadapan kelas itu.

Tanpa tunggu lama tombol pintu itu dibuka lantas dia masuk ke dalam kelas itu.

Bangp!

"T--taehyung!"

___

Kalau aku tak busy insyaAllah malam ni aku update lagi. ♥

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top